Suara Sri Andalas |
- Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Persendirian Dapat Sumbangan Lebih Di Bawah PR
- Intipati Utama 'Pakatan Harapan Rakyat'
- Manifesto PR: Sejuta Peluang Kerja, Gaji Minima RM1,100 Antara Ditawar
- 14 Tawaran Pakatan Untuk Kesejahteraan Rakyat
- PR Laksanakan Caruman Jaringan Sosial Wanita, Bantuan Warga Emas
- Minyak, Api, Air Rendah, Kereta Baru Serendah RM 25,000, Bila PR Memerintah
- 135 Ibu Tunggal Menyertai Jom Shopping DUN Seri Andalas
- Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas Meriah
- 44 Wanita Menyertai Mammogram Kedua Tahun 2013 DUN Seri Andalas
Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Persendirian Dapat Sumbangan Lebih Di Bawah PR Posted: 25 Feb 2013 01:50 AM PST SHAH ALAM, 25 FEB : Sekolah janaan rakyat seperti Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM 300 setiap murid setiap tahun, apabila Pakatan Rakyat memerintah negara. Bantuan tersebut adalah tambahan kepada dana bagi operasi sedia ada dan meliputi SAR, SJK Cina dan Tamil, sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh. Inisiatif itu yang terkandung di dalam Manifesto PR, melibatkan peruntukan berjumlah RM 220 juta. Sumbangan tambahan itu sebagai menghargai peranan sekolah-sekolah ini dalam sistem pendidikan nasional. Bantuan tambahan ini adalah pelaburan PR untuk menambahbaik mutu pendidikan di sekolah-sekolah ini, termasuk bagi perbelanjaan membesarkan bangunan dan menambah kemudahan prasarana. Sumber: Selangorku |
Intipati Utama 'Pakatan Harapan Rakyat' Posted: 25 Feb 2013 01:40 AM PST Berikut adalah intipati utama dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam konvensyen gabungan parti tersebut di Shah Alam hari ini. Ia terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Rakyat. Tonggak Rakyat Bersaudara
Tonggak Ekonomi Rakyat
Tonggak Kesejahteraan Rakyat
Tonggak Kerajaan Rakyat
|
Manifesto PR: Sejuta Peluang Kerja, Gaji Minima RM1,100 Antara Ditawar Posted: 25 Feb 2013 01:30 AM PST SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni. Berikut antara yang diumumkan: 1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat. 2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan. 3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran. 4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional 5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang. 6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan. 7- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen. 8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi 9- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar. 10- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC. |
14 Tawaran Pakatan Untuk Kesejahteraan Rakyat Posted: 25 Feb 2013 01:20 AM PST SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini. Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini. Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini. Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar. "kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau. 14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;
|
PR Laksanakan Caruman Jaringan Sosial Wanita, Bantuan Warga Emas Posted: 25 Feb 2013 01:10 AM PST SHAH ALAM 25 FEB : Pakatan Rakyat mengiktiraf secara jelas sumbangan wanita dengan menggariskan janji khusus dalam usaha memartabatkan kaum wanita dalam Manifesto Harapan Rakyat. Antara lain, PR akan mensasarkan penglibatan seramai 30 peratus kaum wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran sektor awam dan swasta menjelang 2017. Apabila mentadbir negara kelak, PR juga akan melaksanakan Caruman Wanita Malaysia di mana setiap isteri akan layak menerima caruman tersebut sebagai jaringan keselamatan sosial bagi menjamin kebajikan mereka. Dasar caruman tersebut mewajibkan suami mencarum mengikut kadar pendapatan (di antara RM 10 sebulan hingga RM 100 sebulan) ke dalam satu tabung caruman. "Wang caruman boleh dikeluarkan oleh isteri dalam keadaan tertentu yang cukup syarat seperti penceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun," dipetik dari kandungan manifesto. Selain caruman daripada suami, pihak kerajaan juga akan turut sama menyumbang RM 50 sebulan bagi setiap isteri dengan caruman tersebut akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) sebagai sebahagian dari jaringan keselamatan sosial. Bagi warga emas, Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas di mana setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM 1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan bebanan hidup mereka. Sumber: Selangorku |
Minyak, Api, Air Rendah, Kereta Baru Serendah RM 25,000, Bila PR Memerintah Posted: 25 Feb 2013 01:00 AM PST SHAH ALAM 25 FEB : Pakatan Rakyat (PR) akan mengurangkan kos sara hidup dengan menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, tol dan kereta sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. Ini akan dicapai melalui penghapusan monopoli di dalam sektor-sektor seperti penjanaan tenaga, air, telekomunikasi dan barangan makan. Inisiatif itu terkandung dalam manifesto rakyat bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' yang dibentangkan di Konvensyen PR kali ke empat di Shah Alam Convention Center, di sini. Antaranya PR akan menyalurkan laba dari pendapatan minyak untuk menurunkan harga petrol dan diesel. PR juga akan menyalurkan subsidi gas berjumlah RM 25 bilion yang biasanya diberikan kepada penjana bebas, secara terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat. Selain itu, konsesi air kendalian syarikat swasta yang mengakibatkan caj air tinggi akan dihentikan. "Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan." PR juga akan mengambil alih lebuhraya secara beperingkat bagi tujuan menghapuskan tol. Pembiayaan operasi lebuhraya itu mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi lebuhraya. Manakala harga barang akan turun apabila monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan pemerintah Umno-BN dihapuskan. "Sebagai contoh, monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula," katanya. Manakala bagi kereta, cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing. "Ketika ini, cukai eksais dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70 peratus seterusnya melonjakkan harga kereta. "Justeru, PR percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah," katanya. Sumber: Selangorku |
135 Ibu Tunggal Menyertai Jom Shopping DUN Seri Andalas Posted: 24 Feb 2013 06:23 PM PST Pada 23 Februari 2013 yang lepas, program Jom Shopping untuk ibu tunggal yang pertama di DUN Seri Andalas telah diadakan di pasaraya Giant. Program ini adalah inisiatif terbaru Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat di Bawah tanggungjawab YB Rodziah. Seramai 135 orang wanita telah menyertai program ini. Hadir dalam program adalah YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas, Encik PS Rajoo, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang, Encik Abdul Manaf, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam. YB Dr Xavier mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah membantu melancarkan program pada hari tersebut. |
Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas Meriah Posted: 24 Feb 2013 06:16 PM PST Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas yang diadakan pada 24 Februari 2013 di Taman Mewah, Klang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Majlis yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu menyediakan pelbagai juadah tradisional maysrakat cina. Seperti kebiasaan, Tahun Baru Cina dimeriahkan lagi dengan pertunjukkan tarian singa. Selain tarian singa, berbagai-bagai pertunjukkan diadakan untuk orang ramai yang hadir. YB Dr Xavier Jayakumar kemudiannya mengagihkan ang pow kepada para hadirin terutamanya warga emas kemudiannya diberi ang pow. YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir ke majlis untuk meraikan perayaan tahun baru cina bersama-sama dan sekalung penghargaan kepada para sukarelawan yang menjayakan majlis ini. |
44 Wanita Menyertai Mammogram Kedua Tahun 2013 DUN Seri Andalas Posted: 24 Feb 2013 05:11 PM PST Pada 24 februari 2013, Program Pemeriksaan Kesihatan Mammogram kedua tahun 2013 DUN Seri Andalas telah diadakan. Seramai 44 orang wanita telah menyertai program tersebut. Program telah diuruskan oleh Puan Vickneswary. Puan Kalairasi telah menemani kesemua peserta membuat pemeriksaan di Forest Medical Centre. Sebelum bertolak, pada pukul 8 pagi, YB Dr Xavier Jayakumar telah memberi taklimat kepada para peserta. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan