|   .   | 
| Mazlan Aliman Dihalau Bagaikan Anjing Kurap Pembawa Penyakit. YA KE NIE? Posted: 07 Feb 2013 10:58 PM PST  Mazlan Aliman merupakan Presiden ANAK yang kerjanya tidak lain dan tidak  bukan ialah mengumpulkan undi untuk PKR dan DAP sungguhpun dia  berakidahkan PAS. Tumpuan utamanya ialah Tanah Rancangan FELDA di  seluruh negara. Kerjanya tidak lain ialah membuat hasutan, tohmahan dan  fitnah dengan berselindung di sebalik keahliannya dalam PAS.  Selepas  ditolak dan dimalukan di FELDA Tengi Hulu Selangor pada 4 Februari oleh  lebih 200 orang penduduk Felda berkenaan, Mazlan Aliman melarikan diri  ke Felda Teloi Kanan pada keesokan harinya. Sekali lagi, Mazlan Aliman  dan para penyokong serta ahli rombongannya dimalukan oleh lebih 200  orang penduduk Felda Teloi Kanan. Penentang  Mazlan Aliman di Felda Teloi Kanan terdiri daripada generasi pertama  dan kedua Felda berkenaan. Mereka tidak sahaja membuat bantahan aman  tetapi juga telah membuat sekatan semenjak petang sehari sebelumnya  untuk menghalang Mazlan Aliman dan rombongannya daripada menjejakkan  kaki mereka ke tanah rancangan tersebut. Bagi  generasi pertama dan kedua FELDA Teloi Kanan, Mazlan Aliman dilihat  sebagai pengacau. Tambahan pula dengan rekodnya selaku penfitnah dan  tukang hasut yang cuba memecah belahkan perpaduan komuniti Felda di  seluruh negara, menyedarkan penduduk FELDA Teloi Kanan bahawa Mazlan  Aliman perlu dihalau secepat mungkin.  Mazlan  Aliman akhirnya memutuskan untuk meninggalkan FELDA Teloi Kanan dalam  keadaan yang amat mengaibkan setelah dia kerapkali mendabik dada  kononnya, kehadirannya dan anggota-anggota rombongannya mendapat  sambutan yang sangat luar biasa daripada masyarakat FELDA.  Rupa-rupanya  Mazlan Aliman tidak berputus harap. Kalau FELDA Teloi Kanan menolaknya,  Mazlan Aliman berharap FELDA Teloi Timur, Sik akan menerimanya.  Berita  kehadiran Mazlan Aliman dan rombongannya telah sampai ke pengetahuan  penduduk FELDA Teloi Timur. Seawal jam 7:45 malam, seramai 150 penduduk  telah berkumpul di hadapan pintu masuk FELDA Teloi Timur. Bagi  memastikan keselamatan dan keamanan terjamin, polis telah melakukan  kawalan. Bahkan Ketua Polis Daerah turut ke tempat kejadian.  Lebih  kurang jam 10:15 malam, Mazlan Aliman dan rombongannya tiba. Mazlan  Aliman kemudiannya memberikan ucapan ringkas kepada para penyokong PAS   yang datang dari luar FELDA Teloi Timur dan berkumpul tidak jauh dari  pintu masuk ke Felda tersebut. Dari atas sebuah kenderaan pacuan empat  roda, Mazlan Aliman menggunakan pembesar suara dan memberitahu para  pengikut PAS itu bahawa dia akan ke IPD Sik untuk membuat laporan polis  kerana dihalang memasuki FELDA Teloi Timur.  Mazlan  Aliman menuduh, halangan tersebut telah didalangi oleh UMNO. Walaupun  hakikatnya, pengurusan FELDA Teloi Timur mempunyai kuasa untuk  menghalang mana-mana pihak daripada menjalankan aktiviti politik di  kawasan berkenaan, Mazlan Aliman cuba menipu dengan menuduh UMNO yang  melakukannya. Keengganannya untuk menerima hakikat bahawa dia  sememangnya dimusuhi oleh komuniti FELDA kerana perangainya yang suka  membawa perpecahan dan menggalakkan budaya fitnah selain mencari  keuntungan mudah menerusi saman-saman yang difailkan oleh para peneroka  yang berjaya dihasutnya, sememangnya membawa malang kepada orang yang  diharapkan oleh Anwar Ibrahim agar dapat mengumpulkan sebanyak mungkin  undi daripada masyarakat FELDA.  Kejadian  malam tadi telah membuktikannya. Walaupun pada mulanya sekadar lebih  kurang 200 orang sahaja yang membuat hadangan, tetapi akhirnya, seluruh  kawasan menjadi sesak. Rombongan Mazlan Aliman tersekat dan dikelilingi  oleh orang ramai yang begitu marah dengan kehadiran mereka. Kehadiran  pihak penguatkuasa undang-undang telah menghalang kejadian buruk  daripada menimpa Mazlan Aliman dan anggota-anggota rombongan serta 150  orang penyokongnya.  Dan  hanya dengan bantuan pihak polis, barulah Mazlan Aliman, anggota  rombongan dan para penyokongnya dapat keluar dari tempat kejadian.  Menariknya, selepas berjaya keluar daripada kepungan tersebut, Mazlan  Aliman dan anggota-anggota rombongannya yang pucat lesi, lintang-pukang  meninggalkan Felda Teloi Timur.  Ketika  artikel ini ditulis, seramai lebih 300 orang masyarakat FELDA Teloi  Timur masih lagi 'berkubu' di hadapan pintu masuk ke Felda tersebut. | 
| You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
  




 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan