Sabtu, 23 Februari 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Sekitar Majlis Perasmian Jelajah Janji Ditepati

Posted: 22 Feb 2013 10:45 PM PST








Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan Majlis Perasmian Jelajah Janji Ditepati bertempat di Dataran Shahbandar dengan dengan jayanya pada hari ini. Warga Terengganu juga tidak melepaskan peluang keemasan untuk berjumpa dan beramah mesra bersama pemimpin nombor satu negara di sini. Sungguh meriah sekali dengan pelbagai acara yang disediakan.

Sekitar Majlis Ketibaan YAB PM Malaysia ke Negeri Terengganu

Posted: 22 Feb 2013 10:32 PM PST








Hari ini, 23 Februari telah ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk menyambut kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri ke negeri Terengganu Darul Iman. Alhamdullah ke hadrat Ilahi kerana pemimpin nombor satu negara kita selamat tiba ke negeri Terengganu dengan selamat. Saya dan warga DUN Seberang Takir khususnya mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-alukan kedatangan YAB Perdana Menteri ke negeri Terengganu sempena Jelajah Janji Ditepati.

Majlis Penyerahan BB1M untuk Mahasiswa UniSZA

Posted: 22 Feb 2013 06:37 PM PST







Malam tadi, 22 Februari 2013, telah merasmikan Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) untuk para mahasiswa dan mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertempat di UniSZA kampus Gong Badak. 

Semoga dengan bantuan dari kerajaan ini dapat meringankan beban para belajar untuk membeli buku disamping dapat memupuk minat membaca di kalangan para pelajar. Besar harapan saya untuk melihat para pelajar menggunakan baucar ini dengan sebaik mungkin dan tidak menyalahgunakan baucar ini dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Pertandingan Akhir Ping Pong Piala Dato' Ahmad Razif

Posted: 22 Feb 2013 06:29 PM PST






Selepas selesai majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan dam aji, telah pergi ke pertandingan akhir ping pong piala Dato' Ahmad Razif bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir yang berlangsung pada hari yang sama juga. Pertandingan akhir ini amat sengit dan akhirnya siapa yang menggodol hadiah pertama juga sudah diketahui. Tahniah kepada semua pemenang. Pada yang kalah jangan putus asa, masih boleh cuba lagi di lain pertandingan.

Pertandingan Dam Aji DUN Seberang Takir 2013

Posted: 22 Feb 2013 06:19 PM PST











Semalam juga telah berlangsungnya Pertandingan Dam Aji Peringkat DUN Seberang Takir 2013 bertempat di perkarangan Bangunan Belia Permata, Kg. Baru Seberang Takir. Penyertaan untuk pertandingan ini amat membanggakan. Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang kurang bernasib baik, anda boleh cuba lagi pada lain kali.

Majlis Khatam Al-Quran

Posted: 22 Feb 2013 06:11 PM PST





Selepas program bersama nelayan selesai, telah pergi merasmikan ke satu lagi majlis iaitu Majlis Khatam Al-Quran anjuran Yayasan Islam Terengganu bertempat di Masjid Seberang Takir. Tahniah kepada semua peserta dan tidak lupa kepada pihak Yayasan Islam Terengganu kerana berjaya menganjurkan program seperti ini. Semoga program seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang.

Majlis Bantuan Cat Bot Penambang

Posted: 22 Feb 2013 06:05 PM PST







Pagi semalam, 22 Februari 2013 telah merasmikan Majlis Bantuan Cat Bot Penambang bagi nelayan-nelayan dari Seberang Takir, Pulau Duyong dan Manir bertempat di jeti bot penambang Kg. Seberang Takir. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban pada para nelayan untuk mengecat semula bot-bot mereka.

Tiada ulasan:

Nuffnang