Jumaat, 29 Mac 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


15 Ribu Jawatan Kosong di Selangor menggamit Anda

Posted: 29 Mar 2013 08:11 AM PDT

Kepesatan ekonomi dan kemasukan pelabur 
asing yang begitu rancak menjadikan negeri Selangor sebuah negeri idaman buat para pelabur dalam mahupun luar negara. Sila lihat jadual GDP (Keluaran dalam negeri kasar, KDNK) di bawah. Justeru, kekosongan jawatan di Selangor yang perlu dipenuhi berada di paras "kritikal yang mesti diisi segera" dan memerlukan perhatian yang serius sebelum majikan mengambil inisiatif mengundang pekerja asing secara " rasmi atau tidak rasmi" ke dalam organisasi mereka.



Orang luar  terpaksa mengharung lautan berombak (dengan bot atau tongkang) , membelah awan nan biru (dengan pesawat atau belon) dan paling tidakpun terpaksa bayar duit minyak, tol atau silap haribulan saman AES atau perangkap laju. Anda rakyat Selangor, paling jauh antara Semenyih dan Ulu Bernam atau Ulu Langat dan Kuala Langat. Tetapi anda di Selangor tidak perlu itu semua. Sekadar "start" motor atau paling teruk terpaksa naik dua tiga bas atau dua kali tukar komuter atau LRT.


Jika anda terlalu memilih kerja atau menginginkan tangga gaji yang mahal, dua senario boleh kita fikirkan. Jika anda mahukan pendapatan mingguan
seperti yang digambarkan oleh rajah di sebelah,
anda terpaksa berhijrah ke negara barat seperti Kanada, USA, atau Australia. Mungkin anda perlu belajar ke suatu tahap pendidikan yang lebih tinggi dari apa yang anda miliki sekarang. Contohnya jika anda pemegang ijazah sarjana, anda mungkin perlu mendaftar di Universiti untuk mendapatkan PhD. Itupun membawa banyak masalah. Apapun, peluang pekerjaan di  luar negara  di SINI.

Senario kedua, jika anda terlalu memilih kerja untuk mengisi 15 ribu kekosongan kerja  di Selangor, orang luar Selangor atau Malaysia bila-bila sahaja mahu bekerja di Selangor khususnya.

Untuk maklumat selanjutya di

Cabaran Buat Anda Yang Masih Mencari-cari




Tiada ulasan:

Nuffnang