Khamis, 6 Disember 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Begitu mudah untuk kita bantu penduduk Gaza

Posted: 05 Dec 2012 04:31 PM PST



Kini begitu mudah untuk kita bantu penduduk di Gaza, ianya boleh dilakukan di rumah, tempat kerja atau sambil membeli belah. Kita boleh melakukannya secara atas talian di rumah atau tempat kerja. Jika kita pergi membeli belah kita boleh lakukannya melalui ATM atau CDM. Cuma masukkan berapa yang ingin kita bantu, RM10, RM20 dan seterusnya ke akaun MUSLIM CARE MALAYSIA di :
Maybank , No Akaun 564490211159 atau ke Akaun RHB 26212000004747.

MUSLIM CARE MALAYSIA BINA MASJID DI PALESTIN

GAZA 5 Dis 2012 : Masjid menelan belanja lebih RM300,000 itu sudah melalui proses pecah tanah dan rancak dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Pertubuhan Penyayang Islam (Muslim Care) Malaysia sejak 14 November lalu. Presiden Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, Dr Anwar Abdul Aziz berkata, masjid dinamakan sebagai Masjid Muhammad Al Amin dianggap simbol kasih sayang rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza.

MUSLIM CARE KUMPUL DANA BAIKI MASJID RUNTUH DI GAZA

Kuala Lumpur 24 Nov 2012 - Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) tampil antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang kini giat mengumpul dana bagi membina semula beberapa masjid yang runtuh di Semenanjung Gaza akibat serangan roket tentera Zionis.

Timbalan Presidennya, Zulkefli Mohd Nani berkata, dua ahli Muslim Care iaitu Bendahari Agungnya, Zulkifli Wahijan dan Exco Muslim Care, Riduan Mohamad Nor bertolak ke United Kingdom dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, untuk bertemu pelajar Malaysia di sana.

Zulkefli berkata, orang ramai masih boleh menyumbangkan wang ke akaun Muslim Care di atas nama Viva Palestin menerusi nombor akuan Maybank, 564490211159 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 26212000004747.

Musa Hassan: Kalau tidak diperbetulkan, negara akan rosak

Posted: 05 Dec 2012 03:18 PM PST


KUALA LUMPUR, 5 Dis 2012 — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak .

"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang.

"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.

"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Manurut Musa (gambar), sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu.

"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."

"Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," katanya.

Tambah Musa, tidak menjadi kesalahan bagi Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa KPN.

"Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja.

"Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau dipetik dari Sinar Harian Online.

Dalam laporan pagi ini, Musa mempertahankan dirinya tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya, Datuk Ramli Yusuff seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.

Musa memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.

"Saya tidak ada lakukan kesalahan," kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, "Kalau ada salah, biar SPRM siasat."

Tiada ulasan:

Nuffnang