N50 Dun Sri Muda |
- Malaysia tetap stabil walaupun kerajaan bertukar, kata pakar ekonomi AS
- Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian
Posted: 01 Mar 2013 11:31 PM PST |
Posted: 01 Mar 2013 11:19 PM PST |
Posted: 01 Mar 2013 11:04 PM PST |
Malaysia tetap stabil walaupun kerajaan bertukar, kata pakar ekonomi AS Posted: 01 Mar 2013 04:11 AM PST KUALA LUMPUR, 1 Mac — Pertukaran sesebuah kerajaan dalam Pilihan Raya 2013 tidak bermakna kestabilan ekonomi dan sosial Malaysia akan tergugat, kata pakar ekonomi Amerika Syarikat Nouriel Roubini hari ini. Roubini menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki kekuatan dalam proses demokrasi dan ekonominya diiktiraf diperingkat antarabangsa, dua faktor ini dilihat beliau sebagai faktor utama menjamin kestabilan dalam negara ketika ini serta dijangka kesinambungannya akan berterusan. "Sudah pastinya tidak lama lagi pilihan raya yang demokratik berlangsung dalam negara ini dan terdapat ketakpastian dalam pilihan raya ini," kata Roubini (gambar) dalam satu forum "Datum Economic Forum 2013" di ibu kota hari ini. "Saya ingin berkata, tidak kira apapun keputusannya, negara ini sudah menunjukkan kestabilan politik dan institusi." Pakar ekonomi tersebut yang terkenal dalam ramalannya keatas kejatuhan ekonomi di Amerika pada 2008 dan 2009 walaubagaimanapun memberikan pandangan kestabilan tersebut hanya akan kekal sekiranya proses demokratik berjalan dengan baik jika tidak sebaliknya akan berlaku seperti "Kebangkitan Negara Arab". "Oleh sedemikian, selagi terdapat proses demokratik dan selagi kejelasan politik selepas pilihan raya ia pastinya adalah sesuatu yang positif. "Walaubagaimanapun, pastinya terdapat ketakpastian yang kecil," tambah beliau lagi. "Oleh sedemikian, selagi terdapat proses demokratik dan selagi kejelasan polisi selepas pilihan raya ia pastinya adalah sesuatu yang positif. "Walaubagaimanapun, pastinya terdapat ketakpastian yang kecil," tambah beliau lagi. Apabila ditanya oleh salah seorang peserta sama ada langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan lagi tarikh pilihan akan memberikan kesan buruk kepada pasaran dan pelabur di Malaysia, Nouriel menjawab: "Saya tidak masuk campur dalam politik negara ini. "Rakyat akan pilih wakil mereka dalam pilihan raya nanti. Negara ini demokrasinya stabil dan komitmen polisi luar ekonominya telah membawa kepada kejayaan dan disegani dikalangan negara luar lain," tambah beliau lagi. Sehubungan itu, Nouriel menegaskan segala ketakpastian dalam pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi akan ditangani menerusi proses yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. "Ketakpastian akan ditangani menerusi proses demokratik dan institusi demokrasi yang kuat dalam negara ini," kata pengerusi badan Roubini Global Economics di Amerika Syarikat. Beliau juga memberikan pandangan secara tak langsung terhadap beberapa langkah kerajaan yang memberikan pelbagai gula-gula politik seperti wang dan barang keperluan untuk meraih dengan menyifatkannya sebagai langkah yang tidak menguntungkan ekonomi sesebuah negara. "Setiap kali adanya pilihan raya, sesiapa yang berkuasa sebelum pilihan raya akan memberikan wang tunai kepada orang ramai. "Ini bagi meningkatkan peluang untuk menang dan tingkatkan defisit pada tahun pilihan raya. Tapi diharapkan langkah tersebut tidak diulangi semula," ujar Nouriel yang juga dikenali sebagai "Dr Doom" itu lagi. Pelbagai spekulasi tentang pilihan raya dikeluarkan oleh ahli politik kebelakangan ini, antaranya memberikan situasi kekecohan yang akan berlaku sekiranya pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk kuasa di Putrajaya. Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyifatkan perubahan kerajaan bukanlah terbaik untuk Malaysia kerana ia hanya akan membantutkan kemajuan ekonomi yang cuba dibawa oleh kerajaan sedia ada. Dr Mahathir menegaskan berbeza dengan negara lain, Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak pernah bertukar pemerintahan sejak mencapai kemerdekaan dan menggambarkan perubahan kerajaan bakal memberi kesan teruk terutamanya dari segi ekonomi khususnya. "Malaysia tidak pernah bertukar pemerintahan sejak Merdeka. "Oleh sebab itulah negara terus-menerus mencapai kemajuan sehinggalah sekarang ini," kata beliau pada Januari lalu. Najib juga meminta rakyat supaya tidak membuat "perubahan" yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya. Menjelang pilihan raya tidak lama lagi tahun ini, pentadbiran Najib dan Umno yang dipimpinnya berhadapan ujian paling getir sejak kemerdekaan terutamanya apabila PR membangkitkan pelbagai isu kontroversi melibatkan pemimpin politik dalam Umno. PRU ke 13 dijangkakan sebagai paling sengit dalam sejarah bagi Barisan Nasional kerana buat pertama kalinya perlu berhadapan dengan pembangkang yang paling tersusun. - themalaysianinsider |
Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian Posted: 01 Mar 2013 04:06 AM PST KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno. "Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing. "Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya," kata Tian kepada Keadilan Daily. Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian. Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini. Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini. Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. "Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya. Keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaan Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata, insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah. "Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah. Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat. Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan. "Ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin runtuh," kata Roland, sambil menyatakan KEADILAN Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan mempertahankan perairan tersebut. Pencerobohan di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota kumpulan militan berpakian ala tentera dan bersenjata api dari Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki bot pancung. Pada 14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina. Menurut Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal. -keadilandaily |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan