:: cina islam | 2011 :: |
- CPI: SPRM masih harimau tanpa taring
- Tuan tanah diugut, himpunan di Melaka bertukar tempat
- Kes Gombak berdarah: Cerita orang dalam
- Wanita tertinggi dunia maut
- Suami isteri tinggal dalam pembetung
- Kenderaan angkasa kedua Marikh
- Maut hantar berkhatan
- Anggota polis gemuk Indonesia diarah bersenam
- Permata unik dipamerkan
- Polis rampas komputer riba pendakwah bebas
- Israel, AS dan sekutu terancam dengan Morsi
- Kajiselidik: Separuh firma M'sia hilang kontrak kerana rasuah
- Konspirasi senaraikan KPF dalam FGV - Anak
- Wanita hamil cetus misteri
- Nik Aziz: 'Apa untung serang ceramah Pakatan'
- Hancurkan kuasa Umno BN jalan terbaik hapus rasuah
- Tulang hancur
- Asmaa Mahfouz Gadis Ayu di Sebalik Kejatuhan Hosni Mubarak
- AES: S'gor akan 'bungkus' 2 kamera di Sepang
- Seni Merawat Pernikahan
- Indeks Rasuah 2012: Turki naik tujuh anak tangga
- Pas dakwa Umno, BN terdesak
- Reputasi Polis Tercalar Jika Lambat Ambil Tindakan Serangan Ceramah Gombak
- 7 warga asing ditahan berniaga tanpa lesen
- Bekas jurusolek Amy Mastura mati dibunuh
CPI: SPRM masih harimau tanpa taring Posted: 06 Dec 2012 12:15 AM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - Kedudukan CPI Malaysia meningkat daripada tempat ke-60 daripada 183 negara pada 2011 kepada 54 daripada 176 negara pada 2012 tetapi tiga teras utama NKRA Membanteras Rasuah masih mempunyai banyak kelemahan. (Lim Kit Siang - Khairi's Art) Di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2012 yang baru diterbitkan, kedudukan CPI Malaysia telah meningkat daripada tempat ke-60 daripada 183 negara pada 2011 kepada tempat ke-54 daripada 176 negara pada 2012. Sementara Malaysia mungkin boleh berasa sedikit selesa dengan penurunan pada kedudukan Malaysia di dalam kedudukan CPI, haruslah diketahui bahawa kedudukan ke-54 masih teruk berbanding kedudukan Malaysia di tempat ke-43 daripada 179 negara pada tahun 2007 dan jauh lebih teruk daripada kedudukan ke-33 daripada 102 negara pada 2002 (Lihat jadual 1 di bawah). Jadual 1: Kedudukan CPI Malaysia, mata dan jumlah negara di dalam sampel, 2001 hingga 2012
Malah, tidak seharusnya kita berasa sangat selesa dengan hakikat bahawa peningkatan Malaysia adalah kerana kita berjaya mengatasi kerajaan yang 'terkenal' dan 'bersih' seperti Jordan, Namibia, Oman, Kuwait dan Arab Saudi. Sesungguhnya, banyak negara dengan GDP per kapita yang lebih rendah berbanding Malaysia mampu memperoleh kedudukan CPI yang lebih baik daripada kita termasuklah Rwanda (50), ), Bhutan (33) and Botswana (30), tidak lupa juga negara-negara ekonomi perindustrian baru (NIE) di Asia seperti Korea Selatan (45), Taiwan (37), Hong Kong (14) dan Singapura(5). Lebih membimbangkan, tiga teras utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) – iaitu, memperkasa agensi pencegahan rasuah dan perundangan, membanteras rasuah besar dan mengurangkan salah tadbir dalam proses perolehan Kerajaan. Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih seperti harimau yang hilang taring kerana bergantung kepada Peguam Negara untuk membuat dakwaan terhadap kes-kesnya. Ini menjelaskan mengapa meskipun terdapat banyak laporan polis, dakwaan dan siasatan dibuat ke atas Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, yang paling ketara yang dibuat oleh Bruno Manser Fund (BMF), Peguam Negara telah menolak untuk membuat sebarang dakwaan terhadap kedua-dua pemimpin BN itu. Dan selagi mana SPRM tidak bebas atau dilihat bebas, maka perundangan seperti Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pun tidak akan memberi sebarang kesan jangka panjang pada penurunan rasuah. Lagipun, mereka merupakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang terlibat menyiasat kes yang dikatakan penyalahuntukan dana oleh seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang membawa kepada kematian setiausaha politik kepada Ean Yong Han Wah, Teoh Beng Hock sementara petualang sebenar masih bebas menguasai hasil negara. Mereka merupakan SPRM yang sama menyiasat pegawai kastam, Ahmad Sarbani, yang juga menemui ajal akibat jatuh daripada bangunan ketika sedang ditahan. Dari perspektif tanggapan, terdapat keraguan bahawa SPRM belum lagi diperkasakan dengan diberikan ruang untuk melakukan tugasnya, tanpa rasa takut dan pilih kasih. Juga tiada tanda yang rasuah besar telah diatasi dengan berkesan oleh NKRA Membanteras Rasuah. Hampir semua kes yang muncul pada pengkalan data umum bagi tujuan pendedahan adalah kes kecil dan melibatkan Cuma 'ikan kecil'. Adalah tidak mengejutkan apabila 'jerung-jerung' tersebut terlepas daripada perhatian terutamanya apabila ada kenyataan seperti yang dibuat oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri , Nazri Aziz, mengetepikan cubaan menggubah wang berjumlah RM40 juta oleh Michael Chia dengan mengatakan ia hanyalah 'sumbangan politik' kepada UMNO Sabah dan mengabaikan bukti bahawa Michael Chia yang sama dengan baik hatinya telah 'meminjamkan' sebuah hummer bernilai hampir setengah juta kepada anak beliau. Malah pendakwaan terhadap jerung-jerung di dalam skandal RM12.6 bilion PKFZ – iaitu bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik dan Chan Kong Koy – belum diselesaikan dengan sebaiknya membuatkan kita tertanya apakah kes ini akan mengikut jejak langkah kes seorang Menteri UMNO yang berasal dari Sabah, Kasitah Gaddam dan bekas pengerusi Perwaja, Eric Chia, yang mana kedua-duanya didakwa atas tuduhan rasuah dengan riuh sebelum pilihan raya umum 2004 namun kedua-duanya dibebaskan. Yang terakhir sekali, terdapatnya rasa tidak puas hati terhadap usaha mengurangkan salah tadbir dalam proses perolehan Kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang ditangguhkan sehingga dua minggu dalam perbahasan belanjawan menyusahkan Ahli Parlimen untuk membangkitkan isu-isu penting berkaitan penyeliaan dan kawalan pada proses perolehan Kerajaan yang lemah. Lagipun, tiada tindakan diambil oleh SPRM atau Peguam Negara dalam bentuk membuat pendakwaan ke atas mereka yang bertanggungjawab tidak menguruskan perolehan kerajaan dengan baik (termasuk binokular RM56,350 untuk Jabatan Taman Laut Malaysia tetapi nilai sebenar cuma RM1,940). Tambahan, kerajaan terus beroperasi dengan penuh kerahsiaan dalam urusan tanah yang mungkin dapat mengumpul keuntungan berbilion ringgit buat kerajaan tetapi sebaliknya dijual di bawah harga pasaran kepada agensi kerajaan iaitu 1MDB. Terbaru, pengedar permaidani, Deepak Jaikishan membuat satu dakwaan tergempar terhadap bukan sahaja ketua Wanita UMNO Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah, tetapi juga Perdana Menteri Najib sendiri berkenaan tanah bernilai RM100 juta untuk kontrak membina PUSAT Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), satu dakwaan yang masih belum dijawab Perdana Menteri. Dengan pelbagai kesilapan besar dan kelemahan di dalam usaha dan inisiatif membanteras rasuah, Malaysia tidak boleh berasa selesa walau sedikit dengan kemajuan di dalam kedudukan CPI negara. Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan terus mendedahkan korupsi dan salahguna kuasa di bawah kerajaan BN sekarang yang tidak menampakkan sebarang tanda tabiat lama mereka akan berubah. Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat bahawa negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat terutamanya Pulau Pinang dan Selangor telah menunjukkan bagaimana pengurusan sumber kerajaan yang telus dan bertanggungjawab boleh meningkatkan lebihan dan rizab tetapi pada masa yang sama dapat dirasa manfaatnya oleh rakyat. Apa yang sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia tenang adalah hakikat peluang untuk mengundi keluar kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang bakal tiba tidak lama lagi. Hanya di bawah kerajaan Pakatan akar kepada masalah rasuah di dalam negara yang diperintah oleh rejim BN yang korup dan muflis ini dapat dibasmi dan tanggapan terhadap Malaysia yang semakin berkurangan korupsinya dapat menjadi realiti. Lim Kit Siang | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuan tanah diugut, himpunan di Melaka bertukar tempat Posted: 06 Dec 2012 12:08 AM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - MELAKA: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka 8 Dis ini terpaksa dipindahkan ke lokasi baru ekoran tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan persetujuan memberi tapak itu untuk program tersebut. Setiausaha program, Asri Sheikh Abdul Aziz berkata, pembatalan itu dibuat tuan tanah selepas diugut pihak tertentu agar tidak membenarkan kawasan itu digunakan. "Sebelum ini beliau telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengahari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau. "Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 hari sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan semula di lokasi baru" ujar Asri yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka. Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka di Pejabat PKR Negeri Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara di sini tengahari tadi. Ekoran pembatalan tempat itu, himpunan tersebut akan dipindakan ke tempat baru iaitu di belakang Pejabat DAP Negeri Melaka, Lorong Pandan. Beliau tidak menolak kemungkinan ugutan kepada tuan tanah sebelum adalah dari pihak yang takut akan kebangkitan rakyat di negeri itu. "Mereka sebelum ini telah mengadakan pelbagai provokasi semasa program PR termasuk ceramah pimpinan tertinggi PR dan ini adalah kemuncak kepada tindakan tidak bertamadun mereka. "Mereka bukan sahaja hendak mengacau program kita dengan mengadakan karnival ad hoc mereka malah mengugut tuan tanah dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan tuan tanah menarik balik persetujuan asal" tambah Asri. harakah/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kes Gombak berdarah: Cerita orang dalam Posted: 06 Dec 2012 12:05 AM PST Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun.. Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar. Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun.. Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung.. Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung.. Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid? Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno.. Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya. Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah). Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding. Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini.. Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela. Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa" Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk. Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak. Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana? Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong? Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu.. harakah/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 06 Dec 2012 12:02 AM PST BEIJING: Seorang wanita China yang disahkan sebagai tertinggi di dunia meninggal dunia, kata seorang pegawai dari bandar kelahirannya semalam. Yao Defen dari wilayah Anhui di timur China disenaraikan sebagai wanita tertinggi di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 2010 dengan ketinggian 2.33 meter (7 kaki 8 inci), menurut laman web badan rekod dunia itu. "Yao Defen meninggal dunia pada pertengahan bulan lalu," kata jurucakap pentadbiran majlis perbandaran Shucha, tempat Yao tinggal kepada media. Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak pasti mengenai punca kematian wanita terbabit. Yao direkodkan sebagai wanita yang ketiga tertinggi di dunia yang masih hidup sebelum ini, berusia 40 tahun ketika dia meninggal. Ketinggiannya dilaporkan berpunca daripada tumor dalam kelenjar pituitarinya. Akhbar Anhui melaporkan bahawa dia meninggal pada 13 November lalu dengan ketinggian mencecah 2.36 meter sambil menambah ketinggiannya sudah pun melebihi dua meter ketika dia berusia 15 tahun. - AFP | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suami isteri tinggal dalam pembetung Posted: 05 Dec 2012 11:55 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] -
MEDELLIN, Colombia - Seorang lelaki, Miguel Restrepo tinggal di dalam sebuah saluran pembetung bersama isterinya, Maria Garcia di sini lebih 30 tahun lalu. Restrepo, 62, turut tinggal di dalam pembetung tersebut dengan seekor anjing. Pembetung setinggi 1.4 meter itu mengandungi sebuah dapur, televisyen, katil dan kipas. Restrepo yang tidak mempunyai rumah memasuki dan keluar dari pembetung itu melalui sebuah lubang. - Agensi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kenderaan angkasa kedua Marikh Posted: 05 Dec 2012 11:47 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) kini dalam perancangan menghantar sebuah kenderaan angkasa baru ke Marikh. Pengumuman dibuat sejurus Nasa menerima keputusan pertama mengenai ujian terhadap tanah planet merah itu melalui Curiosity. Pengurusan Nasa, Charles Bolden dalam kenyataan memberitahu, Curiosity telah menjumpai beberapa kesan sebatian seperti air dan oksigen pada tanah berkenaan. Menurut beliau, kenderaan angkasa baru itu akan direka berdasarkan Curiosity bagi mengurangkan kos serta risiko masalah kejuruteraan. "Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, mahu AS menjadi peneraju utama program penjelajahan ini dan kita akan menghantar manusia pada 2030 ke Marikh," kata Bolden. - AP | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 05 Dec 2012 11:46 PM PST REMUK TERUK...keadaan kereta yang terbabit nahas, semalam. PILU...Nuraima Zulkifli, 26, ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang menangis di sisi jenazah ibunya, Zainun. DUNGUN: Hasrat seorang wanita membawa anak saudaranya berkhatan tidak kesampaian apabila dia maut selepas Proton Wira dipandu suaminya bertembung kereta Honda Civic di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, depan Loji Air Petronas Kampung Serdang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Zainun Awang, 50, dari Kampung Jerangau Sungai, di sini, terbunuh akibat cedera parah di kepala. Turut maut, penumpang Honda Civic berkenaan, Suzlina Ahmad, 40, dari Kampung Balai Besar, di sini. Kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda Civic dipandu anak Suzlina, Mohd Ridwan Badiozaman, 21, hilang kawalan sebelum berpusing dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung Proton Wira berkenaan. Anak Zainun, Nuraiman Zulkifli, 26, berkata, ketika kejadian ibunya bersama bapa, Zulkifli Mamat, 53, serta ibu saudara, Gayah Awang, 45, dalam perjalanan menghantar sepupunya, Tarmizi Ismail, 11, untuk berkhatan di Kuala Dungun, di sini. metro/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anggota polis gemuk Indonesia diarah bersenam Posted: 05 Dec 2012 11:44 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - TANGERANG, Indonesia - Anggota-anggota polis yang gemuk di Indonesia telah diarahkan untuk bersenam sebanyak dua kali seminggu bagi menurunkan berat badan mereka. Mereka juga perlu mengikuti latihan senaman aerobik dan tekan tubi bagi mengurangkan beberapa kilogram berat badan masing-masing. Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto semalam berkata, anggota polis yang mempunyai berat 100 kilogram (kg) ke atas diwajibkan mengikuti program menurunkan berat badan. Beliau berkata, jumlah anggota polis yang gemuk semakin bertambah. Katanya, tekanan, gaya hidup yang tidak aktif dan makanan segera telah membuatkan anggota polis di pusat bandar mengalami peningkatan berat badan. Pendaftaran program penurunan berat itu yang bermula pada minggu lalu itu telah menerima kira-kira 300 peserta yang mempunyai berat badan berlebihan. - Agensi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 05 Dec 2012 11:43 PM PST WASHINGTON - Permata akuamarin potongan tunggal terbesar di dunia akan dipamerkan bermula di Muzium Sejarah Semula Jadi di sini mulai hari ini. Dilombong di Brazil pada tahun 1980-an dan dinamakan sempena dua maharaja pertama negara itu, batu Akuamarin Dom Pedro bakal menjadi kebanggaan muzium tersebut yang merupakan sebahagian daripada Institut Smithsonian di Amerika Syarikat. "Kualiti kristal asal, saiz dan warna biru hijau serta potongan tersendiri menjadikan ia permata yang jarang sekali ditemui," kata pihak muzium itu menerusi satu kenyataan. Berbentuk seperti tiang dan direka bentuk oleh pereka barang kemas terkenal Jerman, Bernd Munsteiner, panjang permata itu ialah 35.5 sentimeter manakala beratnya mencecah dua kilogram (10,363 karat). "Akuamarin Dom Pedro merupakan kombinasi kristal yang amat jernih dan kaya dengan warna serta digarap dengan kemahiran unik seorang tukang permata yang terkemuka," kata kurator koleksi permata muzium berkenaan, Jeffrey Post. Koleksi permata dan mineral Institut Smithsonian itu merupakan antara yang terbesar di dunia. - AFP sinar/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Polis rampas komputer riba pendakwah bebas Posted: 05 Dec 2012 11:37 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pihak polis bertindak merampas komputer riba milik seorang pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussien kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, ekoran kritikannya terhadap seorang sultan beberapa minggu lalu. Beliau yang dihubungi Harakahdaily, berkata dua orang polis masing-masing berpakaian uniform dan biasa menyerbu rumahnya. "Ketika itu saya sedang baca buku, mereka datang dan merampas komputer riba katanya untuk menjalankan siasatan berhubung kritikan saya lepas," katanya. Oktober lalu, beliau telah dipanggil ke balai Shah Alam, Seksyen 9 untuk memberikan keterengan ekoran dakwaan menghina sultan dalam satu 'posting' di Facebooknya. Beliau disiasat, atas dakwaan berkaitan dengan isu kebebasan bersuara. Sebelum ini, polis juga telah merampas telefon bimbitnya. harakah/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Israel, AS dan sekutu terancam dengan Morsi Posted: 05 Dec 2012 11:36 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - Pada kesempatan berkunjung ke Mesir kali ini, elok juga dinukilkan perkembangan terkini yang berlaku, selepas calon Parti al-Hurriyah wal Adalah, Mohammed Morsi memenangi Pilihan Raya Presiden, Jun lepas. Sebelum berlepas ke Kaherah, kita mendapat khabar menerusi media bahawa keadaan di Mesir sekarang ini berada di dalam kacau bilau, akibat tentangan puak pembangkang terhadap kerajaan. Malah, dengan melaporkan setiap hari ada demonstrasi beserta laporan mengenai kematian, media seolah-olah mahu menggambarkan kepada kita, kerajaan Presiden Morsi yang ditunjangi gerakan Ikhwanul Muslimin tidak stabil dan bermasalah. Malah ada kalangan rakan-rakan dan sanak saudara yang bimbang berlaku huru-hara sewaktu kunjungan dilakukan. Sebaik penulis menjejakkan kaki di Kaherah, Khamis lepas, Mesir yang baru mengalami cuaca sejuk, berada dalam keadaan aman dan tenteram. Semua berjalan dengan lancar dan baik. Tiada kekacauan, tiada kekecohan. Yang ada cuma pekikan dan hiruk pikuk hon di jalan raya, kerana perangai Arab yang suka menekan hon kenderaan. Mesir bukan tiada masalah. Masalah memang wujud, penentangan terhadap kerajaan Morsi memang berlaku. Tetapi ianya tidaklah seriuh yang digembar-gemburkan. Demonstrasi sentiasa ada. Ada demonstrasi pembangkang. Ada demonstrasi penyokong kerajaan. Televisyen Mesir menyiarkan siaran secara langsung demonstrasi yang diadakan dan kita boleh membuat perbandingan yang jelas, demonstrasi mana yang mendapat sambutan, mana yang tidak. 10 juta rakyat demo sokong Morsi Sabtu lepas, dianggarkan 10 juta rakyat Mesir berhimpun di seluruh Mesir semalam, untuk menyokong pindaan Perlembagaan baru yang diusahakan Presiden Morsi bagi menggantikan Perlembagaan di zaman Hosni Mubarak. Pindaan Perlembagaan diusahakan kerajaan baru Mesir di bawah kepimpinan Ikhwanul Muslimin, melalui Parti Kebebasan dan Keadilan yang menang dalam Pilihan Raya Umum, Jun lepas. Selepas dilantik menjadi Presiden Mesir, Morsi membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi merangka Perlembagaan rakyat untuk menggantikan Perlembagaan lama yang dianggap zalim dan diktator. Draf cadangan Perlembagaan baru tersebut sudah dikemukakan ke pejabat Presiden dan Morsi sudah membuat pengumuman untuk menyerahkan Perlembagaan tersebut kepada rakyat menerusi referendum 15 Disember depan. Bagaimanapun usaha Morsi mendapat tentangan hebat golongan fulul, iaitu saki baki kroni Hosni Mubarak dalam kerajaan diktator yang digulingkan menerusi kebangkitan rakyat 25 Januari 2011. Kumpulan ini menguasai kuasa kehakiman iaitu Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud yang sudah ditukar jawatan sebulan lepas, untuk dihantar sebagai Duta ke Vatican. Namun Abdul Majid menukar persetujuan beliau akibat tekanan pihak pembangkang yang berkepentingan untuk mensabotaj kerajaan baru. Morsi kini berhadapan sekumpulan hakim-hakim tegar yang berusaha menghalang referendum rakyat. Namun, perhimpunan terbesar dalam sejarah Mesir ini tunjangi sekitar 5 juta rakyat yang berhimpun di hadapan Universiti Kaherah, dan selebih di seluruh lokasi strategik seluruh negara, merencatkan rancangan pembangkang. Mahkamah cuba bersidang Ahad lepas untuk menghalang draf Perlembagaan baru, namun berpaksa membatalkan sidang mereka kerana puluhan ribu penyokong-penyokong Morsi berhimpun di mahkamah. Sejurus selepas penangguhan sidang Mahkamah, parti-parti pembangkang yang diketuai Parti Wafd, mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat di Mesir. Parti pembangkang ini menubuhkan sebuah kumpulan yang dinamakan 'Jabhah lil inqaz al-watani' atauGabungan Penyelamat Negara, yang dipimpin beberapa tokoh pembangkangSeperti Dr Mohamad al-Baradei, bekas calon Presiden Hamdin Sabbahi dan seorang lagi bekas calon PresidenAmr Mousa. Perhimpunan terbesar rakyat Mesir menyokong Morsi bagaimanapun cuba disembunyikan media pro Barat yang hanya menunjukkan ketegaran segelintir penyokong pembangkang di Dataran Tahrir. Setakat ini Mesir berada dalam keadaan yang amat aman, Morsi berjaya mengawal keselamatan dengan baik dan himpunan pembangkang yang ditaja Barat gagal mendapat sambutan. Mengapa Barat dan sekutu cuba tumbangkan Morsi? Umum mengetahui bahawa regim lama Mesir yang dikuasai Hosni Mubarak, merupakan sekutu rapat kepada Amerika dan Israel. Apabila Mubarak ditumbangkan menerusi tsaurah (kebangkitan) rakyat, Mesir termasuk kelompok Arab Spring yang merubah struktur pemerintahan kerajaan, sejak reform dimulakan di Tunisia, Libya dan Maghribi. Mesir merupakan lokasi strategik negara Arab untuk berhadapan dengan Israel. Selama ini, tempoh pemerintah zalim Mesir yang lunak dengan Israel sejak tahun 1960-an, sudah berakhir. Paling ditakuti Amerika, Israel dan sekutu mereka ialah, Mesir kini dikuasai Ikhwanul Muslim, sebuah gerakan Islam yang mempunyai pengaruh yang luas di seluruh jazirah (semenanjung) Arab. Justeru, penganalisis politik Asia Barat berpendapat, ada tiga negara yang hendak menggagalkan pemerintahan Morsi dan tidak mahu melihat kestabilan Mesir di bawah pengaruh Ikhwan. Di Mesir, heboh dengan laporan yang diperolehi perisikan kerajaan bahawa, pembangkang di negara itu mendapat sumbangan kewangan daripada Emirah Arab Bersatu (U.A.E), Arab Saudi dan Kuwait. Penganalisis berpendapat, mereka melakukan demikian, pertama, kerana pengaruh Amerika yang kuat, serta hubungan rapat dengan blok Barat yang jelas mahu melindungi kepentingan Israel. Malah kedangkalan pemimpin-pemimpin negara terbabit diperjelaskan dengan pembelian kelengkapan senjata serta jet-jet pejuang buatan Amerika yang menelan belanja puluhan bilion dollar. Pembelian secara 'paksa' ini dibuat tatkala Amerika menghadapi krisis ekonomi yang meruncing, sedangkan hasilnya kebanyakan jet-jet pejuang terbabit tersadai di padang pasir kerana tidak berfungsi. Faktor kedua, adalah kerana mereka irihati dgn kejayaan Mesir di bawah Morsi setakat ini, sedang memulihkan ekonomi Mesir, serta pengimbang tekanan jahat Israel terhadap Gaza, Palestin. Ketiga, mereka bimbang Arab Spring akan merebak ke negara mereka dan menjatuhkan mereka dari tampuk kuasa, yang selama ini mereka tadbir secara diktator dan menindas rakyat. Apa yang Morsi lakukan untuk Gaza Ketakutan Israel cukup jelas dizahirkan mereka, selepas sahabat paling setia mereka Hosni Mubarak, tumbang di Mesir. Kunjungan pertama kali ketua negara Arab, iaitu Emir Qatar ke Semenanjung Gaza dilihat sebagai ancaman terbuka terhadap kejahatan zionis terhadap umat Islam. Sewaktu kunjungan ke Gaza sebelum serangan Israel, Emir Qatar, Sheikh Hamad Ibnu Jasim dengan jelas mengatakan, beliau dia tidak mungkin berada di Gaza jika tidak kerana tiga perkara. Tanpa menjelaskan secara terperinci, Sheikh Hamad mengatakan, beliau memijak bumi Gaza disebabkan oleh Mesir, Revolusi rakyat Mesir dan kerana Presiden Mesir. Oleh sebab tidak tahan dengan elemen-elemen sokongan terhadap Gaza, Israel mula melakukan serangan selama lapan hari dengan mengebom Gaza sesuka hati. Ada penganalisis berpendapat, selain menyasarkan pimpinan utama Hamas, serangan Israel yang disokong Amerika dan sekutunya di negara Arab, adalah bertujuan untuk memberikan tekanan kepada Presiden Morsi. Langkah mereka ternyata silap. Pada hari pertama serangan dilakukan Israel, Morsi mengarahkan Duta Mesir di Tel Aviv supaya pulang ke Kaherah dan menutup kedutaan. Langkah kedua Morsi di dalam menanggani isu Gaza, ialah pada hari kedua serangan, beliau mengarahkan Perdana Menteri Mesir melawat Gaza, memberikan sokongan dan mengenalpasti apa bentuk bantuan yang harus disalurkan segera. Ketiga, Morsi mengarahkan pintu Rafah yang merupakan sempadan kedua-dua negara dibuka 24 jam untuk membolehkan bantuan dibawa masuk segera dan mangsa yang tercedera dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan. Morsi juga mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan dan pemimpin Hamas, Khalid Meshaal di Kaherah bagi menangani krisis tersebut. Setakat ini, Morsi bersama rakan-rakan Ikhwanul Muslimin yang diketuai Mursyidul Am, Dr Mohammed Badie berjaya mengawal situasi dalam dan tekanan luaran Mesir dengan baik. Namun tekanan dan pelbagai lagi ancaman dijangka dilakukan terus menerus oleh para penentang, yang tidak mahu Mesir melaksanakan keadilan dan demokrasi sebenar menurut Islam, yang bakal mengancam masa depan kuasa kuffar. Kita berdoa agar Allah terus memberikan kekuatan kepada Ikhwanul Muslimin untuk menerajui Mesir sebaik-baiknya. harakah/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kajiselidik: Separuh firma M'sia hilang kontrak kerana rasuah Posted: 05 Dec 2012 11:16 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia yang ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau perniagaan kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian menurut satu kajiselidik antarabangsa. Presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low menyifatkannya sebagai satu respon yang luar biasa tinggi, dan langkah lebih berani perlu diambil untuk menghapuska proses yang menggalakkan penyelewengan. Low memetik data dari Kajiselidik Pembayar Rasuah yang meninjau syarikat di 30 negara dengan tahap pelaburan dan perdagangan antarabangsa yang tinggi, termasuk 101 syarikat di Malaysia. Antara soalannya ialah: "Sepanjang 12 bulan lepas, adakah anda fikir syarikat anda telah gagal memenangi kontrak atau mendapat perniagaan baru kerana pesaing telah membayar rasuah?" Kajiselidik itu adalah salah satu daripada lapan tinjauan yang diambil kira apabila mengira Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2012, yang diumumkan semalam, di mana negara ini disenaraikan pada kedudukan 54 daripada 176 - bertambah baik enam anak tangga daripada tahun lepas. "Ini adalah satu soalan 'sebenar' - ia bukannya mengenai persepsi (rasuah) - (jawapannya) sama ada 'ya' atau 'tidak'. "Saya tunjukkan kepada anda (data ini) kerana ini mencerminkan realiti, bukannya apa yang orang panggil 'persepsi'," kata Low dalam sidang akhbar ketika mengumumkan indeks tersebut. Low berkata beliau membangkitkan perkara itu bagi menunjukkan bahawa rasuah mempunyai kos ekonomi. Daripada syarikat-syarikat yang dikajiselidik, 39 di Malaysia menjawab secara afirmatif dan 39 menjawab negatif. Baki 23 lagi berkata mereka tidak tahu, atau tidak menjawab soalan. Malaysia mempunyai nisbah tertinggi syarikat - 50 peratus - yang menjawab 'ya' kepada soalan tersebut. Ini berbanding dengan 47 peratus di Indonesia, 36 peratus di India, 30 peratus di Amerika Syarikat, 27 peratus di China, 24 peratus di Nigeria, 17 peratus di United Kingdom, 10 peratus di Hong Kong, 9 peratus di Singapura - dan yang paling rendah - 2 peratus di Jepun. Kajiselidik yang sama juga mendapati 75 peratus daripada syarikat Malaysia percaya bahawa usaha anti-rasuah kerajaan dalam sektor swasta adalah tidak berkesan, meletakkannya di kedudukan keempat. malaysiakini/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Konspirasi senaraikan KPF dalam FGV - Anak Posted: 05 Dec 2012 11:13 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) didakwa sedang berada dalam bahaya jika benar wujud konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menyenaraikan KPF ke dalam Felda Global Ventures Berhad (FGVH). Presiden Persatuan Anak peneroka Felda Kebangasaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, konspirasi ini melibatkan seorang menteri dan mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, menteri berkenaan telah mengarahkan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Md Yusof Samsudin mengeluarkan surat menyatakan Mesyuarat Agung perwakilan (AGM) KPF pada 20 jun lalu tidak sah. Pembatalan AGM ini katanya dipercayai sebagai jalan membolehkan AGM diadakan semula bagi melantik Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai Penegrusi KPF dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad sebagai setiausaha. Pada 20 Jun lalu, ahli KPF yang memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad mengadakan mesyuarat agung untuk mengambil alih semula pengurusan itu. Beberapa perwakilan kemudian meminta mesyuarat itu dibatalkan atas sebab laporan audit kewangan KPF lambat dihantar kepada mereka. "Untuk bawa masuk KPF adalah sukar dengan peraturan sedia ada melainkan satu konspirasi dibuat antaranya adalah membatalkan mesyuarat agung KPF dan memastikan dua orang, Tan Sri Isa Samad dan Faizoull Ahmad berada dalam KPF. "Jadi AGM akan diadakan semula pada 27 Disember ini dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh SKM. Lobi dan sogokan melalui Pengurus Felda kepada perwakilan telah mula dilakukan agar menurunkan tandatangan untuk suatu memorandum yang dihantar kepada SKM agar Isa Samad menerajui KPF," Katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam, Mazlan menjelaskan, apabila KPF disenaraikan ke dalam FGVH, ekuiti KPF dalam Felda Holdings dikurangkan sebanyak 22 peratus dan diambil alih oleh Felda. Hal ini menyebabkan KPF yang menguasai 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings, hanya tinggal 29% sahaja dan Felda akan memindahkan syer 22 peratus kepada FGVH, menjadikan FGVH sebagai pemegang saham majoriti. "Sebagai balasan, KPF ditawarkan pegangan saham 10 peratus, itupun melalui pegangan Felda Asset Holding yang juga diterajui Isa Samad. "KPF akan hilang kuasa atas Felda Holding. Perkembangan pelaburan dan perancangan KPF akan terencat. Semua ditentukan oleh Isa Samad dari A sampai Z. 1.6 juta warga Felda hanya jadi penonton apa pun yang dibuat oleh Isa Samad dan konco-konconya. "Kesan terbesar, operasi KPF akan menguncup. Dividen tinggi antara 12 hingga 15 peratus tidak akan dirasai lagi. Teramat buruk, kemasukan KPF dalam FGVH jika gagal menaikkan saham FGVH membawa isyarat KPF akan lingkup bersama FGVH," tegas Mazlan. harakah/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 05 Dec 2012 11:06 PM PST ALOR GAJAH - Seorang wanita sarat mengandung enam bulan ditemui dalam keadaan tidak bermaya tersandar di tembok tangga berdekatan taman permainan sebelum diselamatkan pihak polis di Dataran Keris, dekat sini petang kelmarin. Ana Nazirah Md Idriss, 27, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang ditemui sebuah keluarga kira-kira jam 6 petang sebelum mendekati wanita berkenaan yang kelihatan sugul. Sumber berkata, ketika didekati wanita berkenaan dalam keadaan sangat lemah dan keletihan. "Keluarga terbabit cuba membantu Ana yang mengandung anak keempat itu namun dia hanya mendiamkan diri," katanya. Ketika ditanya bagaimana wanita itu boleh tiba di Alor Gajah, Ana hanya mengalirkan air mata dan mendakwa tidak mengingati apa yang berlaku. "Ana hanya meminta membelikannya air dan sedikit makanan kerana terlalu lapar selepas beberapa hari tidak menjamah apa-apa. "Wanita itu diberikan roti dan sebungkus air milo sambil ditenangkan beberapa orang awam serta anggota polis yang kebetulan berada di lokasi kejadian," katanya. Menurut sumber, wanita berkenaan mendakwa tidak mengikut sesiapa dan hanya membawa sebuah beg berisi MyKad serta sehelai baju panas berwarna hitam. "Ketika ditanya mengenai suami dan tiga anaknya dia memberitahu mereka ada di Pulau Pinang sebelum menangis menyatakan hasrat hendak pulang semula ke rumah. "Ana dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menjalani pemeriksaan apabila wanita itu mengadu mengalami kesakitan pada badan," katanya. Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Shahrawati Shahrudin berkata, untuk sementara waktu wanita berkenaan diletakkan di bawah jagaan hospital berikutan kondisi badannya masih lemah. "Dia diletakkan di bawah jagaan hospital sebelum diserahkan kepada JKM yang cuba membantu menjejaki keluarga wanita berkenaan. "Difahamkan Ana berada dalam keadaan tertekan sehingga tidak mampu mengingati bagaimana dia boleh melalui perjalanan sejauh ini," katanya. Menurutnya, JKM akan mengambil alih memantau keadaan Ana sekiranya dia berada dalam keadaan stabil sebelum membantunya pulang semula ke Pulau Pinang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan penemuan wanita hamil berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan. sinar/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nik Aziz: 'Apa untung serang ceramah Pakatan' Posted: 05 Dec 2012 10:55 PM PST SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa insiden serangan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor malam tadi membuktikan akan timbul huru hara apabila ada pihak tidak boleh menerima kekalahan jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sehubungan itu soal beliau, apakah faedah diperoleh oleh musuh politik dengan menyerang ceramah-ceramah anjuran PR. "Sudah jelas dan nyata siapa yang akan buat huru hara apabila kalah pada PRU13 nanti. Ada keuntungankah menyerang ceramah Pakatan Rakyat?" kata beliau mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya petang ini. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, "moga ALLAH berbuat apa yang sepatutnya sama ada memberi hidayah ataupun turunkan bala setimpal apa yang telah dilakukan mereka beserta dengan sekutu-sekutu mereka." Dalam pada itu, Bernama melaporkan polis akan memanggil saksi bagi mendapatkan keterangan berhubung pergaduhan penyokong dua parti politik semasa ceramah umum pemimpin pembangkang di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hassan berkata polis mempunyai rakaman video berhubung kejadian itu yang berlaku pada pukul 9.30 malam yang menyebabkan dua lelaki berusia 37 tahun cedera di dahi dan bahu dipercayai akibat terkena objek yang dibaling seperti batu dan botol air. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, kekecohan dikatakan berlaku apabila kira-kira 250 lelaki tidak berpuas hati kerana ceramah yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di kawasan berhampiran kediaman mereka. "Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur sebagai pesakit luar dan polis telah merakamkan keterangan kedua-dua mangsa bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media hari ini. Mengenai notis untuk mengadakan ceramah, Rosly berkata pihak penganjur gagal mematuhi Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman yang mensyaratkan notis diberi dalam tempoh 10 hari kepada polis dan bukan hanya lapan hari. Sementara itu Pemuda Umno Gombak menafikan mereka memulakan provokasi sehingga menyebabkan kedua-dua pihak saling membaling objek seperti botol dan batu ke arah satu sama lain. Ketua Pemudanya Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, penduduk membantah secara aman ceramah itu kerana ia diadakan di kawasan mereka, tanpa berniat mencetuskan pergaduhan. Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan mengalu-alukan siasatan polis. sinar/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hancurkan kuasa Umno BN jalan terbaik hapus rasuah Posted: 05 Dec 2012 10:53 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Menghancurkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya jalan untuk menghapuskan rasuah di negara ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Tidak ada dua jalan, hanya itu sahaja satu-satunya cara untuk mengurangkan rasuah ke tahap minimum di negara ini, iaitu dengan menghancurkan kuasa Umno BN," kata beliau ketika menyatakan kebimbangannya tentang laporan terbaru mengenai rasuah yang kian kronik di negara ini. Pengerusi Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan mendedahkan maklumat kaji selidik yang menunjukkan separuh dari syarikat yang beroperasi di Malaysia melaporkan bahawa mereka kehilangan kontrak atau peluang perniagaan kepada pesaing mereka akibat rasuah sejak setahun lalu. "(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri yang mengingatkan kita bahawa Umno sudah jadi parti perasuah. "Apa yang dilaporkan oleh Transparency International-Malaysia tentang betapa kroniknya rasuah di negara itu ternyata adalah akibat langsung dari pemerintahan Umno BN," kata Mahfuz sambil menyifatkan pemerintahan Umno BN adalah pemerintahan untuk rasuah, demi rasuah dan dengan rasuah. Serentak dengan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak rayuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya jangan menukar kerajaan dengan alasan "jangan kerana marah kepada nyamuk, kelambu dibakar". "Pelik sungguh Najib. Dia tak tahukah rakyat bukan nk bakar kelambu, tapi nak tukar tilam dan katil? "Kalau paksa juga diri tidur atas tilam dan katil yang reput dimakan anai-anai, bila katil itu runtuh, dengan kita sekali sama-sama melingkup. "Sebelum melingkup, baik rakyat buang jauh-jauh katil dan tilam Umno yang busuk dan reput, barulah selamat dari melingkup dan tidak lagi sakit belakang," kata Mahfuz yang turut memberikan tamsilan. harakah/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 05 Dec 2012 10:51 PM PST SEBAK...Shahida hancur kaki kiri dan kehilangan seorang anak. GAZA: "Saya hanya mampu melihat anak gadis saya terpelanting dan terperosok di bawah timbunan dinding rumah sebelum mati akibat parah di kepala," kata Shahida Mohamed, 56, menceritakan detik kematian anaknya selepas rumah mereka dibom tentera Israel, 15 November lalu. Akibat serangan yang dilakukan ketika azan Maghrib berkumandang itu, Shahida turut parah apabila tulang lutut kaki kirinya hancur ditimpa bumbung rumah manakala anak perempuannya, Yusrah Abdullah, 20, mati serta-merta. Shahida yang ditemui di Hospital Al Shifa, di sini, berkata, ketika kejadian dia memasak di rumah bersama Yusrah sebelum beberapa jet pejuang F-16 milik Israel melintasi ruang udara Gaza dan menjatuhkan bom dan roket. "Letupan demi letupan kuat berlaku sebelum dinding dan bumbung rumah kami turut berkecai. Saya terpelanting dan terperosok di bawah timbunan dinding rumah. "Yusrah mati serta-merta akibat ditimpa tiang dan bumbung rumah di kepala dan saya hanya mampu melihatnya tanpa mampu berbuat apa-apa," katanya berlinangan air mata. Kecederaan Shahida akibat serangan tentera Israel itu menyebabkan tulang lutut kakinya pecah manakala isi daging betisnya turut hancur. Seorang lagi mangsa, Yusuf Kareem, 45, hancur tulang ke dua kakinya akibat ditembak dengan roket milik tentera Israel. Dalam kejadan 18 November lalu, mangsa cedera parah selepas terkena serpihan peluru roket menusuk masuk ke dalam daging kakinya menyebabkan tulang mangsa patah remuk hampir di semua bahagian. "Sakit yang saya alami terlalu azab untuk dibayangkan. Tulang kaki saya hancur dan doktor berusaha memulihkannya dengan memasang besi sebagai ganti. "Saya hanya orang awam yang tidak bersenjata. Mereka (tentera Zionis) seolah-olah mendapat kepuasan dengan membunuh penduduk Gaza," katanya. Kesengsaraan sama turut dialami seorang anggota polis Palestin, Usama Mohamad Abu Saad, 48, yang cedera parah ditembak jet pejuang Israel, 18 November lalu. Dalam kejadian lewat petang itu, beberapa jet pejuang F-16 milik tentera Israel melepaskan roket serta menjatuhkan bom ke arah balai polis terletak di pinggir Gaza City, di sini. Menurutnya, ketika kejadian, dia berada tidak jauh dari balai polis berkenaan sebelum berpuluh ledakan kuat berlaku dan meruntuhkan bangunan balai polis itu. "Pada masa sama, saya ditembak di belakang tubuh dipercayai dilepaskan dari jet pejuang Zionis. "Akibat tembakan itu, saya tidak sedarkan diri sebelum dipapah orang ramai ke hospital Al Syifa. Memang sakit ketika itu dan saya sangka akan mati," katanya. Menurutnya, dia bernasib baik peluru tidak menembusi organ utama tubuhnya. Walaupun tidak boleh bergerak kini, saya bersyukur kerana terselamat. Malah, saya mendapat tahu seluruh bangunan balai polis ranap dihujani roket dan bom. "Ada rakan saya yang mati syahid. Saya cemburu mereka bakal menjadi ahli syurga kerana berjuang untuk Islam," katanya. Tinjauan Harian Metro mendapati bilangan pesakit akibat serangan tentera Zionis bermula 14 November lalu berkurangan di Hospital Khan Younis dan Al Syifa. Pada masa sama, lebih 10 doktor dari Sudan secara sukarela didapati turut bertugas di hospital itu untuk memberi bantuan kepada pesakit sejak kelmarin. Bantuan kecemasan diberikan NGO antarabangsa dari Tukri dan Mesir termasuk ubat-ubatan dan doktor pakar sedikit sebanyak membantu pihak hospital di Gaza merawat ribuan pesakit yang dihantar ke hospital ketika perang meletus. metro/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Asmaa Mahfouz Gadis Ayu di Sebalik Kejatuhan Hosni Mubarak Posted: 05 Dec 2012 08:12 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - Dilahirkan di Mesir pada 1 Februari, 1985, Asmaa Mahfouz menjadi pemangkin yang tidak mungkin kepada perubahan di negara yang telah termaktub dalam pemerintahan diktator sejak sebelum dia dilahirkan. Sebagai pelajar Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kaherah pada tahun 2008, Asmaa terlibat dalam apa yang menjadi Pergerakan Belia pada 6 April 2008. Sekumpulan belia ini mula menyelaras usaha untuk mendapatkan sokongan seluruh negara bagi mengadakan protes di El-Mahalla El-Kubra. Satu mogok umum yang bersatu di bawah tuntutan bagi maruah, keselamatan, kebebasan, gaji yang saksama, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Susulan protes 6 April, ramai blogger, wartawan bebas dan aktivis diganggu, ditahan dan diculik oleh agen kerajaan dan polis berpakaian biasa. Walaupun tindakan keras, usaha-usaha para belia telah berjaya kerana mereka dapat menyediakan peguam dan perkhidmatan keselamatan untuk melindungi peserta protes. Asmaa menjadikan acara ini sebagai titik perubahan dalam hidupnya. Beliau berkata bahawa dia banyak belajar tentang rangkaian serta teknik mengurus dan mengawal kebimbangan yang berkaitan dengan ptotes. "As long as you say there is no hope, then there will be no hope, but if you go down and take a stance, then there will be hope." – Asmaa Mahfouz Kumpulan pemimpin belia seperti Ahmed Maher, Mohammed Adel, dan Asmaa Mahfouz terus meningkatkan pengetahuan tentang aktivisme dan perhimpunan aman. Mereka juga menggunakan masa ini memupuk hubungan sosial mereka dan menganjurkan demonstrasi kecil. Belia menggunakan blog dan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk memudahkan perbincangan, perbahasan, pendidikan dan pengurusan. Pada bulan Januari tahun 2011, Asmaa dan rangkaian kawan-kawan telah mendapat cetusan ilham untuk mendapatkan perubahan dalam sistem pemerintahan Mesir apabilaWarga Republik Tunisia, telah berjaya menjatuhan diktator yang telah memerintah selama 23 tahun di negara mereka melalui satu siri demonstrasi jalanan secara aman. Memandangkan Mesir dan Tunisia mengalami masalah yang sama iaitu rejim diktator, orang ramai di Mesir juga memasang cita-cita untuk menjatuhkan rejim diktator mereka pula. Walau bagaimanapun, di negara di mana anggaran 18.000 aktivis telah dipenjarakan dan adalah menyalahi undang-undang untuk berkumpul dalam kumpulan lebih besar daripada lima orang tanpa kelulusan kerajaan, orang Mesir mempunyai halangan utama yang lebih besar iaitu ketakutan dalam diri rakyatnya. Takut kerajaan, takut penculikan, takut gangguan dan penderaan. Kebimbangan ini telah berjaya mengekalkan kuasa rejim selama tiga dekad. Perasaan takut inilah yang menyebabkan bu bapa Asmaa tidak bersetuju dengan usaha beliau untuk mencetuskan perubahan. Kebimbangan ini juga menyebabkan ramai aktivis menggunakan nama anonymous di laman web untuk mengelakkan dikenal pasti dan ditangkap. Namun segalanya berubah pada January 18th, 2011 apabila Asmaa Mahfouz memutuskan untuk mengatasi kebimbangannya dan meminta orang lain untuk menyertai beliau dalam protes. Beliau memuat naik video dirinya dalam talian memaparkan dirinya bercakap di hadapan kamera. Dengan berani beliau memperkenalkan dirinya dan menyeru orang lain untuk menyertai beliau dalam protes di Tahrir Square pada 25 Januari. "I, a girl, am going down to Tahrir Square, and I will stand alone. And I'll hold up a banner." "I wrote that whoever is worried about this country should come with me, and that anyone who is worried about me or thinks that I am mentally ill should come in order to protect me."- Asmaa Mahfouz Videonya telah dikongsi secara meluas di Facebook, blog dan telefon bimbit, keberanian mesej beliau dan telah berjaya menaikkan semangat dan menjadi inspirasi di seluruh negara. Asmaa dan yang lain mula mengedarkan risalah, membuat lebih banyak video untuk menggalakkan orang lain untuk turut hadir pada 25 Januari. Pergerakan Pemuda itu hanya menjangkakan kehadiran beberapa ribu, tetapi lebih daripada satu juta orang Mesir muncul. Sokongan terus-menerus datang daripada seluruh pelosk Mesir. Berjuta-juta orang terus menuju ke Kaherah dalam tempoh dua minggu untuk menyertai protes.Segenap lapisan masyarakat Mesir turut kelihatan dalam protes tanpa mengira usia, agama dan kelas sosio ekonomi, mereka bersatu untuk tujuan yang sama. Pihak polis anti rusuhan menggunakan setiap kaedah yang ada untuk menghentikan demonstrasi tetapi telah ditenggelami oleh jumlah rakyat jelata yang besar. Secara keseluruhannya, penunjuk perasaan kekal komited kepada protes aman walaupun berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis. "All Egyptians, not only the protestors, have broken through the fear barrier, therefore I expect only one outcome – protests will continue until Mubarak steps down from power." – Asmaa Mahfouz Menjelang 11 Februari Presiden Mumbarak akhirnya meletak jawatan dan rundingan untuk kerajaan baru bermula.Peletakan jawatannya mengingatkan masyatakat Mesir bahawa kuasa dalam demokrasi adalah milik rakyat.
harakah/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
AES: S'gor akan 'bungkus' 2 kamera di Sepang Posted: 05 Dec 2012 08:02 PM PST SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan bertindak tegas dengan membungkus dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di kawasan Sepang bermula Jumaat ini. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil ekoran tiada sebarang tindakan untuk menanggalkannya oleh pihak Kementerian Pengangkutan walaupun tempoh dua minggu telah diberikan. "Sementara menunggu penjelasan daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri akan bertindak menutup Kamera AES dengan sarung supaya tidak dapat berfungsi bermula Jumaat ini," katanya dipetik Selangorku.. Menurut Khalid lagi, jika pihak kementerian masih tidak memberi respon di dalam dua minggu, Kerajaan Negeri akan menanggalkan kedua-dua kamera tersebut. Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) sebelum ini katanya telah menulis surat kepada kementerian untuk membetulkan tatacara permohonan dan mendapat kebenaran untuk memasang kamera tersebut. "Namun surat oleh YDP (Yang Di Pertua) MPSP langsung tidak diendahkan," ujar beliau semalam. Pada Nov 9 lalu, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Selangor akan menangguhkan perlaksanaan sistem AES di Selangor sehingga Kerajaan Selangor berpuashati dengan cara perlaksanaannya. harakah/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 05 Dec 2012 08:00 PM PST Ketika menjelang pernikahan, biasanya keluarga besar nampak heboh, sibuk menyiapkan pesta pernikahan, terpukau dalam gebyar pesta namun tenggelam setelah perjalanannya, pernikahan tidak terawat dengan baik. Akhirnya cinta itu memudar, kasih sayang menjadi hilang. Pernikahan menjadi hambar. Bahkan ada seorang suami yang bertutur, 'Mas Agus Syafii, diawal pernikahan saya sangat mencintai istri saya tetapi setelah menjalani 15 tahun pernikahan, saya lebih senang dalam kesibukan daripada berdua sama istri." Inilah salah satu contoh pernikahan yang tidak pernah terawat selama bertahun-tahun sehingga bukan hanya menjadi tidak indah lagi pernikahannya namun juga bisa saling melukai pasangan. Menurut al Qur'an surat ar Rum :21, untuk merawat pernikahan itu adalah mawaddah dan rahmah, cinta dan kasih sayang. Yang ideal adalah jika antara suami dan isteri diikat oleh perasaan mawaddah dan rahmah sekaligus. Dalam bahasa Arab, mawaddah mengandung arti kelapangan dada dan kekosongan jiwa dari kehendak buruk. Jadi cinta mawaddah adalah perasaan yang mendalam, luas, dan bersih dari pikiran serta kehendak buruk. Sedangkan rahmah mengandung pengertian dorongan psikologis untuk melindungi orang yang tak berdaya. Rumah tangga yang direkat oleh mawaddah dan rahmah adalah pasangan dimana masing-masing secara naluriah memiliki gelora cinta mendalam untuk memiliki, tapi juga memiliki perasaan iba dan sayang dimana masing-masing terpanggil untuk berkorban dan melindungi pasangannya dari segala hal yang tidak disukainya. Mawaddah dan rahmah itu sangat ideal. Artinya sungguh betapa bahagianya jika pasangan rumah tangga itu diikat oleh mawaddah dan rahmah sekaligus. Sesuatu yang ideal biasanya jarang terjadi. Bagimana jika tidak? Seandainya mawaddahnya putus, perasaan cintanya tidak lagi bergelora, asal masih ada rahmah, ada kasih sayang, maka rumah tangga itu masih terpelihara dengan baik. Betapa banyak suami isteri yang sebenarnya kurang dilandasi oleh cinta membara, tetapi karena masih ada rahmah, ada kasih sayang, maka rumah tangga itu tetap berjalan baik dan melahirkan generasi yang terpuji. Rahmah yang terpelihara pada akhirnya memang benar-benar mendatangkan rahmat Allah berupa mawaddah. Di samping mawaddah dan rahmah, Nabi menggaris bawahi dengan pernyataan bahwa pernikahan adalah amanah. Sabda Nabi wa akhaztumuhunna bi amanatillah, artinya, 'Kalian mengambil pasanganmu sebagai isteri (atau suami) adalah berdasar amanah Allah.' Dalam Al Quran, amanah diterangkan oleh para ahli tafsir sekurang-kurangnya mengandung tiga arti, yaitu: (1) titipan, (2) tanggung jawab, dan (3) kepatuhan kepada hukum Allah. Amanah mengandung arti tanggungjawab dengan berlaku adil dan rasional seraya menyadari implikasi dan konsekwensi dari apa yang dilakukannya. Isteri adalah amanah Allah kepada suami, suami adalah amanah Allah kepada isteri. Keduanya harus komitmen kepada hak dan kewajibannya serta menyadari implikasi dan konsekwensi dari apa yang mereka lakukan. Kasus-kasus buruk dalam keluarga pada umumnya bersumber dari tidak dihiraukannya amanah ini. Sahabatku, aminkan doa ini menjaga keharmonisan keluarga kita. "Robbana atmin lana nurona waghfirlana, innaka 'ala kulli syay`in qodirun. "Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS At-Tahrim [66]:8). Wassalam, Muhamad Agus Syafii | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Indeks Rasuah 2012: Turki naik tujuh anak tangga Posted: 05 Dec 2012 07:35 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - Polis membawa dokumen ke mahkamah dalam satu siasatan kes rasuah melibatkan sembilan pegawai perbandaran yang ditahan pada 1 Oktober di wilayah barat Balikesir. (Photo: Cihan, Aydınışık Kadir) Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2012 (Corruption Perceptions Index 2012) yang dikeluarkan Rabu lalu, kedudukan Turki lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan skor 49 daripada 100. Menurut Indeks Ketelusan Rasuah (Corruption Transparency Index) tahunan ke-18 yang disediakan oleh Transparency International (TI), Turki berada di tangga ke-54 dalam kalangan 176 negara, pada tahun 2011 ia menduduki tempat ke-61 dalam senarai 182 negara. Greece yang kini menghadapi krisis kewangan terburuk dalam sejarah berada di kedudukan terendah dalam kalangan negara-negara Eropah dengan kedudukan di tangga ke-94. Bercakap kepada Todays Zaman, Tinatin Ninua, Penyelaras Serantau untuk Eropah Tenggara di TI di Berlin, berkata bahawa dari membuat perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya, kita harus melihat bagaimana Turki berbanding negara-negara lain dan negara-negara jiran. Sambil menekankan bahawa skala mereka telah berubah tahun ini, Ninua berkata, "Walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam tahap persepsi rasuah di Turki, mereka yang menjalankan perniagaan di Turki masih menyebut rasuah sebagai satu masalah." Menurut beliau, "Skor yang lebih positif datang dari daya saing dan Forum Ekonomi Sedunia serta kerana peraturan perniagaan yang dipermudahkan di Turki." Merujuk kepada skor untuk Greece - yang terendah dalam kalangan"EU 27"- Ninau berkata," Keadaan ini mempunyai kaitan langsung dengan krisis ekonomi yang berterusan di Greece "Dia juga. menyatakan, "Walaupun Greece, Itali, Bulgaria telah merosot, negara yang di atas Turki juga amat penting," ujar beliau yang turut menyatakan keinginan untuk melihat kedudukan yang lebih baik untuk Turki. Sebagai sebuah organisasi masyarakat global sivil yang mengetuai perjuangan menentang rasuah, Indeks Persepsi Rasuah TI mengukur tahap persepsi rasuah sektor awam di negara-negara di seluruh dunia. Seperti tahun sebelumnya, tahun ini, Denmark, Finland dan New Zealand berkongsi tempat pertama dengan skor 90, manakala Afghanistan, Korea Utara dan Somalia berada di kedudukan terakhir dengan skor sebanyak 8. Ninua berkata bahawa dalam indeks, untuk pengiraan skor Turki, sembilan sumber yang berbeza telah digunakan antaranya kajian ahli perniagaan dan pakar-pakar. Menurut TI, yang mempunyai lebih daripada 90 pejabat di seluruh dunia, dua pertiga daripada 176 negara yang disenaraikan dalam indeks 2012 mempunyai skor bawah 50, yang menurut TI ini menunjukkan bahawa institusi awam perlu lebih telus dan pegawai harus lebih bertanggungjawab. (todayszaman.com) harakah/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 05 Dec 2012 07:34 PM PST GOMBAK - Insiden dan kekecohan semasa ceramah Merdeka Rakyat di Gombak Utara malam semalam merupakan bukti memperlihatkan terdesaknya Umno dan Barisan Nasional (BN) melihat kebangkitan rakyat. Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir berkata, kejadian menimbulkan huru-hara pada ceramah itu menunjukkan sikap pemimpin dan penyokong Umno dan BN Gombak tidak bertamadun. Menurutnya, sekumpulan penyokong Umno dan BN bertindak liar dan menjerit-jerit bagi mengganggu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) Gombak. "Sewaktu kejadian kira-kira 10 malam, keadaan semakin tegang apabila Pemuda Umno cuba merempuh masuk ke kawasan ceramah tetapi berjaya disekat oleh Jabatan Amal Gombak dan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak. "Susulan itu, mereka mula membaling batu dan objek keras dan menyebabkan beberapa petugas PR cedera. "Lebih malang sewaktu kekecohan tersebut, seorang petugas PR telah ditikam di lengan kiri dengan menggunakan objek tajam," katanya. sinar/- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Reputasi Polis Tercalar Jika Lambat Ambil Tindakan Serangan Ceramah Gombak Posted: 05 Dec 2012 07:26 PM PST 22 Muharram 1433H. [MOD] - Pemimpin Pakatan Rakyat mendesak agar polis berlaku adil dan mengambil tindakan segera terhadap individu yang menyerang ceramah PR di Batu 8 ˝ Gombak semalam yang menyebabkan lima orang tercedera. Pemimpin Pas dan PKR berkata kegagalan polis untuk bertindak dengan tegas dan segera terhadap individu yang disyaki akan mencemar reputasi polis. Lebih buruk lagi, kegagalan untuk mengambil tindakan akan memberi gambaran bahawa polis bersekongkol dengan individu-individu tersebut. Penyelaras DUN Gombak Setia, Salehuddin Nasir berkata, polis hanya bertindak setelah serangan secara bertubi-tubi dilakukan hingga mencederakan orang ramai, sedangkan polis sedia maklum mengenai ceramah itu beberapa hari sebelumnya. Beliau mendakwa serangan tersebut diketuai oleh pemimpin Pemuda Umno Gombak dan melibatkan ahli Umno Gombak, Wanita Umno Gombak dan anggota NGO. Menurutnya, ekoran insiden itu, dianggarkan lebih lima individu mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu dan tangan akibat terkena objek keras, malah khemah juga musnah teruk. "Kita telah maklumkan pada pihak polis dan sehari sebelum ceramah itu berlangsung, ada anggota polis daerah Gombak yang datang melawat menunjukkan bahawa mereka tahu ada program pada malam itu. "Saya sendiri telah serahkan surat melalui email kepada Ketua Polis Daerah memberitahu maklumat berhubung ceramah itu," kata Salehuddin apabila dihubungi TVSelangor. Keadaan di ceramah di Dataran Sharuddin di Batu 8 ˝ Gombak semalam menjadi kecoh apabila pergaduhan berlaku di antara sekumpulan ahli Umno dan penyokong PR. Salehuddin mendakwa seorang penyokong PR ditikam dengan Kerambit manakala batu bata dilemparkan ke arah peserta ceramah tersebut yang di dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat. Ceramah itu menampilkan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali, bekas Adun Ayer Molek, Melaka Datuk Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari. Manakala Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata sekiranya polis gagal mengambil tindakan ia boleh mengalakkan orang lain untuk mencetuskan serangan yang serupa. "Tidak mustahil keberanian mereka ini berpunca daripada sikap pihak polis juga yang seolah-olah mereka ini kebal dari sebarang tindakan undang-undang. "Kejadian provokasi dan keganasan yang dicetuskan juga seolah-olah memberi signal 'isyarat' bahawa mereka ini akan melakukan tindakan lebih ganas di luar keterbatasan yang dibenarkan," kata Shuhaimi lagi. Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama. Sebelum ini, sebuah ceramah Anwar di Lembah Pantai turut dibaling dengan batu sehingga seorang hadirin tercedera di kepala. Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin PR berceramah ke seluruh negara juga telah diserang beberapa kali di Kota Baru dan Melaka dengan disimbah dengan cat dan dibaling batu. -selangorku | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7 warga asing ditahan berniaga tanpa lesen Posted: 05 Dec 2012 07:23 PM PST KUALA LUMPUR — Tujuh warga asing termasuk lima wanita ditahan oleh Jabatan Imigresen kerana berniaga tanpa lesen dan tiada dokumen perjalanan yang sah dalam operasi bersepadu terhadap penjaja jalanan di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata kesemua mereka berusia antara 18 hingga 40 tahun kini ditahan di Pejabat Imigresen Jalan Duta. Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)© Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalan dokuman yang sah dan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959 untuk menahan mereka selama 14 hari untuk menentukan status mereka sebelum diusir keluar, katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata operasi bersepadu bersama pelbagai agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melibatkan 34 anggota, bermula 9.30 malam hingga 11 malam tadi, diadakan berikutan aduan yang diterima daripada orang awam. Kesemua mereka ditangkap terlibat dengan jualan jam tangan tiruan dan didapati aktif sejak pertengahan tahun ini, katanya. Sementara itu, Pembantu Penguatkuasa DBKL Nordin Mhd Noor memberitahu Bernama sebanyak 500 unit jam tangan telah dirampas daripada peniaga warga asing itu dengan setiap satu dijual pada harga RM100. — BERNAMA | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bekas jurusolek Amy Mastura mati dibunuh Posted: 05 Dec 2012 07:15 PM PST KUALA LUMPUR – Seorang mak nyah yang juga merupakan jurusolek artis pada tahun 1990-an ditemui mati dengan keadaan leher dijerut selepas disyaki diliwat di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul di sini malam kelmarin. Mayat Othman Hassan, 52, atau lebih dikenali sebagai Dicky dan popular dalam kalangan wartawan hiburan ditemui oleh abangnya yang dikenali sebagai Why, 50-an kira-kira pukul 8 malam selepas mangsa gagal dihubungi. Dicky pernah menjadi jurusolek kepada artis seperti Amy Mastura, Ziana Zain, Erra Fazira dan Nasha Aziz pada tahun 1990-an. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat Dicky ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat menggunakan tali langsir berwarna merah di bilik tidur utama. "Ketika ditemui mangsa berpakaian lengkap baju-T dan berseluar pendek. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai dijerut pada leher mangsa malah kakinya turut berdarah. "Polis tidak menolak kemungkinan suspek kejadian merupakan orang yang rapat dengan mangsa dan mempunyai hubungan intim dengannya," kata beliau pada sidang akhbar di sini. Menurut beliau, siasatan juga mendapati pintu bilik mangsa berkunci dari dalam tetapi terdapat kesan umpil pada tombol pintu tersebut. "Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah sewa itu dipercayai mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya. Difahamkan, barang-barang peribadi milik mangsa termasuk komputer riba dan telefon bimbit hilang. Satu sumber memberitahu, mangsa dipercayai diliwat sebelum dibunuh. "Polis merampas bantal dan puntung rokok di dalam bilik tersebut. "Ketika mayat ditemui pukul 9 malam, badan mangsa sudah kembung," katanya. Tinjauan Kosmo! di tempat kejadian mendapati, ramai keluarga serta kenalan mangsa termasuk dalam kalangan wartawan hiburan turut meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Dicky. Kosmo |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan