DUN BUKIT PAYONG |
Pembinaan Baru Pasar Payang Melenyapkan Pemandangan Indah Kuala Terengganu Posted: 25 Feb 2013 04:52 AM PST Petikan : Buletin Online MARANG - Pembangunan Baru Pasar Besar Kedai Payang yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu bukan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat, tetapi untuk projek bagi mendapat keuntungan kewangan oleh pihak tertentu dikalangan pemimpin Umno. [Gambar - YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan panji-panji, bendera PAS kepada Ketua-ketua Pemuda DUN Dalam Kawasan Parlimen Marang sebagai simbolik pelancaran jentera pilhanraya Pemuda PAS Parlimen Marang] Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, pasar Payang sedia ada akan dirobohkan dan dibina diatas tapaknya sebuah pasar empat tingkat berhawa dingin dan sebuah hotel lima bintang. Beliau mempersoalkan pembinaan pasar empat tingkat tersebut kerana katanya, tingkat dua pasar sedia ada pun tidak dikunjungi oleh ramai pelanggan. "Pasar (Besar Kedai) Payang yang lama akan diruntuhkan, dia nak buat pasar empat tingkat pula............ yang dua tingkat (pasar sekarang) orang tak naik dah, nak buat empat tingkat......... cuba tanya peniaga pasar Payang yang berniaga di tingkat dua tu, "harap ke Hari Raya.......... kalau musim (luar perayaan) macam sekarang, kita naik.....seorang-seorang tu mukanya masam (kerana tidak laku),"ujarnya. Beliau selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata demikian pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Program Xpresi Orang Muda Marang dan Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan di Kampung Binjai Manis pada Sabtu 23 Februari. Menurutnya, rakyat Terengganu tidak mampu dan tidak akan menikmati kemudahan pasar baru dan hotel lima bintang itu, kerana kos sewanya mahal, selain ia akan melenyapkan warisan rakyat negeri Terengganu. "Siapa dia (yang) dia boleh jual (berniaga)? Lot-lot kedai kalau yang sebegitu akan dibuat, mesti sewanya mahal (dan) siapa boleh (yang mampu) sewa, hilang warisan rakyat negeri Terengganu!, "Disitulah yang orang mari (datang) ke negeri Terengganu ini nak cari keropok, nak tengok pasar Payang, nak tengok kawasan istana (Maziah), nak tengok Bukit Puteri, kerana bila orang naik Bukit Puteri dia akan nampak 360 darjah dalam kawasan Kuala Terengganu,"jelasnya. Namun begitu, katanya, pembandangan indah tersebut tidak dapat dinikmati apabila Pasar Besar Kedai Payang diruntuhkan dan dibina bangunan yang tinggi. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan