. |
- 'Banglo itu memang milik saya'
- Kisah benar 21 tahun dahulu, jumpa minyak di Kelantan...baca
- Pas: Lucut Nasha bukan tindakan politik
'Banglo itu memang milik saya' Posted: 29 Jan 2013 11:00 PM PST IPOH – "Ya, memang itu banglo milik saya." Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog. Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu. Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu. Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya. "Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri. "Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu," katanya. Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan. "Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di shahalamrebels.blogspot.com. Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut. Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini? "Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?" dan "Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah. "Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?" Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu. "Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana," katanya. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Larut berkata, tindakan beberapa pihak mendedahkan gambar rumahnya itu sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. "Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut. "Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka," katanya. | ||
Kisah benar 21 tahun dahulu, jumpa minyak di Kelantan...baca Posted: 29 Jan 2013 10:00 PM PST
KISAH BENAR 21 Tahun Dulu Tentang PENEMUAN MINYAK DI KELANTAN... WAJIB BACAKISAH BENAR 21 Tahun Dulu Tentang PENEMUAN MINYAK DI KELANTAN... WAJIB BACA | 21 tahun dulu, Dato' Haji Husam pernah menulis berkenaan penemuan Minyak & Gas di Kelantan... Masa tu ramai yang menyindir... "X masuk akal" kata penyindir... 13 tahun kemudian laporan dari PETRONAS sendiri membuktikan bahawa memang ada bukan saja penemuan, malah sudah bermula pengeluaranMinyak & Gas di Kelantan... Hari ini, Dato' Haji Husam membuat kenyataan kemungkinan daratan Negeri Kelantan terdapat simpanan Minyak & Gas... Sama macam 21 tahun dulu, ramai yang menyindir... Kuasa Allah x siapa tahu. # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. | ||
Pas: Lucut Nasha bukan tindakan politik Posted: 29 Jan 2013 07:20 PM PST SHAH ALAM - Pas menafikan tindakan dikenakan terhadap bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa - dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura - bermotifkan politik dan ada kaitan dengan lawatan ke Gaza bersama rombongan kerajaan. Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan melucutkan Nasharudin sebagai ahli Majlis Syura tidak melibatkan politik seperti yang digembar-gemburkan media. Menurutnya, Pas telah membuat keputusan melalui mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari lalu untuk menggugurkan Nasharudin berikutan komitmennya yang tidak baik. Beliau berkata, jadi perkara tersebut tidak mempunyai sebarang unsur politik, walaupun ada yang cuba mengaitkan tindakan Nasharudin bersama rombongan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza minggu lalu. "Tak ada kena-mengena dengan politik. "Kita mengambil keputusan itu pada 13 Januari lalu, namun saya tak pasti bila surat rasmi dihantar kepada Nasharudin. "...seperti kita katakan sebelum ini, kita ambil tindakan sedemikian disebabkan komitmennya yang kurang memuaskan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Semalam, Najib mendakwa tindakan melucut Nasharudin lebih bermotifkan politik. Ini berikutan tindakan itu diambil selepas Nasharudin pulang dari rombongan Najib dari Gaza. Bagaimanapun, Najib berkata, Pas sepatutnya menghargai lawatan Nasharudin ke sana demi kepentingan umat Islam. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, Nasharudin sering mengadakan lawatan bersama kerajaan sebelum ini. Namun, beliau berkata Majlis Syura tidak pernah mengambil tindakan terhadap Nasharudin yang mengikuti lawatan tersebut. "Tak ada kena-mengena dengan lawatan, dulu pun Nasharudin pergi juga. "Namun kita tak pernah pula ambil tindakan, kalau sebab ini yang dikatakan kita ambil tindakan sebegitu padanya," katanya lagi. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustaffa Ali turut mengakui punca pengguguran Nasharudin bukan disebabkan faktor politik. Beliau berkata, tindakan Majlis Syura itu dibuat berdasarkan prestasi Nasharudin yang kurang memuaskan. "Saya memang bukan ahli Majlis Syura, tapi saya diberitahu Nasharudin digugurkan pada 13 Januari lalu sebelum beliau pergi ke Gaza. "Jadi bukan faktor politik lah, Majlis Syura ambil tindakan sebegitu, tapi prestasi beliau," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan