. |
- Fitnah Video Seks : Kepala Otak Kotor Akan Hasilkan Perkara Kotor
- Rafizi: Notis huru-hara PRU fitnah Umno mahu burukkan PKR
- ULAMA DAP CABAR ULAMA MESRA UMNO
Fitnah Video Seks : Kepala Otak Kotor Akan Hasilkan Perkara Kotor Posted: 31 Mar 2013 03:34 AM PDT Fitnah video seks yang disebarkan blogger upahan Umno-BN, Papa Gomo hanya menggambarkan diri beliau juga mempunyai pemikiran yang cederung ke arah melakukan perkara kotor. Ini kerana menurut perspektif Islam, sesuatu tindakan kotor akan keluar dari jiwa dan hati yang kotor. Demikian menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man kepada TV Selangor ketika dihubungi hari ini. "Tindakan ini keluar dari jiwa dan hati yang kotor akhirnya melahirkan tindakan yang bertentangan dengan syarak, etika dan moral kita sebagai orang Melayu. "Ianya juga mendedahkan siapa kita sebenarnya dari segi pemikiran sosiologi manusia, ia menggambarkan indentiti sebenar kita, tetapi masyarakat boleh menilainya," kata Tuan Ibrahim. Sepatutnya menurut beliau, Umno-BN haruslah menumpukan kepada isu-isu dasar yang lebih serius seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran dan sebagainya dan bukan isu remeh yang bertujuan mengaibkan peribadi ahli politik tertentu. Tuan Ibrahim juga percaya, tindakan memfitnah tersebut diambil ekoran kegagalan Umno-BN menyelesaikan isu penyelewengan pemimpin mereka yang didedahkan pemimpin Pakatan Rakyat. "Kita harus ingat, perbuatan kita tidak berakhir di dunia, tetapi di akhirat dan memfitnah juga termasuk dosa-dosa besar yang menghapuskan segala amalan lain," ujar beliau lagi. Sebelum ini Papa Gomo beberapa kali memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri video seks di blognya. Dari rentetan siri-siri fitnah oleh Papa Gomo itu, Anwar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman blogger tersebut sebanyak RM 100 juta. Terbaru, Papa Gomo turut memaparkan surat terbuka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan harapan Anwar berundur daripada politik tanah air. sUMBER: http://greenboc.blogspot.com/2013/03/fitnah-video-seks-kepala-otak-kotor.html |
Rafizi: Notis huru-hara PRU fitnah Umno mahu burukkan PKR Posted: 31 Mar 2013 03:25 AM PDT Rafizi Ramli SHAH ALAM - PKR menyifatkan penyebaran notis kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi sebagai hanya "permainan budak-budak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis itu adalah muslihat Umno untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti itu menaja kekecohan. "Ini satu lagi perang psikologi yang dimainkan Umno terhadap PKR dengan menyebarkan fitnah seperti ini. Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat. "Saya rasa lawak dan nak gelak bila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," katanya. Sebelum ini, terdapat satu notis bertarikh 15 Disember 2012 tersebar dengan logo PKR sebagai kepala surat. Terdapat dua peringkat arahan pada notis itu. Di peringkat pertama, orang awam diminta membuat kecoh di kawasan mengundi bagi membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kelemahan pada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Di peringkat kedua, arahan untuk kumpulan media atas talian menggunakan saluran media baru seperti membina Twitter khas dengan hashtag #SPRJahat, #SPRTipu, #BersihPRU13, #NajibTipuPRU dan #BangkitRakyat. Mengulas mengenai kandungan surat itu, Rafizi menafikan ia daripada pihaknya. |
ULAMA DAP CABAR ULAMA MESRA UMNO Posted: 30 Mar 2013 05:44 PM PDT Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO Debat Dalam Bahasa ArabSeorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP. Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO. Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak. Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini. "Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja. "Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan