Isnin, 8 Oktober 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Muhyiddin Dan Peter Chin Gagal Fahami Kepentingan Penstrukturan Semula Air Selangor

Posted: 08 Oct 2012 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 OKT : Proses penstrukturan semula industri air Selangor telah dimulakan pada tahun 2006, semasa pentadbiran Kerajaan Pusat Umno-BN sendiri, namun fakta ini gagal diterima pemimpin gagasan itu sekarang.

Perkara ini gagal difahami oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, (Kettha) Datuk Peter Chin kata MP Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berkata, usaha ini telah dilakukan apabila Parlimen, yang dulu dikuasai Umno-BN meluluskan undang-undang penyusunan semula industri air.

"Saya mendpati TPM (Muhyiddin) dan Menteri KETTHA (Peter Chin) tidak faham kerana usaha ini (penstrukturan semula industri air) berlaku pada tahun 2006 semasa Parlimen meluluskan undang-undang penyusunan semula air.

"Tujuannya adalah supaya perkara-perkara ini dapat dimiliki negeri kerana negeri bersifat membangunkan dan tidak mementingkan kepada keuntungan sebaliknya mengutamakan kecekapan pengurusan," katanya yang juga Menteri Besar Selangor.

Bercakap pada sesi Perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, Abdul Khalid menegaskan, penstrukturan semula industri air penting untuk pertumbuhan ekonomi Selangor.

"Dengan cara ini kita akan dapat menentukan harga-harga utiliti dibuat pada kadar yang terbaik dan rakyat akan dapat," katanya.

Kemelut penstrukturan semula industri air telah berlarutan lebih tiga tahun apabila kerajaan pusat berlengah-lengah untuk membenarkan kerajaan Selangor mengambil alih operasi air terawat daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Sumber: Selangorku

MB: Muhyiddin Tidak Pandai Baca Angka

Posted: 08 Oct 2012 01:30 AM PDT

KUALA SELANGOR 08 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah 'terbaik' berbanding Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN.

Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat.

"Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.

"Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita," sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam.

Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.

"Pada 2005 hingga 2007, harta Selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang Talam dan projek perumahan terbengkalai.

"Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik," katanya.

Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara.

"Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.

"Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kini, negara lima peratus, Selangor tujuh peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah," katanya.

Sumber: Selangorku

MB : Pembenihan Awan Sekiranya Air Surut Di Empangan

Posted: 07 Oct 2012 02:00 AM PDT

SUBANG JAYA, 7 OKT : Kerajaan Negeri akan melakukan pembenihan awan bagi mengalakkan hujan sekiranya bacaan air di empangan Sungai Selangor berada di bawah tahap 50 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan kajian dan keputusan untuk pembenihan awam akan dibuat selepas tempoh 22 hari bermula Okt 4.

Menurutnya, pemantauan berhubung perkara itu akan dilakukan oleh Lembaga Urusan Air Selangor (Luas) dan Jabatan Meteorologi.

"Kita sudah tahu keadaan itu dan kita sudah buat beberapa program dan kajian bagi mengatasinya. Sebelum ini pernah dibuat di Johor yang mana empangan sungai menghadapi keadaan air surut.

"Kita belum tetapkan tetapi dari kajian kita dalam keadaan ini tidak perlu lagi berasa cemas. Ada lebih kurang 75 ke 90 hari kalau tiada hujan baru kita perlukan untuk melakukan tindakan itu.

"Bagaimanapun keputusan exco negeri ialah untuk melakukan dalam masa 22 hari," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) 2012 MPSJ di sini hari ini.

Baru-baru ini laporan media menyatakan paras air di empangan Sungai Selangor berada pada tahap bawah 50 peratus.

Bagaimanapun, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu yang hadir dalam sidang media itu menyatakan bacaan yang dicatatkan di empangan tersebut tiga hari lalu ialah 56 peratus.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Jaga Kepentingan Syarikat Besar Perladangan Sawit Tapi Pinggirkan Nasib Rakyat Teramai

Posted: 06 Oct 2012 02:45 AM PDT

Rakyat terpanggil untuk mempersoalkan tindakan kerajaan menurunkan cukai ekspot minyak sawit mentah (CPO) dari 23%  ke 8% - 10% jelas menunjukkan bahawa kerajaan mementingkan  syarikat-syarikat konglomerat perladangan seperti Sime Darby untuk terus meraih keuntungan walaupun berdepan dengan  kejatuhan harga komoditi tersebut sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sebaliknya Kerajaan telah gagal menyekat kenaikan harga susu tepung formula bayi yang dilaporkan naik sehingga RM15 se kg baru-baru ini.

Yang lebih memeranjatkan ialah kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan  bahawa harga produk susu bayi ini bukan di bawah kawalan kementerian beliau.

Jelaslah kepada kita apabila ianya melibatkan rakyat teramai, kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barangan keperluan rakyat.

Harga gula naik RM0.20 sens sebaik sahaja PM Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 di parlimen baru-baru ini.

Rakyat juga dikejutkan dengan kenaikan harga petrol RON 97 naik RM0.30 sen sebulan yang lalu secara senyap-senyap.

Rakyat terus dibebankan dengan kenaikan tarif eletrik apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) memasukkan caj Pembekal Tenaga Bebas (IPP) dengan mencetak perkataan "Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu" di dalam bil eletrik kebelakangan ini.

Pakatan Rakyat melihat bahawa Bajet yang dibentangkan PM Najib hanyalah 'gula-gula' sekadar di atas kertas sahaja untuk mengaburi mata rakyat dalam  menghadapi PRU 13 tidak berapa lama lagi.

Yang jelas rakyat akan terus dihimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan dan bahan api tahun hadapan dan dijangka bertambah buruk ekoran ketidak tentuan ekonomi di eropah.

YB Dr. Xavier Jayakumar
Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh : Sabtu 6 Oktober 2012

MB Jumpa Sultan 10 Okt Mohon Perkenan Sidang Khas DNS

Posted: 06 Oct 2012 02:00 AM PDT

BESTARI JAYA, 6 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Oktober ini bagi memperolehi perkenan untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Negeri Selangor (DNS).

Sidang khas DNS itu bagi membincangkan tiga kertas putih iaitu kutipan hutang Talam Corporation Berhad, laporan kempen Selangorku Bersih dan isu penyusunan semula industri air Selangor.

Abdul Khalid berkata, Sidang DNS pada 19 November pula akan memberikan tumpuan kepada pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2013 Selangor.

"Sidang Dewan Negeri yang dipersetujui adalah pada 19 November dan Tuanku Sultan telah mempersetujui untuk sidang itu yang perlu dilakukan setiap enam bulan," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas perasmian Dataran Anak Muda DUN Ijok di sini.

Abdul Khalid berkata sidang khas berkenaan membolehkan Kerajaan Negeri membentangkan kertas putih tentang ketiga-tiga isu itu secara terperinci di samping memberi peluang kepada rakyat Selangor mendapat maklumat dengan jelas dan tepat.

Sebelum ini, kempen Selangorku Bersih telah menjumpai 110,000 nama yang diragui di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Sumber: Selangorku

What Taiwan and Selangor Rejects Najib and Ghani Grabs

Posted: 04 Oct 2012 02:30 AM PDT

Taiwan's new President in a recent widely publicised move took the side of the people & protestors in refusing to licence Kuo Kuang's Corporation's proposed new Naptha Cracking plant & its parent company China Petroleum Corp's continued operation of its 52 years old refinery in Kaoshiung.
 
What is less well known is that Everwish Sdn Bhd applied on its & 2 other foreign companies behalf to set up a Refinery & Petrochemical Integrated Complex at Pulau Indah to the Selangor PR State Govt.After due consideration by the State Govt the application was rejected. It would have increased significantly the amount of FDI the State would have received as the investment value was RM10b & would provide its residents 2600 new jobs & 20,000 indirect employment opportunities.Everwish claimed that the project had a potential to earn foreign exchange reserves of RM13b  per year.

 The State Govt under its MB Tan Sri Khalid rejected the proposal in Feb 2011 & in doing so took the same view & position as did the Govt of Taiwan.The reasons for the decision amongst others were:
 
1)     It would cause SEVERE & ADVERSE ECOLOGICAL & ENVIRONMENTAL IMPACT & jeopardise the regulated coastal buffer zone & mangroves.
 
2)   It was a HIGH RISK INDUSTRY JEOPARDISING PUBLIC SAFETY & HEALTH
 
3)    the processing of imported crude oil for export will NOT BE A HIGH VALUE ADDED INDUSTRY nor contribute to our TECHNOLOGY but instead pose high risks to the public.
 
4)    the proposed industry requires EXTREMELY HIGH WATER CONSUMPTION which will cause a SEVERE STRAIN ON THE WATER NEEDS of EXISTING INDUSTRIES & DOMESTIC CONSUMERS.
 
5)   the 52 years old refinery in Taiwan would be dismantled and reerected in Pulau Indah.


In short there were highly cogent reasons to classify the proposal as a NON SUSTAINABLE ONE.
 
The 2 foreign companies then quickly approached Petronas under the PM & also Ghani Othman MB Johor both of whom promptly accepted the proposals heralding the Rapid as a RM60b project to be
sited in Pengerang,Johor. To show how grateful both were a 10 years tax holiday was granted for the project.
 
It has now turned out that the 2 foreign companies are China Petroleum Corporation (CPC) in respect of the refinery project & its subsidiary Kuo Kuang Corp for the petrochemical project.We hold no grudge against them or Everwish as they had every right to make a proposal but the public's grievance is against the Federal & Johor State Govts for accepting a Non Sustainable Development project.To add to the displeasure of Malaysians CPC  had announced they would not build new oil refineries or Petrochemical plants in Taiwan. In short Johor was chosen as a dumping ground.

Has the federal Govt under Najib & the Johor State Govt become so beggared that they would accept what both the Taiwan & Selangor Govts have rejected?
 
Rapid will bring great misery & anxiety to the peoples of Pengerang when they are forcibly relocated some 20 kms away in a kampong ironically named after Ghani Othman.The land where they have
dwelt for generations will now be compulsorily acquired.


LAND GRAB ON A MASSIVE SCALE.

It is noteworthy that the consortium that proposed to operate in Pulau Indah made a reasonable request for  2,889 acres.They did not require the Selangor Govt to use the Land Acquisition Act 1960
to forcibly acquire the needed acreage but instead they would buy the lands from their owners on a willing buyer willing seller basis.
 
Ghani othman had other plans & on the pretext of development for Rapid he proceeded to compulsorily acquire a huge acreage under the Land Acquisition Act 1960. The 22,500 acres was far
in excess of the 2,889 acres initially required. This based upon previous large scale acquisitions in Johor would provide his Govt with a huge land bank which can be divested to favored companies for
development.This would cause the land to be valued after conversion to development land to be increased by a thousand percent or more.Buy cheap & enrich favoured cronies.l


WHY THE HASTE?

Why indeed the haste on the part of Najib & Ghani to acquire the lands & force an unacceptable project on the poor folks of Pengerang.Why could they both not wait until after the General Elections so as to give an option to the new Govt whether to proceed or not? We believe the reasons would be obvious to those who know the facts. Its profits before  people.


MONEY FOR SOME, MISERY FOR THE PEOPLE OF PENGERANG
 
For those whose lands have been gazetted for acquisition the value would be based on present land use ie mainly agriculture & fixed at 2 years before the gazette of intention to acquire.

The whole 22500 acres will not be acquired at the same time but through many phases.This benefits the State Govt as they have the luxury of timing whilst the lands' value remain frozen in time. They
can sell at higher prices as and when the market benefits the crony companies.The preent landowners and houseowners are the ones who will suffer. The 1st phase involves 292 landowners and their families together with those 500 families who have built houses on the landowners' lands constituting several thousand residents will be evicted soon without alternative accomodation for them. So far owners of houses built on others' lands have not been told whether they will be compensated. WHen the residents ask where they would stay the answer by The Land Office officers is ' Go stay in a hotel or rent a house'.
 
Rapid will wipe out 17 kampongs whose residents are mostly Malays.The 180 year old Pekan Pengerang a Chinese town will suffer the same fate. The triple jeopardies dealt to the Pengerangites
will be loss of livelihood, lands and a highly polluted environment.


ENVIRONMENTAL DISASTER

The environmental disaster upon Pengerang & the surrounding region can best be described by environmentalists but suffice it to say here that reseach in USA,Canada and Taiwan &
elsewhere have indicated that the toxic gases emitted by a project like Rapid including sulphur dioxide,hydrogen oxide & carbon monoxide and waste water will contribute to the green house effect,to acid rain which would destroy crops and palm oil & rubbertrees, the destruction
of sea life & the angry lobsters.There will be increases in human cancers,asthmas, other respiratory illnesses & endocrinal diseases. The Department of Environment I heard had rejected the EIA report just before the start of the recent Puasa month but this decision was quickly reversed &  the EIA as well as the detailed EIA were approved for Rapid.Can The PM tell us whether there was political pressure put on the Department?
 
The PR have been supporting the protestors in Pengerang & I announced at the Himpunan Hijau's recent protest that when Dato Sri Anwar becomes the Prime Minister he would stop Rapid's Refinery & Integrated Petrochemical Complex and review completely environmental social and economic impact of the project. The consortium is well advised to consider this new scenario before embarking on an increasingly controversial & therefor risky investment.
 
There was Bkt Merah,Bkt Koman & Lynas, Now there is Rapid.All these the legacy of the Umno BN Govt left for the peoples of Malaysia!
 
Press Statement of Dato Chua Jui Meng, Vice President PKR. 4th Oct 2012

Isu Datuk Bandar MBPJ, KSN Membelakangi MB dan Exco Selangor

Posted: 04 Oct 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM,4 OKT: Kerajaan Negeri menyelar tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang membelakangi Menteri Besar Selangor dan ahli-ahli Exco Kerajaan dalam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang ditukar secara mengejut baru-baru ini.

Exco Kesihatan. Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata, media tempatan melaporkan bahawa kononnya persetujuan untuk pertukaran tersebut dicapai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

"Kita ingin perjelaskan bahawa SUK, Datuk Khusrin Munawi hanyalah salah seorang 'ex- officio' penjawat awam yang dilantik atas kapasiti jawatan beliau dan bukannya diberikan 'kuasa' bagi membuat keputusan bagi pihak 'Pihak Berkuasa Negeri'.

"Pihak Berkuasa Negeri ialah Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau lebih dikenali sebagai ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor," kata Dr Xavier dalam kenyataan medianya.

Dr Xavier menegaskan, arahan JPA bertarikh 27 September lepas untuk pertukaran jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut adalah bertentangan dengan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kerana Kerajaan Negeri diberikan 'kuasa mutlak' melantik Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya oleh pihak JPA.

"Jadi tidak berbangkit isu KSN mengenalpasti pengganti kepada Datuk Bandar Petaling Jaya kerana perlantikan ke jawatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara Kerajaan Negeri," ujarnya.

Jelas beliau, sebagai seorang penjawat awam, Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai KSN pada 24 Jun yang lalu seharusnya mempunyai rasa hormat untuk mengadakan lawatan kunjung hormat bertemu Menteri Besar dan ahli-ahli Exconya.

Ia kerana beliau harus sedar sebagai seorang penjawat awam seseorang itu harus akur kepada kerajaan sedia ada dan bukannya sekadar mengambil arahan dari Kerajaan Persekutuan sahaja dengan mengambil tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi.

"Kita juga akan berbincang dengan Khusrin dalam mesyuarat Exco terdekat bagi mendapatkan laporan lanjut tentang isu itu kerana Kerajaan Negeri hanya mengetahuinya dari laporan media," katanya.

Sumber: Selangorku

KSN Perlu Ada Rasa Hormat Terhadap MB dan Exco Selangor dalam Isu Pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya

Posted: 04 Oct 2012 01:30 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor menyelar tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN)  Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berhubung dengan isu pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

Kita berpendapat  cara beliau mengendalikan isu pertukaran tersebut jelas  membelakangi pentadbiran negeri yang diketuai oleh Menteri Besar dan ahli-ahli  EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Media tempatan melaporkan bahawa kononnya persetujuan untuk pertukaran tersebut dicapai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tanpa pengetahuan pihak Kerajaan Negeri.

Kita ingin perjelaskan bahawa SUK, Datuk Khusrin Munawi hanyalah salah seorang 'ex- officio' (penjawat awam yang dilantik atas kapasiti jawatan beliau) dan bukannya diberikan 'kuasa' bagi membuat keputusan bagi pihak 'Pihak Berkuasa Negeri'.
     
Pihak Berkuasa Negeri ialah Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau lebih dikenali sebagai ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Kita ingin tegaskan  bahawa arahan JPA bertarikh 27 September 2012 untuk pertukaran jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut adalah jelas bertentangan dengan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana Kerajaan Negeri diberikan  'kuasa mutlak' melantik Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya oleh pihak JPA.

Jadi tidak berbangkit isu KSN telah mengenalpasti pengganti kepada Datuk Bandar Petaling Jaya kerana perlantikan ke jawatan tersebut adalah dibawah bidang kuasa dan budi bicara Kerajaan Negeri.  

Sebagai seorang penjawat awam, Datuk Dr. Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai KSN pada 24 Jun 2012 yang lalu seharusnya mempunyai rasa hormat (courtesy) untuk mengadakan lawatan kunjung hormat untuk bertemu Menteri Besar dan ahli-ahli Exconya kerana beliau harus sedar sebagai seorang penjawat awam seseorang itu harus akur kepada kerajaan sediaada "Government of The Day" dan bukannya sekadar mengambil arahan dari Kerajaan Presekutuan sahaja sebaliknya mengambil sikap memusuhi Kerajaan Negeri dengan mengambil tindakan-tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi. 

Kita juga akan berbincang dengan  Datuk Khusrin dalam mesyuarat EXCO terdekat bagi mendapatkan laporan lanjut tentang isu berbangkit berkaitan  pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut kerana Kerajaan Negeri  hanya mengetahuinya dari laporan media baru-baru ini.

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor
Tarikh : 04 Oktober, 2012
    

Tiada ulasan:

Nuffnang