N50 Dun Sri Muda |
- Penceroboh Sulu bukan pengganas?
- Liwat II :Saya Tahu Apa Yang Berlaku Di balik Tabir- Bapa Saiful
- Presiden : Fitnah Akhirnya Terbongkar
- Tun Musa Hitam :Negara Tidak Bankrap Jika PR Memerintah
- Pakatan S’gor kekal status quo 2008
Penceroboh Sulu bukan pengganas? Posted: 13 Mar 2013 05:36 AM PDT Timbalan Ketua Polis Negara:Takkan Hishamuddin jadi bodo bila dia kata penceroboh Sulu bukan pengganas?Ni media milik Umno sendiri yang lapor; Hina pasukan keselamatan akan diburu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan individu yang memperlekeh dan menghina tindakan pasukan keselamatan di Pantai Timur Sabah. Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial. "Saya beri arahan supaya dikesan mereka yang keluar kenyataan yang menghina dan mencerca tindakan ahli pasukan kita khususnya yang telah terkorban dan tercedera. "Jangan buat tindakan bodoh seperti ini... Saya minta hentikan, kita akan jejaki mereka. Kita akan ambil tindakan," katanya dalam satu sidang media hari ini.- Malaysiakini. Mana Hishamuddin kenapa kini berdiam diri?Mula-mula kata penceroboh Sulu bukan pengganas lepas tu semua media diarah penceroboh Sulu disebut Pengganas?Jangan nak salahkan rakyat ja nak cari sampai lubang cacing.Suruh la Hishamuddin tu tarik balik apa yang dia kata atau letak jawatan!(mampoih tak letak)Sebelum kata rakyat jadi bodo Menteri sendiri pun kira cakap bodo jugak la! Penulis Abdullah Ahmad mengulas isu Lahad Datu tulih,"Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan negara, bangsa, agama dan bahasa asyik mencari peluang "photo opportunities" memakai uniform! Saya tidak lagi geli hati melihat Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan tanpa uniform di Lahad Datu. Itu satu kewajaran, satu tradisi civilian berkuasa di atas Angkatan Tentera maka pakaian preman sudahlah!"Baca tulisan beliau; Insiden mengaibkan!-M'insider 1 comments: yg hina Rasullullah SAW mcmana TKPN ?? terpesong akidah..boleh murtad dan masuk neraka selama2nya.. xnk tangkap ke org2 tu ??? rakyat perlu pencerahan...tobat lahom le kalau polis tangkap....hahahahahaha...PDRM byk keja lain lg TKPN..jenayah makin banyak dan rakyat makin rasa x selamat..itu patut diberi keutamaan.. NOTA: Perkongsian dari blog MisaiMerah |
Liwat II :Saya Tahu Apa Yang Berlaku Di balik Tabir- Bapa Saiful Posted: 12 Mar 2013 08:47 PM PDT KUALA LUMPUR 12 MAC: Bapa kepada Saiful Bukhari mengulangi kenyataannya sebelum ini mengenai penglibatan Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai antara dalang konspirasi kes Fitnah II. "Kenyataan saya jelas. Dalang di belakang kes liwat II ialah Khairil Anas Jusoh," kata Azlan Md Lazim ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media semalam. Menyifatkan tiada keperluan untuk bersumpah bagi membuktikan kebenaran, Azlan juga sedia mengulangi pendedahannya berkaitan konspirasi berkenaan. "Dalam Malaysia ini, kita sudah tengok banyak orang bersumpah. Saya tegaskan dalam kenyataan, saya tidak takut. Kalau takut, saya tidak akan buat apa-apa," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, tindakannya mendedahkan hal sebenar berkaitan konspirasi itu bukan bertujuan menganiayai anaknya, Saiful Bukhari. "Kasih sayang saya tidak berbelah bagi. Sebagai bapa, saya tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku di sebalik tabir, apa yang orang tak tahu. "Terpulang pada masyarakat untuk percaya," katanya yang menolak tanggapan kononnya pendedahan dan penyertaannya dalam KEADILAN, mengkhianati Saiful Bukhari. "Bukan bermakna saya menyertai KEADILAN, saya akan sisihkan Saiful dan anak-anak yang lain," katanya yang turut menyebut nama timbangan anaknya yang lain, 'Tati' dan 'Su'. (FZL) keadilandaily |
Presiden : Fitnah Akhirnya Terbongkar Posted: 12 Mar 2013 08:28 PM PDT SEGAMBUT 13 MAC: Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memanjat kesyukuran berikutan bapa Saiful Bukhari, akhirnya membuat pengakuan bahawa anaknya, dipergunakan dalam Fitnah II yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menyifatkan ia sebagai anugerah Ilahi, Presiden KEADILAN itu menganggap pengakuan itu sedikit sebanyak membersihkan tohmahan jahat ke atas suaminya. "Saya rasa bersyukur sangat, rasa macam nak takbir, Allahuakbar. Kerana saya tidak sangka. "Allah bagi. Kita pun terkejut juga, kita tidak ada usaha cari tapi ini memanglah. Hanya Allah yang dapat gerakkan hati manusia," katanya kepada Keadilan Daily. Walaupun pengakuan itu lambat, Wan Azizah yakin tindakan bapa Saiful itu sedikit sebanyak mampu mengubat keaiban yang dihadapi beliau sekeluarga. "Tidak akan terlambat kerana selagi ada masa, kalau kita dengan Allah atau sesiapa pun tidak terlambat untuk bertaubat, beristigfar mencari keredhaan-Nya. "Mungkin dulu ayahnya tidak mengetahui. Mungkin (sangka) anaknya jadi mangsa. Dulu mungkin rasa membela (Saiful Bukhari) tapi sekarang baru tahu. Jadi beliau buat sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab. "Saya kira, Alhamdulillah. Kalaulah ini dapat buka hati ramai lagi melihat kebenaran. Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah," katanya yang tidak lekang dari ucapan syukur kepada Yang Maha Esa. Beliau turut berkongsi perasaan anak-anaknya yang lega dengan pengakuan bapa Saiful. "Anak-anak pun kata begitu. Sebab mereka tahu, mereka lebih muda daripada saya, jadi perasaan muda itu adalah marah dan berdendam kerana bapa mereka diperlaku sebegitu, diaibkan. "Mereka lebih agresif mengatakan patutnya (pengakuan itu dibuat) dari dulu lagi," katanya yang sedih mengenang ujian yang terpaksa dilalui anak-anaknya. |
Tun Musa Hitam :Negara Tidak Bankrap Jika PR Memerintah Posted: 12 Mar 2013 07:59 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mac — Tun Musa Hitam mengatakan Malaysia tidak akan bankrap jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kepimpinan negara sekiranya berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang. Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara. "Itu kenyataan politik. Bagi pendapat saya, tidak. Malah, saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. "Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya," kata Musa dipetik dari Sinar Harian Online. Musa juga mengatakan jika konsep demokrasi diterima oleh semua pihak, mereka tidak sepatutnya mengatakan pihak lain akan membuat negara bankrap. Menurut beliau lagi, jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. "Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," tambah beliau lagi. Tambah bekas timbalan perdana menteri itu lagi, PR perlu menunjukkan pemerintahan baik untuk kekal sebagai pilihan rakyat. "Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya. PKR, PAS dan DAP menggemparkan BN dalam Pilihan Raya 2008 apabila menafikan majoriti tradisi dua pertiga gabungan pemerintah itu di parlimen. Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan menyebabkan PR ditubuhkan. Ramai penganalisis menganggap Pilihan Raya 2013 sebagai yang terhebat dalam sejarah kerana BN kali ini akan berhadapan dengan pembangkang yang paling tersusun. Sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini parlimen mungkin dibubarkan seawal 25 Mac, dua hari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan tamat tempoh. "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya tetapi kemungkinan besar akan menunggu sehingga semua DUN dan parlimen dibubarkan," kata satu sumber lain. Sumber tersebut mengatakan empat negeri Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan besar akan membubarkan DUN pada waktu sama bagi memastikan pilihan raya umum dijalankan untuk semua negeri kecuali Sarawak yang telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011. "Pilihan raya umum akan diadakan pada April, sama ada pada minggu kedua atau ketiga kerana BN yakin sokongan besar pada ketika itu," tambah sumber tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjelajah ke seluruh negara untuk program TV3 Jelajah Janji Di Tepati sepanjang tahun selain dari lawatan ke tempat popular Malaysia dalam usaha untuk melibatkan diri dengan pelbagai demografi rakyat Malaysia. Beliau juga telah mengumumkan beberapa inisiatif ekonomi dan undang-undang termasuk pemberian kepada orang ramai dengan yang terbaru adalah menyetarakan gaji anggota polis dan tentera dan peningkatan gaji untuk penjawat awam lain semalam. Sebanyak 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dalam Pilihan Raya 2013 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun akan datang. themalaysianinsider |
Pakatan S’gor kekal status quo 2008 Posted: 12 Mar 2013 05:14 AM PDT PETALING JAYA: Tiada sebarang pertukaran kerusi dalam Pakatan Rakyat malah status quo itu kekal bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada pilihan raya umum ke 13 (PRU-13), kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abd Rani Osman. Beliau berkata, nama calon dan pembahagian kerusi di negeri itu juga telah selesai. Maka tidak timbul sebarang khabar angin bahawa akan wujud pertukaran beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) oleh PKR dan PAS. "Saya tidak tahu tentang PKR sama ada mereka sudah memuktamadkan calon untuk bertanding nanti. Tapi bagi perkara ini dah selesai. Malah dakwaan bahawa DUN Ijok akan ditukar oleh PKR kepada PAS juga tidak benar. "Ini kerana kita ikut status quo bagi PRU-12 lalu," katanya kepada FMT. Bagaimanapun Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei pula berkata, jika wujud pertukaran kerusi atau kawasan ia di bawah kendalian peringkat pimpinan pusat parti. Katanya, bagi peringkat Pakatan Rakyat Selangor beliau menyifatkan perkara itu sudah selesai. "Semua pembahagian kerusi bagi peringkat di Selangor selesai. Jika ada ada pertukaran, permintaan tukar kawasan, ia dikendalikan di peringkat pimpinan pusat. Di peringkat PR Selangor, kami anggap selesai ikut status quo 2008," kata beliau. Ijok bertukar? FMT difahamkan bagi kerusi DUN Ijok yang ditandingi Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR pada PRU ke-12 lalu akan ditukarkan kepada PAS. Terdapat ura-ura bahawa Abdul Khalid hanya mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada PRU ke-13 nanti. Pada pilihan raya umum 2008 lalu, PAS diperuntukkan 20 kerusi DUN manakala PKR dan DAP masing-masing diperuntuk 21 dan 15 di Selangor. Di Selangor, terdapat 22 kerusi parlimen dan 56 DUN dan daripada jumlah itu, PAS memenangi 8 kerusi, PKR dan DAP masing-masing memenangi 16 dan 13 kerusi DUN. Manakala bagi kerusi parlimen di Selangor, PAS dan DAP masing-masing memenangi empat kerusi manakala PKR sembilan kerusi. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |