Jumaat, 29 Mac 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Politik Samseng Semakin Menjadi-jadi

Posted: 28 Mar 2013 07:14 PM PDT




BATU PAHAT 28 MAC: Tindakan samseng Umno Batu Pahat memukul remaja yang memerhati petugas KEADILAN memasang bendera, bukti keganasan dan dendam politik, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Batu Pahat, Ezaddin Abd Rahman.
Remaja tersebut, Izwan Rahman, 17, ditumbuk dan disepak dimuka hanya kerana memerhati rakan-rakannya dari Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir di Batu Pahat membantu memasang bendera KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
"Mangsa hanya lalu dan berjumpa rakan-rakannya yang sedang memasang bendera. Dia baru pulang dari bermain futsal.
"Tiba di rumah, empat orang yang dikenali termasuk Ketua Kampung Jorak Elahi dan Ketua Cawangan Umno Jorak Elahi datang bertanya adakah dia terlibat dengan aktiviti pemasangan bendera.
"Mangsa tidak mengaku kerana tidak terlibat. Tapi dia ditumbuk dan dipaksa mengaku. Ini tindakan samseng politik," kata Ezaddin memaklumkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 malam Rabu lalu.
IPD BPJusteru, satu laporan dibuat oleh Izwan bersama wakil KEADILAN Jorak Elahi, Mohd Firdaus Esa dan Ezaddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat dan mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku keganasan.
Kes kini dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Fauzi Kamaruddin.
"Ini dendam politik Umno BN. Kerana sejak kebelakangan ini, sokongan kepada program KEADILAN mendapat sambutan. Sama ada ceramah, program bantuan dan khidmat sosial, penduduk Batu Pahat pergi kepada kita.
"Mungkin kerana takut kepada pengaruh KEADILAN, mereka cuba ugut penyokong pula," kata Ezaddin yang juga Timbalan Ketua AMK Johor.
"Gangguan ini tak lunturkan semangat kami. Kita akan teruskan penerangan dan kempen untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Pahat," katanya. – SDQ

keadilandaily

Presiden Akan Bertanding Di Selangor

Posted: 28 Mar 2013 07:11 PM PDT



SHAH ALAM – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun, pucuk pimpinan parti belum memutuskan kawasan bagi beliau bertanding.

Dr Wan Azizah berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertanding di Dun Selangor tetapi masih belum membuat keputusan kawasan yang sesuai.

"Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.

"Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama Presiden PKR ini turut memaklumkan perkara ini pernah dibincangkan sebelum ini tetapi secara tidak formal.

"Dun mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana," katanya.

Di Selangor terdapat 14 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditakluki PKR pada pilihan raya 2008 lalu dan tidak mustahil salah satu daripada kerusi itu akan menempatkan Dr Wan Azizah.

sinarharian

Tiada ulasan:

Nuffnang