Sabtu, 2 Mac 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


JOM UBAH 2

Posted: 01 Mar 2013 08:33 PM PST


JOM UBAH 1

Posted: 01 Mar 2013 08:32 PM PST


Tiada guru: Pelajar tingkatan 6 terabai

Posted: 01 Mar 2013 08:31 PM PST


28 Feb 2013

Isu perpindahan dan penggantian guru akademik kelas tingkatan enam yang bertukar dan berhenti seperti dipandang remeh oleh pihak Kementerian Pelajaran. Tempat guru yang bertukar memerlukan masa yang lama untuk diganti sedangkan pelajar terpaksa menyiapkan PBS dan tugasan yang wajib sebelum penggal berakhir. Bayangkan untuk penggal kedua, masa yang diperuntukkan adalah dari Januari hingga Mei. Guru yang bertukar pada awal penggal belum berganti sedangkan penggal dua hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi.

*********
ISU penempatan guru yang mengajar di tingkatan enam terus menjadi polemik.

Isu ini tiada kesudahannya. Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa pembelajaran pelajar di tingkatan enam sama dengan pelajar di arus perdana.

Tanggapan ini salah sama sekali. Sukatan dan masa pengajaran dan pembelajaran tingkatan enam sekarang telah mengguna pakai sistem penggal.

Pelajar perlu menyiapkan PBS dan dalam masa yang sama mereka perlu mengikuti proses P&P di kelas dengan bimbingan guru.

Masalah akan timbul jika guru yang mengajar kelas tingkatan enam bertukar, berhenti atau pencen.

Yang menjadi mangsa ialah pelajar yang terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran mengikut penggal yang diperuntukkan kepada mereka.

Isu perpindahan dan penggantian guru akademik kelas tingkatan enam yang bertukar dan berhenti seperti dipandang remeh oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Tempat guru yang bertukar memerlukan masa yang lama untuk diganti sedangkan pelajar terpaksa menyiapkan PBS dan tugasan yang wajib sebelum penggal berakhir.
Bayangkan untuk penggal kedua, masa yang diperuntukkan adalah dari Januari hingga Mei.

Guru yang bertukar pada awal penggal belum berganti sedangkan penggal dua hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi.

Masa yang ada belum lagi ditolak untuk PBS yang akan berakhir awal Mei dan peperiksaan bertulis STPM untuk penggal dua adalah pada 20 hingga 23 Mei 2013.
Saya ingin mengajukan soalan kepada pihak berkenaan sama ada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Kementerian Pelajaran:
i) Adakah guru yang mengajar arus perdana tidak dibenarkan mengajar tingkatan enam kerana tiada surat pelantikan guru akademik tingkatan enam?
ii) Berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk menggantikan seorang guru tingkatan enam yang bertukar dan pihak manakah yang wajib menguruskan penempatan guru baharu tersebut, pihak JPN atau kementerian?
iii) Bilakah sistem berpusat untuk menempatkan pelajar tingkatan enam di sesebuah sekolah akan bermula sedangkan hal ini telah dicanangkan sejak beberapa tahun lepas oleh kementerian?
Saya sebagai seorang pendidik dan seorang ibu kepada pelajar, berasa terpanggil untuk menyuarakan hal ini.

Situasi ini akan berlarutan jika tiada tindakan diambil dan yang teraniaya ialah pelajar dan yang dipersalahkan pula nanti pastinya para guru. Masalah ini juga sedikit sebanyak akan menghakis minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.

Saya amat berharap agar isu ini dapat ditangani segera kerana ketiadaan guru akan menyebabkan kesulitan kepada semua pihak, sama ada di pihak pelajar, sekolah, JPN dan seterusnya nama baik kementerian.

PEMBELA NASIB PELAJAR
SMK Raja Ali,
KM8, Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Nuffnang