Rabu, 30 Januari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Menyampaikan Sumbangan Kerusi Roda Kepada Warga Emas

Posted: 30 Jan 2013 12:50 AM PST

Pada 25 Januari 2013 yang lepas, YB Dr Xavier Jayakumar telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang warga emas. Puan Ramaie yang berusia 78 tahun dan suaminya telah berjumpa YB Dr Xavier untuk mendapatkan bantuan tersebut. 



Selangor Mahu Ambil Alih Syabas

Posted: 30 Jan 2013 12:40 AM PST

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Kita berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan media hari ini.

"Justeru,  dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, kata Abdul Khalid, kerajaan negeri mendapat aduan dari rakyat bahawa Syabas telah  mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.

Katanya,  hasil dari siasatan awal yang kita lakukan didapati kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.

"Dengan ini Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas. Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," tambahnya.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah dimaklumkan bahawa mutakhir ini berlaku kekerapan kejadian paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.

Kerajaan negeri Selangor akan memantau perkara ini dengan serius demi menjaga kepentingan rakyat dan memastikan lebih lima juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terjejas  dengan  gangguan bekalan air akibat kegagalan Syabas menyelenggara paip dengan baik dan berkala.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Malaysia Jatuh Ke Tangga 145 Dalam Indeks Kebebasan Media

Posted: 30 Jan 2013 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Malaysia jatuh ke tangga yang rendah dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2013 ke tangga 145 dari 179 negara, menurun 23 anak tangga.

Malaysia pernah berada di tangga 122 dan 141 dalam indeks pada 2011/2012 dan 2010 yang dihitung oleh kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan.

Menurut Wartawan Tanpa Sempadan, kejatuhan disebabkan oleh akses kepada maklumat "menjadi semakin terhad".

Laporan oleh kumpulan tersebut mengatakan kejatuhan rekod Malaysia disebabkan oleh usaha kerajaan berulang kali untuk menyekat maklumat.

Ia juga menyebabkan penurunan dalam kebebasan media negara dengan apa yang mereka gambarkan sebagai kempen menindas kerajaan, membangkitkan tentang tindakan pihak berkuasa dalam berhadapan dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) April lalu.

Tahun lalu, beberapa pengamal media menuduh polis menyerang mereka dan merampas peralatan kamera dan kad penyimpan data semasa perhimpunan 28 April.

"Disamping pertempuran habis-habisan oleh aktivis hak asasi dan media internet, kempen penindasan oleh kerajaan, yang digambarkan dengan tindakan keras terhadap protes 'Bersih 3.0'pada April, dan usaha penapisan berulang, terus melemahkan kebebasan asas, khususnya hak untuk mendapatkan maklumat," tulis Wartawan Tanpa Sempadan dalam laporannya.

Negara jiran Thailand dan Indonesia kedua-duanya mengalahkan Malaysia masing-masing di tangga 135 dan 139.

Negara Asia Tenggara lain seperti Filipina, Singapura, Laos dan Vietnam, masing-masing berada di tangga 147, 149, 168, dan 172.

Sumber: TheMalaysianInsider

Game of ‘Sabotage 24/7′ in Selangor

Posted: 30 Jan 2013 12:20 AM PST

In a slick and covert mission, some smooth operators have managed to shoot up the numbers of the Selangor electoral roll by adding as many dubious voters as possible in order to subvert the vote of genuine Selangorians.

Appended below is the information on the increase of dubious voters in these Pakatan Rakyat-held parliamentary seats. The information is obtained from PAS' Harakah daily dated Jan 25 to 27, 2013:

1. Kuala Selangor 10,083 (PAS MP Dzulkefly Ahmad)
2. Selayang 16,189 (PKR MP William Leong)
3. Gombak 15,467 (PKR MP Azmin Ali)
4. Hulu Langat 23,334 (PAS MP Che Rosli Che Mat)
5. Serdang 23,748 (DAP MP Teo Nie Ching)
6. Puchong 19,772 (DAP MP Gobind Singh Deo)
7. Kelana Jaya 13,714 (PKR MP Loh Gwo Burne)
8. Subang 27,765 (PKR MP R Sivarasa)
9. Shah Alam 15,417 (PAS MP Khalid Samad)
10.Kapar 21,606 (PKR MP S Manikavasagam)
11.Klang 11,702 (DAP MP Charles Santiago)
12.Kota Raja 22,256 (PAS MP Siti Mariah Mahmud)
13.Kuala Langat 17,172 (PKR MP Abdullah Sani)

This underhand operation to negate the vote of genuine Malaysian citizens reveals the desperation of those who want to win at all costs so much so that they are willing to sell out the nation's rights.

In the process, they do not give two hoots about altering the nation's demographics or jeopardising the lives and livelihood of ordinary citizens.

The situation will be difficult for us citizens if we do not do something about these dubious voters (most of whom are foreigners with MyKad) and if we do not take pro-active action on polling day.

Pakatan leaders have already made countless police reports and filed countless complaints with the Election Commission (EC) but to no avail. The relevant authorities are just not concerned and have turned a blind eye to these reports and complaints.
 
Other problems as well

Besides the electoral roll problem, the water problem in Selangor is also an attempt to strike at Pakatan by victimising Selangorians.

"If the water pumps are spoilt, then just get them repaired. What has it got to do with the building of the Langat 2 dam? BN is talking nonsense by linking the water pumps problem with the dam," said PAS Pokok Sena MP, Mahfuz Omar.

Even the collection of rubbish in Selangor has been sabotaged. It is the game of "Sabotage 24/7" to halt the smooth running of the Pakatan Selangor government's administration.

Therefore from the Selangor situation we can see BN's game in attacking Pakatan and the citizens as a whole.

This means that all genuine Malaysians (regardless of whether we are voting or not) must be ready to serve the nation on polling day. It only takes one day to change the course of history.

And Pakatan needs all men and women of goodwill to monitor all the roads leading to the polling centres on polling day from the break of dawn to dusk. The rakyat should also gather outside the vote-counting centres to deter any extra ballot boxes from being brought in or other types of hanky-panky.

Chaos and hooliganism can also be prevented due to the strength of the rakyat.

This is the only chance for all ordinary citizens. Otherwise, BN will win again as it is in control of the EC and the National Registration Department (NRD).

There needs to be a massive force ushering in this change in history. The role of civil society is most needed to negate the efforts and effects of the phantom voters.

Therefore, civil society must act. There has to be a stop to all this victimisation of the rakyat, plundering of the nation's coffers and robbing of the citizens' rights via the giving of instant citizenships to unskilled or low-skilled foreign labour or aliens who had landed on our shores via the porous borders.

Gerrymandering game

It is already an uphill battle as the extremely dirty electoral roll coupled with gerrymandering of parliamentary and state boundaries work in favour of the ruling government.

The omission or transferring out of genuine Malaysian voters' names without the voters' knowledge or consent is another dirty tactic done with a lame excuse.

In addition, the EC has more than doubled its workers from 100,000 to 240,000 and these are the people who will be voting earlier.

The "pondok panas" to monitor voters have seen an increase in its distance from 50 metres to 100 metres from the polling centre and in the polling centre itself, the party representative has to face the voter's back – all these are measures put in place by the BN federal government to make it difficult for Pakatan's people to identify the "foreign" voters.

The rogues are therefore doing anything and everything, manipulating to the hilt to stay in power.

Source: (FreeMalaysiaToday) Selena Tay is a DAP member and a FMT columnist.

Petugas PR Jangan Tinggalkan Pusat Undi, Penipuan Akan Berlaku

Posted: 30 Jan 2013 12:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Petugas pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak meninggalkan pusat pengundian sehingga proses pengiraan undi selesai bagi menghalang sebarang penipuan yang bakal dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Peringatan tegas ini disuarakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang percaya kerja-kerja penipuan sudah pastinya dirancang pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha menyekat kemenangan PR ke Putrajaya.

Mengimbau suasana pengiraan semula undi pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004 katanya, perkara ini perlu dijadikan pengajaran selain iktibar daripada kisah pejuang Islam dalam Perang Uhud.

"Semua perlu berhati-hati, jangan bagi penipuan berlaku lagi dalam PRU kali ini.

"Ahli parti jangan tinggalkan 'post'. Pastikan ikut peti undi bagi mengelakkan penipuan," katanya pada Majlis Makan Malam sempena Kutipan Dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran PKR Lembah Pantai.

Semasa pengiraan undi pada PRU-11, Dr Wan Azizah yang bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh mula-mula kalah dengan majoriti tipis kepada calon Umno-BN Datuk Pirdaus Ismail.

Tetapi selepas pengiraan semula dibuat, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 590 undi.

Sumber: Selangorku

Lebih Ramai Wanita Sebagai Menteri, Timbalan Menteri Apabila PR Mentadbir Negara

Posted: 30 Jan 2013 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 JAN: MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berharap agar penglibatan wanita di peringkat kementerian dapat dipertingkatkan selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.

Gesaan ini dilontarkan ekoran perhatian kecil yang diberikan kini oleh pentadbiran Umno-BN sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa memangku jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti.

Menurutnya, perlaksanaan tidak menyeluruh yang diamalkan kerajaan kini mengakibatkan beberapa perkara dibuat tanpa memikirkan mengenai wanita.

"Apabila menang di Putrajaya salah satu cadangan saya setiap kementerian perlu ada wanita sama ada jawatan menteri atau timbalan menteri.

"Ini kerana untuk memastikan agenda wanita yang kita rancangkan bersama dapat dilaksanakan," katanya.

Dr Siti Mariah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Kutipan Dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran PKR Lembah Pantai semalam.

Agenda Wanita Malaysia yang diperkenalkan Wanita Pakatan Rakyat pada April tahun lalu mengariskan beberapa inisiatif yang bakal dilaksanakan apabila PR berjaya mentadbir negara.

Antaranya adalah caruman berjumlah RM 50 sebulan atau RM 600 setahun untuk golongan suri rumah yang berpendapatan isi rumahnya kurang daripada RM 1,500 sebagai simpanan masa depan.

Selain itu, satu Suruhanjaya Anti-Keganasan Rumah Tangga bakal ditubuhkan bagi melindungi golongan wanita yang sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Sementara itu, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menegaskan, penglibatan wanita penting dalam arena politik negara dalam usaha membawa perubahan kepada Malaysia.

"Kenapa wanita perlu bersama (dalam membawa perubahan)?

"Kita mahu membina Malaysia yang lebih selamat, baik dan untuk rakyat. Bukannya kroni," ujar Nurul Izzah.

Tambah Nurul Izzah, komitmen yang dibawa oleh PR bukan sahaja ingin memacu negara ke arah lebih baik malah terus mempertahankan hak wanita.

Majlis makan malam yang berlangsung di Dewan Himpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, MP Seputeh, Teresa Kok dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Hadirin turut dihiburkan dengan penampilan khas penyayi terkenal negara Aishah.

Sumber: Selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang