N50 Dun Sri Muda |
- Di atas Permintaan Kemungkinan DSAI Akan Bertanding Samada di Selangor Atau Perak
- Raja Muda Sulu Agbimudin Kiram Pernah Menjadi Kakitangan Awam Negara
- Pekung Taib Mahmud Terbuka Luas
- Sultan Sulu Memiliki Kad Keahlian UMNO. Pimpinan UMNO Wajib Jelaskan Demi Kesejahteraan Negara
- OPS Daulat :Tentera Udara , Laut & Darat Berganding Bahu Menpertahankan Tanah Air
Di atas Permintaan Kemungkinan DSAI Akan Bertanding Samada di Selangor Atau Perak Posted: 20 Mar 2013 01:10 AM PDT KUALA LUMPUR 20 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di luar kubu kuatnya, Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada PRU 13 berikutan permintaan pemimpin dan rakyat, khususnya di Selangor dan Perak. Menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti pagi tadi, beliau berkata, KEADILAN memiliki ramai pemimpin berkelayakan untuk menggantikannya di Permatang Pauh jika beliau tidak mempertahan kerusi berkenaan. Bagaimanapun, Ketua Umum KEADILAN itu setakat ini masih bercadang mempertahan kubu kuat itu tetapi tetap mempertimbang kemungkinan bertanding di kawasan lain. "Tetapi di Selangor mungkin tidak, mungkin saya akan bertanding di Perak," katanya. Beliau bagaimanapun menolak sebarang kemungkinan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar yang juga anak sulungnya untuk bertanding di kerusi berkenaan. "Beliau sibuk di kawasannya di Lembah Pantai. Kenapa hendak ganggu? Cukuplah (Menteri Wilayah) Raja Nong Chik (sahaja) yang ganggu dia," katanya, berseloroh. Parlimen Permatang Pauh adalah kuat kuat Anwar, lama sebelum KEADILAN ditubuh dan ia terus penguasaan terus didominasi dengan kemenangan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu, dipenjara. Ketika pengaruh KEADILAN jauh dari paras kemuncak manakala BN mencatat rekod terbaik sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini, kerusi Permatang Pauh tetap gagal ditawan calon Umno, sebaliknya kekal di tangan KEADILAN. (FZL) keadilandaily |
Raja Muda Sulu Agbimudin Kiram Pernah Menjadi Kakitangan Awam Negara Posted: 20 Mar 2013 01:05 AM PDT KUALA LUMPUR 20 MAC: KEADILAN mendedahkan bukti secara dokumen yang menunjukkan Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak bulan lalu, sebenarnya rakyat Malaysia dan pernah menjadi kakitangan awam. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibuktikan melalui dokumen 'Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah' yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah. "Dari maklumat itu, disahkan bahawa Agbimudin tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Rafizi yang turut melampir salinan dokumen itu yang memiliki cop Arkib Negeri Sabah bertarikh 4 Oktober 1983, berkata, pendedahan itu mengesahkan hubung kait penceroboh Sulu dengan projek IC yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad. "Wujudnya tokoh dari kumpulan bersenjata ini di kalangan warganegara mengesahkan keresahan rakyat betapa pemberian kerakyatan untuk tujuan politik tanpa proses sah mengancam keselamatan negara," katanya. Sebelum ini, media sosial terutama facebook kerap memapar pelbagai gambar individu yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu bersama-sama pimpinan Umno BN. keadilandaily |
Pekung Taib Mahmud Terbuka Luas Posted: 19 Mar 2013 08:28 PM PDT KUALA LUMPUR 20 MAC:Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjawab pendedahan bukti rakaman yang mendedahkan dakwaan kerakusan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud merompak hak rakyat Sarawak. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil untuk Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dalam isu ini. "Beliau mesti beri ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera. "Kita berharap Perdana Menteri respon segera mengenai perkara ini," katanya dipetik Sinar Harian. Beliau berkata pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS, petang semalam. Anwar berkata, perkara itu adalah serius memandangkan badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan jumlah dana yang dikumpulkan Taib serta keluarganya. "Najib tak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri terutama berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu. "Ini adalah isu yang akan membuatkan Pakatan Rakyat akan terus ketengahkan," kata Anwar dipetik. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula dipetik membidas Najib kerana tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri 2011. "Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau pemimpin yang gagal mengotakan janji. "Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada Perdana Menteri termasuk bekas Perdana Menteri yang pernah perintah negara selama 22 tahun," kata Kit Siang. keadilandaily VIDEO :Respon Dari Taib Mahmud Pertama Kali Lihat Taib Agak Menggelabah Sedikit |
Sultan Sulu Memiliki Kad Keahlian UMNO. Pimpinan UMNO Wajib Jelaskan Demi Kesejahteraan Negara Posted: 19 Mar 2013 07:59 PM PDT KUALA LUMPUR 19 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan dedahkan butiran rundingan dengan Sultan Sulu daripada menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai kepentingan politik domestik Umno BN. "Ada rundingan dibuat antara pemimpin Umno BN dengan Sultan Sulu? Ini tak pernah dijelaskan. Nak bayar apa? Tanah siapa? Mereka (pimpinan Umno BN) tak dapat jawab. "Ada Sultan Sulu yang mempunyai kad keahlian Umno. Ini tak pernah dijelaskan kepada rakyat. Apa kaitan mereka (dengan Umno)?" kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat hari ini. Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan kebelakangan ini memaparkan gambar pertemuan antara Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno. Antaranya bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Tegas Anwar, desakan Pakatan Rakyat bagi mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan isu keselamatan negara masih tidak dijawab kerajaan sehingga hari ini. Merujuk kenyataan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim, Anwar berkata, kelemahan kawalan di perairan negara sangat ketara sehingga penceroboh Lahad Datu bukan sahaja bolos masuk, malah berjaya melepaskan diri. Tambah Anwar, Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia tidak pernah bermusuh dengan penduduk Sabah berketurunan Sulu. "Kita tak berperang dengan mereka. Yang kita lawan adalah pengganas," kata Anwar. Dalam pada itu, beliau memaklumkan penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan sekurang-kurangnya enam bekas jeneral untuk menasihat pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu keselamatan negara. Turut hadir sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Presiden dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. – SDQ keadilandaily |
OPS Daulat :Tentera Udara , Laut & Darat Berganding Bahu Menpertahankan Tanah Air Posted: 19 Mar 2013 07:53 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mac — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya - udara, laut dan darat - dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini. Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom. F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau). Serangan udara oleh TUDM itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi kekuatan dan juga moral mereka. Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat mula begerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan untuk memburu saki-baki pengganas. Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar berkata pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi. ACV300 itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam. Tidak kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau meloloskan diri. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang TLDM akan tiba di Lahad Datu secara berperingkat Penggunaan aset ketenteraan oleh ATM dalam menangani krisis pencerobohan pengganas dari Sulu itu memberi mesej jelas kepada musuh bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan negara. Menurut seorang penganalisis pertahanan, penggunaan aset perang konvensional ke atas pengganas Sulu yang menggunakan taktik perang gerila dilihat lebih kepada 'power projection' atau paparan kekuatan ke atas mana-mana musuh yang mempunyai niat tidak baik terhadap Malaysia. "Power projection dalam keadaan aman dibuat melalui latihan ketenteraan seperti 'Eksesais Halilintar' yang dijalankan di Langkawi membabitkan lebih kurang 10,000 tentera," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata kebanyakan orang awam tidak memahami operasi tentera dan mengkritik taktik yang diguna pakai pasukan keselamatan semasa menggempur pengganas Sulu di kawasan Kampung Tanduo. Nyawa tentera atau polis bukan murah untuk dihantar terus secara berhadapan dengan pengganas Sulu yang berjumlah antara 100 hingga 200 orang, katanya. "ATM merupakan pasukan yang mempunyai pengalaman perang gerila yang sangat meluas, begitu juga pengganas Sulu. Kesilapan musuh adalah kerana mereka menyangka pertempuran ini sama dengan pengalaman perang mereka di tempat sendiri," katanya. Pengganas Sulu tidak mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan dan keupayaan TLDM untuk mengadakan sekatan-sekatan di lautan terutama bagi mengekang kemasukan bekalan senjata dan peluru untuk musuh, katanya. – Bernama |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan