Selasa, 26 Mac 2013

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Input Daripada Dailog Dan Taklimat Rakyat Selama 18 Bulan Ini Berkaitan Dengan 4 Projek Meleraikan Kesesakan Trafik Lebuhraya Dan Terowong Bawah Dasar Laut Akan Diambilkira Sebelum Surat Perjanjian Muktamad Dimeteraikan Dengan Pihak Kontraktor Dalam Beberapa Bulan Lagi.(bm/cn)

Posted: 25 Mar 2013 10:38 PM PDT

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.3.2013

Input daripada dailog dan taklimat rakyat selama 18 bulan ini berkaitan dengan projek meleraikan kesesakan trafik sebanyak 3 lebuhraya dan sebatang terowong bawah dasar laut antara Pesiaran Gurney dan Butterworth, akan diambilkira sebelum surat perjanjian muktamad dimeteraikan dengan pihak kontraktor dalam beberapa bulan lagi. Reaksi mereka, khususnya anak muda, yang menghadiri pelbagai dialog dan mesyuarat jelas menunjukkan sokongan kuat kepada inisiatif kerajaan negeri PR.

Beberapa hari lepas, dua perhimpunan di Seberang Perai Utara(SPU) telah menyokong cadangan kerajaan negeri PR membina 3 buah lebuhraya dan sebatang terowong bawah dasar laut yang menghubungi Pesiaran Gurney dan Bagan Ajam. Jamuan makan malam di kalangan masyarakat Cina pada malam Sabtu di Butterworth seramai 6,000 orang berdiri dan angkat tangan sebagai tanda sokongan manakala tidak ada sesiapa membantah dalam dialog bersama beratus-ratus orang Melayu di Dewan Sungai Dua, SPU.

Semalam kerajaan negeri telahpun mengumumkan lapuran Pelan Pengangkutan Induk Pulau Pinang(PPIPP) yang jelas menggariskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kesesakan lalu-lintas. Adalah tidak benar dakwaan pihak tertentu bahawa projek terowong bawah dasar laut tidak termasuk dalam PPIPP.

Ada 3 sebab utama rakyat Seberang Perai Utara(SPU) menyokong 4 projek yang bernilai RM6.3 bilion:-
· Memudahkan perjalanan trafik di antara SPU dan pulau yang dengan sendirinya akan mengurangkan kesesakan trafik;
· Menolak cadangan pihak yang menentang projek ini untuk mengenakan bayaran masuk bagi setiap kenderaan yang masuk ke Pulau Pinang agar mengurangkan kesesakan trafik; dan
· Memajukan dan menggerakan pertumbuhan ekonomi di SPU supaya ia tidak terpinggir selepas Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan pun ada jambatan ke Pulau Pinang.

Kerajaan BN Akan Cuba Sabotaj Dan Gagalkan Projek Ini Seperti Yang Dibuat Ke atas Usaha Mewujudkan Pengangkutan Awam di Pulau Pinang.

Rakyat Pulau Pinang menerima penjelasan kerajaan negeri tentang usaha kuat dalam tempoh 5 tahun ini untuk mewujudkan system pengangkutan awam yang berkesan. Malangnya kerajaan persekutuan yang mempunyai kuasa mutlak ke atas pengangkutan awam telahpun menolak 3 inisiatif kerajaan negeri seperti:-
· Menubuhkan syarikat pengangkutan awam bas untuk membolehkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP) membeli bas;
· Membayar RM 10 juta kepada Rapid Penang setiap tahun sebagai gantian memberikan perkhidmatan bas percuma di seluruh Pulau Pinang semasa waktu puncak; dan
· Menyokong kerajaan pusat membina monorel yang dijanjikan oleh BN sejak 2006 tetapi sehingga kini janji masih belum ditepati.

Kerajaan pusat jelas gentar dengan projek ini sehingga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menentang projek infrastuktur ini berhabis-habisan kerana takut ia akan menampilkan kemampuan kerajaan negeri PR. Sama seperti kejayaan kerajaan pusat menggagalkan usaha pengangkutan awam di Pulau Pinang, kerajaan pusat akan cari jalan sabotaj yang sama.

Demi mengelakkan kerajaan pusat menghalang projek terowong bawah dasar laut, kerajaan negeri bersetuju tol dikenakan dengan kadar yang sama dengan Jambatan Kedua. Sekiranya tidak ada tol di terowong, kerajaan pusat boleh menyaman kerajaan negeri berniat jahat menggagalkan kutipan tol Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang akan siap pada bulan September ini, kerana pengguna kenderaan tentu akan memilih terowong.

Kerajaan negeri telah mencipta sejarah dengan memberikan konsesi tol yang tidak ada jaminan volume kenderaan dan untuk tempoh masa 30 tahun. Ini berbeza dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang diberikan untuk tempoh masa 45 tahun dan ada jaminan volume kenderaan, yang bermakna kerajaan pusat akan berikan pampasan gantirugi sekiranya bilangan kereta yang gunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak mencukupi.

BN Tak Boleh, Melayu Boleh!
Oleh kerana tidak mahu anak-muda kita terus menjadi generasi "traffic jam" kerana keengganan kerajaan persekutuan bekerjasama, maka kerajaan negeri telahpun bersifat berani menjalankan 4 projek lebuhraya ini secara tender terbuka. Award tender diputuskan oleh dua jawatankuasa yang dipengerusikan masing-masing oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Farizan bin Darus dan Pegawai Kewangan Negeri Dato Mokhtar bin Mohd Jait. Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menjadi ahli kedua-dua jawatankuasa ini.

Sebuah syarikat Melayu bumiputera telahpun memenangi tender terbesar dalam sejarah Pulau Pinang ini dengan harga terendah RM6.3 bilion. Sekaligus ini membuktikan amalan sistem tender terbuka oleh kerajaan negeri PR dapat memilih dan martabatkan kontraktor Melayu yang pandai buat kerja bukan sekadar pandai berpolitik.

Fitnah BN bahawa tender RM6.3 bilion diberikan kepada syarikat RM2 dibuktikan palsu bila 4 syarikat yang menandatangani surat penerimaan dengan kerajaan negeri memiliki modal berbayar sebanyak RM4.5 bilion. Pembayaran RM6.3 bilion bukanlah secara wang tunai tetapi dengan gantian tebus guna tanah sebanyak 110 ekar.

Ini berbanding dengan kerajaan negeri BN lama yang memberikan 325 ekar tanah untuk projek RM 325 juta untuk Lebuhraya Jelutong. Yang lagi serius, adalah projek membina jambatan di Sarawak sebanyak RM 947 juta di mana kerajaan negeri Sarawak membuat pembayaran wang tunai sebanyak RM 747 juta. Baki RM200 juta dibayar dengan tanah seluas bukan 110 ekar tetapi 100,000 ekar oleh kerajaan negeri Sarawak!

Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, masyarakat madani dan NGO memberikan pandangan membina dan objektif berdasarkan fakta dan bukan bersifat sentiment dan subjektif.

LIM GUAN ENG

=========================================================

槟州首席部长林冠英于2013年3月26日在乔治市光大发表的文告:

这18个月来,在对话会与讲解会中的所有关于4项包括海底隧道的交通阻塞疏解计划的建议回馈,在未来数个月合约未签之前,都将会列入考量。

这18个月来,在对话会与讲座会的所有关于4项包括海底隧道的交通阻塞疏解计划的建议回馈,在未来数个月合约未签之前,都将会列入考量。民众的现场反应,尤其是出席各场对话会与讲解会的年轻人很明显的都支持民联政府所推行的这些计划。

数天前,两项在威北的集会都表达了支持民联政府建造3条高速公路及一条海底隧道的计划。在周六晚于北海举行的华人宴会上,6000位民众都起立举手表示赞成;同样的,在威北双溪赖大礼堂举行的国语对话会,数百名马来民众,也没有人反对这些计划。

昨天,州政府已经推出槟州交通大蓝图,里面已经详细列明如何才采取各种步骤解决交通阻塞问题。因此,一些相关人士指控海底隧道并没有列入大蓝图是不确实的。

威北民众支持这63亿令吉的4项计划有3个原因:
· 方便威北及槟岛的民众的交通流动,让交通阻塞得以疏解;
· 拒绝接受反对这些计划的人士以减少交通阻塞为由,要求征收进入槟岛入城费的建议;
· 使威北的经济繁荣与成长,因为既然威中与威南都有槟一桥与二桥,威北更不应该被边缘化。

国阵将会试图破坏这项计划,让它失败,正如他们破坏槟州政府要改善州内公共交通的努力一样。

槟州人民接受槟州政府在这5年来,致力改善州内公共交通的努力,以设立一个有效的公共交通系统。非常不幸的是,掌握公共交通绝对权力的联邦政府已经拒绝了州政府和三项努力,包括:
· 允许槟岛市政局购买巴士,并成立属于市政局的公共巴士公司。
· 每年缴付一千万令吉给槟城快捷通公司,作为每个工作日的交通高峰期,提供州民免费巴士服务的费用。
· 支持联邦政府建立单轨轻快铁这个自2006年就承诺的大礼,但是迄今依然是尚未来 实践的承诺。

联邦政府明显地对这项计划感到惧怕,连公共工程部部长拿督斯里沙兹曼及首相署部长皆发出反对的声音。因为他们担心,这项计划将会突出民联州政府的能力。正如联邦政府要让槟州所有公共交通的努力失败一样,他们将会以同样的方式搞破坏。

为了避免联邦政府阻止海底隧道计划,州政府同意有关的过桥费,定为与第一及第二大桥同样的收费率。如果海底隧道没有征收过桥费的话,联邦政府可以起诉州政府企图让即将在今年9月竣工的第二大桥征收过桥费计划失败,因为一旦海底隧道免费通车,交通工具使用者肯定会选择使用海底隧道了。

槟州民联政府已经创造历史,因为我们给海底隧道承建商30年特许经营权的当儿,并没有担保任何的交通流量。这与第二大桥获得45年特许经营权的同时,又享有交通流量担保是截然不同的– 这意味羊,若使用第二大桥的交通工具不足够的话,联邦政府必需赔偿给承建商。

国阵不能,马来人能!

基于不想让我们的下一代成为"塞车世代",尽管面对联邦政府的刻意刁难,州政府也敢敢透过公开招标,进行这4项主要道路工程。获标书分别由州秘书拿督法立占及州财政司拿督莫达所联邦主持的招标委员会决定的。首席部长并没有在这两个委员会里。

一家马来公司成功在众竞标者中,以最低的价格,也既是63亿令吉,脱颖而出,获得槟州史上最大型的工程竞标。这再次证明,民联州政府实施的公开招标政策,能够让我们挑选及捍卫那些有能力的马来承包商的尊严,以落实任务,而不仅是政治目的。

当4家获标财团旗下的公司分别与州政府签署同意接受书,并显示出他们的总缴足资本共45亿令吉时,国阵企图毁谤得标63亿工程的公司为2块钱公司的事已证实是子虚乌有的指控。这项计划的63亿令吉,并不是以现金支付,而是以交换土地的方式(共110英亩)来融资。

与前朝国阵政府在兴建日落洞高速大道计划相比,前朝批准了325英亩的土地来支付3亿2千500万令吉的工程。更严重的是,在砂拉越州的一项价值9亿4千700万令吉的大桥计划,砂州政府竟然以现金支付7亿4千700万令吉,其余的2亿令吉,则以面积10万英亩而不是110英亩的地皮来交换!

我谨代表槟州政府,向各位提供建设性、客观而非主观及情绪化言论的社会贤达、非政府组织等代表致谢。

林冠英

Tiada ulasan:

Nuffnang