Khamis, 7 Februari 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang

Posted: 06 Feb 2013 09:01 PM PST








Pagi tadi, 7 Februari 2013, telah berlangsungnya Majlis Penganugerahan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Terengganu Kali ke-34 tahun 2013 bagi Peperiksaan UPSR dan PMR 2012 DUN Seberang Takir bertempat di Dewan Besar, Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Telaga Daing. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat anugerah dengan cemerlang. Semoga dengan anugerah ini, anak-anak terus bersemangat dan menjadi pemangkin untuk terus berjaya dalam pelajaran serta menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. InsyaAllah, amin.

Taklimat PDM Kg. Baru

Posted: 06 Feb 2013 05:55 PM PST


Malam tadi, 6 Februari 2013 telah menghadiri taklimat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kg. Baru bertempat di Balai Persatuan Nelayan Kg. Baru, Seberang Takir.

Lawatan ke Tapak Pembinaan ke Rumah Mampu Bilik Bersama YAB Menteri Besar Terengganu

Posted: 06 Feb 2013 05:52 PM PST







Semalam, 6 Februari 2013, selepas berakhirnya mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Iman telah bersama-sama YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said melawat tapak pembinaan rumah mampu milik di Kg. Batin, Seberang Takir. Turut hadir sama ialah pemaju perumahan dan pemimpin masyarakat DUN Seberang Takir.

Tiada ulasan:

Nuffnang