Sabtu, 2 Mac 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Al Fatihah..

Posted: 02 Mar 2013 12:49 AM PST

19 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

 Jenazah salah seorang anggota komando yang terbunuh dalam pertempuran dengan penceroboh Filipina di Lahad Datu, diusung sebaik tiba di Lapangan Terbang Subang pada 2 Mac, 2013. – Foto Saw Siow Feng

Jenazah salah seorang anggota komando yang terbunuh dalam pertempuran dengan penceroboh Filipina di Lahad Datu, diusung sebaik tiba di Lapangan Terbang Subang pada 2 Mac, 2013.

PM Beri Kata Dua Kepada Kumpulan Bersenjata Sulu

Posted: 02 Mar 2013 12:47 AM PST

19 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu memberi kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu supaya menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia.

Perdana Menteri berkata masa untuk mempertimbangkan apa juga permintaan kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina sudah berakhir.

Kerajaan Malaysia amat bertegas dalam hal ini, kerana jenayah yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu amat serius, katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis Komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang dekat sini, Sabtu.

"Saya telah menelefon Presiden Filipina Benigno Aquino Jr II berhubung pendirian kerajaan Malaysia itu malam tadi, dan beritahu padanya bahawa setelah berlakunya kejadian tembak menembak pagi Jumaat, kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangkan apa jua permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.

"Dan mereka hanya ada dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan," katanya.

Najib berkata tindakan mereka menceroboh ke negara ini dengan bersenjata, dan diikuti dengan pembunuhan dua anggota keselamatan negara serta mencederakan tiga lagi anggota polis Komando VAT 69 bererti mereka telah melakukan jenayah yang cukup berat.

Untuk itu, kerajaan tidak akan membuka pintu rundingan lagi ataupun mempertimbang permintaan mereka, tegasnya.

Bagaimanapun, Najib enggan mengulas mengenai tempoh yang akan diberikan kepada kumpulan penceroboh itu untuk menyerah diri dengan hanya berkata: "perkara itu saya tidak dapat dedahkan atas sebab-sebab taktikal."

Pada Jumaat, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.

Dalam kejadian itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera, dan 12 anggota kumpulan itu maut.
Dua anggota komando polis yang cedera, Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39, yang kini dirawat di Hospital Lahad Datu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Seorang lagi anggota komando polis yang cedera Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli pula dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Jenazah Zulkifli dan Sabarudin yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pada 7.55 pagi tadi tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)Subang pada 12.30 tengah hari ini sebelum dibawa untuk dikebumikan di kampung masing-masing.

Zulkifli dikebumikan di Kg Kubang Ikan, Besut, Terengganu dan Sabaruddin di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. BERNAMA

Presiden Filipina Arah Kumpulan Bersenjata Sulu Serah Diri Tanpa Syarat

Posted: 02 Mar 2013 12:45 AM PST

19 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

MANILA: Presiden Filipina Benigno Aquino pada Sabtu menggesa anggota kumpulan bersenjata Sulu yang masih berada di Perkampungan Tanduo supaya menyerah diri untuk mengelakkan pertumpahan darah berlaku lagi.

Aquino berkata demikian dalam satu mesej kepada kumpulan tersebut yang diketuai adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III bahawa mereka perlu menyerah diri tanpa menetapkan sebarang syarat.

Kira-kira 12 anggota kumpulan tersebut maut manakala dua anggota polis komando Malaysia terkorban dalam insiden tembakan pada Jumaat.

Bagaimanapun tiada komen segera dari keluarga Kiram.

Seorang jurucakap keluarga Kiram berkata, adik Sultan Sulu tidak cedera dalam insiden itu.

Kumpulan tersebut menceroboh masuk ke perkampungan Tanduo sejak tiga minggu lalu.

Adik diculik tiga ah long

Posted: 01 Mar 2013 04:57 PM PST

19 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


MOHD ADNAN

MOHD ADNAN
SHAH ALAM – Seorang lelaki diselamatkan, kelmarin, selepas diculik tiga ah long berikutan kegagalan abang mangsa melunaskan pinjaman sebanyak RM9,000.

Mangsa, berumur 23 tahun, diculik di rumahnya di Taman Emas, Kampung Jawa, Klang, Rabu lalu.

Penculik kemudiannya menghubungi abang mangsa, kira-kira jam 1.30 petang dan menuntut wang tebusan yang kononnya sebagai bayaran pinjaman.

Khuatir dengan keselamatan adiknya itu, abang mangsa kemudiannya membuat laporan polis, kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dua jam kemudian, polis menyerbu sebuah rumah kosong di Taman Maznah, Klang.

Katanya, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, berumur lingkungan 20 hingga 44 tahun ditahan.

"Mangsa ditemui di dalam rumah tersebut. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bagaimanapun kita menghantarnya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta Toyota Camry, motosikal jenis Yamaha, buku nota, buku cek, telefon bimbit dan rotan.

"Buku nota itu mengandungi butiran berkaitan aktiviti peminjaman wang. Kita percaya suspek merupakan ah long," katanya.

Mohd Adnan berkata, salah seorang suspek memiliki lapan rekod jenayah lampau antaranya bersangkutan kes curi dan pecah rumah.

Sinar Harian/-

Nik Aziz: DAP ‘kawan’ perlu disantuni

Posted: 01 Mar 2013 04:54 PM PST

19 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



Nik Aziz: DAP 'kawan' perlu disantuni

Nik Abdul Aziz menurunkan tanda tangan pada poster yang di tampal pada kereta peserta Konvoi Explo'R'ace sempena Karnival BioKelantan 2013.
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama dengan DAP sambil menyifatkan tidak salah berkawan dengan 'orang jahat' asalkan berniat memberi kesedaran Islam kepada mereka.
Nik Abdul Aziz juga menegaskan DAP adalah 'kawan' yang perlu disantuni Pas bertujuan memperbetulkan dan memberi nasihat kepada kelompok itu.
Dalam masa yang sama beliau berkata, Umno sering menuduh DAP jahat, tetapi, sebenarnya parti orang Melayu itu sendiri yang lebih jahat kerana dakwanya mengambil pendekatan berteraskan kebangsaan tetapi menolak Islam.
"Kita boleh berkawan dengan orang jahat untuk memberi nasihat, Umno marah kepada Pas berkawan dengan DAP, (Umno) kata DAP jahat, tapi kenapa DAP jahat? Kamu (Umno) jahat juga.
"Berkawan dengan Pas, insya-Allah Pas akan beritahu tentang Islam, syurga begini, neraka begini. Dia hendak dengar atau tidak, peduli apa. Paling penting, tujuan kita berkawan untuk baiki dia (DAP).
"Berkawan dengan Umno, Umno pun jahat juga. Macam mana tidak jahat, Umno tolak Islam ambil kebangsaan, agah(berlagak sombong)," katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Pas negeri di sini, semalam.
Dalam pada itu, beliau turut mengecam Mufti Perak, Tan Sri Harussani dalam sebuah akhbar yang menyatakan sikap Pas lebih teruk daripada kafir, baru-baru ini.
Nik Abdul Aziz seterusnya mengelar mufti berkenaan sebagai 'mufta' iaitu orang yang tidak pandai yang perlu diberi petua oleh orang lain selain turut melabel Harussani sebagai mabuk dan tidak sedar diri kerana didakwa membuat kritikan tanpa rujukan kedua-dua pihak.
"Mufti sepatutnya mendengar (penjelasan) kedua-dua pihak. Di rumah, anak kita berbalah, kita panggil kedua-duanya, barulah sah yang mana betul yang mana salah, adik atau kakak. Penghulu kampung bila rakyat berbalah, dia panggil dua-dua (pihak). Hakim mahkamah buat keputusan kena ada dua-dua (pihak), kadang-kadang ambil masa puluhan tahun.
"Mufti apa begini? Ini bukan mufti tapi 'mufta'. Kenyataan Harussani memburukkan nama mufti sahaja, buruk nama orang kampung, (pakai) kopiah 24 jam tapi bercakap tidak betul," katanya.
Nik Abdul Aziz dalam laman facebook beliau sebelum ini, menasihatkan Harussani supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan tidak melampau dalam menunjukkan sokongan beliau kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno. 
Sinar Harian melaporkan beliau kecewa dengan kenyataan itu dan meminta mufti berkenaan merujuk kepada sumber yang sahih sebelum membuat ulasan terhadap beliau dan pemimpin Pas lain.

Sinar Harian/-

Menghargai Akal

Posted: 01 Mar 2013 04:29 PM PST

19 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


"Hati-hatilah kalian dari berbuat dusta, karena sesungguhnya dusta akan mengantar kepada kejahatan dan kejahatan akan membawa ke neraka. Jika seseorang sukanya berdusta dan berusaha berdusta, maka ia akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta" (HR. Bukhari dan Muslim).

Adakah yang mau menukar akal sehat dengan emas sebesar gunung? Tentunya tak (akan) ada yang mau (melakukannya). Sebab, begitu nikmat memiliki akal sehat. Bila hilang akal, hidup sama sekali tiada bererti, meskipun memiliki banyak harta. Karena itu, wajar banyak yang mau menghabiskan sebanyak apapun hartanya, untuk mengobati anak atau orang tuanya yang hilang akalnya. Dengan demikian, akal jauh lebih berharga ketimbang segunung emas. Namun anehnya, banyak yang tak mau menggunakan akal sehat untuk memikirkan petunjuk Allah ketika sedang mengejar harta seharga hanya segenggam emas.

Bila diakui, orang-orang yang berbuat demikian bisa dikatakan sudah tak mau menghargai akal sehatnya sebagai anugerah Allah yang sangat berharga, ketika terbujuk hawa nafsu. Padahal kalau terus-menerus tak digunakan, akal sehat beresiko dicabut oleh Sang Pencipta. Kalaupun tidak sepenuhnya dicabut, akan dicabut sebahagiannya, seperempatnya, seperdelapannya, atau dalam jumlah lain. Pencabutan inilah yang tak sepenuhnya disadari, sehingga dianggap normal-normal saja.

Bila disadari, banyak pelaku kejahatan sudah tak lagi memiliki akal sehat. Misalnya, tak lagi timbul kesadaran akan besarnya dosa ketika melakukan suatu kejahatan, meskipun dilakukan secara terang-terangan. Ketika ditangkap karena kejahatannya dan ditonton banyak orang, banyak yang tersenyum seakan itu hal yang biasa. Bahkan tak sadar bila sedang mengantar diri ke neraka. Bukankah ini pertanda hilangnya (sekian persen) akal?


Serambi Indonesia/-

14 terbunuh termasuk 2 polis di Lahad Datu

Posted: 01 Mar 2013 04:22 PM PST

19 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



LAHAD DATU: Beberapa terbunuh apabila pertempuran meletus antara polis dan tentera dengan tentera kesultanan Sulu, Sultan Jamalul Kiram 111 pagi ini.

Menurut radio Filipina yang memetik keluarga Jamalul, termasuk adiknya, Azzimudie Kiram, sudah beberapa terbunuh apabila pertempuran mula meletus antara mereka dengan polis dan tentera Malaysia.

Bagaimanapun laporan itu tidak menjelaskan berapa ramai yang terkorban sehingga kini.

Akhbar Philippine Star melaporkan, pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kira-kira 60 penceroboh bersenjata itu.

Pihak polis pula mengesahkan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu hari ini.   

Kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera, kata polis, lapor Bernama.

Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

Mereka cuba keluar daripada kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota keselamatan yang sedang berkawal, kata Pasuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Lahad Datu, beliau berkata insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh itu berlanjutan selama 20 minit.

Menceritakan semula kejadian itu, Hamza berkata kumpulan penceroboh rakyat asing yang terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.

"Pihak komando polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua pihak," kata Hamza.

Hamza berkata turut ditemui pada kumpulan kecil penceroboh itu ialah beberapa laras senjata api antaranya M16, pistol dan rifel SLR, peluru dan beg-beg pakaian.

Beliau berkata polis kini mengepung Kampung Tanduo, yang masih diduduki sebahagian anggota kumpulan itu, dan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan semakin diperketatkan.

"Polis telah mengawal segala laluan dan sukar untuk pihak penceroboh untuk keluar atau masuk ke kawasan kampung berkenaan," katanya.

Hamza turut menafikan laporan termasuk yang disiar laman sosial dan agensi berita asing bahawa terdapat anggota kumpulan penceroboh itu menyerah diri dan melarikan diri melalui jalan laut.

Dalam pada itu, Hamza turut menegaskan bahawa polis tidak mengeluarkan sebarang arahan perintah berkurung di Lahad Datu ekoran insiden itu.

"Saya diberi kuasa untuk melaksanakan perintah itu dan tiada sebarang perintah itu dikeluarkan seperti yang dilaporkan," katanya sambil memberitahu bahawa keadaan di Kampung Tanduo kini terkawal dan tenang


Harakahdaily/-

Siswa GM13 cabar PM debat di RTM

Posted: 01 Mar 2013 04:17 PM PST

19 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang mengumumkan untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan Parlimen perdana menteri di Pekan, kali ini mahu berdebat pula dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung manifesto mahasiswa untuk pilihan raya umum akan datang.

Semalam, mereka menghantar surat permohonan kepada stesen RTM semalam supaya menganjurkan debat tersebut antara perdana menteri dengan pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir.

Syis menyerahkan surat tersebut kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir Don kira-kira jam 12 tengahari semalam.

Seramai enam mahasiswa mengiringi beliau menyerahkan surat tersebut kepada Nadzir di pintu masuk Angkasapuri semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Syis Abdul Kadir berkata antara intipati manifesto mereka boleh diperdebatkan adalah berkaitan dasar pengajian tinggi negara.

"Hal ini bertujuan untuk mengetahui maklum balas dari perdana menteri sendiri berhubung dengan segala isu yang telah berlaku kepada mahasiswa sebelum ini terutamanya berkenaan manifesto mahasiswa dalam menghadapi PRU-13," surat permohonan itu dipetik.

Dalam surat tersebut, mereka mencadangkan tajuk debat adalah "Barisan Nasional jadikan universiti sebagai kilang" dan mengesyorkan ia disiar secara langsung di Angkasapuri.

Syis yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (UM) berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 6 Mac ini kepada RTM untuk memberi keputusan.

Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM itu berkata, pihaknya juga akan menghantar salinan surat permohonan debat itu kepada Jabatan Perdana Menteri melalui emel Isnin ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya akan melancarkan manifesto mahasiswa pada Isnin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur jam 8.30 malam.


Malaysiakini/-

Tiada ulasan:

Nuffnang