:: cina islam | 2011 :: |
- Manifesto Pakatan: Masa depan telah tiba!
- Dua anggota tentera yang terkorban naik pangkat - Ahmad Zahid
- Pemimpin Umno kena rasional macam Musa Hitam
- 800 saman kerajaan Jepun, Tepco
- Pasukan keselamatan ucap terima kasih
- TG Nik Aziz Dan Husam Iringi Jenazah Arwah Yang Terkorban
- Terbaik...petugas kapal dagang kibar panji PAS
- Lahad Datu: konspirasi untuk tangkap Anwar Ibrahim!
- Kematian anggota boleh dielak jika tindakan awal tepat - Ghafir
- Cemas 2 jam dalam lubang
- Musa Hitam: Tidak bankrap jika PR memerintah
- Terkini! Kereta PM Keluar Dari Istana Negara
- Kasih Sayang Seorang Suami
- Pasangan berani mati
- Ugut bunuh lepas gagal rompak
- Lahad Datu: PAS Perak gesa batal program hiburan
- Tulisan Jawi, khazanah yang semakin pupus
- Gugurkan 8 Pemimpin Rasuah Ini - PKR Cabar Najib
- Melayu: Umno boleh belajar dengan TG Nik Aziz
- Nekad mogok lapar
- Pengakuan Azlan buka ruang pendakwaan qazaf
- Tanah: 40 tahun tunggu janji BN, akhirnya PR tunaikan
- Tablet pengganti buku teks di AS
- 'Ops Daulat berlanjutan kerana tiada risikan taktikal'
Manifesto Pakatan: Masa depan telah tiba! Posted: 13 Mar 2013 04:27 AM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Cabaran yang menanti kerajaan baru di Putrajaya, bagi merealisasikan sebuah reformasi menyeluruh kehendak rakyat, bukanlah satu yang kepalang. Khuatir bercampur bosan dikecewakan dengan kegagalan pada silih bergantinya pucuk pimpinan tertiggi yang mengemudi Negara, meletakkan ada yang sinis dan tidak lagi ghairah dengan datangnya musim pilihanraya yang sepatutnya menyuntik pengharapan baru. Ketepuan serta kehilangan semangat ini sahaja sudah cukup bagi mengendalakan proses perubahan. Paling parah lagi kalau semakin menebal tanggapan serta kehilangan kepercayaan bahawa walau apa pun polisi-polisi penambahbaikan kerajaan sedia ada ini, dan betapa banyak pun sumber serta dana diperuntukkan bagi menjayakan sesuatu agenda perubahan itu, semua akan berakhir dengan kegagalan. Rakyat teramai akan terus dihimpit dengan bebanan hidup. Atas sebab itu sahaja secara tunggal sudah cukup menasabah bagi rakyat di Negara menimbang secara serius bagi melakukan perubahan pemerintahan, paling tidaknya untuk satu penggal.Kerehatan dari tertakluk kepada sebuah regim yang telah terlalu lama mentadbir sehingga kehilangan kepekaan dan keprihatinan terhadap rakyat teramai adalah sangat wajar. Di persimpangan kritikal penentuan kepimpinan politik negara yang merupakan pilihanraya paling getir dalam kelangsungan survival negara-bangsa ini, Pakatan Rakyat, sebuah muafakat politik berusia hampir 5 tahun, telah tampil membuat tawaran kepada seluruh rakyat sebagai pencabar Barisan Nasionaldi peringkat Persekutuan, dengan mengangkat sebuah manifesto yang diberi jodol "Pakatan Harapan Rakyat". Persis slogannya, apakah ini harapan rakyat untuk keluar dari kemelut tak berhujung yang di alami berdekad lamanya ini? Pakatan Rakyat sangat berani mengemukakan tawaran sulungnya bagi merampas kuasa dari seteru politiknya, sekaligus menawan Putrajaya.Keberanian itu juga bermaksud kesediaannya untuk seluruh tawaran manifestonya ditelek dan dikritik oleh pelbagai pihak. Mengelakkan dirinya dikesani gugup dan tercabar, pimpinan Umno-Barisan Nasional (UBN)membalas bahawa manifesto mereka hanya akan diterbitkan setelah parlimen di bubar. Pun begitu, UBN hanya sekadar mampu melontarkan kritik dan kecaman. Tegasnya dan mudahnya kalau manifesto Pakatan Rakyat dilaksanakan negara pastinya akan muflis atau bankrap. Itu sahaja wirid UBN yang mampu diucapkan, baik pimpinan tertinggi mahupun pengerusi JKKP, sepanjang waktu yang dikitar tidak bernokhtah di media perdana kawalan UBN. Namun apa itu manifesto? Dari the 'Free Encyclopedia, Wikipedia', takrif sebuah manifesto adalah satu bahan yang diterbitkan oleh seorang individu, kumpulan, sebuah badan politik mahupun sebuah kerajaan bagi menjelaskan visi dan misi tawaran mereka khasnya di dalam sebuah pilihanraya. Takrif itu adalah sangat bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Penulisan ini adalah bagi menonjolkan pemikiran dan falsafah di sebalik tawaran Pakatan Rakyat .Perincian tawaran-tawaran manifesto Pakatan Rakyat mungkin sudah sedia dimaklumi. Mengetahui pemikiran disebalik pelbagai tawaran manifesto yang mengangkat tema "Pakatan Harapan Rakyat" adalah penting. Menganalisis pelbagai reaksi dan tanggapan terhadap manifesto adalahmenarik.Respons bercampur danada juga menyifatkannya tidak'reformis' hanya 'populist'. Penulis tidak wajib menjelaskan sumber dana serta darimana puncanya kerana pembentangan manifesto bukanlah satu pembentangan belanjawan negara.Pun begitu penulis akan terangkan bagi meredakan golongan yang sangat khuatir bahawa negara ini akan bankrap dalam usia tahun pertama Pakatan Rakyat. Tema "Pakatan Harapan Rakyat" bertujuan menegaskan bahawa cita-cita membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan Negara yang makmur di mana seluruh rakyat yang mengecapi kesejahteraan telah gagal. Rakyat selaku tuan dan bos kepada negara ini sudah bersedia untuk melakukan reformasi tertangguh ini dan Pakatan Rakyat menawarkan diri menjadi wahana dan wadah perubahan besar ini. Pertama-tamanya, perubahan mesti datang bersekali dengan pengukuhan kembalisemua institusi-institusi kritikal Negara agar ia bebas dan berintegriti lantas dapat menjalankan tugasan menyemak-imbang pihak Eksekutif bagi menggalas amanah perlaksanaan cita-cita. Bersendikan empat tonggak utama yakni Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat, manifesto "Pakatan Harapan Rakyat" membina sebuah visi dan misi untuk mengangkat dayasaing Negara sebagai Negara yang bermaruah, berdaya-saing dan ulung. Manifesto Pakatan Harapan Rakyat adalah cita-cita untuk menempah sebuah pembangunan sosial yang adil yang berteraskan rakyat dengan mendepankan rakyat. Ia adalah satu paradigma pembangunan yang jelas kontra dan bertembungan dengan paradigma pembangunan UBN yang mendahulukan kroni serta suku-sakat sehingga membarah jurang perbezaan kaya-miskin dan kesenjangan pendapatan dan kekayaan yang terlalu ketara dan kronik.Lihat sahaja jumlah yang layak mendapat BRIM 2.0 bagi mengesahkan kesenjangan pendapatan iaitu sebanyak 4.3 juta isi-rumah berbanding 6.3juta isi-rumah di seluruh Malaysia. Pakatan Harapan Rakyat akan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang ditadbir secara adil dan berkeamanahan di mana rakyatnya hidup makmur dan bermaruah. Pakatan Harapan Rakyat meletakkan masyarakat bermaruah adalah sebuah negara-bangsa yang yakin dengan asal-usulnya, berpegang dengan prinsip agama an nilai-nilai sejagat, yang membela yang benar dan menentang yang zalim, saling menghormati dan mempercayai hati-budi yang lain dan tidak pula tebal dengan prajudis dan kesangsian. Manifesto ini menegaskan peri-pentingnya menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penghayatan kedudukan Islam sekaligus berperanan mengekalkan perpaduan dan keharmonian dan bukan sebaliknya menjadi sumber pertentangan dan permusuhan akibat dari pegangan Islam secara jahil, sempit dan melampau. Peranan Islam dalam membenteras pengurusan khianat dan tata-kelola tempang dalam tadbir-urus pemeritahan akan menjadi lebih menonjol. Menangkis kemungkaran ekonomi dan maksiat tata-kelola kewangan adalah antara teras penghayatan Islam yang penting. Tunggak budaya yang berteraskan nilai sejagat, menjulang kemuliaan ilmu, mendokong perkembangan bahasa serta menggalak pemuliharaan pelbagai cabang seni. Ini akan serentak mengangkat jati diri bangsa, membina harmoni serentak menjadi teras positif hidup bermasayarakat rakyat Malaysia. Manifesto Pakatan Harapan Rakyat dalam menentukan 'Kesejahteraan Rakyat' punya kelainan yang ketara sekaligus merupakan model 'Ekonomi Rakyat' agi sebuah Malaysia Baru yang lebih adil dan makmur. Kewujudan jurang dan kesenjangan kaya-miskin adalah natijah buruk dari urus- tadbir pembangunan yang mendahulukan segelintir kroni sehingga mengepong kelancaran dan efisiensi pasaran dengan pelbagai amalan monopoli dan oligopoli dan perjanjian konsesi utilti yang menguntungkan serta memperkayakan kroni dan membebankan rakyatdengankos saraan hidup yang tinggi. Berbeza degan cara UBN, Kesejahteraan Rakyat dalam misi Manifesto Pakatan adalah untuk meningkatkan 'pendapatan dan pendapatan boleh berbelanja' dengan mengurangkan bebanan kos utama saraan hidup dalam bakul Indeks Harga Pengguna (CPI) serta mengurangkan perbelanjaan rakyat di segi tanggungan kesihatan, pendidikan dan perumahan. Pendekatan berteraskan 'Income-Based' jelas berbeza dengan fokas Ekuiti atau pegangan Saham (Equity-Based) yang menjadi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Nyata dalam pacuan 30% ekuiti bumiputera yang telah memasukki dekad ke-5, bukan sahaja ia gagal dicapai tetapi telah memburukkan kesejangan pendapatan dan kekayaan (Income and Wealth disparity) khususnya dalam etnik Melayu-Bumiputera itu sendiri. Lebih malang lagi atas nama DEB, ia telah dipesalahgunakan untuk memperkayakan segelintir kroni Melayu ketika mengkesampingkan etnik Melayu teramai. Pendekatan Kesejahteraan Rakyat dalam Manifesto Pakatan bakal menyaksikan bagaimana keseluruhan tawaran penurunan harga petrol dan diesel, tariff air dan elektrik, dengan kaedah penstrukturan semula ekonomi termasuk pencukaian dan mendayakan subsidi 'progresif' yang bertepatan dengan sasaran rakyat yang memerlukan. Serentak manifesto mewawarkan penamatan subsidi 'regresif' yang bersifat 'borong' atau 'blanket' yang tidak menguntungkan sasaran rakyat golongan berpendapatan rendah khasnya golongan nelayan, petani, golongan kelainan upaya dan golongan terpinggir seperti etnik India di estate-estate. Keseluruhan tawaran manifesto Pakatan kerap diserang seteru dan medianya, bakal memufliskan Negara. Wajar ditegaskan bahawa keseluruhan tawaran-tawaran manifesto telah dihitung dan dijumlah dengananggaran aliran tunai atau 'cashflownya'. Ini berbeza dengan tadbir urus UBN yang menggurus pembangunan dan perolehan secara tidak telus (opaque) dengancara runding-langsung seperti pemberian kontrak infrastrukur mega dalam penswastaan. Kos pembangunan semua menggelembong (bloated) termasuk dengan tanggungan 'cost-overruns'.Contoh khusus adalah MRT dan terkini kos Keretapi Laju (HSR) yang pertama-tama disebut dengan RM8 bilion kini telah melambong kepada RM80 bilion. Kerajaan Pakatan Rakyat telah buktikan bahawa kita telah membuat penjimatan sebanyak 20-25 % berbanding UBN apabila dikelolakan dengan pengurusan yang baik seperti di negeri Selangor. Oleh kerana itu meskipun seluruh tawaran Manifesto Pakatan berjumlah besarRM45.75 bilion, kami yakin untuk menjana RM49.5 bilion dalam 3 kaedah utama yakni: 1. Penjimatan melalui tadbir-urus yang berkesan dan bebas rasuah- ketirisan 2. Menyusukan kembali keutamaan bagi mengelak perbelanjaan mengakayak krooni dan 3.hasil dari penjanaan pertumbuhan hasil galakan perbelanjaan oleh rakyat (domestik) dan kerancakan sektor swasta yang tidak terkepong dengan pelbagai kekangan yang mengherotkan pasaran dan persaingan yang dari pihak GLCs sendiri. Sekaligus ia menjana kerancakan Pelaburan luar (FDI) dan dalaman (DDI). Sasaran RM4000 bagi seisi rumah akan tetap menjadi cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat bagi membuktikan bahawa mendayakan rakyat bukanlah satu utopia seperti dituduh. Pendekatan kami mengurangkan kos saran hidup dan mengizinkan pendapatan meningkat adalah jauh lebih 'superior' dan berkesan daripada 'menampal koyok' atau 'band-aid' yang bermusim dengan pemberian BRIM yang bersifat 'one-off'. Andainya kami berhasil mencapai 50% dalam penggal pertama parlimen setelah kami mengambil alih Putrajaya maka ia satu prestasi yang baik. Andainya kami berjaya mencapai 75% pencapaian maka ia satu yang cemerlang. 30% ekuiti bumiputera telah memasukki dekad ke-5 dan RM52 bilion pegangan saham Melayu-Bumiputera telah hangus dan kembali kepada paras RM2 bilion. Persoalannya ialah Melayu-Bumiputera mana yang memegang ekuiti ini bagi pihak Melayu-Bumiputera teramai? Sayugia diingatkan bahawa pendekatan penstrukturan ekonomi, termasuk percukaian dan subsidi adalah dasar fiskal yang penting dan tentunya punya impak kepada pendapatan dan perbelanjaan kerajaan. Namun suka juga dingatkan kepada pengkritik kami bahawa kehilangan pendapatan cukai contohnya RM3.5b (kalau 50% penurunan cukai eksasi), kini akan beralih kepada tangan dan saku rakyat yang sekaligus meningkatkan 'pendapatan boleh berbelanja' mereka. Perbelanjaan isirumah (domestik)akan meningkatkan permintaan barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan faktor Perbelanjaan (Consumption) dalam KDNK. Begitu juga seterusnya apa jua pengurangan kos kepada rakyat (tariff air, elektrik, kesihatan, pendidikan) meningkatkan keupayaan pendapatan serta kuasa berbelanja-membeli mereka. 'Pakatan Harapan Rakyat' adalah tawaran Pakatan Rakyat bagi menamatkan pelbagai kebejatan pengurusan tempang dan khianat UBN. Manifesto ini bercita-cita bukan sahaja menambaik baik Negara ini bahkan menampilkan satu formula satu impian yang lama tertangguh bagi membina sebuah Malaysia Baru yang lebih adil, berdaya-saing dan berkebajikan untuk semua rakyat. ------------------------------- * Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS. | |||
Dua anggota tentera yang terkorban naik pangkat - Ahmad Zahid Posted: 13 Mar 2013 12:38 AM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - PETALING JAYA 13 Mac - Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Beliau berkata, imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan. "Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini. Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah. Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas. - BERNAMA | |||
Pemimpin Umno kena rasional macam Musa Hitam Posted: 13 Mar 2013 12:27 AM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mengatakan negara tidak akan bangkrap jika diambil alih Pakatan Rakyat membuktikan manifesto Pakatan bersifat rasional dan realistik. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pengalaman Musa sebagai bekas orang nombor dua negara itu juga perlu dijadikan panduan kepada pemimpin BN dan ahli-ahlinya untuk tidak terus menakut-nakutkan rakyat. "Apa yang dikatakan beliau itu merupakan satu pandangan yang rasional dan objekif. Yang juga bersifat negarawan, berbanding pemimpin BN lain yang sudah bersara seperti Tun Mahathir yang lebih emosional," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Tambah Salahuddin, kenyataan Musa itu perlu diterima pemimpin BN dan ahli-ahlinya bahawa jika berlaku sebarang perubahan kerajaan sekalipun, ia akan berada dalam suasana yang biasa. "Mereka perlu terima hakikat jika berlaku perubahan kerajaan sekalipun, tiada apa yang luar biasa berlaku. Malah, kebiasaannya apabila bertukar kerajaan ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan sebelumnya," tegas beliau. Tun Musa, dalam kenyataannya berkata sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik. Malah, beliau juga berkata tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara. harakah/- | |||
800 saman kerajaan Jepun, Tepco Posted: 13 Mar 2013 12:25 AM PDT TOKYO - Kira-kira 800 mangsa terselamat dalam insiden bencana berganda di Jepun memfailkan tuntutan kepada mahkamah, kelmarin bagi mendapatkan ganti rugi selepas negara itu terdedah dengan kebocoran radiasi. Mereka menuntut pampasan berjumlah 50,000 yen (RM1,600) sebulan daripada kerajaan dan Tokyo Electric Power (Tepco) sehingga keadaan di kawasan loji nuklear Fukushima disahkan benar-benar pulih. Peguam yang mewakili ratusan plaintif tersebut menyatakan tuntutan ganti rugi itu adalah untuk kesan psikologi yang dialami oleh mereka sejak dua tahun lalu. "Menerusi kes ini, ia jelas menunjukkan Tepco bertanggungjawab menyebabkan kebocoran radioaktif tersebut dan kerajaan pula didakwa gagal untuk mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya,"menurut kenyataan itu lagi. - AFP | |||
Pasukan keselamatan ucap terima kasih Posted: 13 Mar 2013 12:16 AM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Pasukan keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu dan beberapa kawasan lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kelantan dan Malaysia kerana prihatin terhadap nasib mereka. Timbalan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamad (gambar) berkata, sewaktu kunjungannya ke Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan, beliau menyatakan kerajaan Kelantan telah mengadakan solat sunat hajat keamanan untuk memohon keamanan pada rakyat Sabah dan pasukan petugas. Beliau berkata demikian dalam taklimat dan majlis makan malam di Perdana Resort malam tadi sebaik sahaja pulang dari misi keamanan di Lahad Datu. Beliau bersama unit Media Limbongan Purnama Ummah, telah mengunjungi Sabah mewakili kerajaan Kelantan selama lima hari bermula 8 hingga 12 Mac lalu. Sambungnya, beliau sempat bertemu para pegawai pasukan keselamatan untuk mendapat gambaran di sana. "Mereka mengucapkan terima kasih pada pemimpin negara kita termasuk kerajaan Kelantan dan semua pihak yang menunaikan solat sunat hajat di seluruh negara untuk keamanan mereka,"ujarnya. Sempena kunjungan itu, beliau turut menziarahi balu anggota polis yang meninggal Sumiati Shurah, 49. Awal Mac lalu, suaminya Sarjan Mejar Halim Hamid terkorban ketika bertugas di Semporna, Sabah. Zainuddin membawa salam pemimpin kerajaan negeri, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. harakah | |||
TG Nik Aziz Dan Husam Iringi Jenazah Arwah Yang Terkorban Posted: 13 Mar 2013 12:11 AM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Kepulangan jenazah dua wira negara Ahmad Hurairah Ismail, Ahmad Farhan Roslan yang terkoban ketika misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu disambut ribuan rakyat Kelantan hari ini. Turut menanti kepulangan wira negara yang juga anak Kelantan itu adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sejak awal pagi. Selain Tuan Guru, antara pimpinan kerajaan negeri yang sempat dirakam hadir termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Speaker Dun Kelantan Datuk, Nasrudin Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof serta Adun Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman. Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di sini kira-kira jam 9.45 pagi dengan menaiki Pesawat Charlie C130 yang bertolak dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi. Sementara itu, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa bersama beberapa wakil Exco Kerajaan Negeri, wakil rakyat, saudara mara dan sebahagian besar penduduk Pasir Tumboh memberikan penghormatan kepada jenazah Ahmad Farhan sebelum proses pengkebumian disempurnakan. Suasana suram mengiringi kepulangan jenazah wira yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan. Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir. Prebet Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakala Prebet Ahmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat. Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah disemadikan di kampung halamannya di Bayu Lalang, Pasir Mas, sementara Ahmad Farhan di Pasir Tumboh. kerabu bersuara/- | |||
Terbaik...petugas kapal dagang kibar panji PAS Posted: 13 Mar 2013 12:05 AM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - TERBAIK!!!!!..PETUGAS KAPAL DAGANG MALAYSIA DENGAN MEGAH MENGIBARKAN PANJI PAS!!!!!!Semangat anak watan yang harus diberikan kepujian. Berani menonjolkan sokongan secara terbuka, berani dan ikhlas. Petanda hayat UMNO kini semakin hampir tamat. PRU13 BAKAL MENYAKSIKAN SATU PERUBAHAN DALAM LANSKAP POLITIK NEGARA...BERUBAH KEDUDUKAN.. UMNO DARI PARTI PEMERINTAH KE PARTI PEMBANGKANG..INSYA ALLAH. harakah/- | |||
Lahad Datu: konspirasi untuk tangkap Anwar Ibrahim! Posted: 13 Mar 2013 12:04 AM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SEBELUM ini ReJaM© ada mendedahkan satu maklumat tentang konspirasi media-media kawalan Umno yang seboleh-bolehnya cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sifirnya mudah, bila media sudah mengapi-apikan isu mengaitkan Anwar, modus operandi seterusnya ialah laporan polis dan demonstrasi oleh perkasa dan pemuda Umno untuk memanaskan lagi isu ini. Seterusnya bila isu semakin panas, maka polis ada alasan untuk menangkap Anwar Ibrahim, menyiasat dan mengenakan pertuduhan ke atasnya atas alasan keselamatan negara. Sebelum ini pun, inilah cara mereka memain dan mensensasikan isu. Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN juga tidak menolak kemungkinan ini. Jelas beliau sudah dapat menghidu konspirasi Umno untuk menahan Anwar Ibrahim berhubung isu Lahad Datu ini. Dalam kenyataan media beliau semalam "Saya tidak menolak kemungkinan politik kebencian atas kesempatan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu mungkin digunakan oleh anasir tertentu di dalam Umno untuk memastikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan" - Rafizi Ramli Walaupun secara kasarnya memanglah tidak logik untuk mengaitkan Anwar dengan isu Lahad Datu, tapi kita kena ingat, rejim yang takut kehilangan kuasa akan buat apa sahaja. Isu liwat yang tak masuk akal pun boleh digunakan, apa lagi isu Lahad Datu? milo suam/- | |||
Kematian anggota boleh dielak jika tindakan awal tepat - Ghafir Posted: 13 Mar 2013 12:02 AM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - (Penal dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina) KUALA LUMPUR: Kerajaan melakukan kesilapan awal apabila tidak terus menggunakan pasukan tentera bagi menangani pencerobohan dari Sulu sebaliknya hanya menggunakan pihak polis untuk berunding. Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid (gambar bawah) berkata, kerajaan seharusnya segera mengambil tindakan mempertahankan negara kerana kumpulan penceroboh lengkap bersenjata dan membahayakan keselamatan awam. Katanya, kerajaan perlu mengutamakan keselamatan rakyat sebelum memberi alasan mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 dalam isu ini. "Kerajaan kata mereka patuhi Konvensyen Geneva. Ini tidak masuk akal kerana penceroboh masuk jelas membawa senjata. Anggota tentera diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita yang telah diceroboh. "Tapi kerajaan minta nasihat peguam sana-sini dan akhirnya guna polis untuk berunding. Seolah-olah ada perompak masuk rumah, kita ada penyapu dan senapang. Kita nak guna penyapu atau senapang? Mestilah kita gunakan senapang untuk pertahankan diri kita," katanya dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. Ghafir turut berkata, kerajaan seolah-oleh terkejut dan panik menghadapi isu ini kerana tiada perisikan awal. "Kita tak dapat perisikan daripada agensi perisikan negara. Sepatutnya yang main peranan aktif dalam memberikan perisikan adalah pasukan perisikan angkatan tentera. "Bila tiba-tiba ada 200 penceroboh bersenjata, kerajaan panik, tak tahu nak buat apa," katanya. Ghafir juga menegaskan, rakyat perlu menuntut kerajaaan memohon maaf di atas kegagalan mereka menangani isu ini dengan baik sehingga menyebabkan sembilan kematian pasukan keselamatan. "Kerajaan telah membuat kesilapan (tapi) tidak ada satu suara yang memohon kerajaan memohon maaf. "Sepatutnya kita kena bangkit memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan kerajaan bertindak telah menyebabkan lapan anggota keselamatan kita meninggal dunia," tegasnya. Tambah beliau lagi, di Malaysia pihak atasan jarang dihukum atas kegagalan mereka sebaliknya orang bawahan sering menjadi mangsa. "Saya tak pernah tengok orang yang bertanggungjawab dihukum sebab kesalahan dia tapi orang bawah kalau tak jaga trafik contohnya kena buang kerja," katanya. Turut menjadi panel pada forum anjuran Akademi Pak Sako itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar. harakah/- | |||
Posted: 13 Mar 2013 12:00 AM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Ipoh: Seorang pekerja pemotong rumput menempuh detik mencemaskan selama dua jam apabila terjerumus dan terperangkap dalam lubang sedalam lebih 10 meter berhampiran Bukit Kledang, Menglembu, di sini. Dalam kejadian jam 9.50 pagi semalam, mangsa, Muhammad Asyahad Masdar, 20, dikatakan tidak menyedari kewujudan lubang itu yang ditutupi semak ketika memotong rumput di kawasan berkenaan bersama beberapa rakan lain. Mangsa yang terpijak lubang berkeluasan diameter kira-kira 30 sentimeter itu terjatuh menyebabkan tulang belakangnya patah. Beberapa rakan mangsa yang mendengar jeritan mangsa bergegas menghubungi pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Kinta serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh untuk mendapatkan bantuan. ANGGOTA JPAM dan bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam lubang. Ketua operasi JPAM Rayner Saimon berkata, beliau bersama 10 anggota JPAM yang menerima panggilan kecemasan itu segera bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa. metro/- | |||
Musa Hitam: Tidak bankrap jika PR memerintah Posted: 12 Mar 2013 11:52 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara. Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik. Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur. "Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya. "Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," katanya dalam sidang media, semalam. Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Beliau menegaskan, pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mahu terus kekal sebagai pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang. "Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat. "Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap," katanya. sinar/- | |||
Terkini! Kereta PM Keluar Dari Istana Negara Posted: 12 Mar 2013 11:47 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Topeng Perak Unmasked Terkini, 13,03,13 kenderaan PM dilihat baru sahaja keluar dari Istana Negara. Apa-apapun perkembangan, jangan lupa: 1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 Persetujuan Menggadai Keselamatan Negara pada Rakyat Negara Asing..! | |||
Posted: 12 Mar 2013 11:46 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Ketulusan cinta dan kasih sayang akan terlahir dari sikap yang penuh keikhlasan dan hanya berharap keridhaan Allah yang mampu mengarungi samudra kehidupan yang tak bertepi, berbagai terpaan badai dan gelombang mampu dilewatinya, itulah yang mewujudkan kasih sayang seorang suami. Beliau adalah seorang suami bersama istri dan anak-anaknya. Pada suatu hari keluarganya mendapatkan ujian, istrinya tubuhnya meriang, panas tinggi bahkan disentuh saja, ia menjerit. Saat itu juga segera dilarikan ke dokter dan dokter tahu apa yang dideritanya. penyakit yang diderita tidak mengenal watu dan tempat, bisa menyerang kapan saja. Bila penyakitnya muncul, semua persendian akan mengalami peradangan yang luar biasa sakitnya. Peradangan ini menimbulkan memar dan panas. Sebagai seorang suami, dirinya berusaha untuk tegar, ditahan air matanya agar sang istri kuat menghadapi sakit yang dirasakan. Dengan penuh kasih sayang ia merawat istrinya, mengangkat badan perlahan-lahan, meletakkan dengan pelan saat memandikan, memakaikan bajunya. Bersama anak-anak, mereka melayani sang ibunda tercinta dengan baik. Ditengah rasa pilu dihati, sebagai suami berusaha untuk tersenyum ketika wajah istrinya tengah menahan sakit. 'Alhamdulillah, Saya beruntung mendapatkan suami seperti ayah. Sabar dan ikhlas. Insya Allah, saya segera sembuh.' Tutur sang istri, wajahnya begitu terlihat tenang dan tidak sedikitpun mengeluhkan rasa sakit yang menderanya. Tentu saja ucapan sang istri membuat hatinya terasa perih, ia teringat bagaimana dulu ketika mereka bertemu dan kemudian memutuskan untuk menikah, diawal pernikahannya pahit getir kehidupan berumah tangga mampu dilewati bersama sampai kemudian anak-anaknya terlahir dan mengasuhnya hingga dewasa, tanpa terasa air matanya menetes, rasa takut kehilangan tiba-tiba muncul menghinggapi dirinya, mampu ditepisnya dengan berserah diri kepada Allah. Ditengah kecemasan itulah beliau datang ke Rumah Amalia untuk berbagi agar Allah berkenan memberikan kesembuhan bagi istri yang dicintainya. Beberapa hari kemudian, dokter memberitahukan kepada beliau bahwa istrinya memiliki harapan untuk sembuh dan kondisinya telah membaik. Bahkan diperkenankan oleh dokter untuk pulang ketika istrinya dinyatakan dalam keadaan sehat walfiat. Dirinya bersama anak-anaknya merasakan kebahagiaan, dengan penuh rasa syukur kepada Allah atas kesembuhan dan kasih sayang yang diberikan Allah bagi keluarganya. 'Terima kasih Ya Allah, atas limpahan kasih sayangMu untuk kami,' tuturnya dengan penuh linangan air mata, itulah wujud kasih sayang seorang suami. | |||
Posted: 12 Mar 2013 09:17 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - BANDARAYA MELAKA - Satu pasangan bertindak berani memandu dalam keadaan berbahaya semata-mata kerana mahu melarikan diri dari kereta peronda polis di Jalan Mufti Haji Khalil, dekat sini, awal pagi semalam. Lelaki berusia 35 tahun itu turut memecut laju kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bersama pasangannya berusia 30 tahun, sebelum bertindak melanggar dua kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu. Usaha pasangan itu untuk melarikan diri tidak berhasil apabila kereta mereka dikepung MPV, sebelum kedua-duanya ditahan apabila polis menjumpai dadah jenis syabu dalam kenderaan terbabit. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, sebelum kejadian, polis menemui kereta dinaiki pasangan terbabit dalam keadaan mencurigakan. "Pemandu kereta itu bagaimanapun bertindak memecut ke arah Bukit Peringgit selepas kenderaan anggota dari Balai Polis Bukit Baru menghampiri mereka. "Sambil mengekori kereta itu, anggota tersebut meminta bantuan anggota peronda untuk menjejaki kereta berkenaan," katanya. Menurutnya, kereta pasangan terbabit kemudian dikesan bergerak keluar ke jalan besar menghala Hospital Melaka di Jalan Mufti Haji Khalil. "Pada waktu sama, kereta suspek dipercayai nekad keluar ke jalan besar dengan melawan arus menghala ke arah hospital sebelum sebelum berjaya dihalang kereta peronda dari Balai Polis Sungai Udang di bawah jejambat. "Pemandu kereta itu kemudian bertindak mengundurkan kereta dan melanggar sebuah lagi MPV yang sudah mengepungnya di belakang hingga menyebabkan cermin depan pecah," katanya di sini, semalam. Salehhudin berkata, suspek turut memandu ke depan dan terlanggar MPV berasingan sebelum kedua-dua mereka termasuk wanita itu ditahan polis bagi membantu siasatan. "Pemeriksaan lanjut menemui dadah iaitu dua ketulan kecil disyaki syabu di dalam kereta terbabit," katanya. Beliau berkata, pasangan berkenaan kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. sinar/- | |||
Posted: 12 Mar 2013 09:16 PM PDT Zengzhou: Seorang lelaki mengacu dua pisau pada leher seorang pembantu kedai, mengancam membunuh mangsa selepas cubaannya untuk merompak gagal, semalam. Drama ngeri yang berlarutan selama empat jam itu bagaimanapun berakhir dengan wanita itu dibebaskan tanpa sebarang kecederaan selepas anggota keluarga perompak terbabit berjaya memujuknya supaya membebaskan mangsa. Kejadian bermula apabila lelaki itu menyerbu kedai menjual kelengkapan dapur di Zengzhou di wilayah Henan dan mengambil dua pisau dari rak. Dia kemudian memaut tengkuk pembantu kedai dan mengacu pisau itu pada leher mangsa. SITUASI cemas ketika perompak mengancam membunuh pembantu kedai. Satu ketika darah dilihat mengalir dari pipi mangsa akibat daripada tusukan pisau itu. Polis yang gagal memujuk lelaki itu menyerah diri, terpaksa memanggil anggota keluarganya untuk berbuat demikian. Empat jam selepas ia bermula, lelaki itu akhirnya akur dengan pujukan keluarganya dan menyerah diri. - Daily Mail | |||
Lahad Datu: PAS Perak gesa batal program hiburan Posted: 12 Mar 2013 09:05 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak meminta agar semua agensi kerajaan negeri agar membatalkan semua bentuk hiburan di dalam program-program yang akan diadakan bagi menghormati anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi di Lahad Datu, Sabah. "Kami mahu rakyat insaf dan terkesan dengan insiden seumpama ini dan mana-mana program hiburan yang dirancang jelas menunjukkan ketidakprihatinan kita bagi menghormati wira-wira negara yang telah terkorban," ujarnya Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri al-Amin (gambar) dalam satu kenyataan. Katanya, PAS Perak dimaklumkan ada beberapa program besar yang dirancang oleh kerajaan negeri nanti akan diselitkan dengan pengisian hiburan. Tambahnya, PAS negeri merasakan ianya sesuatu yang amat mendukacitakan bagi rakyat jika perkara itubenar dan pihak kerajaan negeri masih mahu meneruskan program tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti keluarga wira-wira negara yang terkorban. Katanya, ketika kejadian tsunami yang pernah berlaku pada akhir Disember 2004 lalu, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali, yang ketika adalah Menteri Besar Negeri Perak telah membatalkan semua bentuk hiburan termasuk sambutan malam ambang tahun baru yang telah dijadikan acara tahunan. "Justeru itu, kami mengharapkan terutamanya Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir seorang yang berkelulusan agama akan dapat memastikan agar semua bentuk hiburan yang dimasukkan di dalam program-program kerajaan negeri ini akan dibatalkan," ujarnya. Harakahdaily/- | |||
Tulisan Jawi, khazanah yang semakin pupus Posted: 12 Mar 2013 09:03 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka, tulisan Arab yang diadaptasikan pengejaannya ke bahasa Melayu dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi memiliki signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan negara. Hal ini kerana tulisan jawi merupakan alat interaksi yang digunakan secara meluas oleh intelek Melayu dengan masyarakat awam ketika itu. Pernah satu berita yang bertarikh 5 Julai 2007, sumber Harakahdaily melaporkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengisytiharkan tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran wajib kepada pelajar sekolah menengah. Realiti yang berlaku kepada kenyataan ini merupakan ancaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan bangsa Melayu Islam. Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan, barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat Sekolah Rendah Agama (SRA), kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Natijahnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi qurani yang tergolong daripada lapisan hafiz dan hafizah sahaja, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al-Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam. Kenyataan pahit yang harus ditelan saat ini, tulisan Jawi telah tenggelam di arus kemodenan dan kehilangan khalayak. Tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial dalam kalangan pembaca. Melayu umumnya tidak mengenal apa itu Jawi kecuali ia difahami sebagai akronim kepada Jabatan Agama Islam Wilayah. Lanjutan dari hal itu, tulisan Jawi sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu "Rosetta" di Mesir yang hanya mampu diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu kehilangan kudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion ke-II membaca tulisan Jawi pada masa akan datang? Penulis tidak bersikap idealis dalam mengutarakan tulisan ini, tetapi terkilan dengan segelintir hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk berbangga dengan warisan ini. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jalur jasa yang besar terhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara dan terakam dalam pendidikan negara. Mentaliti masyrakat Melayu yang beranggapan bahawa tulisan Jawi adalah semata-mata tulisan berunsur keagamaan perlu dijauhkan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi (Rujuk "Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of School", Bernama.com. June 16, 2007). Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena pada zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden dipenuhi perbendaharaan yang sofistikated, tulisan Jawi terlebih dahulu digunakan di dalam bidang persuratan, perjanjian, media maklumat dan undang-undang. Tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi. Jika diamati, sejarah kepintaran dan pemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabila wujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah. Tokoh ulama' seperti Mohamad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi, bukanlah tokoh yang asing dalam dunia penulisan Jawi. Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab "Bahrul Mazi", "Tafsir Quran al-Marbawi", "Tafsir Surah Yassin" masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al-Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuwan Islam yang silih berganti di Malaysia. Tidak dinafikan lagi, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara, dan huruf bukannya ukuran tahap keimanan seseorang. Namun, oleh sebab kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ia lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat-ayat al-Quran. Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah ada menyebutkan, "Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar agama yang dipegang oleh para pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan akidah iman daripada ayat-ayat al-Quran." Dalam bahasa Melayu sendiri, terdapat perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jika ditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlaku kesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar. Konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam pendidikan Islam, yakni dijadikan sebagai suatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasa Melayu. Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di Tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranya pengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkat semula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun atau mengikut kaedah dan seni. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri. Harakahdaily/- | |||
Gugurkan 8 Pemimpin Rasuah Ini - PKR Cabar Najib Posted: 12 Mar 2013 08:43 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - PKR hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) supaya menggugurkan beberapa calon mereka yang terlibat dengan gejala rasuah daripada bertanding pilihan raya umum ke-13 (PRU13) demi menjaga air muka mereka, kata Rafizi Ramli. Pengarah Strategi PKR itu menegaskan, walaupun beberapa pemimpin BN itu tidak didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya mengambil inisiatif tidak meletakkan mereka sebagai calon bagi membuktikan keikhlasan beliau melaksanakan slogan politik bebas rasuah. "Jika Najib benar-benar jujur untuk meletakkan calon yang bersih dan boleh diterima rakyat, maka beliau harus memberi komitmen untuk 'menggugurkan' pemimpin Umno ini dari menjadi calon dalam pilihan raya akan datang .... bukan sekadar menghantar nama untuk disemak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Antara nama yang dikemukan Rafizi sebagai calon yang terpalit dengan tuduhan dan siasatan SPRM bersabit rasuah adalah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz; dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan. Antara nama lain adalah Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Abdul Taib Mahmud; Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin; dan juga Menteri Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal. "Jika Umno tidak bersedia untuk menggugurkan pimpinan ini terbukti bahawa Umno tidak serius meletakkan calon bersih dan boleh menang seperti disebut-sebut Najib sendiri," kata Rafizi kepada pemberita. Rafizi juga menegaskan, gejala rasuah sememangnya wujud dalam pengurusan balak di Terengganu apabila SPRM mengarahkan siasatan dijalankan, dan badan penguatkuasa anti rasuah itu mengarahkan fail dibuka bagi menyiasat dakwaan tersebut. Beliau turut mengemukakan dokumen rasmi yang mengesahkan kes itu telah disiasat SPRM serta salinan resit cek yang berupa bayaran yang "terpaksa dibuat syarikat menjadi mangsa membayar deposit bernilai RM1 juta kepada penama yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu. " "Sehingga sekarang tidak ada sebarang maklumat atau pendakwaan walaupun bukti pembayaran adalah jelas dan perjanjian-perjanjian yabg ditandangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan tender mengeluarkan balak di Terengganu," dakwa Rafizi. Rafizi pada 26 Februari lalu mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, menjawab berhubung isu skandal penyelewengan dan rasuah dalam pengurusan balak di negeri itu. Beliau mendedahkan modus operandi wang rasuah bersabit balak di Terengganu, yang melibatkan 12 syarikat pembalakan yang dipaksa memeterai satu perjanjian pembelian saham dengan proksi untuk membeli sebuah syarikat bernilai RM2. Menurut Rafizi, syarikat itu dijual dengan harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan. Menurut Rafizi, pada 17 Julai tahun lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu. Pihaknya juga jelas Rafizi berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terbabit dengan urusniaga pembelian saham, dimana satu perjanjian dikeluarkan kerajaan Terengganu agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli Berkat Seribumi. -TMI | |||
Melayu: Umno boleh belajar dengan TG Nik Aziz Posted: 12 Mar 2013 08:27 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Melayu merempat Umno wajib dipersalahkan, tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. "Kenapa 55 tahun negara Merdeka, Melayu masih ketinggalan jauh ke belakang. "Apakah kemiskinan di kalangan orang Melayu dirancang?" tanya beliau. Katanya, apabila Melayu miskin maka senang untuk mengkambinghitamkan DAP yang dituduh punca Melayu terpinggir. Dengan ini, ujar beliau Melayu hidup menjadi abdi sepanjang hayat, terutama musim pilihan raya. Maka, katanya senang mereka dipaksa untuk menyokong Umno dan selepas pilihan raya, pemimpin Umno akan terus mengkhianati amanah rakyat dan negara. "Apa yang tidak kena, sehingga keadaan semakin parah sedangkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, orang Melayu, Menteri Kewangan orang Melayu, Menteri Pelajaran dari Melayu, pegawai daerah orang Melayu, penghulu orang Melayu, jawatankuasa kerja kemajuan kampung (JKKK) orang Melayu, ketua kampung juga orang Melayu," ujarnya. Punca Melayu tertinggal, kata beliau kerana berlaku diskriminasi ketika bantuan kerajaan hendak diberi disebabkan berlainan ideologi. Menurutnya, Umno menganggap bantuan itu datang daripada bendahari Umno sedangkan ia adalah wang pembayar cukai. Beliau menambah, sikap tidak amanah menyebabkan wang tidak sampai kepada sasaran yang sepatutnya menerima bantuan. Katanya lagi, apabila pemimpin Umno yang bergelomang dengan rasuah, akhirnya mereka yang takut dosa rasuah akan ketinggalan untuk mendapat projek, kerana tidak sanggup memberi rasuah. "Pemimpin Umno tidak takut dosa sehingga sanggup khianat sesama agama dan bangsa. Mereka tidak fikir balasan yang akan diterima di akhirat jika mereka khianat," ujarnya. Sepatutnya, kata Idris pemimpin Umno boleh belajar dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang berjaya menjaga Kelantan, negeri yang majoriti adalah orang Melayu sehingga berjaya menurunkan kadar kemiskinan di negeri itu daripada nombor 2 kepada nombor 4. "Kenapa Tuan Guru berjaya, sebabnya beliau pemimpin yang amanah, taqwa dan adil," jelasnya lagi. harakah/- | |||
Posted: 12 Mar 2013 08:24 PM PDT Penduduk Rh Jupiter Menuntut Janji Yang Ditepati Dari BN SIBUTI - Baru-baru ini,PAS Bintulu diketuai oleh Syahrizal YDP PAS kawasan Bintulu telah mengadakan ziarah muhibbah ke Rh Jupiter, terletak di sempadan antara Suai Bintulu, dan Niah di Miri. Dalam ziarah ringkas, rombongan PAS kawasan Bintulu yang bertanggungjawab membantu jentera UPU (Unit Peti Undi) Batu Niah telah disambut baik oleh penduduk rumah panjang tersebut. Penduduk merasa teruja dengan kehadiran rombongan PAS dan menyuarakan beberapa permasalahan yang masih belum dapat diatasi dan menuntut janji BN (Barisan Nasional) yang masih tidak ditepati sejak dua penggal Pilihanraya umum dulu. Antaranya ialah bekalan meter elektrik yang masih tidak sempurna, bekalan air bersih dan kemudahan asas yang lain. Rh Jupiter yang terletak di jalan lama, Miri-Bintulu terbiar tanpa mendapat bantuan atau sokongan dari pihak kerajaan. Turut disuarakan ialah kegagalan mereka mendapat bantuan BR1M walaupun mereka memiliki kriteria atau kelayakan untuk bantuan tersebut. PAS kawasan Bintulu juga turut melawat mangsa kebakaran di UPU Niah, P218 Sibuti, dan menyampaikan sedikit sumbangan untuk meringankan sedikit bebenan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran. Kita mengesa agar pihak kerajaan segera menunaikan janji serta mengatasi masalah rakyat tersebut tanpa perlu menunggu Pilihanraya Umum dan bertindak dengan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | |||
Posted: 12 Mar 2013 08:07 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - WASHINGTON - Tahanan Islam di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan nekad mogok lapar sebagai membantah campur tangan pihak berkuasa dalam urusan ibadah harian mereka, menurut pegawai pusat tahanan itu, kelmarin. Pardiss Kebriaei, peguam yang mewakili tahanan warga Yaman, Ghaleb al-Bihani berkata, anak guamnya memberitahu kebanyakan tahanan di Kem 6 menyertai mogok lapar tersebut. "Al-Bihani mendakwa pengawal penjara sengaja menggeledah sel penjara untuk mencari al-Quran dan mereka juga tidak hormat kepada tahanan yang sedang menunaikan solat. Dia nekad mogok lapar sejak sebulan lalu sebagai membantah tindakan itu. Keadaan kesihatannya kini semakin membimbangkan kerana dia juga menghidap kencing manis," jelasnya. Susulan daripada itu, 12 peguam dari Pusat Hak Perlembagaan termasuk Kebriaei bertindak menghantar surat kepada Komander Guantanamo, John Smith yang turut mengandungi laporan kesihatan tahanan terbabit. Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Awam untuk Pasukan Petugas Bersama, Robert Durand menegaskan kononnya insiden tersebut tidak pernah berlaku sebaliknya ia adalah pemeriksaan biasa untuk mencari barang seludup. - AFP | |||
Pengakuan Azlan buka ruang pendakwaan qazaf Posted: 12 Mar 2013 08:01 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mendesak Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mengenakan suatu pertuduhan qazaf ke atas Saiful Bukhari Azlan di atas aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar sebelum ini. Naib Presiden PAS itu merujuk kepada kenyataan rasmi bertarikh 8 Mac yang dikeluarkan oleh Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari pengadu di dalam kes jenayah liwat yang melibatkan Anwar. Katanya, di dalam kenyataan tersebut Azlan membuat pengakuan bahawa beliau percaya anaknya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk oleh seorang Pegawai Khas kepada Perdana Menteri bagi merencana fitnah jahat untuk menjatuhkan dan mengaibkan Anwar. "Pengakuan oleh Azlan ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana kita yakin sejak dari awal lagi bahawa pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar hanyalah semata-mata konspirasi politik dengan memperalatkan institusi pelaksana hukum," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily. Justeru, tegasnya pengakuan terbaru oleh bapa Saiful Bukhari itu sewajarnya menjadi alasan yang kuat bagi Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan untuk memulakan pendakwaan kes qazaf ke atas Saiful Bukhari di Mahkamah Syariah selaras dengan kuasa berkaitan pendakwaan yang termaktub di dalam Seksyen 181 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Katanya, pihak Ketua Pendakwa Syarie dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak perlu lagi berdolak dalik dan mencipta perbagai helah untuk tidak mendakwa Saiful Bukahri di atas kesalahan qazaf. harakah/- | |||
Tanah: 40 tahun tunggu janji BN, akhirnya PR tunaikan Posted: 12 Mar 2013 07:59 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - TANJONG KARANG: 40 tahun lalu Mohd Daroji Jayos masih bujang, dan hari ini merupakan saat yang paling indah bagi dirinya, isteri Umi Kalsum,51, dan tiga orang cucu apabila tanah yang diduduki sah menjadi hak miliknya. Dalam usia 60 tahun Daroji berjanji akan menggunakan tanah tersebut sebaik mungkin demi kepentingan masa anak cucunya. Manakala bagi isterinya tiada apa yang paling disyukuri kerana penantiannya sekian lama sejak berumah tangga akhirnya impian itu dilaksanakan di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. "Teramat syukur dengan pemberian geran ini dan hari ini akan menjadi tarikh kenangan selepas kami mendapat tiga orang cucu barulah kini mendapat geran di mana tanah itu diteroka sejak suaminya masih bujang lagi," katanya. Sebelum ini pemimpin Umno-BN sering menabur janji manis berhubung pemberian geran milik tanah di Kampung Seri Tiram Jaya di sini. Seorang lagi penduduk, Mohamad Amir Katijan,58, memuji kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjaya menyelesaikan masalah itu dalam masa yang singkat. Walaupun Kerajaan PR hanya berusia lima tahun mentadbir Negeri Selangor namun kecekapannya dalam menyelesaikan masalah tanah yang berlarutan itu membuktikan keprihatinannnya terhadap kepentingan hak rakyat. Katanya, beliau sudah menunggu untuk mendapatkan geran tanah itu sejak sekian lama apabila meneroka kawasan itu pada 1970-an yang mana kawasan itu diwakili Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Noh Omar yang hanya 'pandai membuat janji' tetapi tidak ditepati. "Alhamdulillah hampir 40 tahun menunggu sehinggakan anak saya kini sudah menjangkau umur lebih 20 tahun," katanya. Beliau ditemui TVSelangor selepas Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang yang disampaikan oleh Abdul Khalid yang diadakan di Dewan Seri Tiram Jaya di sini. Katanya, beliau banyak berhadapan cabaran ketika meneroka kawasan itu dengan penanaman pertanian rosak ekoran serangan binatang dan keadaan jalan yang teruk. "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan hasil ini. Kini kami lega kerana sudah ada geran jadi anak-anak boleh tinggal di sini di kawasan tanah dua ekar lebih ini," katanya. Sementara itu, Isnan Selamat,57, berkata, beliau bersyukur dengan pemberian geran itu kerana penat lelah meneroka kawasan itu dengan pelbagai cabaran dan rintangan akhirnya menjadi kenyataan. "Dengan pemerintahan Pakatan Rakyat ini akhirnya geran dapat diberikan dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang mempercepatkan proses bagi pemberian geran tanah ini," katanya. harakah/- | |||
Tablet pengganti buku teks di AS Posted: 12 Mar 2013 07:22 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - WASHINGTON - Buku teks merupakan bahan penting dalam proses pengajaran di sekolah. Bagaimanapun, pelajar di Amerika Syarikat (AS) kini didedahkan dengan alat bantu mengajar yang lebih canggih dan ringan. Kebanyakan sekolah kini menggunakan iPad sebagai cara untuk menarik minat pelajar dalam kelas, ganjaran terhadap pencapaian cemerlang mereka selain dapat mengurangkan kos. Ketua program pendidikan tablet di bawah News Corp, Joel Klein berkata, pihak sekolah mesti mengambil peluang untuk menggunakan teknologi itu untuk memperkasakan guru dan memperbaiki cara pembelajaran murid. "Menerusi kaedah ini, ia dapat mengubah corak pembelajaran dengan membantu guru mengendalikan bilik darjah dan memberi arahan lebih mudah kepada murid atau pelajar mereka, " kata bekas pengetua sebuah sekolah di New York itu lagi. Minggu lalu, News Corp telah memperkenalkan komputer tablet Amplify berharga AS$299 (RM930) dengan skrin paparan 10 inci di persidangan South by Soutwest di Austin, Texas. Ia dilengkapi sistem tanpa wayar, perisian untuk guru memantau aktiviti setiap pelajar, menawarkan tinjauan segera dan menyediakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman mereka. Pada masa ini, kira-kira 2,000 sekolah telah bekerjasama dengan syarikat enjin carian internet gergasi, Google untuk menggunakan komputer riba, Chromebook yang ditawarkan dengan harga serendah AS$199 (RM619). Dianggarkan 20 juta pelajar dan guru telah menggunakan Chromebook sebagai alat bantuan belajar mereka. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Pew dan American Life Project mendapati lebih 40 peratus pelajar atau guru menggunakan komputer tablet dalam Projek Penulisan Nasional di sekolah masing-masing. Pengarah Bersekutu untuk Pusat Penyelidikan Pew, Kristen Purcell memberitahu, empat daripada 10 responden menyatakan mereka sudah menggunakan tablet. "Bagaimanapun, enam daripada 10 responden pula menyatakan mereka belum lagi didedahkan dengan alat teknologi itu. Perkara tersebut tidak menjadi satu masalah kerana masih ada banyak masa untuk memperkenalkan alat bantuan mengajar itu ke semua sekolah di seluruh negara," jelasnya. Dalam masa beberapa tahun lagi, penggunaan tablet di sekolah pasti akan terus meningkat. Komputer tablet dicadangkan untuk menggantikan buku teks kerana kos penggunaan alat teknologi itu dikatakan hanya berjumlah AS$100 juta (RM311 juta) setahun. Bulan lalu, sekolah di Los Angeles telah memperuntukkan AS$50 juta (RM156 juta) untuk membeli tablet bagi setiap pelajar mereka dan projek tersebut dijangka menelan kos AS$500 juta (RM1.5 bilion). Pada tahun lalu, sekolah di McAllen, Texas mengedarkan komputer tablet Apple yang melibatkan kos AS$20.5 juta (RM63.8 juta). Sebuah sekolah lain di Austin turut membuat pelaburan besar sebanyak AS$1.2 juta (RM3.7 juta) dengan mengedarkan lebih 2,000 iPad kepada semua pelajar mereka termasuk kanak-kanak tadika . Pelatih guru di bawah program Discovery Education itu, Scott Kinney berkata, cabaran terbesar melaksanakan projek tersebut adalah untuk mengemas kini bahan pengajaran paling terbaru. Kelebihan utama untuk menggunakan buku teks digital itu ialah pelajar juga dapat menukar fungsi bahasa. Sebagai contoh, pelajar yang sedang membuat kerja rumah bersama ibu bapa mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris boleh menukar ke bahasa ibunda mereka. Kelebihan lain buku teks digital tersebut adalah ia hanya menelan kos antara AS$38 (RM118) dan AS$55 (RM171) untuk setiap pelajar bagi tempoh langganan selama enam tahun berbanding AS$70 (RM218) jika menggunakan buku teks biasa. Sehingga kini, setengah juta pelajar telah menggunakan program Discovery Education di 35 negeri di AS. Tetapi, teknologi tersebut dikatakan tidak menjamin kejayaan sepenuhnya. "Jika guru tidak dilatih menggunakan teknologi itu, ia jelas tidak membawa sebarang perbezaan," kata guru komputer di Sekolah Sains Orlando, Mevlut Kaya . Di bawah program itu, iPad akan ditawarkan kepada pelajar yang berjaya memperoleh pencapaian purata nilai gred 3.5. Bagaimanapun, Sekolah Swasta Avenues di New York memberikan iPad dan MacBook Air kepada setiap pelajarnya. Pihak sekolah tidak menyediakan buku teks kerana kebanyakan guru akan memberi bahan bacaan dan kerja rumah menerusi rangkaian tanpa wayar di sekolah. Walaupun golongan pelajar kini didedahkan dengan pelbagai alat teknologi canggih, pengkritik mula mempersoalkan keberkesanannya kerana ia mungkin tidak bermakna jika guru sendiri tidak tahu untuk menggunakannya. – AP Sinar harian/- | |||
'Ops Daulat berlanjutan kerana tiada risikan taktikal' Posted: 12 Mar 2013 07:19 PM PDT 1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Ops Daulat terus berlanjutan walaupun ia sepatutnya memakan masa sehari sahaja kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan, kata mantan timbalan panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid. Menurutnya, maklumat risikan taktikal yang lengkap akan membolehkan pasukan keselamatan negara mengekang kemaraan pengikut Jamalul Kiram III daripada menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu sewaktu pencerobohan mula berlaku. "Kalau kita tahu bagaimana taktik musuh, walaupun dia masuk dengan 200 orang dia tidak akan sempat berada di (Kampung) Tanduo atau berada di pinggiran (Kampung) Tanduo. "Jadi saya rasa operasi dijalankan tanpa risikan taktikal kerana ia berpanjangan sampai ke hari ini," katanya dalam forum 'Solidariti Lahad Datu' di Kuala Lumpur malam tadi. Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu. Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan sembilan anggota keselamatan negara terkorban dan 57 orang penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini. Menurut Ghafir, rakyat Malaysia wajar mendesak kerajaan memohon maaf atas "kegagalan mereka bertindak" dalam insiden itu. "Sepatutnya kita perlu bangkit dan memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. "Khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan mereka bertindak menyebabkan lapan (kini sembilan orang) daripada anggota pasukan keselamatan telah meninggal dunia," katanya. Beliau menganggap secara keseluruhannya operasi tersebut gagal menawan, meneutralkan ancaman atau memusnahkan penceroboh. "Jadi bagi saya, operasi ini sehingga kini adalah satu kegagalan mutlak," katanya sambil menambah ia kini mempunyai "banyak objektif politik". Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar yang turut menjadi ahli panel pula menggariskan cabaran media dalam menangani "demam nasionalisme dan patriotisme" susulan insiden tersebut. "Media umumnya termasuk Malaysiakini sedang berhadapan dengan demam patriotisme dan nasionalisme, iaitu demam di mana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa keselamatan dan ahli politik dianggap tidak patriotik dan berpihak kepada Manila, kepada sultan Sulu. "Sebagai media yang bertanggungjawab, kita terus menerus memberi pandangan-pandangan yang berbeza termasuklah daripada media Filipina," katanya. Beliau menyeru media Malaysia supaya terus bersikap kritikal agar tidak berhadapan dengan nasib seperti media Amerika selepas perang Iraq dan Afghanistan. Menurutnya, media Amerika kini berusaha keras memulihkan imej mereka kerana memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan sebagai fakta dalam liputan mereka terhadap kempen ketenteraan Amerika yang kini terbukti tidak berasas. Seorang lagi ahli panel, ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing pula mempersoalkan tindakan kerajaan berunding dengan penceroboh. Menurutnya, Sabah pernah berhadapan dengan pencerobohan dari Indonesia pada tahun 1962. Namun katanya, kerajaan pada masa itu tidak berunding sebaliknya bertindak tegas menyekat tentera negara jiran daripada mencabar kedaulatan Malaysia. "Tetapi di Lahad Datu kita boleh berunding dengan penyerang-penyerang ini," katanya. Forum yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur itu dimudahcara exco Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dan dianjurkan Akademi Pak Sako. malaysiakini/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan