Anwar Ibrahim |
- KENYATAAN MEDIA: Parti Keadilan menolak tawaran masa media tidak ikhlas Umno
- MEDIA STATEMENT:Malaysians leaning to Pakatan Rakyat, desperation forcing Umno to rely on dirty tricks
- KENYATAAN MEDIA: Taktik kotor Umno kerana rakyat semakin memilih Pakatan Rakyat
- [VIDEO] Najib, Kali Ini Rakyat Putus, Kalau Rakyat Kata Tukar, Tukarlah!
- [VIDEO] Menteri Ambil, Komisen! Polis Ambil, Corruption!
- [VIDEO] Saya Tak Sanggup Fitnah Yang Saya Tidak Tahu
- [VIDEO] Harapan Rakyat Kepada Polis Sangat Tinggi
- [VIDEO] Mengapa Melindungi Keganasan Yang Dilakukan Oleh Pemuda UMNO & Perkasa?
KENYATAAN MEDIA: Parti Keadilan menolak tawaran masa media tidak ikhlas Umno Posted: 25 Mar 2013 11:44 PM PDT Parti Keadilan ingin menyatakan di sini pendirian menolak tawaran masa media sepuluh minit yang diberikan kepada kami oleh RTM. Tawaran ini adalah satu sandiwara hodoh pihak yang jahilkan peranan media dalam demokrasi. Peranan media dalam sistem demokrasi ialah untuk memberi liputan dan laporan berita yang objektif, adil dan saksama. Adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin propaganda untuk memaksakan pandangan UMNO ke atas rakyat. Tawaran masa media 10 minit ini adalah suatu penghinaan terhadap kepintaran rakyat. YB Nik Nazmi Nik Ahmad |
Posted: 25 Mar 2013 11:43 PM PDT With the 13th General Election almost upon us, PKR would like to forewarn the rakyat that this will be the dirtiest election in the country’s history. There are high levels of fear within Barisan Nasional’s (BN) leadership, despite the false confidence it portrays to the media. More than the manipulation and control of information via mainstream media, government machinery is being abused to ensure a BN victory. Taxpayers’ money is being routed to cloud the rakyat from the reality that the country’s competitiveness has slipped and economic achievements imbalanced. Umno leaders know their time is up. Despite their unrelenting arrogance, we are informed that their own intelligence reports tell them they are about to lose the election. Which is why the Prime Minister Dato’ Seri Najib Razak is continuously delaying Parliament dissolution. Umno is actually struck by indecision and a crisis of confidence. This is underlined by its extreme actions. The two prong tactic by Umno now is to scare the Malays and hiring mercenaries to use blogs to create and distribute doctored videos alleging sexual misconduct by PKR leaders. In the first prong they seed fear in the Malay community, telling that their future is doomed under Pakatan Rakyat. The truth remains that Umno is the real character gambling the Malay interest. In the second tactic of alleging sexual misconduct, we are reliably informed that besides the present doctored video attempting to besmirch Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s reputation, other sexual videos supposedly with other PKR leaders in them will be distributed soon. These videos are the result of digital image manipulation involving the coupling of separate scenes to provide the impression that our leaders are participating in sexual misconduct. PKR would like to tell the Malaysian people that the instances of such insidious acts against us are expected and our leaders are capable of weathering them, for the righteous are often tested. NabiYusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA faced too in their time such sexual allegations. We are certain the Malaysian people will stand by the truth and won’t be intimidated or fooled by Umno’s morally reprehensible deceptions. They will choose wisely and build a better future for the country by voting Pakatan Rakyat. Dato' Saifuddin Nasution |
KENYATAAN MEDIA: Taktik kotor Umno kerana rakyat semakin memilih Pakatan Rakyat Posted: 25 Mar 2013 11:42 PM PDT Menjelang pilihanraya umum ke 13 ini, PKR ingin memaklumkan rakyat bahawa mereka hendaklah bersedia menghadapi pilihanraya umum yang paling kotor dalam sejarah negara. Di sebalik keyakinan yang cuba ditonjolkan pemimpin UMNO melalui media arus perdana, wujud kekhuatiran yang ketara di kalangan pemimpin tertinggi BN. Selain dari manipulasi dan pengawalan maklumat melalui media arus perdana, jentera kerajaan disalahgunakan untuk memenangkan BN. Duit cukai rakyat digunakan untuk melalikan rakyat dari hakikat bahawa daya saing negara semakin merosot dan pencapaian ekonomi negara tidak seimbang. Kepimpinan tertinggi UMNO tahu masa depan mereka telah pudar. Walau pun kepimpinan UMNO cuba memberi gambaran mereka yakin akan menang, kita sedia maklum berbagai maklumat perisikan yang mereka terima telah memberi penilaian bahawa BN akan tewas pada pilihanraya umum ke 13 yang menjelang tiba. Inilah sebabnya Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak terpaksa berterusan menangguh pembubaran Parlimen. UMNO sebenarnya sedang mengalami kegusaran dan krisis keyakinan. Dalam kegusaran ini, UMNO mula mengambil tindakan-tindakan yang terdesak. Dua teras utama taktik yang diambil UMNO hari ini ialah menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan askar-askar upahan di ruang-ruang blog untuk mereka-reka dan menyebarkan video-video palsu yang kononnya memaparkan salahlaku seks pemimpin-pemimpin PKR. Taktik pertama melibatkan menakut-nakutkan masyarakat Melayu bahawa masa depan mereka akan tergadai jika Pakatan Rakyat memerintah, walau pun UMNO lah sebenarnya yang menggadaikan kepentingan orang Melayu selama ini. Taktik kedua ialah menggunakan dakwaan salahlaku seks. Selain dari video palsu yang cuba mencemarkan nama baik Dato Seri Anwar Ibrahim, kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan. Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks. PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit. Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah. Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami. Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan. Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik UMNO yang terdesak, jijik dan keterlaluan. Kami yakin rakyat Malaysia akan berdiri teguh dengan kebenaran dan tidak akan mudah diugut atau diperdayakan oleh tipu helah serta muslihat kotor UMNO. Mereka akan membuat pilihan yang bijak dan membina masa depan negara yang lebih cerah dengan memilih Pakatan Rakyat. Dato' Saifuddin Nasution |
[VIDEO] Najib, Kali Ini Rakyat Putus, Kalau Rakyat Kata Tukar, Tukarlah! Posted: 25 Mar 2013 12:03 PM PDT |
[VIDEO] Menteri Ambil, Komisen! Polis Ambil, Corruption! Posted: 25 Mar 2013 12:02 PM PDT |
[VIDEO] Saya Tak Sanggup Fitnah Yang Saya Tidak Tahu Posted: 25 Mar 2013 11:58 AM PDT |
[VIDEO] Harapan Rakyat Kepada Polis Sangat Tinggi Posted: 25 Mar 2013 11:55 AM PDT |
[VIDEO] Mengapa Melindungi Keganasan Yang Dilakukan Oleh Pemuda UMNO & Perkasa? Posted: 25 Mar 2013 11:54 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan