Khamis, 29 November 2012

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Nie Ching's debate on amendment to Parliament Standing Order to disallow sexist remarks

Posted: 29 Nov 2012 07:04 AM PST

Please find below my speech during parliamentary debate on amendment to Standing Order to disallow sexist remarks in Parliament:

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada beberapa isu yang hendak saya bangkit. Pertamanya, saya hendak ucap tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri yang membentangkan pindaan ini kepada Peraturan Mesyuarat 36(4). Saya rasa walaupun berlaku beberapa kali bahawa wakil rakyat dari UMNO yang membuat kenyataan yang seksis tetapi sekurang-kurangnya kita sekarang ada seorang Yang Berhormat Menteri dari Parti UMNO juga yang mengemukakan pindaan ini. Jadi saya hendak ucaplah syabas dan tahniah.

Akan tetapi saya rasa selain daripada itu saya juga hendak tanyalah pandangan Yang Berhormat Menteri kerana kebelakangan ini sekali lagi seorang ADUN di Selangor yang membuat kenyataan seksis sekali lagi di DUN Selangor. Jadi, selain daripada mengemukakan pindaan ini di Parlimen pada hari ini, saya juga hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri sama ada Parti UMNO akan mengambil tindakan terhadap beliau. ADUN yang membuat kenyataan seksis ini, saya rasa sekiranya sekarang kita memanglah hendak mempertahankan maruah wanita. Jadi, saya haraplah semua parti politik, kita bekerjasama. Bukan sahaja di dalam Parlimen, di dalam Dewan Undangan Negeri tetapi juga kita perlu sebagai parti politik ambil tindakan terhadap mereka yang buat kenyataan seksis.

Selain daripada itu isu kedua Tuan Yang di-Pertua, saya rasa memanglah selepas pindaan ini terutamanya kepada Peraturan Mesyuarat 36(4), kita satu langkah lagi lebih dekat dengan Parlimen yang world class, first class punya tetapi hari ini saya juga hendak tunjuklah gambar-gambar Ahli Parlimen European yang bernama Licia Ronzulli.

Ini menunjukkan bahawa seorang Ahli Parlimen European yang datang dari Itali, European Parlimen ini mengizinkan beliau untuk membawa anaknya yang baru, dalam gambar ini barulah berumur 44 hari ke dalam Dewan semasa bersidang supaya beliau bolehlah menyusukan anaknya dengan susu ibu. Selepas itu beliau juga beberapa kali membawa anaknya pergi ke Parlimen European untuk menjaga anaknya, untuk menyusukan anaknya, sampailah anak dia sekarang sudah 2 tahun tetapi beliau masih diizinkan untuk membawa anaknya yang bernama Victoria pergi ke sidang Parlimen European.
(More......)

Teks perbahasan parlimen Nie Ching mengenai Kementerian Belia dan Sukan

Posted: 29 Nov 2012 06:50 AM PST

Please find below my parliamentary speech during the debate on Ministry of Youth and Sports:

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Tuan Pengerusi, saya sudah berdiri semenjak tadi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah cukuplah.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Satu perkara sahaja, satu perkara sahaja. Kurang daripada lima minit.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya soalnya Yang Berhormat katakan yang berdiri tadi tidak ada orang bangun pun tadi.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Ada, ada, ada saya sejak tadi sudah berdiri, memang.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak. Soalnya jangan pertikaikan bahawa Speaker tidak melihat. Kalau minta untuk berucap saya boleh bagi. Akan tetapi jangan sampai pertikaikan, jangan perlihatkan bahawa Speaker duduk tidak nampak Yang Berhormat.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Tidak, tidak, tidak saya hanya minta lima minit. Satu perkara sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak apalah Yang Berhormat Serdang selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang