Sabtu, 23 Februari 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADAKAH INI SITUASI MENANG-MENANG ATAU KALAH-MATI BUAT RAKYAT MARHAEN

Posted: 23 Feb 2013 08:52 AM PST

Selepas Iskandar malaysia, satu lagi kenderaan serta bentuk kolonisasi warga dan syarikat asing ke atas tanah milik rakyat tempatan. Mampukah anda memiliki sebuah unit di Danga Bay atau Pulau A2...Melayu Johor tolong jawab.

Usaha sama Singapura_Malaysia bakal membangunkan 28.5 hektar bersamaan dengan 3.1 juta kaki persegi tanah bebas di Pulau A2 yang bernilai RM811 juta. CapitaLand Malaysia, IWSB dan Temasek Holdings masing-masing memegang 51, 40 serta sembilan peratus kepentingan dalam projek itu. Satu komuniti kediaman tepian air bertaraf perdana yang terdiri daripada bangunan tinggi dan perumahan akan dibangunkan di Pulau A2 bersama dengan sebuah marina, pusat beli belah, kedai, restoran, pangsapuri, pejabat dan kemudahan rekreasi.

Tumpuan ke Malaysia selepas HK, Singapura membendung pelaburan hartanah

Oleh Opalyn Mok dan Ida Lim/ Malaysian Insider

February 19, 2013

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Iskandar Malaysia, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bersedia untuk menjadi tumpuan bagi pelabur hartanah asing oleh kerana pemerintah Hong Kong dan Singapura "menyejukkan" industri hartanah masing-masing kerana terlalu "panas". Malaysia menjadi negara pilihan bagi pelabur hartanah asing dan kini menjadi fokus utama selepas Hong Kong dan Singapura mengenakan 15 peratus levi untuk melambatkan pelaburan asing yang terlalu panas dalam pasaran hartanah mereka. Langkah-langkah "penyejukan" telah mengalihkan beberapa permintaan melonjak untuk kediaman hartanah lain ke Malaysia, termasuk projek ikonik usahasama kesejahteraan Malaysia-Singapura akan dilancarkan di Iskandar Malaysia lewat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong akan diiringi oleh perhimpunan terbesar Jemaah Menteri dari kedua-dua belah Tambak Johor untuk pelancaran projek, menurut pegawai-pegawai yang terlibat dalam usahasama tersebut. Satu tinjauan yang dijalankan oleh iProperty mendedahkan Malaysia dengan pantas menjadi destinasi pelaburan pilihan bagi warga Singapura.

Dalam kaji selidik yang dijalankan kepada 2099 rakyat Singapura, 42 peratus memilih Malaysia sebagai destinasi nombor satu untuk pelaburan luar negeri dengan Australia dan United Kingdom mengikuti rapat di belakang. "Menurut Bloomberg, dolar Singapura telah meningkat lebih daripada 5.5 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu, prestasi kedua terbaik di kalangan 11 mata wang Asia." Kata Laporan Sentimen Pasaran Asia iProperty (H1) 2013:

 "Dengan mata wang lebih kukuh, adalah berkemungkinan lebih responden akan memilih mata wang Malaysia yang lebih lemah (meningkat daripada 33 peratus kepada 42 peratus) berbanding Australia (14 peratus) sebagai pilihan lokasi hartanah di luar negara." Pengarah eksekutif Fiabci Asia Pacific Dr Yu Kee Su bersetuju langkah-langkah penyejukan akan memacu pasaran hartanah Malaysia dan meningkatkan pembelian di Malaysia dan Australia.

 "Kedua-dua negara adalah negara-negara pelaburan di rantau ini untuk pelabur hartanah dari China," katanya. Beliau menegaskan Iskandar Malaysia, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Cyberjaya akan menjadi tumpuan utama pelabur asing. Ahli jawatankuasa kebangsaan Fiabci Malaysia Michael Geh bersetuju, sambil menambah Kota Kinabalu dan Iskandar akan menjadi tempat paling pesat berkembang disebabkan penyambungan penerbangan kedua-dua destinasi ke China. "Kedua-dua destinasi adalah di peringkat atas pelaburan dengan pelancaran baru tetapi ini tidak semestinya meningkatkan harga kerana pelabur akan menyerap bekalan pelancaran baru untuk memastikan industri hidup," kata Geh.

Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Shaun Di Gregorio mempunyai pandangan yang sama dengan menyatakan pelaburan dari Singapura hanya akan mempunyai kesan marginal pada harga hartanah di sini. Geh berkata pelabur asing hanya akan membentuk 10 hingga 15 peratus daripada pembeli.
 "Ini sebenarnya baik untuk industri hartanah Malaysia dengan wang luar masuk terutama pada masa apabila pasaran domestik kita mengalami krisis kredit dan kecairan," katanya.

Sementara itu, Afiq Syarifuddin Ahmad Nazari dari Malaysia Property Incorporated (MPI) berkata hanya sehingga tiga peratus pelabur hartanah di Malaysia adalah warga asing. MPI bersetuju mengetatkan peraturan-peraturan pelaburan hartanah di Singapura dan Hong Kong akan menarik pembeli asing untuk melabur di Malaysia. "Secara dalaman, Malaysia juga telah bertambah baik dalam laporan Doing Business 2013 yang akan meningkatkan keyakinan pelabur dalam pertumbuhan negara jadi ini boleh menarik pelaburan langsung asing ke dalam negara dan mungkin diterjemahkan ke dalam beberapa pembelian hartanah," kata MPI. MPI juga berkata sejumlah besar pemilik hartanah asing di Malaysia adalah rakyat Singapura.

Tentang sama ada ini boleh meningkatkan harga industri perumahan, MPI berkata industri di Malaysia bukanlah pasaran spekulatif. "Melihat sejarah indeks harga rumah kita, kita dapat melihat kita mempunyai mempunyai kestabilan yang kukuh dalam harga sejak bertahun-tahun dengan tiada puncak atau kejatuhan, tidak seperti pasaran yang lebih spekulatif Singapura, Hong Kong atau Shanghai yang mengalami turun naik baru-baru ini semasa krisis ekonomi," katanya.

Menurut pengasas bersama Kelab Pelabur Pintar Jeffery Lam, industri hartanah Malaysia masih salah satu yang paling berpatutan di rantau Asia Tenggara dan masih mempunyai potensi yang sangat besar untuk berkembang. "Malaysia pastinya akan menjadi salah satu bintang bersinar di rantau ini dan ini merupakan petanda baik untuk ekonomi negara," katanya.




Projek Malaysia-Singapura RM8.1 bilion di Johor
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
ISKANDAR  Waterfront Sdn Bhd (IWSB), CapitaLand Malaysia Sdn Bhd bersama Temasek Holdings menandatangani perjanjian untuk membeli tanah di Danga Bay (Pulau A2) bagi membangunkan projek pembangunan bersepadu Iskandar Waterfront bernilai RM8.1 bilion di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru di sini, kelmarin.

CapitaLand Malaysia diwakili Ketua Eksekutifnya, Lim Ming Yan, IWSB diwakili Pengarah Urusannya Tan Sri Lim Kang Hoo manakala Temasek Holdings diwakili Pengarah Urusan Kanan Pelaburan David Heng.

Majlis perjanjian itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.


Kang Hoo berkata, projek yang bakal memulakan kerja pada awal tahun hadapan itu diyakini dapat menarik ramai pelabur untuk meneroka peluang pelaburan yang sedang berkembang pesat di pesisir pantai Danga Bay.

"Kami yakin akan memperoleh aliran pendapatan berulang secara berterusan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Ghani menyifatkan kerjasama itu menjadi perjanjian yang mempunyai kepentingan menarik kerana mampu merangsang pembangunan ekonomi di wilayah Iskandar Malaysia.


"Kerjasama ini turut memberi ruang kepada Iskandar Malaysia dan Johor menjadi tuan rumah. Pastinya lebih banyak projek pembangunan hartanah domestik dan antarabangsa akan dilaksanakan pada masa akan datang," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang