Dr Siti Mariah Mahmud |
Daftar Pemilih baru bagi setiap PRU Posted: 28 Dec 2012 01:26 AM PST Meskipun menghargai cadangan yang diberikan oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar diadakan daftar pemilih baru setiap kali menjelang pilihan raya umum, pimpinan semasa suruhanjaya itu mahu syor itu dikaji dengan mendalam jika mahu ia dilaksanakan. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perancangan yang teliti diperlukan jika sistem itu mahu diguna pakai kelak."... perlu dikaji terlebih dahulu dengan teliti dalam beberapa aspek terutamanya dari segi pindaan undang-undang, kos terlibat dan keupayaan organisasi SPR dan sebagainya," ujar Abdul Aziz yang kini berada di Mekah bagi mengerjakan umrah. Dalam satu wawancara khas minggu lalu, Abdul Rashid memberitahu, pilihan raya di negara ini "bersih" namun banyak komponennya tidak lengkap seiring dengan perkembangan dan kehendak semasa. Menurutnya, sistem sedia ada yang dirangka lebih lima dekad lalu, lengkap ketika itu, tetapi tidak pada masa sekarang ekoran perubahan masa dan kehendak rakyat yang terdedah kepada perkembangan dunia. Antara yang patut dirombak semula katanya adalah dari sudut daftar pemilih. Beliau kemudian mencadangkan agar diadakan daftar pemilih setiap tiga tahun sekali menjelang pilihan raya umum bagi menghilangkan kerisauan sesetengah pihak yang menganggap daftar pemilih sebagai tidak bersih. Jelasnya, cadangannya itu hanya membabitkan kos RM50 juta setiap kali ia dilakukan, sambil menambah ia bukan satu masalah kepada negara. “Kacang sahaja bagi negara ini RM50 juta setahun, kita cakap soal bilion-bilion. Macam bancian, kita buat cara itu. “Sebab itu saya kata, tiap-tiap tiga tahun selepas pilihan raya, supaya bilangan ini, orang yang tidak ada di situ, namanya ada tetapi tidak ada di situ, akan jadi minimum, paling kurang," katanya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail antara yang menyambut baik cadangan Abdul Rashid itu dan berkata ia sememangnya merupakan tanggungjawab SPR. Pas pula berkata, perkara ini sudah lama dikemukakan parti itu kepada SPR, dan ia harus dilaksanakan bagi memastikan pilihan raya itu bersih, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali. Sementara, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Anthony Loke mempersoalkan mengapa Abdul Rashid tidak melaksanakan cadangannya semasa masih lagi bersama SPR. “Kalau dia yang cakap, itu cuma cakap-cakap kosong sahaja. Sebab kita dah cakap perkara ini sudah sekian lama,” katanya. |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan