Jumaat, 29 Mac 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


30 polis dan JPJ tahan treler PAS

Posted: 28 Mar 2013 01:18 AM PDT



Kesian pihak polis dan JPJ. Mereka hanya menurut perintah dari pihak atasan. Kalau boleh mereka pun tak nak buang masa dan tenaga memeriksa treler PAS ini. Mereka lebih suka kejar penjenayah, pengganas, penceroboh, peragut, penyamun, pemandu mabuk. Tapi apakan daya, mereka hanya menurut perintah. Semoga polis dan JPJ di Negeri Sembilan tidak dibebankan dengan tugas sebegini pada 30 dan 31 Mac 2013 nanti.

30 polis dan JPJ tahan treler PAS
Harakahdaily 28 Mac 2013



IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkua

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.

Tiada ulasan:

Nuffnang