:: cina islam | 2011 :: |
- BL1M: Satu lagi projek kayakan kroni Umno
- Lahad Datu: Jangan lekas jatuh hukum
- Badan hancur diseret kereta 20 meter
- Malaysia tiada dalam senarai 400 universiti terbaik dunia
- Helmi Gimik nyaris maut kereta terbakar
- Lahad Datu: Jangan lekas jatuh hukum
- Surau pertama akan dibina di Padang Kota
- Seorang lagi penceroboh terbunuh
- Bayaran fail suratcara di mahkamah naik 100%
- Biola ditemui di Bulgaria mungkin bernilai RM5.58 juta
- Desak Najib jawab pendedahan kerajaan bayar Apco burukkan Anwar
- Bashar dakwa tewaskan konspirasi
- Sukar dapatkan bantuan
- Wabak selsema burung kembali
- Cikgu Kenit tidak kisah
- Lahad Datu: 600 penduduk berhampiran dipindah
- Pesawat terhempas belakang rumah
- Lahad Datu: Bayangkan ia tanpa kehadiran media baru
- Jangan bantu pihak luar ceroboh negara
- “Awas Jalan Mati” di puncak bukit di Jeli
- Yasin diugut bunuh, video 'Reformasi' undang kontroversi
- ‘Macam filem’
- Pakatan laksana sistem proportional jika tadbir kerajaan pusat
- Laporan dakwa 30 ditemui terbunuh lepas pengeboman
- Lahad Datu: Nasib baik ada media baru
BL1M: Satu lagi projek kayakan kroni Umno Posted: 05 Mar 2013 11:17 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Pada 31hb Januari 2013, BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia) yang dianjurkan oleh Pemuda Umno telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Program ini dikatakan akan mengurangkan beban golongan belia yang ingin memiliki lesen motosikal (kelas B2), dengan pengurangan yuran ujian dari RM261 kepada RM199. MYEG Services Berhad telah dilantik untuk mentadbir dan melaksanakan program tersebut. Namun, setelah meneliti dokumen-dokumen dan maklumat berkenaan, pihak kami mendapati bahawa BL1M merupakan satu penipuan! Ia adalah satu program yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dan memperkayakan kroni Umno. Kerajaan atau pihak Pemuda Umno langsung tidak mengeluarkan sebarang dana untuk membantu anak muda mendapat lesen. Pengurangan sebanyak RM62 (dari RM261 kepada RM199) itu terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha-pengusaha institut memandu. IM tanggung kerugian, MYEG mengaut keuntungan Apa yang lebih memeranjatkan adalah yuran RM199 yang dibayar kepada MYEG Services Berhad tidak diberikan sepenuhnya kepada pengusaha institut memandu. Menurut surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), MYEG hanya menawarkan harga yang amat rendah iaitu RM100 setiap orang calon kepada pengusaha institut memandu. Ini bermakna para pengusaha institut memandu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM161 (dari RM261 kepada RM100) untuk menyediakan lesen untuk peserta BL1M ini. Walaupun MYEG mengambil RM99 dari setiap peserta BL1M, kami difahamkan bahawa MYEG hanya menyediakan ujian undang-undang berkomputer untuk para peserta BL1M, di mana harga ujian tersebut hanya RM17. Sekiranya peserta berjaya lulus ujian dalam cubaan pertama, MYEG akan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM82. Jika sasaran Pemuda Umno tercapai, iaitu seramai 500 ribu anak muda menyertai program ini, MYEG akan mendapat keuntungan puluhan juta dengan kadar sekelip mata. Setelah carian syarikat dilakukan, kami dapati bahawa salah seorang pemegang saham utama MYEG Services Berhad adalah Datuk Raja Munir Shah bin Raja Mustapha. Dato' Raja Munir Shah merupakan seorang pemimpin aktif Umno Pulau Pinang. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong, Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulau Pinang, ahli majlis MPPP dan sebagainya. Beliau merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjong sehingga kini. Keselamatan jalanraya dikompromikan Selain daripada penyelewengan yang melibatkan kroni Umno, program ini juga akan membawa natijah yang negatif kepada keselamatan jalanraya. Oleh sebab pengusaha-pengusaha institut memandu terpaksa menerima yuran yang tidak mencukupi, kualiti pengajaran dijangka akan menurun. Sebelum kualiti pengajaran menurun, kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal sudah mencapai 70%. Sekiranya BL1M ini dilaksanakan, pastinya peratusan kemalangan motosikal akan naik mendadak. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan begitu prihatin kepada keselamatan jalanraya, sehingga AES yang mendapat bantahan hebat tetap dilaksanakan. Kenapa tidak ada sebarang respon daripada Menteri dalam hal ini? Integriti ala Najib Kami mengecam sekeras-kerasnya pelaksanaan program BL1M yang mempunyai unsur penipuan. Kami juga berasa kecewa dengan Pemuda Umno yang sanggup menggadaikan keselamatan anak-anak muda di jalanraya semata-mata hendak mengaut keuntungan. Justeru itu, kami mendesak Menteri Pengangkutan agar jangan menjadi boneka kepada Pemuda Umno dan memberhentikan program ini dengan kadar segera. Penyelewengan ini telah memberi satu tamparan besar kepada Najib yang baru menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya melalui Transparency International Malaysia. Program yang seharusnya membantu rakyat akhirnya dijadikan program yang memperkayakan kroni, apakah ini yang dimaksudkan oleh Najib sebagai integriti? Sekiranya Najib ikhlas dalam membanteras rasuah dan mempertingkatkan integriti, beliau wajib mengambil tindakan tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas program ini. Chang Lih Kang Ahli Majlis Pimpinan Pusat ADUN Teja | ||
Lahad Datu: Jangan lekas jatuh hukum Posted: 05 Mar 2013 11:13 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Seluruh rakyat Malaysia saya percaya sedang menunggu dengan memberi perhatian penuh kepada perkembangan di Lahad Datu. Pastinya berbagai anggapan timbul dan membuak di dalam hati tetapi yang pentingnya di peringkat ini kita perlu beri perhatian dengan meletakkan kepentingan dan kedaulatan negara di peringkat teratas. Jangan lagi prejudis dan celupar dengan pelbagai spekulasi sedang kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di "ground zero". Berilah keyakinan kepada pasukan keselamatan kita. Biarlah pengganas Suluk dari luar tempat kejadian khasnya Sultan Kiram dan kerabatnya keluar dengan kenyataan mereka, kita berlapang dadalah dahulu. Saya terbaca komen seorang pengunjung di sebuah portal berita menyebut: Wow..how come an airstrike with bomb pounding on them can't manage to kill at least 5 - 10 gunmen instead only 1 was killed?? Every time a bomb was released from the plane it cost $100,000 plus and it not a small amount of money and it tax payer money. So is the bomb faulty or the pilot missed their target or the onboard equipment faulty?? Malaysia spend billion of USD to buy sophisticated weapon and train the personnel and this is the result. Malaysia boleh!! Ini masalah keselamatan dan pertahanan negara yang melibatkan nasib dan masa depan kita khasnya rakyat di Sabah. Tidak bolehkah kita buat seketika berikan keyakinan kepada pihak yang bertanggungjawab. Bagaimana kita boleh tergamak menghamburkan maki dan kata nista sedang kenyataan akhir secara rasmi belum dikeluarkan. Ingat ketika Amerika Syarikat menjejaki Osama ben Ladin di pergunungan Tora Bora, ratusan bom dan peluru digugurkan dengan kecekapan ketenteraan dunia berpusat di sana, namun Osama lolos jua. Tetapi tidak pula rakyat Amerika mengutuk dan mengata nista tentera mereka sebaliknya terus berdiri teguh dan memberikan sokongan. Kita di sini, baru sehari pihak keselamatan kita berjuang "all out" terus kita perlekehkan begitu sahaja. Saya yakin semua yang terlibat bersungguh-sungguh mahu mengakhiri episod hitam ini, darah wira kita yang gugur tempoh hari perlu dibela, kedaulatan negara dipertahankan. Tidak ada seorang pun mahu pengganas Suluk ini bebas lolos, berilah keyakinan kepada yang bertanggungjawab selain berdoa ke hadrat Allah swt. Sabar. http://n32.blogspot.com | ||
Badan hancur diseret kereta 20 meter Posted: 05 Mar 2013 11:11 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal maut selepas diseret lebih 20 meter hingga menyebabkan sebahagian badannya hancur selepas dilanggar sebuah kereta Proton Waja ketika memasuki simpang jalan berdekatan Stesen LRT Wangsa Maju, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.45 petang, mangsa Syawaluddin Amrizal, 24, berasal dari Simpang Tiga, Gombak itu menghala dari Wangsa Maju ke Setapak manakala pemandu Proton Waja wanita berusia 30-an itu turut menggunakan laluan sama dan dipercayai memandu di belakang mangsa. Sumber berkata, ketika masing-masing hendak memasuki simpang jalan pemandu kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan dan gagal mengelak daripada melanggar motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa. Menurutnya, akibat rempuhan dari belakang, motosikal mangsa diseret lebih 20 meter sebelum jatuh di dalam longkang manakala tubuh mangsa pula terhumban ke arah pokok menyebabkan sebahagian badannya hancur. "Pemandu kereta itu pula dipercayai patah kaki sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala mayat penunggang motosikal dihantar untuk dibedah siasat," katanya. Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. KERETA yang mengheret motosikal mangsa sejauh 20 meter. metro/- | ||
Malaysia tiada dalam senarai 400 universiti terbaik dunia Posted: 05 Mar 2013 11:08 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - (Tiada satupun universiti di Malaysia masuk dalam senarai 400 universiti terbaik di dunia) KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menerima tamparan hebat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini membuktikan agenda transformasi Najib gagal memulihkan perpaduan, mencapai kecemerlangan dan mengembalikan daya saing antarabangsa menerusi pelbagai usaha seperti program "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Katanya, dalam laporan terbaru keluaran Times Higher Education (THE) World University Rankings 2012-2013 semalam, tidak ada satu pun universiti dari Malaysia untuk dua tahun berturut-turut termasuk dalam senarai 400 universiti teratas dunia. Editor THE World University Ranking, Phil Baty, dalam ulasannya mendakwa keseimbangan kuasa sedang berganjak. universiti terkemuka dari rantau Asia-Pasifik menunjukkan peningkatan ketara kedudukan mereka untuk sebelum ini tradisinya dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan United Kindom (UK). "Pada 2012-2013, institusi terkemuka China, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan telah meningkatkan kedudukan mereka. jiran Asia Pasifik, Australia, juga hebat, berbeza dengan AS dan UK kerana majoriti wakil Anglo-Amerika dalam senarai 200 teratas, sekalipun masih dominan daripada segi bilangan, telah semakin hilang tempat." "Saya amat sedih tetapi mengingatkan rakyat Malaysia berhubung kegagalan empat tahun program transformasi Najib, dengan Malaysia dikecualikan terus daripada fenomena kebangkita Asia-Pasifik yang ditunjukkan THE World University Rankings 2012-2013 mengenai "kebangkitan Universiti Asia-Pasifik," kata Lim Kit Siang (gambar) ketika mengulas mengenai Pengiraan Detik 37 Hari ke PRU-13, semalam. Kebangkitan universiti Asia-Pasifik dalam pendidikan tinggi dinyatakan seperti berikut: 1) Kemajuan ketara bagi Australia dan New Zealand. Institusi nombor satu Australia, University of Melbourne, melonjak daripada kedudukan ke-37 tahun lalu kepada 30 teratas iaitu di tempat ke-28. Australia mendapat tambahan dalam 200 universiti teratas, dengan University of Adelaide memasuki senarai 200 teratas menduduki tempat ke-176. Daripada tujuh universiti Australia, enam memperbaiki kedudukan mereka, 18 lagi tersenarai dalam 400 universiti terkemuka. 2) 200 institusi terkemuka China kedua-duanya bangkit, dengan Universiti Peking meningkat daripada ke-49 kepada ke-46 dan Tsinghua melonjak 19 tempat daripada 71 ke-52. Universiti yang diperuntukkan pihak berkuasa China juga semakin maju: Universiti Fudan dan Universiti Shanghai Jiao Tong, masing-masing semakin hampir menduduki 200 teratas sementara Nanjing kekal pada kedudukan 250-257. 3) Dua institusi terkemuka Singapura mencatat kejayaan mengkagumkan. Universiti National Singapura naik daripada 40 ke-29 dan Universiti Teknologi Nanyang meningkat daripada ke-169 ke-86. 4) Setiap institusi Korea Selatan juga mengkagumkan, Universiti National Seoul meningkat daripada tempat ke-124 ke-59. Negara itu menjadi wakil baru dalam senarai 200 universiti terkemuka, termasuk Universiti Yonsei yang menduduki tempat ke-183. Universiti National Taiwan, adalah satu-satunya universiti dalam senarai 200 universiti terkemuka yang meningkat daripada ke-154 ke-134, sementara institusi Hong Kong kekal akan meningkat. Universiti King Monghut, dari Thailand juga termasuk dalam 400 universiti terkemuka menduduki dalam lingkungan 351-400. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, daripada 81 universiti di rantau Asia Pasifik dalam 400 universiti terkemuka dunia, universiti dari Malaysia tidak tersenarai sedangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mendakwa Malaysia mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, malah lebih baik daripada Amerika Syarikat, Britain dan Jerman. "Sekiranya Malaysia mahu menjadi sebahagian daripada Kebangkitan Universiti Asia-Pasifik dan dikenali di peringkat antarabangsa bukan saja mempunyai universiti dalam senarai 400 teratas malah 100 teratas, keseluruhan sistem pendidikan perlu dibaikpulih, bermula daripada sekolah rendah, menengah hingga ke universiti. "Ini hanya dapat dicapai sekiranya ada permulaan baru memperbaharui negara dengan mengubah Kerajaan Persekutuan di Malaysia pada PRU-13 daripada terus dikuasai Barisan Nasional (BN) sejak 56 tahun lalu," katanya. harakahdaily/- | ||
Helmi Gimik nyaris maut kereta terbakar Posted: 05 Mar 2013 11:05 PM PST SEREMBAN – Pelawak, Helmi Gimik nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Jalan Bukit Tangga, Jelebu–Seremban, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Helmi bersama dua rakannya menaiki kereta jenis Mercedes Benz E240 dalam perjalanan pulang ke Nilai selepas membuat persembahan di majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, Jelebu, di sini. Menurut Helmi, dia bersama pembantu peribadi dan salah seorang pemuzik terhidu bau hangit ketika dalam perjalanan pulang. "Ketika memandu, saya melihat kepulan asap keluar daripada pendingin hawa kereta dan berbau hangit. "Saya terus berhentikan kereta dan keluar memeriksa bonet. Sebaik sahaja dibuka, asap tebal memenuhi keseluruhan enjin kereta," katanya kepada Sinar Harian semalam. Helmi berkata, dia bersama rakannya bergegas menyelamatkan barang-barang penting dalam kenderaan sejurus melihat asap tebal itu. "Selepas selesai meletakkan barang di tepi jalan, kereta saya tiba-tiba meletup dan terbakar. "Kejadian berlaku sekelip mata dan saya tergamam melihat kereta sendiri dijilat api yang marak," katanya. Menurutnya, dia tidak menyangka keretanya terbakar kerana sejak dibeli lima tahun lalu, ia tidak mempunyai masalah. "Saya bersyukur kami semua selamat dan tidak cedera,"katanya. metro/- | ||
Lahad Datu: Jangan lekas jatuh hukum Posted: 05 Mar 2013 10:58 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Seluruh rakyat Malaysia saya percaya sedang menunggu dengan memberi perhatian penuh kepada perkembangan di Lahad Datu. Pastinya berbagai anggapan timbul dan membuak di dalam hati tetapi yang pentingnya di peringkat ini kita perlu beri perhatian dengan meletakkan kepentingan dan kedaulatan negara di peringkat teratas. Jangan lagi prejudis dan celupar dengan pelbagai spekulasi sedang kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di "ground zero". Berilah keyakinan kepada pasukan keselamatan kita. Biarlah pengganas Suluk dari luar tempat kejadian khasnya Sultan Kiram dan kerabatnya keluar dengan kenyataan mereka, kita berlapang dadalah dahulu. Saya terbaca komen seorang pengunjung di sebuah portal berita menyebut: Wow..how come an airstrike with bomb pounding on them can't manage to kill at least 5 - 10 gunmen instead only 1 was killed?? Every time a bomb was released from the plane it cost $100,000 plus and it not a small amount of money and it tax payer money. So is the bomb faulty or the pilot missed their target or the onboard equipment faulty?? Malaysia spend billion of USD to buy sophisticated weapon and train the personnel and this is the result. Malaysia boleh!! Ini masalah keselamatan dan pertahanan negara yang melibatkan nasib dan masa depan kita khasnya rakyat di Sabah. Tidak bolehkah kita buat seketika berikan keyakinan kepada pihak yang bertanggungjawab. Bagaimana kita boleh tergamak menghamburkan maki dan kata nista sedang kenyataan akhir secara rasmi belum dikeluarkan. Ingat ketika Amerika Syarikat menjejaki Osama ben Ladin di pergunungan Tora Bora, ratusan bom dan peluru digugurkan dengan kecekapan ketenteraan dunia berpusat di sana, namun Osama lolos jua. Tetapi tidak pula rakyat Amerika mengutuk dan mengata nista tentera mereka sebaliknya terus berdiri teguh dan memberikan sokongan. Kita di sini, baru sehari pihak keselamatan kita berjuang "all out" terus kita perlekehkan begitu sahaja. Saya yakin semua yang terlibat bersungguh-sungguh mahu mengakhiri episod hitam ini, darah wira kita yang gugur tempoh hari perlu dibela, kedaulatan negara dipertahankan. Tidak ada seorang pun mahu pengganas Suluk ini bebas lolos, berilah keyakinan kepada yang bertanggungjawab selain berdoa ke hadrat Allah swt. Sabar. http://n32.blogspot.com | ||
Surau pertama akan dibina di Padang Kota Posted: 05 Mar 2013 10:53 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - (Lawatan ke tapak surau di Padang Kota) GEORGETOWN: Surau pertama di Padang Kota Lama bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan jadi kenyataan pada bulan Julai 2013 akan datang apabila kerja- kerja pembinaan akan dimulai dalam masa terdekat. Demikian kata, Ahli Majlis MPPP, Haji Yusof Mohd Noor. Beliau berkata demikian selepas majlis lawatan tapak dan taklimat ringkas oleh Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Malik Kasim bersama Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man pagi tadi. "Apa yang disuarakan kepada MPPP dah jadi kenyataan. Tidak lama lagi masyarakat Islam yang datang bersiar-siar di tepi pantai bersama keluarga atau ingin menghirup udara senja tidak lagi tergesa-gesa mencari surau bila sampai waktu solat," tegasnya. Surau yang asalnya tempat letak kereta akan dibina oleh Maznoora Enterprise dibuat secara tender terbuka berkeluasan 160 meter persegi bernilai RM175,200 hasil wang caruman surau. Ia bakal boleh menempatkan 70 jemaah sekali gus iaitu 40 jemaah lelaki dan 30 perempuan. Pembinaan tersebut melibatkan kerja-kerja membina tandas lelaki, perempuan serta tandas Orang Kurang Upaya (OKU) yang masing-masing berkeluasan 29.28 meterpersegi. "Ini adalah kejayaan PAS yang bersuara melalui MPPP. Setelah 50 tahun baru sekarang ianya jadi kenyataan. "Di waktu Umno berkuasa dulu mereka tidak berfikir untuk melaksanakanya maklumlah parti itu lebih condong pada hiburan mana ada masa lontarkan ideal ke arah martabatkan Islam," ujarnya. HARAKAHDAILY/- | ||
Seorang lagi penceroboh terbunuh Posted: 05 Mar 2013 10:51 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - LAHAD DATU: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang lagi anggota tentera kesultanan Sulu dipercayai terbunuh pagi ini dalam satu pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Ia berlaku sehari selepas tentera melancarkan serangan besar-besaran ke atas kampung itu termasuk menggunakan jet pejuang. Katanya, pasukannnya terpaksa melepaskan tembakan apabila ditembak dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu. "Saya difahamkan seorang musuh ditembak... Kami percaya dia terbunuh," katanya Ismail dalam sidang media pagi ini bersama pemimpin angkatan tentera Malaysia. Bagaimanapun pasukan keselamatan tidak mengeluarkan mayat tersebut atas sebab keselamatan, lapor Malaysiakini. Ismail juga mengesahkan kumpulan penceroboh kini menyamar dengan berpakaian preman untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan. Beliau menambah, pasukan tentera dan polis tidak mengalami kemalangan jiwa atau kecederaan dalam operasi bersama itu, sehingga hari ini. Pasukan keselamatan bertindak ke atas militan Filipina di Kampung Tanduo tersebut dengan serangan udara selepas pertentangan lebih tiga minggu. Ismail enggan mengesahkan jumlah musuh yang terbunuh dalam operasi berkenaan walaupun media hari ini melaporkan angka sehingga 30 orang. HARAKAHDAILY/- | ||
Bayaran fail suratcara di mahkamah naik 100% Posted: 05 Mar 2013 10:50 PM PST KUALA LUMPUR: Setelah kenaikan pelbagai jenis kos, sama ada kos sara hidup, insurans kereta dan sebagainya, kini kos melibatkan urusan mahkamah turut dinaikkan. Harakahdaily difahamkan, bermula 1 Mac lalu, bayaran pemfailan suratcara mahkamah sudah dinaikkan sebanyak 100 peratus. Menurut sumber, mana-mana pihak yang mengemukakan notis rayuan contohnya, ke Mahkamah Rayuan dikenakan sebanyak RM600, yang sebelumnya RM300. Selain itu, notis rayuan (selepas perbicaraan) juga dikenakan kos sebanyak RM600, berbanding RM300 sebelum ini, begitu juga dengan notis rayuan (selain keputusan yang dibuat). Manakala, bagi notis bayaran pengeluaran geran (kod 31 dan 32) telah dinaikkan kepada RM440, berbanding RM220, writ saman sebanyak RM400 (RM200), bon jaminan sebanyak RM16 (RM8) serta lain-lain urusan. Dengan peningkatan kos bayaran itu, ramai pihak yang terkejut apabila diberitahu mengenainya ketika berurusan di mahkamah. Harakahdaily dimaklumkan, biarpun terdapat beberapa kos bayaran pemfailan yang masih rendah nilainya, namun peningkatan sebanyak 100 peratus itu dilihat begitu tinggi. HARAKAHDAILY | ||
Biola ditemui di Bulgaria mungkin bernilai RM5.58 juta Posted: 05 Mar 2013 10:47 PM PST SOFIA - Sebuah biola yang berharga AS$1.8 juta (RM5.58 juta) dan dicuri di London, England sebelum ini mungkin telah ditemui di Bulgaria. Para detektif Britain kini menyiasat sama ada biola tersebut yang berusia 300 tahun merupakan biola yang dicuri dari sebuah stesen tren di London dua tahun lalu. Biola itu ditinggalkan oleh seorang anggota Orkestra Filharmonik Diraja di sebuah restoran di stesen tersebut untuk membeli sandwic pada November 2010. Ketika kejadian, dia meletakkan biola itu di atas lantai dan berbual dengan kekasih lelakinya. Seorang pengembara Ireland, John Maughan telah didapati bersalah kerana menjual biola tersebut. Maughan dihukum penjara empat tahun enam bulan oleh hakim sebuah mahkamah pada tahun 2011 kerana perbuatannya itu. Biola itu kemudian ditemui dalam satu operasi polis di Bulgaria. Menurut Kementerian Dalam Negeri Bulgaria, biola itu mempunyai tanda nama Antonio Stradivarius yang merupakan pencipta alat permainan muzik itu. Stradivarius dari Itali turut mencipta beberapa peralatan muzik lain seperti gitar dan hap. - Agensi | ||
Desak Najib jawab pendedahan kerajaan bayar Apco burukkan Anwar Posted: 05 Mar 2013 10:45 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Pada minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi Apco Worldwide di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah Umno-BN ataupun kepentingan yang berkaitan. Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar UK, The Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, di mana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri 'kesederhanaan' Najib. Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan. Ironisnya, ketika Umno-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara. a) Berapa banyakkah wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim? b) Selain daripada APCO di AS dan FBC di UK, di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang? c) Siapakah yang terlibat di dalam perlantikan dan koordinasi konsultan-konsultan ini? Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata? e) Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika? f) Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan-konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin? Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal tiba. Meskipun Najib terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi tujuan propaganda dan fitnah, beliau terus menolak gesaan Anwar untuk perbahasan polisi bagi kepentingan rakyat Malaysia. Nik Nazmi Nik Ahmad Pengarah Komunikasi KEADILAN | ||
Bashar dakwa tewaskan konspirasi Posted: 05 Mar 2013 10:41 PM PST DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam menyatakan pihaknya telah berjaya menewaskan konspirasi di tanah airnya walaupun kumpulan penentang berjaya menawan bandar Raqqa. Komen Bashar yang disiarkan di dalam akhbar Lebanon, Al-Akhbar turut berkata, lawannya yang disokong kuasa-kuasa asing itu kini bergelut untuk terus hidup. Keadaan itu memberi kelebihan kepada tentera beliau di medan perang. "Konspirasi terhadap Syria hampir tamat. "Banyak kejayaan penting telah dicapai dan kepentingan strategik yang amat jelas walaupun pihak-pihak di rantau ini dan di dunia merancang sesuatu yang buruk terhadap keselamatan Syria," kata Bashar. Rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan Bashar pada Mac 2011 untuk menuntut kebebasan dan pemerintahan demokrasi ekoran kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Libya. Lebih 70,000 orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan penentangnya. Kumpulan Pemantau Hak Asasi Untuk Syria semalam turut menyiarkan rakaman video amatur yang menunjukkan Gabenor wilayah Raqa, Hassan Jalili dan Setiausaha Agung Parti Baath yang memerintah, Suleiman Suleiman ditawan oleh kumpulan penentang. Patung bapa Bashar, Hafez Assad yang juga bekas Presiden Syria telah ditumbangkan oleh kumpulan penentang di Raqqa kelmarin. - Agensi | ||
Posted: 05 Mar 2013 08:41 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - HUTAN MELINTANG - Gara-gara kad pengenalan masih belum ditukar kepada MyKad, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental dan penglihatan hidup terumbang-ambing tanpa sebarang bantuan. Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik itu, Mohd Supperi Likan, 59, kini dijaga ibunya, Musripah Ismail, 89, bersama-sama salah seorang adiknya, Muhkni Likan, 52, di Kampung Parit 17, di sini. Musripah berkata, kad pengenalan anaknya masih belum dapat ditukar kepada baharu menyebabkan pelbagai masalah timbul termasuk tidak dapat bantuan daripada agensi berkenaan. Menurutnya, anaknya, Muhkni pernah membawa Mohd Supperi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menggantikan kad pengenalan baharu tetapi tidak berjaya kerana sukar untuk mengawal kelakuannya yang enggan memberikan kerjasama. "Masalah Mohd Supperi bermula apabila dia menghidap penyakit misteri setelah pulang dari kursus di Titi Gantung kira-kira 30 tahun lalu. "Anak mak cik tiba-tiba batuk dan muntah darah dan semenjak kejadian ini, dia mulai berkelakuan aneh termasuk merayau-rayau sekeliling kampung tanpa arah tuju," katanya. Musripah berkata, kadang-kala anaknya itu akan bertindak ganas dengan menumbuk dinding, pintu dan lantai rumah selain memukul dadanya tanpa sebab. "Kami pernah menghantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan namun, setelah tiga bulan di situ, doktor menyuruh kami membawa pulang MohdSupperi kerana tiada masalah tetapi keadaannya masih sama sehingga kini. "Puas kami cuba mengubatinya secara tradisional dan moden malah kami sekeluarga sudah berhabis duit merawat Mohd Supperi tetapi gagal," katanya. Katanya, apa yang memburukkan keadaan apabila mata sebelah kanan Mohd Supperi kabur dan tidak dapat melihat dengan sempurna sehingga menyukarkan anaknya berjalan. "Sebelum ini, Muhkni pernah cuba memohon bantuan daripada pihak berkenaan untuk meringankan beban tetapi tidak diendahkan kerana kad pengenalan milik Mohd Supperi masih lama. "Mohon pihak berkenaan bantu kami, termasuk penukaran kad pengenalan milik Mohd Supperi yang lama ke baru bagi memudahkan kami memohon bantuan kepada agensi terlibat," katanya. metro/- | ||
Posted: 05 Mar 2013 08:39 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Bangkok: Pegawai kesihatan di seluruh Thailand diarahkan berjaga-jaga dengan wabak selesema burung ekoran kematian lapan orang akibat virus itu di Kemboja. Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Kemboja untuk biro pemantauan wabak, Ly Sovann mengesahkan sembilan kes selesema burung dilaporkan sejak 1 Januari lalu dengan lapan kematian. Setiausaha Kesihatan Awam Thailand, Narong Sahamethapat semalam berkata, pegawai kesihatan diarah berjaga-jaga terutama di wilayah Sa Kaeo, tempat rakyat Kemboja melintasi sempadan setiap hari untuk tujuan perniagaan. Pegawai perubatan di hospital kerajaan juga diarah melakukan pemeriksaan jangkitan wabak itu terhadap pesakit. - Agensi | ||
Posted: 05 Mar 2013 08:06 PM PST New Delhi: Azad Singh, 22, mencapai impiannya untuk menjadi guru walaupun dia hanya setinggi 0.94 sentimeter. Azad mengalami gangguan genetik yang jarang berlaku dan ini bermakna dia berhenti membesar pa da usia lima tahun dan ketika berusia 22 tahun dia terperangkap dalam saiz tubuh kanak-kanak. Dia kini mengajar kemahiran komputer di sekolah perempuan di Haryana, yang pelajarnya jauh lebih tinggi daripadanya. Ketika mengajar, dia terpaksa berdiri di atas meja agar cukup tinggi untuk mencapai papan putih. AZAD duduk di atas meja bersebelahan komputer di sekolah perempuan dekat Haryana, India. Kerana saiznya yang kecil itu, pelajar memanggilnya 'Chotu' yang bermakna 'guru kenit.' Azad yang memperoleh gaji sebanyak 10,000 rupee (RM570) sebulan dan terpaksa memakai pakaian kanak-kanak berusia tujuh tahun berkata, dia tidak kisah dengan gelaran itu. "Saya tidak kisah kerana saya sudah mencapai impian saya. Orang kini lebih menghormati saya kerana saya sudah mempunyai pekerjaan," katanya. Ketika berusia 18 tahun, seorang pengawal stesen kereta api menyangka dia masih bayi. Di sekolah, dia dibuli kerana saiznya. Dia juga sangat takut diculik kumpulan sarkas sehingga enggan keluar rumah. Bagaimanapun, Azad berkata, semua pengalaman pahit itu membantunya menjadi dirinya hari ini. "Sering dibuli menjadikan saya lebih bersemangat untuk mencapai cita-cita saya," katanya. Adik perempuannya, Laxmi, 19, turut mengalami gangguan hormon yang sama, tetapi ibu bapa mereka tidak mampu untuk mendapatkan suntikan hormon diperlukan bagi menggalakkan pembesaran. Adik perempuan bongsunya, Suman, 15, belajar di sekolah tempat Singh mengajar di Gurgaon, Badshapur dan memandunya ke tempat kerja setiap hari menaiki skuter. "Dia membuatkan saya berasa bangga," kata Suman. - Agensi | ||
Lahad Datu: 600 penduduk berhampiran dipindah Posted: 05 Mar 2013 07:59 PM PST Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, dipindahkan ke Dewan Embara, dekat Lahad Datu susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu pagi semalam. Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani. Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka diarah oleh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua hari lepas dengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak dimaklumkan sehingga bila perlu berada di situ. "Kami tiada masalah untuk tinggal di sini kerana yang penting keselamatan penduduk terjamin ketika operasi menggempur diadakan. "Namun, kami amat berharap krisis pencerobohan di Kampung Tanduo dapat diselesaikan segera dan kami dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya kepada Bernama. Suri rumah, Normisnah Ahmad dari Kampung Sungai Merah juga menyatakan harapan serupa agar krisis pencerobohan di Kampung Tanduo berakhir segera agar dia bersama keluarganya dapat pulang ke rumah secepat mungkin. Beliau turut berharap supaya kemudahan perubatan untuk penduduk yang berpindah ke dewan itu ditingkatkan. - Bernama | ||
Pesawat terhempas belakang rumah Posted: 05 Mar 2013 07:53 PM PST GOMA, Congo - Sebuah pesawat penumpang terhempas dekat sebuah rumah menyebabkan tujuh orang terbunuh dan tiga orang lagi cedera, kata beberapa pegawai Congo semalam. Juruterbang pesawat syarikat Compagnie Africaine d'Aviation itu berjaya mengelak pesawat berkenaan terhempas di kawasan perumahan di bandar ini kelmarin. Pesawat itu berlepas dari bandar Kananga di barat daya negara ini dan berhenti di Lodja. Ia terhempas semasa dalam penerbangan ke sini. "Terdapat ribut petir dan kami mendengar bunyi yang kuat. "Kami keluar dan melihat sebuah pesawat di kawasan belakang rumah," kata seorang penduduk, Lauren Welsh. Beberapa pegawai syarikat penerbangan itu dan pihak berkuasa menyatakan sebanyak sepuluh orang menaiki pesawat tersebut. Juruterbang pesawat itu turut maut. Seorang pegawai syarikat berkenaan menyatakan lima kru pesawat tersebut turut mati. Datuk bandar Goma, Naasson Kubuya menyatakan, pesawat berkenaan terhempas ketika cuaca buruk. - AP | ||
Lahad Datu: Bayangkan ia tanpa kehadiran media baru Posted: 05 Mar 2013 07:41 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - (Bayangkan kalau kad ini ditemui ketika Lokman ini masih bersama PKR ketika tragedi Lahad Datu ini berlaku) KUALA LUMPUR: Bayangkan jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini. Namun bersyukurlah kerana di zaman informasi bebas bergerak ini, ia tidak berlaku. "Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Dengan ini, katanya, perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal. Beliau dipercayai mengulas tindakan Umno yang cuba mengaitkan peristiwa di Lahad Datu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun ia gagal kerana media sosial yang bebas bergerak berjaya memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku. "Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja," kata Idris. Beliau mempersoalkan, kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. Katanya, di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan, media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya. Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com , anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Bagi beliau, media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu. "Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara," katanya. harakahdaily/- | ||
Jangan bantu pihak luar ceroboh negara Posted: 05 Mar 2013 07:39 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap kepada anggota rombongan Majlis Agama Islam Narathiwat. KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan rakyat di negara ini khususnya Sabah supaya tidak membantu pihak luar menceroboh negara sendiri. Katanya, bukan sahaja penceroboh Filipina, sebaliknya rakyat juga wajib mempertahankan diri agar tidak menjadi 'agen' pencerobohan undang-undang di negara sendiri. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap kes pencerobohan itu dapat diselesaikan dengan cara baik antara Filiphina dengan Malaysia. Dari segi politik katanya, sekiranya benar rakyat Malaysia sendiri yang membantu orang luar untuk menceroboh negara sendiri memang tidak boleh. "Kerajaan yang ada sekarang ini telah menceroboh hak rakyat, iaitu dengan memberikan kad pengenalan kepada orang luar. "Menceroboh negara sendiri apa lagi pihak luar merupakan jenayah yang amat besar," ujarnya kepada media selepas meraikan rombongan 35 orang rombongan dari Majlis Agama Islam Narathiwat di kediaman rasmi, JKR 10. Beliau turut mempersoalkan siapa yang telah mengajar memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tidak berhak. "Bekas perdana menteri sendiri mengakui sebelum ini, tak nak mengakui macam mana sebab ianya memang kenyataan," ujarnya. harakahdaily/- | ||
“Awas Jalan Mati” di puncak bukit di Jeli Posted: 05 Mar 2013 07:20 PM PST JELI: Memandu dari Simpang Tiga Kampung Berdang melintasi kawasan hutan tanpa pengguna jalan raya lain cukup menyeronokkan. Namun awas jalan seumpama lebuh raya itu mati di puncak bukit. Malang seribu kali malang jalan yang cantik itu tidak ada orang yang melaluinya. Mengapa. Rupa-rupanya jalan raya tersebut berakhir di puncak sebuah bukit. Di hujung jalannya didirikan papan kenyataan "Awas Jalan Mati". Di belakang papan peringatan itu gaung yang menjunam ke bawah. Paling bawah kelihatan air sungai Pergau yang jernih mengalir di celah-celah batu. Ada juga kelihatan bangsal kecil seperti rumah penduduk Orang Asal. Kata Penyelia parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad gaung itu menjunam ke bawah hampir 100 meter. Panoramanya cukup indah dengan bukit bukau yang sayup mata memandang. Apandi berkata, jalan raya itu cadangan asal mahu dibina ke penempatan Orang Asal di Sungai Rual, namun pembinaannya terhenti di puncak bukit. Di sepanjang laluan itu tidak ada rumah penduduk. Tidak ada orang yang menggunakannya biar pun laluannya cukup selesa. "Tahun lepas seorang pemuda bersama motosikal hampir terjatuh ke dalam gaung. Nasib baik dia tidak terhumbang ke bawah gaung yang dalam. "Budak itu menyertai perlumbaan motosikal sesama mereka. Kalau jatuh ke bawah tidak tahulah kita apa yang akan terjadi," kata penghulu Mukim Berdang, Mohd Dunia Mat Isa. harakahdaily/- | ||
Yasin diugut bunuh, video 'Reformasi' undang kontroversi Posted: 05 Mar 2013 07:14 PM PST GARA-gara sebuah video nyanyian bertajuk "Reformasi" yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan. Komen yang berbunyi, "Yassin ni patut dibunuh jer.. " dan "Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat" didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik. Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut. "Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius. "Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam. Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang. "Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini. "Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain," katanya kesal dengan perkara itu. metro/- | ||
Posted: 05 Mar 2013 07:03 PM PST Parit Buntar: "Pada mulanya saya menyangka ia pertengkaran kecil sebelum seorang lelaki mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mangsa yang berada di dalam kereta," kata seorang saksi dikenali Ahmad, 34. Dalam kejadian jam 6.30 petang di pekan Tanjung Piandang itu, seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas dua lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah mereka. Bagaimanapun, dalam serangan ala filem itu seorang lagi mangsa yang juga seorang wanita berusia 30-an di tempat duduk belakang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian berlaku apabila kereta jenis Hyundai Elantra dinaiki mangsa dihalang sebuah kereta dinaiki suspek yang kemudian mengarahkan mangsa keluar dari kenderaannya. ANGGOTA polis mengangkat mayat Wong. Bagaimanapun, mangsa enggan turun menyebabkan suspek berang sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dari arah dekat. metro/- | ||
Pakatan laksana sistem proportional jika tadbir kerajaan pusat Posted: 05 Mar 2013 06:30 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sistem pilihan raya negara perlu ditukar kepada sistem 'proportional' bagi memastikan sistem pilihan raya negara berjalan secara adil dan saksama kepada pihak yang bertanding. "Saya akan cadangkan ini kepada kerajaan bila kita berkuasa. "Kita akan tukar sistem ini 'proportional representation' untuk berlaku adil kepada kedua-dua parti," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di ibu negara semalam. Menurut Mustafa, pelaksanaan sistem 'proportional' antaranya akan menggalakkan lagi pengundi untuk turun menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. "Ini kerana mereka tahu apabila dilaksanakan 'proportional representation', maka setiap undi akan dikira," katanya. Bahkan jika sistem tersebut dilaksanakan, peranan 30 peratus golongan wanita dalam bersama-sama menggubal dasar negara juga dapat direalisasikan. Malaysia kini menggunakan sistem majoriti mudah. sinar/- | ||
Laporan dakwa 30 ditemui terbunuh lepas pengeboman Posted: 05 Mar 2013 05:30 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam. "Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu," laporan Utusan Malaysia dipetik. Laporan yang tidak menyatakan sumber maklumat itu juga menyebut, terdapat "khabar" yang menyatakan pemimpin kumpulan berkenaan Raja Muda Azzumudie terbunuh namun perkara itu tidak disahkan. Sementara itu laporan akhbar Berita Harian pula yang memetik sumber mendakwa pasukan keselamatan yang menjalankan operasi pembersihan selepas pengeboman semalam menjumpai antara 20 hingga 30 mayat musuh. Pasukan keselamatan yang masih belum menyatakan jumlah rasmi yang ditemui dalam operasi diketuai pasukan polis itu. Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dijangka mengumumkan perkara itu hari ini. Kesultanan Sulu semalam menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu terbunuh dalam operasi berkenaan. Menurut InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang semalam. Lapan buah pesawat penggempur Malaysia semalam dilaporkan menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom pemusnah di kawasan yang didakwa diduduki Azzimudie dan pengikutnya di Kampung Tanduo. malaysiakini/- | ||
Lahad Datu: Nasib baik ada media baru Posted: 05 Mar 2013 04:30 PM PST Jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini. Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat. Dengan ini perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal. Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja. Kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. Di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan, media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya. Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu. Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara. harakah/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan