. |
Utusan catat kerugian sebelum cukai RM1.09 juta bagi suku ke-3 Posted: 28 Nov 2012 02:30 PM PST KUALA LUMPUR, 28 Nov —Utusan Melayu (M) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta. "Utusan menjual anak syarikatnya, Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Ekoran itu kumpulan ini meraih keuntungan RM14.1 juta daripada penjualan itu, yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi," katanya. Mengenai prospek, Utusan Melayu berkata kumpulan itu akan terus memanfaatkan acara-cara seperti jualan mega dan kempen kembali ke sekolah untuk meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan dan mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan ini. — Bernama |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan