Nuffnang

N37 Batu Maung

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:18 PG

N37 Batu Maung


HAJI MALIK TIDAK PERNAH JEMU MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT DI BATU MAUNG

Posted: 14 Mar 2013 12:42 AM PDT



ADUN Batu Maung YB Haji Abdul Malik Kassim hari ini melawat mangsa kecuaian Doktor swasta yang merawat beliau. Mangsa yang dikatakan sakit perut telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan pesakit luar. Doktor yang merawat telah memberi suntikan sehingga menyebabkan jantung beliau berhenti dan darah yang membawa oksigen tidak sampai ke otak dan menyebabkan beliau lumpuh

YB Hj Abd Malik Kassim telah beberapa kali membuat lawatan hospital dan rumah beliau. Terkini beliau melawat setelah beliau membina sebuah bilik untuk mangsa tersebut di rumah beliau untuk memudahkan keluarga menguruskan kehidupan beliau.

Menurut isteri mangsa yang berada semasa kejadian berlaku di klinik di Bandar Bayan Baru mendakwa doctor yang merawat beliau tidak mengambil sebarang langkah pencegahan dan isteri mangsa dengan sendirinya bawa mangsa ke Hospital Besar Pulau Pinang.

YB Hj Abd Malik Kassim telah berusaha untuk mendapatkan peguambela berkenaan masalah yang menimpa beliau. Isteri mangsa berasa kecewa dengan tindakan dari doctor yang merawat beliau mendapatkan sebagai pesakit luar.

Hj Malik telah menambah sebuah bilik untuk kegunaan mangsa bernilai RM 6,500.00 dan bantuan sara hidup untuk menampung kehidupan

Hj Malik bersama pimpinan kawasan dan keluarga mangsa




Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP