Rabu, 26 Disember 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Batalkan ambil guru dari India, utamakan graduan tempatan

Posted: 25 Dec 2012 11:56 PM PST



26 Dis 2012 : KEADILAN gesa kerajaan Umno BN batalkan hasrat pengambilan guru Bahasa Inggeris dari India, sebaliknya mengutamakan guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dalam negara yang masih menganggur.

Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, KEADILAN sokong usaha memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, namun mempersoal kewajaran kaedah yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Najib tidak memberi alasan kukuh mengapa guru dari India akan memberi nilai tambah dalam sistem pendidikan negara.

"Lebih-lebih lagi, kerajaan wajar mengambil graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) tempatan. Ramai graduan ISMP khususnya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak menerima tawaran pekerjaan di sekolah kebangsaan.

"Sedangkan, pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi sahkan 7,000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengambilan guru dari India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.


Tabung Bantuan Mangsa Serangan Ganas

Posted: 25 Dec 2012 02:06 AM PST


Sepertimana yang kita semua maklum peserta Konvoi Kembara Oren peringkat Negeri Sembilan telah menghadapi serangan ganas oleh puak yang tidak bertamadun pada 23 Disember 2012 yang lalu.

Kenderaan yang banyak terlibat sebelum ini dalam aktiviti kemasyarakatan di Negeri Sembilan telah menghadapi kerosakan yang teruk.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk kerja pembaikan kenderaan tersebut sila salurkan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62.

Sila hubungi Pengarah AMAL N.Sembilan Sdr Izamri 013-2124086 untuk makluman jumlah yang telah disumbangkan

TG Nik Aziz lelong barang peribadi di Makan Malam PAS N9

Posted: 25 Dec 2012 02:06 AM PST


25 Dis 2012

SEREMBAN: Dalam usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam pada hari Jumaat, 28 Disember ini.

Majlis makan malam tersebut akan bermula pada jam 8.00 malam di City Kingdom Hotel Ballroom di Taman AST, Seremban. Tetamu istimewa ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan Tamby, selain daripada ucapan Tuan Guru Nik Aziz, apa yang istimewa pada malam tersebut ialah Tuan Guru Nik Aziz akan turut melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan.

Turut hadir dan akan memberikan ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan beberapa kepemimpinan utama PAS Negeri Sembilan.

Tiket berharga RM100 untuk setiap seorang (satu kerusi) boleh dibeli dengan menghubungi Mohd Hassan di talian 019-2171942 atau Hakki di talian 013-3840022.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62.


Majlis Gotong Royong PASTI Rembau

Posted: 25 Dec 2012 02:05 AM PST


MAJLIS GOTONG ROYONG
Tarikh : 29 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 pagi
Tempat : PASTI Al Ahmadi, No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau

Sebarang sumbangan untuk majlis gotong royong ini amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama akaun : PASTI AHMADI REMBAU
No akaun : 05010004698208
Tel Sdr Muhammad 014-2268837 , 013-6889185


HARI PENDAFTARAN TERBUKA PASTI AHMADI
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun
Tarikh : 30 Dis 2012, Ahad
Masa : 9 pg – 12 tgh
Tempat : No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau
Untuk pertanyaan sila hubungi 013-6889185 , 014-2268837

Tiada ulasan:

Nuffnang