Anwar Ibrahim |
- Manifesto Pakatan Harapan Rakyat
- Pakatan Laksana Daftar Automatik, Hapus PTPTN & Pendidikan Percuma
- At Manifesto Launch, Pakatan Tells Malaysians to Seize the Day
- Pakatan Unveils People-Friendly Manifesto
Manifesto Pakatan Harapan Rakyat Posted: 24 Feb 2013 11:10 PM PST Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan ‘hidup mati’ perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan besar dalam lanskap politik negara. Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN. Mahu tidak mahu rakyat ‘terpaksa’ menuruti segala kehendak dan acuan yang ditentukan BN selama ia memerintah. Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi Raja, ia menguasai Parlimen, ia ‘mendictate’ institusi kehakiman, menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam negara. Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi dan memanjangkan hayat BN. Namun sepanjang mana pun usia sesebuah kerajaan, kehebat mana pun pemimpinnya, sekuat mana pun institusinya, ia pasti akan mencecah ke lembah kehancuran dan kepupusan. Ia akan hancur dan pupus kerana kerajaan yang kuat itu terlalu bermewahan sehingga menanggung beban hutang yang besar. Ia juga disebabkan oleh kepimpinan yang terlalu korup dan institusi yang terbina, sudah tergelincir dari landasan asal perjuangan mereka. Umno-BN sudah tergelincir jauh, akibat kelalain rakyat yang memberikan mandat secara ‘absolute’ kepada mereka, sehingga tiada ‘check and balance’ boleh dipertegaskan agar mereka tidak menyeleweng. Umno sudah tersasar kerana ia bergabung dengan rakan-rakannya dalam BN, atas dasar memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi akhirnya bangsa itu dikesampingkan dengan amalan kronisme, korupsi dan nepotisme yang melampau. Justeru, Umno tidak harus dibiarkan untuk kekal berkuasa. Umno tidak harus diberi peluang sekali lagi untuk menerajui negara selepas PRU13, kerana ia terbukti gagal memberikan jaminan masa depan yang baik buat rakyat. Ia mendakwa berjaya membangunkan negara, membawa arus pemodenan, tetapi sebaliknya cuba menyembunyikan akibat bahawa negara sudah hampir muflis kerana menanggung beban hutang yang besar. Umno terbukti gagal mensejahterakan hubungan antara kaum, apabila akhbar miliknya sentiasa menyiarkan propaganda rasis yang boleh mencetuskan permusuhan kaum. Umno gagal memupuk keharmonian beragama kerana ia sentiasa melakukan provokasi, sehingga penganut agama tertentu berasa tertekan dan mempunyai daya sensitiviti yang tinggi. Umno terbukti jahat ke atas kaumnya sendiri iaitu orang-orang Melayu, oleh hanya kerana mereka berbeza politik, ia menyekat petroleum, menghalang pelaburan dan sentiasa mencetuskan ketidakselesaan di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Pendek kata, Umno adalah spesies yang jahat dan tidak boleh dipercayai. Semasa ia gah ditampuk kuasa, ia akan menindas dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, walaupun yang sebangsa dan seagama. Manakala, tatkala ia terjatuh terjelepuk pada PRU 2008, ia mula menghulurkan tali silaturrahim, dengan alasan jika Melayu tidak bersatu, bangsa akan musnah. Sifat hipokrit ini menjadi rutin dan mainan mereka. Mereka menyalahkan individu tertentu, menyalahkan kaum atau kelompok tertentu, yang didakwa mengancam masa depan agama dan bangsa, sedangkan selama lebih 50 tahun, ia menjadi punca kehancuran bangsanya sendiri. Justeru, bagi rakyat yang amat-amat prihatin dengan masa depan agama, masa depan anak-anak bangsa, khususnya orang-orang Melayu tidak harus sama sekali ragu-ragu untuk meninggalkan Umno. Jika tiga orang bekas Presiden Umno, seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri, diakhir hayat mereka menolak Umno, maka apatah lagi kita, orang kebanyakan. Maka pada PRU13 ini, pilihlah Pakatan Rakyat. Iaitu Pakatan yang berjaya memerintah dengan cemerlang di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Pakatan yang bakal membawa kecemerlangan di peringkat Persekutuan dengan mandat besar rakyat pada PRU13. Tanpa ragu-ragu, pada Pakatanlah rakyat menyandarkan harapan untuk menggantikan BN. |
Pakatan Laksana Daftar Automatik, Hapus PTPTN & Pendidikan Percuma Posted: 24 Feb 2013 10:50 PM PST Pendaftaran automatik anak muda berusia 18 tahun sebagai pengundi, antara enam tawaran Manifesto Pakatan Rakyat kepada anak muda menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. "Mereka tak boleh dikecualikan dari suara politik. Cukuplah era 'listen, listen, listen'. Sekarang era kerajaan untuk mendengar," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Beliau berkata, Pakatan Rakyat konsisten dengan dasar pendidikan percuma yang berkualiti dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). "Pilihan raya kampus mesti diurus oleh pelajar. IPT (Institut Pengajian Tinggi) sepatutnya memupuk budaya belia dan warganegara yang bebas dan mansuhkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. "Malaysia jangan membazir melalui rasuah kepada kroni dan (dana) dilabur kepada pendidikan," tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Nurul Izzah berkata, isu pengangguran, guna tenaga dan pengurusan hutang golongan muda akan diatasi melalui dasar dan peluang kerjaya yang lebih tersusun. "Kini, kadar pengangguran belia 60 peratus, 6.6 kali lebih tinggi dari orang dewasa. Ini kerana dasar yang tak dikendali dengan baik oleh 'orang dewasa' Umno BN. "Statistik menunjukkan sehingga Mei 2012, 76,200 graduan masih menggangur. Pakatan komited mencari penyelesaian kepada golongan berumur 34 ke bawah yang 47 peratus berhutang," katanya merujuk data Jabatan Insolvensi. Dalam pada itu, satu skim perintis rakyat melalui pembinaan 25 Sekolah Vokasional dan lima universiti teknikal akan ditubuhkan untuk mewujudkan anak muda berkemahiran memberi peluang kerjaya dalam sektor teknikal. Manakala satu Majlis Penasihat Belia yang dipilih oleh anak muda di peringkat Persekutuan, negeri dan tempatan turut akan ditubuhkan, kata Nurul Izzah. |
At Manifesto Launch, Pakatan Tells Malaysians to Seize the Day Posted: 24 Feb 2013 08:29 PM PST Pakatan Rakyat (PR) leaders sounded the election war drums today as they launched their Election 2013 manifesto, declaring themselves more than ready to face an electoral battle they say will be fought between a nation of citizens now opposed to a "corrupt Umno-Barisan Nasional" (BN) regime. The election directors of all three PR parties — PKR, PAS and the DAP — took turns at the manifesto launch to remind members of the importance of staying united and organised in their struggle, pointing out that this was their best opportunity yet to change the government. "Ini kalilah," PKR deputy president Azmin Ali (picture) told the crowd gathered at the Shah Alam Convention Centre (SACC) here in his speech before the launch, using the pact's newly-coined slogan to urge voters to seize the opportunity for change. "Time and tide wait for no man. If it passes us by, we will not face it again. Meaning… ini kalilah (this is the moment)," he said. The Gombak MP, who is PKR's election director, also cemented PR's support for Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister-in-waiting, saying the opposition leader is the pact's "centre of gravity". "His administrative experience, as well as his good relationship across the globe with international leaders as well as leaders in Islamic movements worldwide, is feared by Umno-BN's corrupt regime," he thundered to cheers from the floor. |
Pakatan Unveils People-Friendly Manifesto Posted: 24 Feb 2013 08:24 PM PST Pakatan Rakyat has unveiled its election manifesto, entitled 'Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat' (The People's Manifesto: Pakatan the hope of the people) to capture the attention of 13 million voters by pledging to reduce their financial burden, among other promises. In tabling the manifesto at a Pakatan convention today, PKR director of strategy Rafizi Ramli said the coalition intends to eliminate monopolies and to raise tax exemption to RM4,000 compared to RM2,500 at present. The coalition will also, within a day of coming to federal power, abolish the highly controversial rare earths refining project in Pahang, review the petrochemical hub project in Johor, review certain dam projects in Sarawak and also review environmental laws including those on logging. "We will remove monopolies … we will renegotiate with independent power producers and disband 1Malaysia Development Bhd which serves the agenda of Prime Minister Najib Abdul Razak and his wife Rosmah Mansor," he said in tabling the first section of the manifesto. The manifesto is divided into four sections – the people's economy, people' welfare, government for the people and fulfilling people's aspirations. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan