Ahad, 31 Mac 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Perasmian PIBG SM Imtiaz Kuala Terengganu

Posted: 30 Mar 2013 07:40 PM PDT









30 Mac 2013, telah mewakili YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said ke Mesyuarat Agung Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR dan SPM 2012 Sekolah Menegah Imtiaz Kuala Terengganu. Tahniah diucapkan kepada pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan SPM baru-baru ini.

Taklimat Keselamatan Wanita

Posted: 30 Mar 2013 07:32 PM PDT




30 Mac 2013, telah mengadakan satu taklimat tentang keselamatan wanita yang bertempat di Dewan Besar, Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Telaga Daing, Seberang Takir.

Ceramah Serentak di Enam PDM dalam DUN Seberang Takir

Posted: 30 Mar 2013 07:23 PM PDT












29 Mac 2013, telah berlangsungnya program serentak di enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam DUN Seberang Takir. Program tersebut ialah ceramah isu-isu semasa PRU 13 yang diadakan di PDM Seberang Takir Pantai, PDM Kg. Baru, PDM Bukit Tok Beng, PDM Teluk Ketapang, PDM Kg. Batin dan PDM Tok Jembal yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana menjayakan program ini dengan jayanya.

Majlis Penerangan Perundingan dan Penyelesaian Pengambilan Tanah

Posted: 30 Mar 2013 07:10 PM PDT




28 Mac 2013, telah mengadakan satu taklimat penerangan perundingan dan penyelesaian pengambilan tanah Kg. Hulu Takir, Seberang Takir bertempat di Wisma Belia Permata Kg. Baru, Seberang Takir. Semoga dengan taklimat ini dapat memberi info dan jalan penyelesaian terhadap pengambilan tanah.

Program Masuk Kampung Seberang Takir

Posted: 30 Mar 2013 06:57 PM PDT





28 Mac 2013, telah berkesempatan untuk masuk Kampung Seberang Takir dan melawat orang sakit seterusnya menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung. Semoga cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Majlis Penyerahan Baucar BR1M 2.0

Posted: 30 Mar 2013 06:47 PM PDT




27 Mac 2013, telah mengadakan majlis penyerahan baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang bernilai RM 250.00 bagi peringkat kedua bertempat di Perkarangan Wisma Belia Permata Kg. Baru, Seberang Takir. Semoga bantuan dari kerajaan digunakan dengan sebaiknya oleh penerima BR1M.

Majlis Penyampaian e-BOOK Untuk Kegunaan Sekolah dalam HSNZ

Posted: 30 Mar 2013 06:42 PM PDT










27 Mac 2013 yang lalu, selepas berakhirnya mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman telah ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk satu majlis penyampaian ebook untuk kegunaan sekolah dalam HSNZ. Sebanyak 10 unit e-BOOK telah diserahkan kepada pihak hospital untuk kegunaan murid-murid yang dimasukkan ke hospital agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun berada dalam hospital.

Tiada ulasan:

Nuffnang