Khamis, 14 Mac 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Zunar ketuai jelajah manifesto PR edisi kartun

Posted: 13 Mar 2013 11:42 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Sekumpulan kartunis bebas hari ini melancarkan siri jelajah mereka bagi mempromosikan manifesto Pakatan Rakyat dalam bentuk karya kartun.

Mereka yang dikenali sebagai Kumpulan Kartunis Indipenden terdiri dari 35 karyawan dengan diketuai Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.

Menurut Zunar siri jelajah itu dilakukan mereka secara sukarela tanpa arahan atau mendapat dana dari mana-mana parti politik.

"Apa yang kami buat ini pun tak mendapat bayaran atau arahan dari mana-mana parti politik.

"Cuma kami bersetuju untuk menyokong manifesto Pakatan Rakyat. Kami percaya manifesto ini bukan semata-mata untuk parti tapi untuk rakyat," katanya.

Kumpulan Kartunis Indipenden sering mendapat perhatian apabila karya-karya mereka dilihat sinis mengkritik dasar kerajaan yang disifatkan menindas rakyat.

Dalam jelajah kali ini, mereka akan ke seluruh negara menerangkan kandungan manifesto Pakatan Rakyat dalam bentuk animasi, baju T dan novel grafik.

Pendekatan ini menurut mereka, lebih santai dan mudah difahami serta mampu menarik minat khususnya orang muda.

Sebelum ini, mereka telah ke beberapa negeri termasuk, Perak, Melaka dan Pahang.

Pelancaran jelajah itu diadakan tengah hari tadi di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Harakahdaily/-

Negara tidak akan bangkrap terbukti di Kelantan

Posted: 13 Mar 2013 11:39 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam bahawa negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah mendapat sambutan pelbagai pihak.

Antaranya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Ekoran kenyataan Musa itu, Tuan Guru Nik Aziz teringat inilah juga tohmahan jahat yang dibuat oleh Umno ketika PAS mula-mula menang di Kelantan pada tahun 1990 lalu.

"Saya membaca kenyataan Tun Musa Hitam bahawa negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah sebagaimana tuduhan pihak-pihak tertentu. 

"Suka untuk saya ingatkan, inilah juga tuduhan yang dilontarkan kpd Kelantan apabila UMNO tewas pada tahun 1990, ada yang mendakwa bahawa Kelantan akan bangkrap dalam masa tiga bulan. 

"Alhamdulillah, hingga ke hari ini, Kelantan tidak bangkrap bahkan membangun sebagaimana negeri-negeri yang lain," tulis beliau dalam facebooknya.

Bagi Mursyidul Am PAS itu, itulah juga yang akan berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya, "negara tidak akan bangkrap Insya-Allah.....".

Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

Menurutnya, sekiranya mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik, lapor Sinar Harian.

Harian itu melaporkan Musa (kanan) sebagai berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari.

"Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," beliau dilapor sebagai berkata dalam sidang media, kelmarin.

Harakahdaily/-

Tian Chua Mengaku Tidak Bersalah Sebut Perkataan Hasut Isu Lahad Datu

Posted: 13 Mar 2013 11:21 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Batu dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Khamis terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyataan berhubung isu Lahad Datu.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat.
Empat kenyataan itu ialah:
* Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
* Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
* Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan
* Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di sini pada pukul 11 pagi, 1 Mac lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.
mStar/-

Ganja Seberat Satu Tan Dirampas Dari Sebuah Gudang Di Jawa Barat

Posted: 13 Mar 2013 11:14 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


JAKARTA: Polis Indonesia berjaya merampas ganja seberat satu tan dari sebuah gudang di tepi jalan raya Sukabumi, Desa Sirna Galih, dalam daerah Cianjur, Jawa Barat.
Ganja itu yang dibungkus di dalam plastik dan dikemaskan dalam 27 kotak besar adalah untuk dipasarkan di kawasan kotaraya Jakarta.
Rampasan itu hasil serbuan yang dijalankan pada Isnin berikutan maklumat daripada dua kurier dadah yang ditangkap sebelum itu, polis mengumumkan di sini pada Rabu.
Polis yang mengintip kegiatan kedua-dua suspek itu selama tiga bulan, memasang perangkap dengan penyamaran anggotanya sebagai pembeli yang memesan 30kg ganja.
Semasa ditangkap pada Isnin, suspek tidak membawa sebarang dadah, namun selepas disoal siasat mereka mengakui menyimpan barang itu di dalam gudang itu.
Gudang itu ditinggalkan tanpa penjaga ketika polis menyerbu tempat itu dan kini menjejaki pengedar dadah yang mengendalikan perniagaan haram itu. - BERNAMA

Warga Emas Bersama Anak Dan Menantu Ditahan Miliki Dadah

Posted: 13 Mar 2013 11:13 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


GEORGE TOWN: Polis menahan seorang warga emas bersama anak dan menantunya serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM130,000 di sebuah rumah di Jalan Patani di sini malam Selasa.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dua lelaki dan seorang wanita berusia 36 hingga 61 tahun itu di tahan pada pukul 10 malam hasil maklumat awam dan risikan polis.
"Semasa serbuan di rumah berkenaan, terdapat sepasang suami isteri dan bapa lelaki terbabit dan hasil pemeriksaan, kita menemui pelbagai jenis dadah antaranya 2.34 kilogram ketamin, 1,274 biji pil ekstasi, 14 biji pil eramin 5 dan syabu bernilai RM130,000.
"Selain itu, polis turut merampas alatan untuk membungkus dadah, sepucuk pistol, satu kelopak berisi tujuh butir peluru dan sebutir bom tangan," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.
Katanya turut disita ialah dua buah kereta Toyota Camry, wang dalam akaun simpanan tetap, wang tunai dan barang kemas bernilai RM230,600.
Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati mereka aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah untuk pasaran tempatan sejak dua tahun lepas.
"Pistol dan bom tangan yang dirampas bersama mereka dipercayai akan digunakan bagi mempertahankan diri jika diserbu polis, bagaimanapun semasa serbuan semalam, mereka tidak sempat melakukan apa-apa berikutan tindakan pantas anggota kita," katanya.
Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mereka yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan sindiket dadah lain.
"Pasangan suami isteri yang merupakan kontraktor dan warga emas berkenaan tidak bekerja itu kini direman sehingga 19 Mac ini bagi membantu siasatan polis," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - BERNAMA

Tian Chua cuba ditahan di kafetaria Mahkamah

Posted: 13 Mar 2013 09:08 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tindakan dua anggota polis yang ingin menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua di kafetaria Mahkamah Jalan Duta hari ini ditentang peguam sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.

Tian bersama peguam Latheefa Koya dan beberapa penyokong bersarapan di kafetaria sementara menunggu kes Tian bermula.

Tian akan didakwa di bawah Akta Hasutan berkenaan isu Lahad Datu.

Latheefa sewaktu berunding dengan pihak polis berkata, Tian tidak perlu dibawa ke lokap mahkamah kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk didakwa.

"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah

"Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.

"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya kepada pemberita.

Sebentar tadi, Tian dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 6 untuk didakwa.

Sementara itu, puluhan ahli PKR dan penyokong PKR hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan.

Harakahdaily/-

Media Filipina dilarang ke Sabah bimbang 'salah lapor'

Posted: 13 Mar 2013 09:05 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Malaysia dilaporkan telah mengeluarkan arahan untuk melarang wartawan Filipina daripada memasuki Sabah untuk melaporkan perkembangan di Lahad Datu.

Beberapa portal berita Indonesia dan Filipina menyebut larangan tersebut diumumkan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Selasa lalu kepada sebuah stesen radio yang berpangkalan di Sabah pada Selasa lalu.

Zahid dilaorkan berkata keputusan itu dibuat untuk mengelakkan "laporan yang salah" terhadap keadaan yang berlaku di Lahad Datu itu.

Beliau berkata Putrajaya tidak mahu wartawan Filipina untuk "menukar" cerita yang  hanya akan "menjejaskan ketegangan hubungan" antara Putrajaya dan Manila.

Difahamkan sebelum ini, beberapa wartawan Filipina yang sudah berada di Sabah namun tidak pasti apakan tindakan terhadap mereka selepas pengumuman larangan terbaru ini.

Larangan tersebut dipercayai ada kaitan dengan beberapa laporan media Filipina khususnya Philippine Daily Inquirer yang mendakwa pasukan keselamatan bertindak kejam terhadap warga Filipina semasa operasi mengusir pengganas Sulu di Sabah baru-baru ini.

Portal itu turut menyebut warga mereka diarah berlari sebelum ditembak oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Kementerian Luar bagaimanapun menyifatkan laporan media Filipina itu satu pembohongan dan tidak mempunyai bukti dan justifikasi serta bercanggah dengan amalan kewartawanan profesional.

Laporan tersebut juga disifatkan cuba berniat merosakkan serta menimbulkan ketegangan hubungan baik dan erat antara Malaysia dan Filipina.

Turut menafikan dakwaan itu adalah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang mendakwa pihak keselamatan sentiasa bertindak secara profesional.

Harakahdaily/-

TPM digesa dedah dokumen rancangan 'porak-peranda'

Posted: 13 Mar 2013 09:01 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Pemuda PAS mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan butiran dokumen yang didakwa mempunyai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.

riduan mohd nor"Sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti bahawa ada usaha Pakatan Rakyat untuk mencetuskan suasana porak peranda, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin Pakatan mengemukakan saman fitnah terhadap beliau," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.

Bernama semalam melaporkan Muhyiddin sebagai mendedahkanrancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini.

Beliau dilapor sebagai berkata, daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
Dalam kenyataannya, Riduan menyifatkan tuduhan Muhyiddin "terlalu berat, fitnah dan serta berunsur hasutan" terhadap Pakatan Rakyat dan boleh menimbulkan ketegangan dan kegelisahan serta mencetuskan suasana panik dan pelbagai penafsiran oleh masyarakat.

"Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau? 

"Apa akan jadi sekiranya masyarakat negara ini benar-benar mempercayai kenyataan beliau dan akan terus mengambil langkah negatif terhadap PR seperti membuat provokasi atau tindakan-tindakan ganas yang lain? 

NONE"Apakah tidak mungkin terjadi kenyataan beliau menyebabkan rakyat menjadi semakin takut untuk menghadapi pilihanraya serta tidak mahu turun mengundi kerana takutkan sesuatu yang bakal terjadi?" soal Riduan.

Riduan mendakwa timbalan perdana menteri sengaja menambah marak api permusuhan dan ketakutan kepada rakyat dalam suasana negara sedang diancam masalah keganasan dan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Tegasnya, sepatutnya Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Umno itu mententeramkan rakyat dan memberi dorongan supaya rakyat dapat bersama-sama menyuburkan demokrasi di negara ini.

"Pilihanraya adalah suatu proses yang mesti disertai oleh semua rakyat dan ia pula melibatkan parti-parti politik yang bertanding bagi menentukan kepimpinan negara. 

"Kenyataan beliau akan memberi reputasi yang buruk ke atas Pakatan dan pemimpinnya dan menjadi kempen buruk terhadap Pakatan serta penyokongnya," katanya sambil menganggap Muhyiddin menghina jutaan rakyat yang memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka.

Sehubungan itu, Riduan mendesak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan ekoran kenyataan pemimpin nombor negara itu.

malaysiakini/-

Pencerobohan Sabah: Siapa pihak ketiga?

Posted: 13 Mar 2013 06:58 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman tidak menafikan pembabitan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu seperti dilaporkan akhbar Filipina baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berkata Wisma Putra akan mendapatkan maklumat terperinci daripada rakan sejawatannya bagi memulakan penyiasatan di negara ini untuk memastikan sama ada rakyat Malaysia menjadi dalang dalam mewujudkan ketidakstabilan berkenaan.

"Saya telah meminta rakan sejawatan saya untuk terus memberi maklumat berkaitan apa yang dilapor akhbar Filipina berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga.

"Beberapa diplomat dan duta turut mempersoal mengapa ia berlaku sekarang? Itu adalah soalan yang kerap ditanya ketika ini.

"Jadi, selain fokus dan keutamaan mencari penyelesaian masalah di Lahad Datu, pada masa yang sama, kita juga akan memulakan siasatan berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga," katanya selepas sesi taklimat dengan kor diplomatik dan media berkaitan 'Operasi Daulat' di Putrajaya, Rabu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa risikan menyiasat dakwaan seorang pemimpin pembangkang mempunyai peranan dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Akhbar the Philippine Daily Inquirer menyiarkan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata pengganas terbabit ke Sabah atas jemputan seorang ahli politik dari parti pembangkang di Malaysia.

The Manila Times pula menyiarkan dakwaan pencerobohan itu ada kaitan dengan kempen pembangkang di Malaysia untuk melepas wilayah autonomi Sabah, jika mereka memenangi pilihan raya umum.

Bagaimanapun, Anifah berkata mesti ada bukti kukuh untuk memastikan kebenaran memandangkan dakwaan itu adalah sesuatu yang serius.

Beliau menyifatkan kumpulan militan bersenjata terbabit bertindak kejam dengan melakukan keganasan serta menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah atau mana-mana bahagian negeri di Malaysia.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi orang awam di kawasan itu ketika menjalankan operasi terhadap kumpulan pengganas.

"Semua langkah juga sedang diambil bagi menangani keperluan kemanusiaan termasuk perubatan kepada orang awam. Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bekerjasama membantu penduduk tempatan di kawasan terjejas.

"Oleh itu, Malaysia memandang serius dakwaan berlaku pencabulan hak asasi manusia seperti dilapor beberapa media Filipina. Kita menolak sekeras-kerasnya dakwaan ini," katanya.

Menteri itu berkata semua tindakan yang diambil kerajaan Malaysia adalah selaras dengan undang-undang, peraturan serta polisi negara selain mematuhi norma dan standard antarabangsa.

"Dalam menjalankan operasi itu, kerajaan Malaysia bukan sekadar mematuhi jaminan seperti dinyatakan Perlembagaan Persekutuan malah mengikut standard dan norma hak asasi manusia di peringkat antarabangsa," katanya.

Anifah berkata kerajaan juga komited untuk mendokong prinsip Piagam dan Deklarasi Asean berkaitan hak asasi manusia.

"Pendirian Malaysia sangat jelas, pengganas harus meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat bagi membolehkan proses undang-undang dilaksanakan," katanya.

Pada masa sama, Anifah berkata Malaysia tidak akan membabitkan jirannya di kalangan Asean dalam krisis di timur Sabah kerana perkara itu masih terkawal.

Katanya, beliau sudah memberi taklimat kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Selasa berhubung perkembangan situasi di Lahad Datu dan Semporna.

"Kami menghormati hal-ehwal dalaman mana-mana negara Asean lain. Saya sudah memberi taklimat kepada Sultan Brunei, yang juga pengerusi Asean.

"Beliau menghargai taklimat berkaitan pertempuran yang berlaku dan kita tidak perlu membabitkan jiran kerana mampu menangani situasi ini," katanya.

- Bernama

Kelantan timbang wujud Taman Perwira

Posted: 13 Mar 2013 06:56 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mungkin akan menimbang untuk mewujudkan Taman Perwira sebagai ganjaran khas kepada perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, (gambar) berkata minggu hadapan mesyuarat exco diadakan dan ianya boleh dicadangkan pada mesyuarat itu.

"Saya tak berani nak umumkan lagi berhubung perkara itu, lagipun ianya belum dibincangkan lagi dengan Tuan Guru dan di peringkat kerajaan negeri.

"Tetapi setakat yang saya dengar dari rakan-rakan tentera allahyarham Farhan tu dia  berpangkat prebet dan baru dinaikkan pangkat kepada koperal selepas kematiannya,"ujarnya selepas menziarahi Allahyarham Prebet Ahmad Farhan di rumah ibu bapa allahyarham di Pasir Tumbuh.


Farhan meninggal ketika bertugas di Lahad Datu.


Menurutnya kenaikan pangkat itu begitu rendah serta tidak memadai jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah diberikan.

Sambungnya, mungkin taman berkenaan boleh diwujudkan untuk diberikan lot-lot tanah kepada keluarga perwira yang terkorban bagi mengenang jasa mereka.

"Saya juga berpendapat, kerajaan Malaysia perlu memberikan penghargaan yang lebih besar untuk menghargai jasa mereka.

"Kalau setakat prebet dinaikkan pangkat koperal, sedangkan mereka terkorban, saya rasa apa yang mereka dapat itu masih kecil,"ujarnya.

Jadi, tambah Husam lagi, dalam keadaan hari ini begitu sesuai diberikan ganjaran yang munasabah dengan pengorbanan yang diberikan.

Jelasnya lagi, berapa ringgit sangat daripada prebet kepada kopral, sedangkan satu nyawa telah terkorban dalam mempertahankan negara.

Katanya, berdasarkan dari situ perlunya ada penghargaan yang lebih besar pada mereka untuk menjadi kenangan sepanjang hayat pada keluarga khususnya dari kerajaan Malaysia.

Harakahdaily/-

Parlimen automatik bubar 30 April

Posted: 13 Mar 2013 06:36 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Kuala Lumpur: Parlimen bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April seperti diuar-uarkan sebelum ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilangsungkan. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun PRU, dikira berdasarkan tarikh sidang pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya berlangsung, bukan tarikh pilihan raya umum diadakan dan pengiraan berkenaan sudah disahkan penasihat undang-undang suruhanjaya berkenaan. 


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), berkata Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yang Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik iaitu 27 Mac ini jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum itu. 



Ramai termasuk pemimpin politik tidak sedar perkara ini hingga buat andaian Parlimen sepatutnya terbubar sendiri 9 Mac lalu. Sidang pertama Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah 28 April 2008, tetapi disebabkan 28 April 2013 jatuh pada Ahad, ia dibawa kepada 29 April dan Parlimen bubar secara automatik 30 April, katanya. 

PM masih berkuasa 


Aziz berkata, sehingga 30 April itu, Perdana Menteri masih berhak bersuara dan segala keputusan kerajaan adalah sah, malah apabila Parlimen dibubarkan, kerajaan sedia ada bertindak selaku kerajaan sementara dan Perdana Menteri boleh membuat keputusan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong. 


Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menolak dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jumlah pengundi di daerah mengundi (DM) Bestari Jaya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok melebihi penduduk. 

Tindakan beliau menyebarkan perkara itu melalui akhbar partinya dilihat tidak ikhlas dan cuba mengelirukan orang ramai, sedangkan SPR memberi ruang kepada mana-mana pihak yang mencurigai daftar pemilih untuk membantah ketika Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun dipamerkan, katanya dalam satu kenyataan. 

Kamaruddin, berkata, DM Bestari Jaya Utara lebih luas dan tidak terhad dalam kawasan pekan Bestari Jaya, sebaliknya bermula dari sempadan Ladang St Andrew dan berakhir di sempadan Kampung Sungai Darah dengan dipisahkan jalan utama Batang Berjuntai-Kuala Selangor. 


DM Bestari Jaya Utara mengandungi 18 lokaliti iaitu taman perumahan, kampung tradisi, kuarters kerajaan dan penempatan utama. Kenyataan Menteri Besar Selangor itu dipercayai hanya merujuk Bestari Jaya Utara yang didakwa mempunyai hanya 1,788 penduduk dan ia adalah tidak benar. 


Berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2012, pemilih di DM Bestari Jaya ialah 3,558 orang, peningkatan 1,317 orang berbanding 2006 disebabkan pertambahan sembilan lokaliti baru iaitu taman perumahan, katanya. 


Beliau berkata, hasil semakan bagi 2006 ketika Pilihan Raya Kecil DUN Ijok 2007, pemilih di sana 2,241 orang, tetapi perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibantah ketika Khalid bertanding seterusnya menang kerusi itu.


Berita Harian/-

Agbimuddin gagal lolos

Posted: 13 Mar 2013 06:34 PM PDT

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Agbimuddin gagal lolos

Rondaan kereta perisai di Kampung Sungai Nyamuk ketika pasukan keselamatan meneruskan kepungan manakala operasi mencari serta menggeledah diteruskan. - Foto ihsan MINDEF
Lahad Datu: Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram, dipercayai terkepung di Gugusan Labian, dekat sini, kerana gagal meloloskan diri ke selatan Filipina. 

Anak buahnya dipercayai cuba melarikan adik Jamalul Kiram III itu, tetapi gagal berikutan kepungan ketat pasukan keselamatan di darat dan laut. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai disembunyikan anak buahnya bagi mengelak daripada ditahan, cedera atau terbunuh jika bertempur dengan pasukan keselamatan. 


Sembunyi di zon perang 

Saya yakin dia bersembunyi di zon perang dan menyusun taktikal perang, katanya pada sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di FELDA Sahabat 16, semalam. 

Beliau berkata, pasukan keselamatan terus berusaha membawa keluar mayat pengganas Sulu untuk dibedah siasat selepas 25 mayat berjaya dikeluarkan setakat ini. 

Selain itu, katanya, Kampung Sungai Nyamuk, Sungai Bilis dan Tanjung Batu terus dikepung pasukan keselamatan manakala operasi mencari serta menggeledah diteruskan.

Berita Harian/-

Tiada ulasan:

Nuffnang