:: cina islam | 2011 :: |
- Pakatan Rakyat jamin tutup loji radioaktif Lynas
- 55 orang maut di Damsyik
- Yazid Sufaat dituduh terlibat aktiviti keganasan
- 'Ahli sihir' mati dibakar
- Gempa bumi kuat landa kepulauan Santa Cruz
- AS terus sekat hasil minyak Iran
- Datuk Pa derhaka kepada Sultan Kelantan
- Jiranku wira
- Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap
- Mualaf dianiaya suami
- Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti
- Berguling ditimpa air panas
- Berjasa mahu tanding 90 kerusi PRU 13
- Abby Abadi ziarah, timang bayi Memey Suhaiza
- Selepas Bush, Presiden Iran jadi mangsa dilempar kasut
- Semakin Besar Luka, Semakin Besar Kekuatan Yang Dibutuhkan
- Pas: 'BN guna taktik lapuk'
- Trauma Patah Hati
- Pesawat ringan terhempas dekat kondominium di Melaka
- Kelantan bawa masuk pasukan kebudayaan P Pinang
- 12 hari maksiat di hotel bajet
Pakatan Rakyat jamin tutup loji radioaktif Lynas Posted: 08 Feb 2013 12:32 AM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR 8 Feb: Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal. "Demonstrasi dan kempen anti-Lynas sebelum ini menunjukkan ketegasan dan keikhlasan Pakatan Rakyat. Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama," katanya. Jelas Tian, Lynas antara isu utama rakyat yang bakal diutama dalam sidang Parlimen, sebaik Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan baru. Beliau berkata demikian mengulas laporan pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang. Mengambil kira kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, Wong memohon maaf kepada semua rakyat. Dalam pada itu, Tian percaya penyokong Himpunan Hijau merupakan kumpulan pencinta keamanan, dan menjamin tiada keganasan akan berlaku. Katanya, fakta ini dibuktikan penyokong yang berhimpun aman melawan isu Lynas. "Kempen pergerakan keamanan ini menyaksikan kebangkitan dan kesedaran rakyat. Kita tetap membela hak kebebasan berhimpun, tanpa keganasan walaupun menghadapi pelbagai cabaran," tegas Ahli Parlimen Batu itu. keadilandaily/- | ||||||
Posted: 08 Feb 2013 12:22 AM PST DAMSYIK - Kedudukan kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad di sekitar ibu kota Syria di sini digegarkan dengan pertempuran sengit dan bedilan meriam untuk hari kedua berturut-turut semalam ketika pihak tentera melancarkan serangan besar-besaran yang dilaporkan telah meragut 55 nyawa dalam tempoh 24 jam. Antara yang terbunuh ialah lima orang awam termasuk tiga wanita. Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, semua mangsa maut terkena peluru mortar di kem pelarian Palestin di Yarmuk yang terletak di pinggir bandar raya ini. Menurut kumpulan itu, sekurang-kurangnya 19 orang awam, 28 penentang dan lapan askar terbunuh sejak serangan tersebut dilancarkan awal semalam. Serangan tentera rejim Bashar itu ditumpukan di bahagian selatan dan pinggir bandar raya ini. Kawasan tersebut merupakan kubu kuat penentang rejim Bashar. Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Syria berlaku pada Mac 2011. Para penentang itu mahu Bashar digulingkan kerana kegagalannya membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara selepas kebangkitan penduduk berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. - Agensi | ||||||
Yazid Sufaat dituduh terlibat aktiviti keganasan Posted: 08 Feb 2013 12:14 AM PST AMPANG: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat hari ini dituduh di bawah seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) di Mahkamah Majistret Ampang kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan. Yazid dituduh melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi, dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria. Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zulkipli. Yazid dituduh melakukan perbuatan itu di alamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda. Kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Yazid ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) di Kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta jam 12.30 tengah hari semalam. Isteri Yazid, Chomel Mohamad turut hadir ke mahkamah ditemani seorang anak perempuannya. Beliau kelihatan tenang sepanjang menunggu Yazid dibawa dari Mahkamah Jalan Duta dan sewaktu pertuduhan dibacakan. harakah/- | ||||||
Posted: 08 Feb 2013 12:08 AM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Sydney: Seorang ibu muda yang dituduh mengamalkan sihir dibogel, disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup di depan orang ramai, termasuk kanak-kanak sekolah, di Papua New Guinea. Wanita itu, Kepari Leniata, 20, dilapor diseksa dengan besi dan diikat sebelum di simbah dengan minyak dan dibakar di atas longgokan sampah dan tayar kereta. Menurut akhbar Post Courier, dia dibakar penduduk kampung yang menuduhnya membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun dengan mengguna sihir. Polis tidak dapat menghalang perbuatan berkenaan ketika kejadian kerana kekurangan anggota berbanding penduduk kampung yang ramai itu. KAKI mangsa dapat dilihat di bawah tayar kereta ketika dia dibakar. Kereta bomba yang datang selepas menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di bandar Mount Hagen, juga diusir. Menurut laporan akhbar berkenaan yang turut menyiarkan imej mayat wanita itu terbakar, dia mengaku membunuh kanak-kanak berkenaan yang mati selepas dimasukkan ke hospital kerana sakit perut dan dada, Selasa lalu. Polis berkata, mereka menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan dan sudah mengambil langkah untuk mendakwa mereka yang bertanggung-jawab. Penduduk Papua New Guinea amat mempercayai sihir dan ramai tidak boleh menerima alasan semula jadi sebagai punca sakit, kemalangan atau kematian. Polis berkata, puluhan penduduk ditahan tahun lalu berkait dengan kes pembunuhan seorang lelaki yang dituduh membunuh tujuh orang dan makan otak mereka sementara kemaluan mereka dijadikan sup. Kes sihir dan kanibal di negara itu agak meluas beberapa tahun kebelakangan, termasuk satu laporan pada 2011 mengenai seorang lelaki memakan bayinya yang baru lahir. - AFP | ||||||
Gempa bumi kuat landa kepulauan Santa Cruz Posted: 07 Feb 2013 11:56 PM PST KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Santa Cruz pada 2.59 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 33 kilometer selatan Lata, Kepulauan Solomon dan 5,507 kilometer tenggara Semporna, Sabah. Tiada ancaman tsunami dikeluarkan dan jabatan berkenaan sedang memantau perkembangan terkini kejadian itu. - Bernama | ||||||
AS terus sekat hasil minyak Iran Posted: 07 Feb 2013 11:49 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan baru ke atas hasil minyak Iran yang dilihat akan meningkatkan lagi tekanan kepada negara yang didakwa menjalankan program pembangunan senjata nuklear, semalam. Selain itu, sekatan tersebut turut dikenakan terhadap pertubuhan media negara itu dan Polis Siber Teheran. Sementara itu, pengarah stesen penyiaran Iran, Ezzatollah Zarghami mengaku tindakan negara Barat telah menyebabkan negara itu dilanda krisis ekonomi yang meruncing. Sebelum ini, negara Barat telah mengenakan sekatan kewangan ke atas Iran yang turut memberi kesan besar terhadap aktiviti bank pusat yang didakwa terlibat dengan transaksi menyumbang kepada projek pembangunan senjata nuklear di negara tersebut. - Al-Jazeera | ||||||
Datuk Pa derhaka kepada Sultan Kelantan Posted: 07 Feb 2013 11:46 PM PST KUALA LUMPUR: NGO tuntutan royalti Kelantan, 'R' menyifatkan kenyataan Datuk Mustapha Mohamad bahawa wilayah Kelantan hanya 3 batu nautika dari pantai satu kenyataan yang menderhaka kepada Tuanku Sultan Kelantan. (Pertemuan antara Presiden NGO R, Nazri Deraman dengan Ku Li semalam) Ini kerana, tindakan tersebut telah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan yang telah wujud sejak 1941 dan perjanjian Kelantan masuk Malaysia pada tahun 1948. Dalam perjanjian itu jelas pada waktu itu Kerajaan Negeri Kelantan sudah memiliki kekuasaan di wilayah laut. Oleh itu, tindakan Datuk Mustapha yang mengecilkan wilayah jajahan Kelantan adalah menunjukkan beliau derhaka dan merupakan penghinaan kepada DYMM Sultan Kelantan yang mempunyai kekuasaan di darat dan di lautan mengikut undang undang tubuh negeri Kelantan sedia ada pada masa itu. Demikian kata presiden R, Nazri Deraman dalam satu kenyataannya di sini. Dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin mahasiswa di sebuah hotel di Kota Bharu pada 5 Februari 2013, Datuk Mustapha Mohamed menyebut bahawa hak negeri hanya 3 batu nautika sahaja dari pantainya. Dalam pertemuan dengan 'R' semalam, bekas Menteri Kewangan dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Akta Wilayah Laut 2012 - berkaitan 3 batu nautika adalah tidak relevan untuk menyekat pemilikan hak royalti minyak dan gas kepada Kelantan. Tindakan tersebut, katanya, telah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan yang telah wujud sejak 1941 dan perjanjian Kelantan masuk Malaysia pd tahun 1948, dimana pada waktu itu Kerajaan Negeri Kelantan sudah memiliki kekuasaan di wilayah laut. harakah/- | ||||||
Posted: 07 Feb 2013 11:41 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Melaka: Seorang suri rumah diibaratkan sebagai wira apabila menyelamatkan dua beradik orang kelainan upaya (OKU) dan seorang wanita warga emas yang juga jirannya dalam kebakaran memusnahkan tiga rumah di Taman Melaka Baru di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, Yayah Kursiyah, 36, terpaksa mengheret V Parameswari, 23, yang tidak boleh berjalan dan mengarahkan V Saruvin, 8, keluar dari rumah mereka yang terbakar. Dia kemudian mengangkat Chan Wah Eng, 85, yang terlantar sakit di rumah bersebelahan. Tindakan pantasnya menjerit meminta bantuan turut menyelamatkan nyawa seorang lagi warga emas yang juga jirannya, Nyapon Osman, 64, bersama tiga cucu berusia enam hingga 12 tahun di rumah bersebelahan. KEADAAN tiga deret rumah yang musnah dalam kebakaran di Taman Melaka Baru, Melaka. Menurut Yayah, ketika kejadian dia memberi minuman kepada Chan yang terlantar sakit kerana kecederaan pinggang sebelum dikejutkan dengan jeritan Parameswari di rumah bersebelahan. metro/- | ||||||
Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap Posted: 07 Feb 2013 11:40 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Jerantut: Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak. "Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta. "Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu," katanya. Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu. Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit. "Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam. Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami. "Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan," katanya. Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar. Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan. -HD | ||||||
Posted: 07 Feb 2013 10:25 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Gombak: Dia ikhlas memeluk Islam dan teruja untuk menjalani kehidupan sebagai Muslimah, namun segala impian berkecai apabila suami yang diharapkan menjadi pembimbing bukan saja gagal berbuat demikian, malah menyusahkan lagi hidupnya. Berikutan itu, seorang saudara baru, Agnes Abdullah, 36, kini tenggelam punca selepas suami dikahwininya tujuh tahun lalu memerangkapnya dengan beban hutang RM2 juta menyebabkan dia berdepan kemungkinan diisytihar bankrap. Merumitkan lagi keadaan, anak lelaki berusia lima tahun hasil perkahwinan mereka didaftarkan sebagai bukan Islam sedangkan Agnes mahu anaknya itu membesar dengan mengamalkan ajaran Islam. "Saya dipukul, malah digelar pelacur apabila bertanyakan mengenai status agama anak tunggal kami. Dia langsung tidak pedulikan kehidupan kami, malah (dia) berhasrat untuk kahwin lagi," katanya. AGNES menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro. Menurutnya, sebagai saudara baru, dia amat memerlukan bimbingan daripada suaminya untuk mendalami dan menjadikan Islam sebagai landasan kehidupan, tetapi apa yang berlaku kini menyebabkan dia buntu. metro/- | ||||||
Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti Posted: 07 Feb 2013 10:10 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga. Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah. "Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya. Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah. Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun. Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah. Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya. Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah. Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya. "Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak. Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua sudah tahu sudah ada penggantinya. Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera Sungai Besi. harakah/- | ||||||
Posted: 07 Feb 2013 08:17 PM PST KOTA BHARU –Percubaan pertama seorang tauke kedai makan mencelur ulam-ulaman di dalam periuk mengandungi air panas bukan sahaja tidak menjadi malah, dia kini menyesal tak sudah apabila air itu terbalik lalu menimpa anak bongsunya semalam. Kejadian pukul 7.30 pagi di Kampung Tendong, Pasir Mas itu menyebabkan Nur Aleeya Maisara Mohd. Izba, 18 bulan, melecur di belakang badan dan kaki kirinya. Mengimbau semula kejadian itu, ibu mangsa, Wan Rohaila Hassan, 39, memberitahu, sebelum kejadian, dia telah memasukkan air yang baru dimasak ke dalam periuk berkenaan manakala anaknya sedang tidur di ruang jualan. Katanya, periuk itu diletakkan di atas bangku setinggi satu meter di dapur gerai miliknya berdekatan Klinik Kesihatan Tendong. "Saya bercadang untuk mencelur ulam-ulaman ke dalam air panas tersebut untuk dijual pada waktu tengah hari. Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini sejak berniaga lima tahun lalu. "Entah macam mana tiba-tiba saya terdengar anak saya meraung kuat sambil berguling-guling di atas lantai dapur dengan kulit yang menggelembung manakala periuk itu tergolek atas lantai berhampirannya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini. | ||||||
Berjasa mahu tanding 90 kerusi PRU 13 Posted: 07 Feb 2013 08:00 PM PST (Sidang media yang dibuat oleh Berjasa hari ini) KUALA LUMPUR: Berjasa akan meletakkan calonnya di 90 kerusi dalam pilihanraya umum ke 13 ini, kata Presidennya, Sultan Abdul Kadir dalam sidang media hari ini. Dari 90 kerusi itu, 50 adalah kerusi Parlimen dan 40 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri. "Kita tidak mensasarkan untuk mengambil alih pentadbiran negara tetapi cukuplah sekadar menjadi kuasa ke - 3 sahaja," kata Sultan dalam sidang media di sebuah hotel hari ini. Menurut maklumat, Berjasa akan meletakkan calon-calonya yang beragama Islam di kerusi BN atau Pakatan Rakyat meletakkan calon bukan Melayu di kerusi yang majoriti Melayu. Berjasa adalah parti serpihan dari PAS yang ditubuhkan oleh Datuk Mohamad Nasir dan Ibrahim Ali ketika krisis berlaku di Kelantan pada tahun 1978. Ekoran itu, Berjasa bersama BN telah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dengan menjatuhkan kerajaan PAS sebelum itu. Namun selepas itu, Mohamad Nasir menyertai PAS semula dengan Ibrahim Ali melompak ke sana sini. Pada PRU 1990, Berjasa bersama Hamim menyertai PAS dan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. Kini menjelang PRU 13, dengan pimpinan yang kurang dikenali dalam dunia politik, Berjasa kembali bersuara. harakah/- | ||||||
Abby Abadi ziarah, timang bayi Memey Suhaiza Posted: 07 Feb 2013 07:30 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kalau hendak dicari bekas isteri mana yang paling 'cool', Abby Abadi satu-satunya insan yang kami boleh lihat sekarang. "Apa tidaknya, selepas pelbagai kontroversi dilaluinya selama ini, tiba-tiba saja hubungannya bersama Memey dan Norman menjadi jernih," tulis blogger Omak Kau!. Kini, menerusi laman Instagram Abby, pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya sedang mendukung anak pertama Memey Suhaiza. harakah/- | ||||||
Selepas Bush, Presiden Iran jadi mangsa dilempar kasut Posted: 07 Feb 2013 07:00 PM PST KAHERAH – Lawatan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke Mesir tercemar apabila berlaku insiden memalukan apabila seorang lelaki melemparkan kasut ke arah presiden itu ketika mengadakan lawatan ke negara itu, Selasa lalu. Sebuah video yang disiarkanolehagensi berita Anadolumenunjukkan beliau tersenyum bersalaman dengan orang ramaidi Kaherah dan secara tiba-tiba seorang lelakimelemparkankasutke arahnya. Menurut jurucakap pejabatpendakwa rayaMesir, video tersebut memaparkan kehadiran Mahmoud disambut olehsekumpulan lelaki. Tidak lama kemudian, lelaki-lelaki lainyang mengerumuni beliau turut jugamelemparkankasutke arah pemimpin itu. "Anda membunuh saudara-saudara kita!" salah seorang penyerang berteriak, lapor Anadolu. Agensi itu berkata,bagaimanapun kasut lelaki berkenaan gagal mengenai Mahmoud, sebaliknya pengawal keselamatannya. Kejadian itu merupakan satu penghinaan besar dalam dunia Islam selepas insiden sama berlaku ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa beliau membuat lawatan perpisahan ke Iraq pada 2008. Dalam kejadian itu, seorang wartawan Arab, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, "ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!" lalu membaling kasut yang dipakainya. Empat orang termasuk seorang warga Syria ditahan dalam kejadian di Kaherah ini. Presiden Iran mengadakan lawatan bersejarah ke Mesir dan yang pertama dalam tempoh empat dekad ini. SINAr/- | ||||||
Semakin Besar Luka, Semakin Besar Kekuatan Yang Dibutuhkan Posted: 07 Feb 2013 06:00 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Perih terluka karena orang yang kita cintai untuk bisa menyembuhkan membutuhkan kekuatan dalam memulihkan luka perih dihati. Semakin besar luka itu, semakin besar pula kekuatan yang dibutuhkan untuk menyembuhkan luka itu. Seorang Ibu bertutur bahwa pernikahannya yang sudah berlangsung sepuluh tahun, tiba-tiba suaminya bertingkah laku aneh, hampir setiap hari menelponnya justru disaat dirinya sedang dikantor, suaminya mengeluh dan menuduh sang istri tidak setia. Waktu berkenalan dulu memang suami tipe pecemburu, tentu saja cemburu itu menghilang ketika mereka sudah menikah, namun perkembangan akhir2 ini suaminya bilang tidak benar2 mencintainya, terkadang menelpon meminta doanya agar dia supaya tenang karena bila teringat sikap istrinya timbul marah lagi. Suaminya juga suka menuduh bahwa dirinya sombong karena kariernya dikantor menanjak terus sedangkan usahanya tidak maju-maju. Padahal dia tidak pernah merendahkan suaminya. Hal seperti itulah timbul pertengkaran karena kemarahan yang sudah tidak bisa terkendalikan. Beliau merasa sudah tidak tahan hidup dalam rumah tangga seperti itu namun didalam lubuk hatinya tidak mau berpisah. Siang itu kedatangannya di Rumah Amalia berkenan untuk bershodaqoh dengan harapan mendapatkan keridhaan Allah sehingga mampu membukakan pintu hati suami. Tutur beliau dengan isak & tangis. Airmatanya mengalir begitu saja. Walaupun hatinya terluka perih, ibu itu berdoa. Dirinya memohon agar Allah berkenan menyejukkan hati suami yang dicintainya. Allah menjawab doanya. Tak lama kemudian komunikasi dirinya & suaminya mencair, sekalipun tidak mudah tetapi tidak ada lagi tutur kata saling menyerang bahkan suaminya mengajak untuk sholat berjamaah. Anak-anak juga merasakan kesejukan di dalam rumah. Sejak itu rumah tangga mereka berubah, kesabaran sang ibu membuahkan hasil. Ibu bersama anak-anak & suami akhirnya lebih mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Cinta yang tulus membutuhkan pengorbanan untuk mengokohkan rumah tangganya dari hempasan badai. Subhanallah. | ||||||
Posted: 07 Feb 2013 06:00 PM PST TANJONG KARANG - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang sering menakut-nakutkan pengundi dengan pelbagai ugutan supaya rakyat terus menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah taktik lapuk. Menurutnya, ugutan dan fitnah terus disebarkan di mana mereka mendakwa, jika berlaku perubahan dalam pimpinan Kerajaan Pusat, negara huru-hara, berlaku kegawatan ekonomi dan sebagainya. "Taktik ini digunakan setiap kali menjelang PRU untuk menakutkan pengundi. Adakah masuk akal jika berlaku peralihan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan, negara akan berlaku huru-hara? "Jika berlaku huru-hara, itu angkara siapa? Wajarkah apabila Pakatan Rakyat (PR) memerintah, penyokong adakan huru-hara dan sebagainya? "Mungkin yang akan melakukan huru- hara itu tentunya penyokong Umno dan BN yang tidak dapat menerima kekalahan mereka," katanya dalam sesi ceramah di Blok O, Sawah Sempadan bersama pelakon Hairi Othman. Mahfuz berkata, rakyat dinasihatkan supaya menolak fahaman karut yang dibuat Umno dan BN yang dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka dalam PRU akan datang. "Rakyat perlu beri sokongan kepada calon Pas yang bakal bertanding. Rakyat berpeluang menikmati pemberian 20 meter padu air secara percuma, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk Universiti dan sebagainya. "Jika rakyat Selangor tidak buat perubahan dan beri sokongan kepada PR dalam PRU12 lalu, adakah mereka berpeluang menikmati semua ini?" katanya. sinar/- | ||||||
Posted: 07 Feb 2013 05:55 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Sahabat, pernahkah anda jatuh cinta? pernah ditolak cinta? pernah patah hati? Bagaimana rasanya? Aduh, kebayang deh sakitnya? Mereka yang merasakan jatuh cinta biasanya pernah patah hati. Perasaan patah hati teramat pedih untuk diungkapkan dengan kata-kata. Bagi seorang akhwat tentunya harus cerdas menjaga hati, berhatilah-hatilah dalam menjalani hidup, jangan mudah terpengaruh dengan rayuan gombal. Jika pernah patah hati, sulit untuk melupakan luka dan perih dihati. Patah hati dapat menyebabkan trauma. Ada perasaan takut gagal lagi. Ada kecenderungan menutup diri. Hsl ini ysng menyebabkan patah hati menjadi salah satu faktor penyebab terhambatnya untuk bertemu jodoh. Sahabatku yang ingin segera menikah, untuk menyembuhkan trauma patah hati, luruskan kembali niat, niat yang benar, prosesnya benar, tujuan benar maka pernikahan anda mendapat keberkahan didunia dan akhirat, menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah. Membawa kebaikan bagi keluarga kita dan umat. Bila memang ada niat & keinginan sungguh2 untuk mendapatkan jodoh. Jangan putus asa, tetaplah berikhitiar & memohon kpd Allah maka Allah akan mengirimkan jodoh yg terbaik untuk anda. | ||||||
Pesawat ringan terhempas dekat kondominium di Melaka Posted: 07 Feb 2013 05:40 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - MELAKA - Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28 terhempas di tebing berhampiran Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat kondominium Cheng Height di sini, hari ini. Juruterbang P. Devenessrao, 20, dari Bahau, Negeri Sembilan, merupakan pelatih Malaysian Flying Academy yang berada berseorangan di dalam pesawat itu hanya cedera ringan di bahagian kepala serta tengkuk dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan. Seorang saksi kejadian, Koperal Zameri Nawi, 50, dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berkata beliau melihat pesawat berkenaan dalam keadaan terhuyung-hayang dalam kejadian 12 tengah hari itu. "Pesawat itu kemudian merempuh beberapa batang pokok berhampiran kondominium tersebut menyebabkan dahan-dahan pokok terpelanting ke jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau yang sedang melakukan tinjauan lalu lintas sempena Tahun Baru Cina kemudian menghubungi IPD Melaka Tengah bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan. Sementara itu, Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Supt Ahmad Adnan Basri berkata Devenessrao berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam pada 11.15 pagi untuk melakukan latihan penerbangan sebelum membuat panggilan kecemasan kepada menara kawalan pada 11.56 pagi. Beliau berkata, pesawat berkenaan kemudian terhempas kira-kira 30 meter daripada kondominium tersebut sebelum juruterbang terbabit keluar menyelamatkan diri. "Pihak polis akan mengawal keadaan di sekitar kawasan kemalangan ini sementara menunggu pasukan penyiasat Jabatan Penerbangan Awam yang difahamkan akan tiba esok bagi menyiasat punca kejadian," katanya. Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Timbalan Penguasa Bomba Yazid Mohd Tahir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.01 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian bersama empat jentera dan 26 anggota dari balai itu pada 12.10 tengahari. Beliau berkata pihaknya kemudian melakukan kerja semburan buih selepas mendapati berlaku kebocoran minyak bagi mengelak percikan api dan kebakaran. Katanya bomba juga memasang tali pada bahagian ekor pesawat berkenaan bagi mengelak ia terjatuh ke jalan raya berhampiran. - Bernama | ||||||
Kelantan bawa masuk pasukan kebudayaan P Pinang Posted: 07 Feb 2013 05:30 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Ketika BN Pulau Pinang bertegas untuk membawa artis popular Korea Psy dengan kos RM2 juta, berlainan pula dengan kerajaan Kelantan yang akan mengundang peserta kebudayaan Cina dari Pulau Pinang ke Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata sempena menyambut Tahun Baru Cina, kerajaan Kelantan akan menganjurkan persembahan kebudayaan Khas. Takiyuddin berkata demikian pada sidang medianya petang semalam, di Kota Darul Naim. Menurutnya, kerajaan Kelantan akan menjemput kumpulan kebudayaan dari Pulau Pinang untuk membuat persembahan kebudayaan masyarakat mereka di Jalan Kebun Sultan, pada 20 Febuari ini. Program yang dianjurkan selepas Chap Goh Meng, sempena majlis Jamuan Mahabbah. "Memang kita tidak ada persembahan khas kebudayaan Cina seperti changgay dari Kelantan, jadi kita jemput kumpulan kebudayaan dalam negara juga, walaupun di luar Kelantan dan bukannya luar negara,"ujarnya. Walaupun kos sebenar yang turut melibatkan jamuan untuk seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama yang juga akan diadakan pada hari itu. Takiyuddin juga turut majlis berkenaan dianjurkan kerajaan negeri bersama portfolio anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah. "Program ini akan diadakan di Pusat Khidmat Adun Kota Lama, Jalan Kebun Sultan. Sementara itu, pada 15 Febuari ini pula diadakan sambutan sempena Tahun Tahun Baru Cina juga akan diadakan di Pusat Khidmat Dun Kota Lama bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Menurut Takiyuddin, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan hadir pada majlis itu. harakah/- | ||||||
12 hari maksiat di hotel bajet Posted: 07 Feb 2013 05:20 PM PST 27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Melaka: Seorang gadis berusia 16 tahun bukan saja menyewa hotel bajet di Kampung Hulu, di sini, menggunakan identiti orang lain, malah bertindak bagaikan 'penganjur' apabila dipercayai menjadikan bilik itu untuk kegiatan maksiat dan melepaskan gian syabu serta transit bagi kegiatan ragut bersama rakannya. Bilik yang disewa sejak 12 hari lalu itu dikatakan sering menjadi tumpuan beberapa lelaki keluar masuk sehingga menimbulkan syak sehinggalah sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan serbuan, kira-kira jam 8.30 pagi, kelmarin. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim Rahimin Bani berkata, pihaknya ke hotel berkenaan untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapat maklumat. "Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg berisi peralatan dipercayai untuk menghisap syabu selain bekas kosong dijadikan tempat menyimpan bahan larangan itu," katanya di sini, semalam. Menurutnya, lebih mengejutkan apabila pemeriksaan lanjut dalam beg remaja perempuan terbabit menemui empat kad pengenalan milik individu berusia antara 17 dan 21 tahun serta satu beg duit wanita. Harian Metro | ||||||
Posted: 07 Feb 2013 05:00 PM PST Kong Xi Fa Chai Untuk Masyarakat Cina Setiap bangsa mempunyai kepercayaan dan perayaan masing-masing seperti sambutan tahun baru. Masyarakat Cina percaya bahawa setiap manusia yang lahir mempunyai pengaruh terhadap personaliti dan sikap. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina untuk menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. 2013 merupakan Tahun Ular mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Pakar Feng Shui meramalkan warna bertuah pada tahun 2013 adalah warna biru, hijau dan ungu. Inilah uniknya Malaysia, kita hidup dalam masyarakat yang berbagai kaum, agama dan kepercayaan. Kita seharusnya saling hormat menghormati antara satu sama lain untuk mengelak rusuhan kaum dan agama. Dengan semangat perpaduan dan muhibah serta saling hormat menghormati antara satu sama lain sudah pasti kita akan mudah mencapai kejayaan bersama menuju kearah Negara yang aman, harmoni dan adil untuk semua. Saya bagi pihak PAS Sarawak, ingin mengambil peluang menyampaikan ucapan selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua masyarakat Cina walaupun dimana mereka berada, agar kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan bekerjasama kearah negara makmur dan sejahtera. Kepada mereka yang balik kampung bercuti atau ke distinasi masing-masing, berhati-hati semasa memandu di jalanraya agar sampai ke tempat tujuan dengan selamat. Kong Xi Fa Chai dari PAS Sarawak Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan