Jumaat, 15 Februari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Video Program Semasa Bulan Februari Dihadiri YB Dr Xavier Jayakumar

Posted: 14 Feb 2013 07:31 PM PST

Berikut adalah video program-program semasa bulan Februari dan perayaan Ponggal yang dihadiri YB Dr Xavier Jayakumar.


Video Majlis Pelancaran Asrama Anak-anak Pekerja Ladang

Posted: 14 Feb 2013 07:25 PM PST

Video ketika Majlis Pelancaran Asrama Anak-anak Pekerja Ladang oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim pada 2 Februari yang lepas.



'Pakatan Laksana Tuntutan Hindraf Dalam Masa 100 Hari di Putrajaya'

Posted: 14 Feb 2013 06:56 PM PST

Pakatan Rakyat akan melaksanakan rancangan lima tahun kumpulan Hindraf untuk mengatasi masalah kemiskinan masyarakat India dalam masa 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

"Saya telah nyatakan kita akan bincang dan selesaikan (pelan lima tahun itu) dalam masa 100 hari di Putrajaya.

"Ini bermakna, kita telah bersetuju dengan pelan tindakan itu," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis dialog bersama editor akhbar-akhbar Tamil di Shah Alam malam tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan editor Semparuthi.com, Jiwi Kathaiah yang ingin tahu jika Pakatan bersetuju dengan tuntutan-tuntutan Hindraf.

Hindraf sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat melengah-lengahkan persetujuan mereka terhadap pelan tindakan itu walaupun siri perbincangan telah berlangsung sejak November 2012.

Mereka turut mengancam akan menarik kembali sokongan Hindraf terhadap Pakatan jika Pakatan terus berlengah dan tiada kemajuan dalam perbincangan tersebut.

Anwar bagaimanapun menegaskan, Hindraf tidak perlu mendesak Pakatan Rakyat untuk menandatangani pelan tindakan itu.

Beliau sebaliknya menggesa mereka meneliti agenda-agenda masyarakat India yang selama ini didukung Pakatan Rakyat kerana dokumen polisi Buku Jingga sendiri secara tidak langsung telah mengangkat semangat pelan tindakan itu.

"Kami telah membaca pelan tindakan anda. Bolehkah anda juga turut membaca pelan tindakan kami (Buku Jingga)?

"Untuk bersikap adil, anda juga perlu mengiktiraf semua (isu orang India) yang telah Pakatan dukung," tegas Anwar.

Menurutnya, pemimpin Pakatan selama ini tekal memperjuangkan isu-isu seperti kewarganegaraan, kematian dalam tahanan serta bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil.

"Lihat sahaja kes Kugan (yang mati dalam tahanan pada tahun 2009), ia tak akan jadi isu nasional jika kita tidak menyuarakannya. Saya sendiri minta pemimpin DAP dan PAS bersama saya melawat rumah Kugan," katanya.

Majlis yang berlangsung selama dua jam itu turut dihadiri editor Thiru Kural, Massal Okai, Tamil Nesan dan Malaysia Nanban.

Turut hadir adalah Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Teluk Intan M Manoharan dan ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M Ravi.

Sumber: Malaysiakini

Sesi Dialog Dato Seri Anwar Ibrahim Berkaitan Isu Masyarakat Tamil

Posted: 14 Feb 2013 06:38 PM PST

Shah Alam, 14 Februari 2013 - Dato Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri sesi dialog dan soal jawab bersama editor-editor dari akhbar berbahasa Tamil di Midlands Tamil School Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam.

Dalam sesi dialog yang bertajuk "If I Become the Prime Minister - Q & A - Addressing Policy Issues Affecting Tamils" tersebut, Dato' Seri Anwar telah memberi penerangan dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para editor.

Turut hadir dalam program tersebut adalah YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor serta para pemimpin komuniti india.

Berikut adalah foto-foto pada program tersebut.



















Tiada ulasan:

Nuffnang