:: cina islam | 2011 :: |
- Hotel mewah dekat Masjidil Haram
- Apek, Leuniey sah bergelar suami isteri
- Royalti: BN tidak peka kehendak rakyat Sarawak
- Paus finback terdampar di Queens
- Peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda mula berkumpul
- Kes dera: Bapa Zana dijel 10 bulan
- Umno kena penyakit 'rabun angka'
- Jadi pelarian angkara anak
- GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo
- Inilah Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia
- Nafkah air kosong
- Dana Palestin: PAS tuntut penjelasan Ali Rustam
- SU Agung Pas: Saya optimistik PR akan kekal
- Lenyap ditimbus tanah
- Himpunan 12 Jan hantar isyarat akhir buat SPR
- Barang kemas RM500,000 lesap, 3 penjenayah tembak polis
- 'Kita minta permit dia kasi tayar'
- Gaji minimum bebankan peniaga kecil luar bandar
- Pemuda PAS sumbang RM20,000 kepada Rohingya
- Tak sangka keli bawa tuah
- Selangor Sambut Ambang Tahun Baru Selama Tiga Hari
- BERZAKAT MEMBANGUN UMMAH
Hotel mewah dekat Masjidil Haram Posted: 28 Dec 2012 12:32 AM PST MAKKAH: Sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang mengandungi 5,000 bilik akan dibuka dekat Masjidil Haram di sini sebelum Ramadan sebagai sebahagian daripada projek perumahan Jabal Omar, kata Pengerusi Lembaga Syarikat Pembangunan Jabal Omar, Abdul Rahman Faqeeh. "Hotel baru itu akan diuruskan oleh Hilton International," kata ahli perniagaan Arab Saudi itu dan menambah, hotel baru itu mempunyai dua menara 20 tingkat setiap satu. Hotel itu terletak di bahagian S1, kawasan projek itu dan akan menghadap laman sebelah barat Masjidil Haram. Terdapat tempat solat untuk muslimin dan muslimat dan juga pusat beli-belah empat tingkat. Fasa pertama termasuk membina empat lagi hotel; Marriot Makkah, Hyatt Makkah, Conrad Makkah dan Hotel Konvensyen Hilton Makkah, kata Abdul Rahman. Katanya, projek Jabal Omar ini akan membuka 11,000 peluang pekerjaan kepada warga Arab Saudi selepas tiga fasa pembinaannya selesai, termasuk 3,800 pekerjaan di bidang perhotelan. "Sepanjang 18 bulan akan datang, kami akan mengambil 1,350 pekerja Arab Saudi," katanya. Abdul Rahman berkata, beratus-ratus pekerja Arab Saudi akan dilatih untuk bekerja di Hotel Hilton pertama sebelum bulan Ramadan. Akhbar Al-Sharq melaporkan, syarikat itu merancang untuk mengambil 4,000 lagi pekerja Arab Saudi dalam masa tiga tahun. Syarikat Jabal Omar membangunkan kawasan seluas 2.2 juta meter persegi dekat Masjidil Haram. Antara rancangan pembangunan di kawasan itu termasuk, 38 menara hotel dan pusat beli-belah terbesar di negara ini. Projek itu akan dapat memenuhi keperluan peningkatan jumlah jemaah haji dan umrah. Kira-kira 10 juta jemaah tiba di Makkah sepanjang tahun dan 3 juta jemaah datang ke Makkah menunaikan haji setiap tahun. Tiga puluh lapan hotel yang dalam pembinaan, diuruskan oleh 28 syarikat dan menambah 13,500 bilik lagi dalam industri perhotelan apabila ia siap lima tahun lagi, kata seorang pegawai kanan. Projek itu dibina dalam lima fasa dan menelan belanja Sr20 bilion (RM16.32 bilion). - Arab News | |||||||
Apek, Leuniey sah bergelar suami isteri Posted: 28 Dec 2012 12:27 AM PST TUMPAT — Dengan sekali lafaz, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, sah bergelar suami kepada model dan usahawan, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, pada majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, di sini, hari ini. Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib pada 10.25 pagi di kediaman keluarga pengantin perempuan sambil disaksikan anggota keluarga kedua-dua mempelai. Pada majlis tersebut juga, Khairul Fahmi atau lebih mesra disapa Apek, tampil bergaya memakai baju Melayu berwarna kuning cair menyerahkan wang hantaran sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh Nur Eilunie. Kira-kira 2,000 tetamu termasuk peminat turut hadir pada majlis akad nikah tersebut. Khairul Fahmi ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, beliau bersyukur majlis akad nikah tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.— BERNAMA | |||||||
Royalti: BN tidak peka kehendak rakyat Sarawak Posted: 28 Dec 2012 12:24 AM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Setelah beberapa minggu PAS dan Pakatan Rakyat Sarawak mengutarakan serta mendesak kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan jumlah pemberian royalti petroleum Sarawak daripada 5% kepada 20% masih belum ada lagi tanda pihak pemerintah bersedia untuk meningkat jumlah royalti petroleum tersebut. "Ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN tidak peka dengan kehendak rakyat negeri Sarawak," kata Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazu Paijo (gambar). Tambah mengecewakan, katanya apabila tiada seorang pun wakil rakyat atau pimpinan BN yang memberikan sokongan secara jelas terhadap tuntutan rakyat untuk menambah peratusan royalti petroleum untuk negeri Sarawak. Katanya, dengan kadar kemiskinan pada tahap 5.3% dan indeks pembangunan jalan raya yang paling rendah iaitu pada kadar 0.38 menjadi bukti jelas kenapa kadar royalti petroleum untuk negeri Sarawak perlu ditingkatkan. "Pemuda PAS Negeri Sarawak dengan ini mendesak Ketua Pemuda PBB, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof selaku tunjang Pemuda BN Sarawak untuk menyatakan pendirian beliau selaku pemipin muda BN serta pendirian Pemuda BN sendiri berkenaan tuntutan untuk meningkatkan kadar royalti petroleum Sarawak," ujarnya dalam satu kenyataan. Tegasnya, Pemuda PAS Negeri Sarawak akan terus membangkitkan rakyat negeri ini untuk sama-sama menuntut hak yang tidak dipulangkan kepada mereka melalui program-program susulan kebangkitan rakyat di seluruh negeri. harakah/- | |||||||
Paus finback terdampar di Queens Posted: 28 Dec 2012 12:07 AM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - NEW YORK - Seekor ikan paus finback sepanjang 18.28 meter ditemui terdampar di Teluk Jamaica, Breezy Point, Queens pagi kelmarin, kata beberapa pegawai. Para penyelamat dari Yayasan Riverhead berkata, paus itu kelaparan dan bergelut untuk hidup. "Ia kelihatan amat kurus dan ini bukanlah situasi yang bagus," kata Pengarah Eksekutif yayasan itu, Rob DiGiovanni. Polis dan bomba terpaksa menggunakan hos getah untuk menyiram air ke atas ikan paus itu bagi memastikan ia terus hidup. Menurut Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar negeri, ikan paus finback merupakan spesies kedua terbesar selepas paus biru. Seekor ikan paus finback berukuran sepanjang 6.09 meter ketika lahir dan boleh membesar sehingga 21.3 meter panjang apabila dewasa. - Agensi | |||||||
Peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda mula berkumpul Posted: 28 Dec 2012 12:02 AM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda mula berhimpun di kawasan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak di sini untuk berarak ke ibu pejabat Felda, bagi menyatakan bantahan dan menyerahkan memorandum menyelamatkan Felda. Seawal jam 12 tengah hari pekarangan Masjid UTM mula dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat khususnya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), yang menjadi penganjur perhimpunan aman petang ini. Pekarangan masjid turut dikawal ketat pihak polis, kira-kira 20 anggota. Jemaah pula mula memenuhi kawasan Masjid UTM dengan pakaian berwarna oren kira-kira jam 12 tengah hari. Tidak ketinggalan warga emas, kaum Tionghua dan golongan wanita pelbagai umur. Di sekitar masjid pula bagaikan suasana pesta jualan apabila peniaga kecil mengambil kesempatan membuka gerai sepanjang jalan menghala ke Masjid UTM. sinar/- | |||||||
Kes dera: Bapa Zana dijel 10 bulan Posted: 27 Dec 2012 11:45 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU – "Saya mengaku bersalah, tetapi tujuan saya bertindak demikian adalah untuk mendidik anak-anak saya kerana mereka terlalu nakal dan sering keluar pada waktu malam. "Malah jiran saya juga pernah mengambil anak-anak tanpa pengetahuan saya, saya bimbang berlaku perkara tidak diingini kepada anak-anak perempuan saya kerana jiran mempunyai anak lelaki." Itu pengakuan Nordi Adi, 57, ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap tiga anaknya, namun meminta hukuman diringankan berikutan faktor usia dan pendapatan yang tidak menentu. Nordi iaitu bapa kepada kanak-kanak yang dilarikan ibu tirinya ke Lampong, Indonesia, dikenakan hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tiga tuduhan mendera tiga anaknya. Nordi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dituduh menganiaya tiga anaknya Nurul Safiza Fitri, 11; Muhammad Nurhan, 9, dan Nurmasyieta Amiera, 8, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada 21 Disember lalu kira-kira jam 6 pagi hingga 6 petang bertempat di Flat Taman Kempas, Kempas, di sini. Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Mohd Ali dan Goh Sze Han mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali. sinar/- | |||||||
Umno kena penyakit 'rabun angka' Posted: 27 Dec 2012 11:40 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat Idris Ahmad menyifatkan Umno kini mengalami penyakit 'rabun angka' sehingga tidak tahu membezakan angka dengan yang sedikit, dan angka yang dahulu dengan angka yang kemudian. Beliau memberi contoh dalam isu tuduhan oleh Umno Perak, kononnya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menganugerahkan tanah seluas 10,576 ekar kepada pemimpin DAP Perak. Pemberian itu kononnya untuk memastikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak. "Ini satu pembohongan dan fitnah yang besar kepada TG Nik Aziz dan PAS. Faktanya PRU 12 bertarikh 8 Mac 2008, sedangkan tanah ini dibeli oleh Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Khoo Ham pada tahun 2012. "Ini membuktikan pemimpin Umno rabun angka. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai cita-cita politik mereka, walaupun dengan fitnah dan pembohongan. Etika dan moral sudah tidak diambil peduli," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau juga memberi contoh lain iaitu berhubung hasil kutipan balak di Kedah telah yang meningkat daripada RM8 juta kepada RM80 juta dibawah pemerintahan PAS negeri itu. Selain itu beliau juga membawa fakta berkaitan simpanan tunai kerajaan Selangor daripada RM400 juta meningkat kepada RM2.56 bilion dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat. "Umno tetap cuba menafikan angka tersebut. Mereka tetap menafikan kebolehan PR menyimpan wang sebanyak itu. "Setiap kali himpunan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, sekali lagi penyakit rabun angka akan berlaku," katanya. Penyakit rabun ini ujarnya semakin parah apabila hampir pilihanraya, terutama mimpi ngeri kejatuhan kerajaan BN ke tangan Pakatan Rakyat. harakahdaily/- | |||||||
Posted: 27 Dec 2012 11:30 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Mangsa, Chan Kwai Woh, 77, dan isterinya, Yong Yin Yoke, 70, terpaksa berpindah randah dari satu hotel ke hotel yang lain sejak 17 Disember lalu selepas kumpulan samseng along menyerang rumah mereka di Taman Cempaka, di sini, gagal menjejaki anak lelaki mereka. Chan yang bekerja sebagai juruteknik sambilan berkata, musibah itu mula menimpanya selepas anak lelaki mereka yang berusia 48 tahun membuat pinjaman wang dalam jumlah besar daripada along. Menurutnya, dia hanya mengetahui perkara itu selepas rumahnya dibaling dengan cat merah oleh sekumpulan along pada awal pagi 15 Disember lalu. "Saya kemudian menyoal anak lelaki kami berhubung punca insiden itu, namun anak lelaki kami menghilangkan diri keesokan harinya dari rumah. "Beberapa orang samseng kemudian muncul di hadapan rumah dan mengugut kami supaya melangsaikan semua hutang itu. Jumlah hutang diambil terlalu banyak dan kami tidak mampu melangsaikannya," katanya ketika membuat aduan kepada ketua biro aduan MCA Ipoh, Datuk Lee Kon Yin. "Saya meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa-gesa hinggakan ubat penyakit darah tinggi kami turut tertinggal di rumah. Kami kemudian mencari perlindungan dan menyorok di beberapa hotel murah. Beliau berkata, dia tertekan dengan kejadian itu dan menyifatkan anak lelakinya itu tidak bertanggungjawab. "Saya tidak teragak-agak memutuskan hubungan kekeluargaan dengan anak kami itu jika masalah ini berterusan. Saya rayu supaya along membebaskan kami dan mencari anak kami itu untuk menuntut semua hutang berkenaan. "Kami sudah tua dan tidak lagi berdaya. Entah sampai bila kami perlu hidup dalam keadaan ketakutan dan lari dari rumah sendiri," katanya sedih. Difahamkan, anak lelaki mangsa sebelum ini menetap di Australia selama 20 tahun sebelum pulang ke tanah air pada Jun lalu. "Saya tidak tahu aktiviti dan jenis perniagaan dijalankannya kerana dia tidak pernah bercerita. Saya harap masalah ini dapat diatasi segera," katanya. metro/- | |||||||
GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo Posted: 27 Dec 2012 11:00 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: 3.20 pm- Salahudin berucap sejurus selesai menyerahkan memorandum. Melahirkan kekecewaan kerana Isa takut untuk turun menerima sendiri memorandum tersebut. "Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin. Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan. "Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum. "Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan. 3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum. Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut. Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar. Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut. 2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak. Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'. Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir. Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda. "Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda. "Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih. "Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta. 2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar. (Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta) Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum. Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis. 2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda. Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda. Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda. 2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas. "Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda. "Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin. Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap "Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda. "Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan. 2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini. Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad. Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad. Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut. harakah/- | |||||||
Inilah Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia Posted: 27 Dec 2012 10:45 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - harakah/- | |||||||
Posted: 27 Dec 2012 10:45 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - TAK MAMPU...Salmiah dan keluarga menyewa bilik di Flat Pandan Jaya. KUALA LUMPUR: Kegagalan seorang bapa memberi nafkah kepada anak selepas berlaku perceraian menyebabkan enam beradik kini hidup terabai dan serba kekurangan di dalam jagaan ibu mereka sehingga terpaksa sekadar minum air kosong untuk mengalas perut. "Bagi mengelak berfikir mengenai makan, kami keluar bermain bersama rakan dan hanya akan balik ke rumah untuk minum air saja. Masuk hari ini, sudah dua hari kami tak makan," kata seorang daripada adik-beradik terbabit, Mohd Shahmin Azli Zul, 9. Mohd Shahmin bersama ibu, Salmiah Md Salleh, 40, lima beradik kandung dan seorang adik angkat kini tinggal dalam sebuah bilik kecil yang disewa di Flat Pandan Jaya, di sini. Salmiah berkata, kedaifan hidup selepas dia dan suaminya berpisah pada 2008 menyebabkan dirinya tidak mampu menyediakan keperluan yang sempurna untuk enam anak kandung dan seorang anak tirinya yang berusia tiga hingga 16 tahun. Menurutnya, hasil perkahwinan dia dan suami dikurniakan lapan anak, namun selepas perceraian, suami mengambil dua daripada anak untuk dijaga manakala enam lagi di bawah tanggungannya, selain seorang anak angkat. metro/- | |||||||
Dana Palestin: PAS tuntut penjelasan Ali Rustam Posted: 27 Dec 2012 10:30 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - MELAKA: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari sekali lagi mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin dengan segera. "PAS Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal meyerahkan dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada Palestin. "Kita mendesak kerajaan negeri supaya menyerahkan dana tersebut dengan segera, perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun adalah perbuatan khianat," ujar Adly dipetik dari akaun Facebooknya hari ini. Sebelum ini beliau telah membuat desakan dalam blognya namun tiada jawapan konkrit dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Adly berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati sejumlah RM680,747 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan jabatan dan agensi kerajaan dan orang awam. "Namun laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011. "Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan terperinci terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan negeri dan negara kita. Menurutnya, Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin kerana sehingga kini kita tidak mendapat maklumat sahih tentang perkara itu. "Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama"? soal Adly. Adly berkata penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai. harakah/- | |||||||
SU Agung Pas: Saya optimistik PR akan kekal Posted: 27 Dec 2012 07:20 PM PST SHAH ALAM - Cakap-cakap bahawa Pakatan Rakyat (PR) sebuah perikatan longgar yang berada dalam keadaan retak menanti belah disanggah keras oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sambil berkata, perikatan itu tidak akan "berpatah arang berkerat rotan" dalam apa jua keadaan sekali pun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mengakui bahawa kerjasama ketiga-tiga parti menguntungkan mereka dalam situasi "menang-menang", kata beliau, tidak timbul soal gabungan itu hanya bersama kerana cita-cita politik untuk menakluk Putrajaya. "Tidak. Saya optimistik bahawa kita bersama, kita bersatu, tubuh kerajaan pun bersama, kita akan bersatu, Insya-ALLAH. Itu keyakinan saya. "Persefahaman di antara ketiga-tiga parti ini yang memahami bahawa kita mesti bergerak sebagai satu. Realiti politik di Malaysia, tidak ada satu parti yang boleh menang sendiri untuk perintah. Tidak ada," katanya dalam satu wawancara khas baru-baru ini. Walaupun tidak menafikan adakalanya berlaku perbedaan pendapat dalam hal-hal tertentu, namun ujarnya, lebih banyak kebersamaan yang menyatukan perikatan itu selepas ia dibentuk pada 2008. "Saya sebut acapkali perkara ini. Kita bukan seratus peratus sama," tegas beliau. Pada pilihan raya lalu, pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga kerajaan Umno-Barisan Nasional sekali gus menzahirkan rekod terburuk parti itu sejak mentadbir negara ini. Namun perkembangan politik semasa didendangkan bahawa tsunami politik 2008 telah berlalu dan tidak mungkin berulang. Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengepalai teraju Umno-Barisan Nasional dilihat berjaya menarik semula sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Di sebalik itu dilaporkan pula PR berhadapan dengan krisis dalaman yang boleh membawa kepada perpecahan gabungan itu. Pas, parti paling lama dalam perikatan itu disifatkan sudah lari daripada landasan asal perjuangannya dan dilaporkan sudah hilang taji apabila berhadapan dengan PKR dan DAP. DAP pula digambarkan sebagai parti perkauman yang sering meminggirkan masyarakat Melayu sementara PKR dibelit dengan krisis identiti dan isu moral Ketua Umumnya. Isu jawatan Perdana Menteri yang meletus dalam muktamar Pas baru-baru ini dilihat penganalisis sebagai gambaran paling jelas kepada perpaduan yang rapuh dalam gabungan parti yang baru setahun jagung itu. Pas mahu presiden mereka dilantik sebagai Perdana Menteri, sementara DAP bertegas, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu paling layak. Anwar selaku Ketua Pembangkang pula berkata, jawatan PM bukan "satu masalah" dan "boleh bincang" katanya. Mustafa yang menafikan perkara-perkara seperti itu mampu menggugat perpaduan dalam PR menegaskan, perikatan itu punya iltizam dan arah tuju yang cukup jelas. "Persamaan yang saya sering sebut kita sedang menghadapi situasi di mana kita sedang berhadapan dengan rasuah yang melampau, kezaliman, ketidakadilan... "Jadi sebab itu kita sekarang ini hendak perjuangkan untuk keadilan, keadilan ini adalah asas kepada pejuangan kita dan bila tadbir ini kita mahukan tadbir urus yang baik, kita tidak mahu lagi rasuah seperti yang berlaku sekarang ini," katanya. sinar/- | |||||||
Posted: 27 Dec 2012 07:00 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - SUNGAI PETANI: "Saya sempat melihat Mogan melambai tangan sambil menjerit meminta tolong sebelum dia dan Saravanan lenyap ditimbus tanah runtuh dalam lubang itu. "Saya sedih kerana tak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka disebabkan kejadian berlaku begitu pantas." Kejadian berlaku jam 10.30 pagi ketika empat pekerja sibuk memasang saluran paip dalam sebuah lubang kumbahan bawah tanah sedalam hampir 10 meter. Secara tiba-tiba, bahagian tengah antara dua lubang itu yang tidak dikorek runtuh lalu menimbus dua mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu, S Saravanan, 25, dan P Mogan, 39. metro/- | |||||||
Himpunan 12 Jan hantar isyarat akhir buat SPR Posted: 27 Dec 2012 06:30 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - MACHANG: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bakal menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). HKR KL112 sebagai kemuncak kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 bakal menghimpunkan sejuta rakyat. Ia memberi amaran akhir kepada SPR supaya tidak memandang mudah segala rungutan terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPR yang dianggap senjata akhir kerajaan BN perlu berfikir banyak kali dengan amarah rakyat sebelum meneruskan rancangan di luar demokrasi bagi memenangkan BN. "Sejuta rakyat yang akan datang ke Kuala Lumpur. Ia akan mengajar SPR berfikir banyak kali. Ini tentunya akan melahirkan rasa gerun untuk terus membiarkan organisasi itu diperalatkan kerajaan BN. "Mereka perlu bertindak untuk tidak membiarkan rakyat asing menjadi penentu demokrasi di negara kita. Jangan biarkan orang Bangladesh, Nepal, Filipina dan Indonesia mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang," katanya pada program Jelajah Anak Muda menuju himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Majlis Daerah malam semalam. Orang ramai tetap memenuhi ruang dewan biar pun banyak tempat di Kelantan sekarang dilanda banjir. Rata-rata yang datang hanya mendapat maklumat melalui internet tanpa ada poster di merata tempat. Hadir sama wakil-wakil NGO termasuk Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, wakil Royalti, Anak, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, aktivis mahasiswa Adam Adli dan Ketua AMK Kedah, Azman Nasharuddin. Program bermula solat Maghrib. Pada program berkenaan juga orang ramai yang hadir turut melafazkan ikrar menuntu royalti yang diketuai Marziki Mat Rani. Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, berdasar kepada siri himpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara sebelum ini, sambutannya begitu memberangsangkan sekali. Menurutnya juga pihak pengurusan Stadium Merdeka yang akan dijadikan tempat perhimpunan itu mengenakan kadar bayaran sebanyak RM75,000 bagi membolehkan program itu diadakan. Adam Adli yang digantung UPSI selama tiga semester kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC sebelum ini mengharap anak-anak muda datang beramai-ramai pada himpunan tersebut sebagai mencerminkan tuntutan mereka. "Kalau kita seorang yang bercakap kerajaan tidak akan dengar, namun kalau sejuta rakyat menuntut kerajaan tidak boleh tidak mengendahkan lagi," ujarnya. harakah/- | |||||||
Barang kemas RM500,000 lesap, 3 penjenayah tembak polis Posted: 27 Dec 2012 06:28 PM PST PARIT BUNTAR - Tindakan nekad empat anggota polis cuba menahan sekumpulan perompak sebuah kedai emas daripada melarikan diri hampir berakhir tragedi apabila kenderaan mereka ditembak dalam kejadian rompakan bersenjata di Pekan Baru, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, dua penjenayah bertopeng memasuki kedai emas terbabit melalui pintu hadapan dan mengarahkan tiga pelanggan di dalamnya beredar dari situ. Menurutnya, sejurus pelanggan beredar, salah seorang suspek mengacukan senjata kepada salah seorang pekerja premis itu, manakala seorang lagi suspek memecahkan kaca meja pameran barang kemas menggunakan penukul. "Setelah dipecahkan, suspek bertindak mengaut kesemua barang kemas terbabit ke dalam guni, manakala rakan suspek mengarahkan lima pekerja kedai itu duduk melutut. "Mereka hanya mengambil tempoh 10 minit untuk merompak premis berkenaan sebelum melarikan diri dengan bantuan seorang lagi suspek yang menunggu di dalam sebuah kenderaan tidak dikenal pasti di hadapan premis itu," katanya sewaktu ditemui media selepas melawat lokasi kejadian tengah hari semalam. Kejadian itu menyebabkan pemilik kedai emas tersebut menanggung kerugian kira-kira RM500,000. Tayar pancit terkena tembakan Mat Fauzi berkata, sewaktu kesemua suspek berkenaan hendak memasuki kenderaan, mereka terlihat sebuah kereta peronda polis yang sedang menuju ke lokasi kejadian untuk menahan mereka. Menurutnya, salah seorang suspek bertindak menembak ke arah kereta polis terbabit sebelum polis bertindak mengejar kenderaan suspek. "Namun, usaha mengejar kenderaan suspek tidak dapat diteruskan disebabkan tayar kenderaan kereta peronda ini pancit akibat terkena serpihan tembakan senapang jenis 'pump gun' suspek. "Suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan utara dan pihak kami sudah memohon bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah( IPD) berdekatan daerah Kerian untuk membantu siasatan," katanya. Usaha buru suspek bermula Mat Fauzi berkata, berdasarkan maklumat saksi, kesemua suspek berkenaan dipercayai berbangsa Melayu dan berusia lingkungan 30-an. "Polis Kerian sudah meningkatkan tahap keselamatan di seluruh daerah ini termasuk mengadakan sekatan jalan raya di setiap jalan utama bagi memastikan suspek tertangkap. Sementara itu, seorang peniaga, Ismail Abdullah, 62, ketika ditemui mengesahkan ada mendengar bunyi tembakan di luar kedainya dan terkejut apabila mendapati seorang pelanggan memasuki premisnya secara tergesa-gesa. sinar/- | |||||||
'Kita minta permit dia kasi tayar' Posted: 27 Dec 2012 06:20 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Antara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan. Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO). "Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar. "Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Perhimpunan itu dihadiri antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang masing-masing turut berucap. Beberapa pemimpin persatuan pemandu teksi turut menyampaikan resolusi tuntutan pemandu teksi kepada Ronnie. Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu rata-rata menunjukkan pemandu teksi berpuas hati dengan tawaran-tawaran yang diberi oleh Pakatan Rakyat. Mereka turut sesekali bersorak apabila Anwar sekali lagi berjanji akan memberikan permit persendirian sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang. Anwar berkata, memberikan permit kepada pemandu teksi bukan perkara sukar memandang ia tidak perlu perbincangan yang serius. "Bukan perkara yang susah untuk dirunding. Benda kecil ini pun susah pada Umno, tak boleh nak buat. Perkara paling mudah pun tak mampu nak dibela. Najib kamu gagal," kata Anwar. malaysiakini/- | |||||||
Gaji minimum bebankan peniaga kecil luar bandar Posted: 27 Dec 2012 06:00 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Sekiranya sebelum ini, kami dapat mengambil beberapa orang pekerja dengan gaji yang sederhana, kami terpaksa mengurangkan bilangan pekerja seminima mungkin untuk memenuh keperluan perintah gaji minimum ini. "Jika keadaan terpaksa, perniagaan akan dikecilkan saiznya dan beberapa orang pekerja terpaksa diberhentikan," ujar Che Aziz Hashim dalam emel yang dihantar kepada Harakahdaily. Beliau yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan di luar bandar meluahkan demikian berhubung arahan gaji munimum yang berkuatkuasa 1 Januari nanti. Berikut ialah pandangan beliau. Berkuatkuasa 1 Januari 2013, perintah gaji minimum 2012 P.U(A) (214) akan berjalan seluruh negara dengan gaji minimum semua pekerja ialah RM900. Pekerja di seluruh negara menunggu-nunggu saat ini dengan penuh kegembiraan. Sebagai majikan yang tinggal di luar bandar yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan akan merasai kesan yang besar. Pendapatan bulanan hanyalah sekadar cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan membayar gaji pekerja secara mimimum sekitar RM600 seorang. Dengan pendapatan ini dapatlah beberapa pekerja diambil. Gaji pekerja ini sesuai dengan kehidupan di sebuah pekan kecil yang sederhana kehidupannya. Gaji minimum yang ditetapkan RM900 ini amat berpatutan sekiranya perniagaan ini dijalankan di sebuah bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan bandar besar yang lain. Pendapatan dari perniagaan amat lumayan dan mampu untuk membayar pekerjanya lebih daripada itu. Sebagai majikan, kami peniaga kecil di luar bandar terpaksa memikirkan semula untuk menggaji pekerja. Sekiranya sebelum ini, kami dapat mengambil beberapa orang pekerja dengan gaji yang sederhana, kami terpaksa mengurangkan bilangan pekerja seminima mungkin untuk memenuh keperluan perintah gaji minimum ini. Jika keadaan terpaksa, perniagaan akan dikecilkan saiznya dan beberapa orang pekerja terpaksa diberhentikan. Bayangkan sebelum ini kami dapat membantu masyarakat luar bandar menambah pendapatan mereka dan membantu meringankan bebanan keluarga. Apabila pengurangan pekerja berlaku, amatlah malang sekali kerana banyak keluarga di luar bandar akan kehilangan punca pendapatan. Sepatutnya, sesuatu yang akan dilaksanakan dikaji lebih mendalam dan dibahaskan supaya mendapat maklum balas dari semua pihak. Perintah ini boleh dilaksanakan mengikut wilayah dan kawasan sesuai dengan pendapatan dan kuasa beli pengguna di kawasan tersebut.Tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini akan mengakibatkan kesan negatif kepada negara. harakah/- | |||||||
Pemuda PAS sumbang RM20,000 kepada Rohingya Posted: 27 Dec 2012 05:50 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - YANGON: Prihatin dengan nasib yang dihadapi saudara muslim Rohingya di Myanmar, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menyalurkan bantuan kepada etnik tersebut. Sebanyak RM20,000 berjaya dikumpulkan oleh DPPM hasil sumbangan daripada pelbagai pihak khususnya golongan muda daripada seluruh negara. Sumbangan tersebut diserahkan oleh Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss kepada Setiausaha Majlis Persatuan Islam (Ansari), Abdullah Adam di Yangon, Myanmar baru-baru ini. Raja Iskandar berkata, sumbangan tersebut adalah hasil usaha DPPM yang prihatin dengan nasib yang menimpa orang Islam di Arakan yang dizalimi. Beliau yang juga Ketua Lajnah Antarabangsa DPPM menjelaskan, Pemuda PAS sentiasa mengambil berat dengan perkembangan serta kesensaraan saudara semuslim tidak kira di mana-mana sahaja. "Sumbangan ini diharapkan dapat mengurangkan beban etnik Rohingya yang sehingga hari ini masih menganggung kesensaraan," katanya kepada Harakahdaily yang turut bersama dalam misi kemanusiaan tersebut. Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, pihaknya akan sentiasa meninjau perkembangan orang Muslim di Rohingya dan terus berusaha untuk membantu mereka. Keganasan di Rohingya bermula pada Jun lalu setelah beberapa orang daripada etnik itu dituduh merogol seorang wanita etnik Rakhine yang beragama Buddha. Ianya telah menyebabkan ribuan etnik tersebut meninggal dunia dan ada daripadanya diseksa dengan kejam oleh etnik Rakhine. Turut bersama dalam misi kemanusiaan tersebut ialah Perak Care yang diwakili oleh Ustaz Isran Fahmi dan Yaseer Ismail. harakah/- | |||||||
Posted: 27 Dec 2012 05:45 PM PST KERIAN - Seorang pemancing tidak menyangka ikan keli seberat 1.21 kilogram yang ditangkapnya membawa tuah apabila dia dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memancing Tahunan Kelab Sukan Bermotor Selinsing (Krisbes) di Parit Simpang Tiga, semalam. Pemenang, Mohd Ashraf Maston,48, berkata, kejayaan itu julung kali dikecapinya setelah menyertai pelbagai pertandingan memancing di merata tempat termasuk di luar Perak. Menurutnya, dia tidak menyangka keputusan untuk mencuba nasib di laman sendiri membawa pulangan berbaloi apabila berjaya memenangi wang tunai RM1,000. "Saya tidak menduga ikan sekecil itu bawa tuah ," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam. Pemenang bagi tempat kedua dan ketiga yang berjaya mendaratkan ikan keli seberat 1.2 kilogram dan 1.1 kilogram, masing masing membawa pulang RM700 bagi tempat kedua serta RM500 bagi tempat ketiga. Yang Dipertua Krisbes, Mohamad Noor Dawoo berkata, pertandingan ini adalah acara tahunan anjuran Krisbes yang diadakan di Dun Selinsing dan sambutan diterima amat menggalakkan apabila jumlah kehadiran dikenal pasti melebihi 3,000 orang. Katanya, lebih membanggakan, hadiah cabutan bertuah utama berupa sebuah motorsikal jenis Kriss Modenas dimenangi seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) sekaligus membuktikan program itu diterima masyarakat pelbagai lapisan. Mohd Noor( dua, kiri) bergambar dengan Mohd Ashraf (dua, kiri),dan dua pemenang lain sambil diiringi Kamarudin. sinar/- | |||||||
Selangor Sambut Ambang Tahun Baru Selama Tiga Hari Posted: 27 Dec 2012 05:40 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - Norhayati Umor SHAH ALAM 27 DIS : Sambutan ambang Tahun Baru di Selangor akan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai program menarik ekoran sambutan hangat terhadap acara itu tahun lepas. Ia akan dimulakan dengan Seminar Gen Y pada 29 Disember dan diikuti dengan Karnival Pendidikan Selangor – EduSel Fair daripada 30 hingga 31 Disember bermula tujuh pagi hingga 12 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Karnival tersebut akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti positif antaranya ceramah santai daripada personaliti TV iaitu Ahmad Shukri Yusof dan Mohd Fauzi Mustaffa. Terdapat juga Tahnik bersama ilmuan, forum dan sembang santai bersama artis seperti Shamsul Ghau-Ghau, Kamal Adli, Malek Noor, Abby Abadi, Diana Amir dan Uztaz Azhar Idrus. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata karnival pendidikan itu diharapkan akan menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lepas. Karnival itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu dalam kehidupan seharian seiring dengan misi pendidikan negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebuah negeri Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan. Selain itu, Seminar Gen Y yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada memahami psikologi dan biologi Generasi Y. Seminar tersebut bertujuan membina generasi berwibawa, beriman dan bertaqwa kata exco Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi. Ia akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Antara tetamu jemputanya ialah Ahli Majlis Fatwa Terengganu, Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri ; Profesor Universiti Malaya, Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, jemputan artis antaranya, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Mel Wings. kerabu bersuara/- | |||||||
Posted: 27 Dec 2012 05:30 PM PST 14 Safar 1433H. [MOD] - اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar ketakwaan dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ingatlah!, bahawa segala amal perbuatan kita akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak. Hadirin yang dikasihi sekalian, Zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram bagi sesiapa yang berkemampuan" (Muttafaqun 'Alaih). Allah SWT amat mencintai orang-orang yang ikhlas membelanjakan hartanya di jalan Allah. Allah SWT memuji perbuatan mereka sebagaimana Firman-Nya: فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ (٥( وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٦( فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ (٧( Maksudnya ; "Ada pun orang yang (suka) memberi (sedekah atau zakat) dan bertakwa serta percaya kepada perkara yang baik (dan pahala di syurga) maka Kami akan mudahkan baginya jalan yang mudah (yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat)" (surah al-Lail ayat 5-7). Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Zakat bukan hanya sekadar ibadah semata-mata. Ia adalah amalan yang dapat mengikat hubungan antara seorang hamba dengan pencipta-Nya dan membentuk hubungan antara seorang individu dengan anggota masyarakat yang lain serta dapat membangun sesuatu ummah. Zakat adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Rahmat ini bukan hanya dapat dirasai oleh penerima zakat, bahkan turut dikongsi bersama oleh pembayar zakat dan umat Islam seluruhnya. Zakat juga merupakan menifestasi kemajuan islam. Sejarah telah membuktikan bahawa, negara Islam pernah merasai nikmat kamakmuran dan kesejahteraan hasil daripada sistem zakat seperti yang telah berlaku di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan zaman kegemilangan Islam. Sesungguhnya, zakat mempunyai beberapa matlamat yang ditentukan oIeh Allah SWT: 1. Matlamat Agama Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah: 103: خُذۡ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ صَدَقَةً۬ تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيہِم بِہَا Maksudnya: "Ambillah daripada harta mereka zakat, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)" Al-Quran menerangkan bahawa zakat mempunyai dua tujuan utama iaitu: (At-Tathhir) pembersihan dan (At- Tazkiah) penyucian. Sesungguhnya, hati manusia sangat mencintai harta dan kekayaan. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Fajr ayat 20: Maksudnya: "Dan kamu pula amat mencintai harta benda dengan kecintaan yang bersangatan". Justeru, amalan zakat dapat menyucikan hati dan jiwa manusia daripada menghambakan diri kepada harta. Inilah bukti keimanan dan kecintaan seorang hamba kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada harta. Selain itu, zakat juga bertujuan untuk menyucikan akhlak manusia. Sesungguhnya, sifat bakhil dan kedekut adalah penyakit paling buruk yang melanda orang-orang yang berharta. Sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah, bahawa Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: "Jauhilah kezaliman kerana kezaliman akan membawa kepada kegelapan di hari kiamat. Jauhilah sifat bakhil kerana sesungguhnya sifat bakhil memusnahkan orang-orang sebelum kamu. Sifat bakhil menyebabkan mereka menumpahkan darah dan melanggar batasan". (Riwayat Muslim) OIeh itu, ubat paling mujarab untuk merawat penyakit bakhil dan kedekut ini adalah dengan menginfaqkan harta di jalan Allah SWT. Dengan berzakat, kita dapat menghapuskan sifat bakhil dan kedekut apabila dengan ikhlas dan rela hati memberikan harta yang kita miliki kepada orang fakir dan miskin untuk meraih redha Allah SWT. Selain itu juga, zakat dapat membersihkan dan memelihara harta. Sesungguhnya, kita tidak mampu memelihara harta kita dari kejahatan orang lain melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Justeru, Islam mengajar kita agar memelihara harta dengan berzakat. 2 . Matlamat Sosial Prof. Dr . Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan, setiap manusia sangat berhajat kepada keperluan asasi hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Ianya diperlukan agar manusia mampu hidup menjadi khalifah dan hamba Allah dengan sempurna . OIeh kerana tidak semua manusia mampu memenuhi keperluan ini, maka Allah SWT mensyariatkan zakat agar umat Islam dapat saling bantu-membantu dalam memenuhi keperluan hidup mereka. Dengan berzakat, orang kaya dapat memberikan sebahagian daripada hartanya kepada fakir miskin. Dengan zakat juga, orang miskin dapat merasai nikmat kebahagiaan hidup serta merasai wujudnya tangan-tangan si kaya yang pemurah, yang dapat membantunya untuk merasai kesejahteraan hidup. Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain. Janganlah kamu saling menipu, janganlah kamu saling membenci atau bermusuhan, janganlah kamu jauh menjauhi (memutuskan silaturrahim), dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain, jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. . .". (Riwayat Muslim) 3. Matlamat Ekonomi Pakar-pakar Ekonomi mengatakan, ekonomi negara akan berkembang apabila kuasa beli penduduknya meningkat. Apabila kuasa beli meningkat, maka permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah di dalam pasaran. Maka semakin meningkat keperluan ekonomi dan cabaran yang akan dihadapi oleh kita semua. Oleh itu, Majlis Agama Islam Perak telah berjaya mengagihkan hasil daripada zakat yang telah ditunaikan oIeh pembayar zakat pada tahun 2011 yang lalu, sebanyak 86.11 juta ringgit kutipan zakat kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan. Di antara bantuan zakat yang telah disalurkan oIeh pihak Majlis Agama Islam sepanjang tahun 2011 ialah seperti bantuan bina dan baik pulih rumah fakir miskin sebanyak 6.9 juta ringgit, pembayaran untuk bantuan modal sebanyak 0.6 juta ringgit, pembayaran bantuan perubatan sebanyak 1.1 juta ringgit, dan bantuan bulanan kepada asnaf fakir miskin yang berjumlah 13.9 juta ringgit bagi tempoh sepanjang 2011. Keadaan ini sudah pasti dapat meningkatkan kuasa beli umat Islam. Nikmat ini sudah tentu akan kembali semula kepada pembayar zakat dari kalangan peniaga, usahawan, pembekal barangan, perkhidmatan, kontraktor dan sebagainya kerana wang zakat digunakan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah SWT dengan menunaikan zakat harta kita yang wajib dizakatkan seperti zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat wang simpanan, saham, KWSP, zakat tanaman dan binatang ternakan. Majlis Agama Islam Perak telah menyediakan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat untuk kemudahan umat Islam seperti pembayaran zakat kaunter di seluruh daerah Di Negeri Perak, pembayaran zakat melalui potongan gaji, perbankan internet, ejen bank dan pos, amil yang dilantik dan sebagainya Ingatlah, ke suatu ketika dahulu kita lahir ke dunia ini sebatang-kara tanpa harta, pakaian, pangkat dan kedudukan. Lalu, dengan rahmat dan kasih sayang- Nya, Allah SWT kurniakan kepada kita segala nikmat dan kebahagiaan. Rumah banglo, kereta mewah, saham, wang simpanan, pangkat dan pekerjaan yang menjadi kebanggaan kita pada hari ini. Apakah dengan segala nikmat tersebut, kita merasa berat untuk membalas kurniaan Alllah itu dengan hanya mengeluarkan zakat sebanyak 2 .5% sahaja?. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. Khutbah ke 2 اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Sidang jumaat yang dirahmati oleh Allah, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Muddaththir ayat 42 – 44: Maksudnya: "(Ahli-ahli syurga bertanya kepada ahli neraka): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar?" Ahli neraka menjawab: "(Dahulu) kami tidak termasuk dari kalangan orang yang sembahyang, dan kami juga tidak pernah memberi makan (bersedekah) kepada orang miskin". Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah : 1. Membayar zakat adalah salah satu bukti seseorang hamba patuh dan tunduk kepada perintah Allah dengan mengeluarkan harta yang disayanginya 2. Zakat adalah tali penghubung di antara orang yang berada dengan orang yang kurang berkemampuan 3. Orang yang berzakat dikurniakan pahala yang berlipat ganda, dan Rahmatnya melimpah kepada seluruh masyarakat 4. Menyayangi harta sehingga tidak berzakat, adalah sayang yang tidak kena pada tempatnya. Bukankah menyayangi dan mengasihi golongan yang miskin lebih mulia dari menyayangi harta ? 5. Membayar zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak sebelum berakhir tahun 2012, berhak mendapat rebat (pengecualian) cukai mengikut jumlah zakat yang dibayarnya. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ،اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ . Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan