Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Petani China cipta helikopter dari bahan buangan
- Bukan semua pengusaha bas sekolah mampu beli bas baru
- Masjid-masjid di Malaysia bila lagi nak mesra OKU?
- Taman 'port' memadu asmara
- Menuju negara maju tahun 2020, makin ramai ibu bapa terbiar
- Sakit mental meningkat, tangani cara Islam
- Bergaduh: Polis tahan 27 pelatih PLKN
- SEPANDUK PAKATAN RAKYAT N9 DIBAKAR !
Petani China cipta helikopter dari bahan buangan Posted: 08 Oct 2012 12:14 AM PDT Ketika kita menghadapi masalah remaja yang merempit, melepak, seks bebas, meragut, dadah dan sebagainya, cuba pula diatasi dengan program PLKN, remaja di China yang juga merupakan seorang petani telah mencipta helikopter dari bahan buangan, enjin skuter 150 cc, kepingan papan dari pokok yang dipotong sendiri dan boleh terbang setinggi 2600 kaki pada kos $1600 dan dibuat dalam tempoh 3 bulan. Chinese Farmer Builds Psycho-Copter From Scratch Presenting Wu Zhongyuan, a resourceful inventor who easily joins the ranks of his creative Eastern counterparts. Zhongyuan has crafted a helicopter out of an old jungle gym, a motorcycle engine, and wooden rotors cut from an elm tree. The helicopter cost him roughly $1600 to make, and supposedly elevated him 2600 feet above ground before the authorities ordered him down. "Zhongyuan has no formal aviation training, but still managed to assemble the rickety beast using a recollection of middle school physics courses and "relevant knowledge found while surfing the Internet via his mobile phone." Chinese farmer builds a working wooden helicopter Aug 6 2009 Chinese farmers probably have a knack for creating DIY flying machines. Wu Zhongyuan, a farmer from China's Henan province has built himself a helicopter, using wood from an elm tree, a motorcycle engine and steel pipes. The 150cc engine powers the wooden blades, while the steel tubes provide structural rigidity. Wu has had no formal education in aviation or aeronautics, and says he built the helicopter relying on the Physics he learnt in middle school. He spent three months and nearly $1600 in creating the helicopter, which he claims can go as high as 800 meters. He won't be able to fly it though, the Chinese government has stopped the flight for safety reasons. |
Bukan semua pengusaha bas sekolah mampu beli bas baru Posted: 07 Oct 2012 11:22 PM PDT 8 Oktober 2012 SEREMBAN - Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menghapuskan syarat had usia bas sekolah tidak melebihi 30 tahun. Timbalan Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, bukan semua pengusaha bas sekolah mampu membeli bas baru berharga puluhan ribu ringgit. Katanya, syarat SPAD yang mengambil alih urusan memperbaharui permit bas daripada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sangat membebankan. "Perkhidmatan bas sekolah tidak sama dengan bas ekspres kerana kita lebih menjurus kepada kebajikan dan tidak meraih keuntungan besar berbanding bas ekspres. "Justeru, kami berharap SPAD dapat menghapuskan syarat yang dikenakan dari segi had usia bas bagi meringankan beban pengusaha," katanya pada sidang media, semalam. Menurutnya, dalam Bajet 2013 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pengusaha bas sekolah diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah dua peratus untuk pinjaman penuh bagi menggantikan bas lama berusia 25 tahun kepada bas baru berkapasiti antara 12 hingga 18 tempat duduk. "Bagaimanapun, hanya 20 peratus daripada 3,000 bas sekolah berusia 25 tahun ke atas yang mampu menikmati rebat itu, berikutan ia tidak relevan untuk membeli kenderaan 18 tempat duduk berbanding bas yang digunakan sekarang berkapasiti 30 tempat duduk. "Selain itu, tidak semua berkelayakan membeli bas baru kerana 70 peratus pemandu bas di negara ini berusia 60 tahun ke atas sekali gus menyukarkan mereka membuat pinjaman bank," katanya. Amali berkata, berdasarkan statistik SPAD, pada Jun 2010 terdapat 17,462 bas sekolah di negara ini, bagaimanapun jumlah itu menurun kepada 12,234 pada Mei 2012. "Banyak faktor menyebabkan penurunan, antaranya bas yang sudah berusia dan karenah birokrasi menyukarkan pengusaha bas mendapatkan permit. "Kita bimbang, jika masalah ini berlarutan, ia akan memberi impak lebih-lebih lagi kepada pelajar," katanya. - Sinar Harian |
Masjid-masjid di Malaysia bila lagi nak mesra OKU? Posted: 07 Oct 2012 08:12 PM PDT Legoland begitu bersungguh-sungguh untuk mempromosi orang datang melawat tempat mereka termasuk mereka yang OKU. Malang sekali masih banyak masjid-masjid di Malaysia masih belum mesra OKU. Legoland mesra OKU 8 Oktober 2012 JOHOR BAHRU - Taman tema Legoland Malaysia bukan sahaja sebagai lokasi riadah keluarga pertama seumpamanya di Asia, malah ia juga mesra orang kurang upaya (OKU) dengan ciri-ciri kemudahan bertaraf dunia. Pengurus Veritas Arkitek Sdn Bhd cawangan Johor, Shah Jaffar berkata, kemudahan buat OKU antara yang dititikberat syarikat tersebut yang diberi amanah merekabentuk, menjadi perunding hiasan dalaman dan landskap bagi projek mega RM720 juta itu. "Kemudahan untuk golongan yang kurang upaya di Legoland ini menjadi penanda aras buat projek pembangunan lain untuk mengaplikasikan kemudahan yang sama seperti yang dibangunkan di sini. "Hampir dua hingga lima peratus daripada bajet reka bentuk ini difokuskan untuk kemudahan OKU seperti menyediakan laluan pejalan kaki, papan tanda braile, tac tiles, dan pelbagai kemudahan lain. "Kami amat peka dengan keperluan OKU kerana salah seorang arkitek yang terlibat dalam pembangunan projek ini juga seorang OKU," katanya kepada pemberita sempena ulang tahun ke-25 syarikat terbabit, di sini, Khamis lalu. Shah berkata, kejayaan menyediakan kemudahan 'barrier free' buat OKU di Legoland juga menjadi rujukan untuk pembangunan dua projek sekolah menengah pendidikan khas yang bakal dibangunkan syarikat tersebut di Pulau Pinang dan Kedah. Projek sekolah yang bakal dibina sebelum hujung tahun ini kini di peringkat rekaan pelan dengan nilai pembangunan RM50 juta setiap satu. "Kita anggarkan dapat memulakan projek sekolah khas ini dalam tempoh terdekat dengan perangkaan pembinaan selama 18 bulan untuk disiapkan di atas tanah tujuh ekar (2.8 hektar). "Kebanyakan pemaju kurang menitikberatkan soal penyediaan kemudahan OKU kerana mengandaikan ia sesuatu perkara yang remeh dan memerlukan kos yang tinggi, kerana kelengkapan prasarana bagi golongan itu 10 kali lebih mahal," katanya. Shah berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-25 syarikat yang mempunyai beberapa cawangan di luar negara itu, seramai 25 kanak-kanak kurang upaya dari Taman Sinar Harapan Johor Bahru akan dibawa ke Legoland pada 24 Oktober depan. "Mereka akan cuba sendiri kemudahan OKU yang disediakan di Legoland sekali gus beri peluang untuk berseronok buat mereka," katanya. - Sinar Harian |
Posted: 07 Oct 2012 08:12 PM PDT Penguatkuasa PBT, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah perlu lebih kerap melakukan rondaan di tempat-tempat awam agar perkara sebegini tidak berleluasa dan tidak terkawal. Taman 'port' memadu asmara 8 Oktober 2012 TAMPIN – Memalukan. Itulah luahan orang awam berikutan lokasi riadah pada waktu petang dicemari dengan segelintir pasangan muda memadu kasih di situ. Tindakan pasangan berkenaan bukan saja melangkaui batasan agama, malah menunjukkan contoh kurang sopan kepada golongan kanak-kanak, lebih-lebih lagi kawasan itu menjadi tumpuan keluarga. Itulah situasi yang berlaku di Taman Rekreasi Tampin, di sini, seolah-olah tiada pemantauan pihak berkenaan. Penduduk tempatan, Azahar Kasim, 40-an berkata, dia sering menghabiskan waktu petangnya di taman berkenaan untuk berjoging. Azahar mengakui sering ternampak pasangan kekasih muda atau mungkin masih di bangku sekolah berkelakuan tidak sopan di sebalik pokok besar di taman berkenaan. "Mula-mula memang saya terperanjat dan malu kerana budaya ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini. "Namun, apabila ia semakin berleluasa, rasa malu saya bertukar menjadi marah dan berharap agar pihak berkenaan segera buat pemantauan," katanya kepada Sinar Harian. Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, lokasi terbabit dicemari 'drama' segelintir pasangan seawal 2 petang di lokasi terlindung daripada orang ramai. Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Rahmat, 50-an berkata, dia kesal kerana taman rekreasi itu disalahgunakan golongan muda. "Jika pasangan terbabit beri alasan mahu berehat di sini, kelakuan mereka tetap salah kerana duduk dengan pasangan bukan muhrim dalam keadaan mencurigakan," katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, taman rekreasi itu adalah kemudahan yang terdapat berhampiran pusat bandar bagi membolehkan masyarakat beriadah dalam usaha membudayakan cara hidup sihat. "Bagaimanapun, sekiranya perkara ini berlaku iaitu kelakuan tidak senonoh pasangan di lokasi tersembunyi di taman ini, diharap pihak berkenaan dapat memantau aktiviti tidak bermoral ini," katanya. - Sinar Harian |
Menuju negara maju tahun 2020, makin ramai ibu bapa terbiar Posted: 07 Oct 2012 06:33 PM PDT Laporan rasmi menunjukkan semakin ramai warga emas ditinggalkan terus oleh anak-anak mereka apabila mereka dimasukkan ke hospital. 95 peratus kes sebegini adalah akibat dari kemiskinan. Ini menyebabkan banyak rumah perlindungan warga emas semakin sesak ketika ini. Rising number of seniors left behind at hospitals Monday October 8, 2012 KUALA LUMPUR: More senior citizens are ending up in welfare homes after being abandoned by their families at public hospitals. Hospitals, especially those in the Klang Valley and other urban areas, have little choice but to refer them to shelters run by the Government or NGOs, as they need the beds for new patients. Hospital Kuala Lumpur's medical social work department head Hasnah Sulaiman said that up to June this year, 157 patients above 60 were abandoned by their families at hospital. A total of 205 senior citizens were abandoned last year. Hasnah said 95% of those abandoned came from poor families. She said in most cases, family members refused to take them back or could not be contacted because fake telephone numbers and addresses were given during registration. "In some cases, doctors even called the children personally to tell them that their parents had recovered, but they insisted that the old folk were still unwell," she said. Another common excuse was that they did not have the time to fetch their elderly parents back. She said hospitals usually handed over the neglected old folk to non-governmental organisations. "But even these shelters are now almost filled up." |
Sakit mental meningkat, tangani cara Islam Posted: 07 Oct 2012 06:31 PM PDT Malaysia sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah sakit mental yang serius dimana 12 peratus rakyat negara ini atau 3.5 juta orang menghidap penyakit mental sepatutnya menangani kes mental ini dengan institusi agama yang banyak terdapat di negara ini dengan dana zakat yang banyak seperti JAKIM, PERKIM, MAIN, KAGAT, IKIM dan sebagainya. Kenapa perlu tanggungjawab merawat pesakit mental ini diserahkan kepada Kementerian Kesihatan keseluruhannya? REMAJA SAKIT MENTAL MENINGKAT 8 Okt. 2012 Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini berada pada tahap membimbangkan malah bilangannya semakin menunjukkan peningkatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati kelaziman masalah kesihatan mental golongan tersebut telah meningkat daripada 13 peratus pada 1996 kepada 20 peratus pada tahun lalu. Katanya, pengaruh internet dan teknologi komunikasi di samping faktor kesibukan ibu bapa dijangka terus membawa kepada peningkatan peratusan tersebut kelak. "Kanak-kanak kini terpengaruh dan menghabiskan banyak masa dengan internet dan teknologi komunikasi terkini yang menyebabkan mereka semakin kurang berinteraksi dan berkomunikasi terutama bersama keluarga. 12% RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL 3 Feb. 2012 SUNGAI PETANI - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki. GURU BESAR CEDERA DISERANG GURU LELAKI Selasa Februari 28, 2012 GEORGE TOWN: Seorang guru besar sekolah rendah di Air Itam cedera selepas diserang seorang guru lelaki sekolah yang sama dalam satu pergaduhan di sini, Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar lelaki berusia 48 tahun itu diserang ketika membuat rondaan dari kelas ke kelas pada 8.30 pagi. GURU DIPAKSA DERMA UNTUK SEKOLAH Jumaat Februari 24, 2012 KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan. KERJA HARI SABTU PUNCA GURU MARAH - NUTP Kosmo 1 Mei 2011 (Hari Pekerja) KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). RAMAI GURU SAKIT JIWA 22 Mac 2009 BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan. KADAR STRES PELAJAR SEKOLAH, TINGGI October 6, 2011 PUTRAJAYA: Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjuk-kan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai 'tinggi'. Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali 'Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah' itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk. HEALTHY MIND SCREENING FOR ALL SCHOOLS Saturday February 25, 2012 KUALA LUMPUR: Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai says the Healthy Mind Screening Programme will be extended to all schools this year. "We are concerned about this issue (mental health). A survey was conducted in all schools in collaboration with Ministry of Education to identify early problems and help those in need," he told reporters after opening Taman Medan Health Clinic here, Saturday. UJIAN KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH 2011/02/03 PAKAR kesihatan dan pendidikan serta kesatuan guru menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah tahun ini sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin. GURU MENGAMUK, 14 RAKAN BERSEMBUNYI DALAM PAYA Berita Harian 20 Jan 2011 KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin. Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu. BAPA NYARIS CEDERA DILIBAS PARANG GURU Utusan Malaysia 2 Mac 2011 KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan. PENSYARAH PERGURUAN MENGADU PENAT, LETIH KERJA Utusan Malaysia 26 April 2010 PADA Sabtu, 10 April 2010, saya ada membaca sebuah artikel bertajuk Seksa jadi guru dan dalam laporan yang sama juga turut menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas guru. Kemuncak kepada beban itu kami terpaksa tanggung dengan bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaikkan taraf kepada Institut Pendidikan Guru pada tahun 2008. Sumber : |
Bergaduh: Polis tahan 27 pelatih PLKN Posted: 07 Oct 2012 06:59 AM PDT 8:15PM Okt 7 2012 Polis menahan 27 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem PLKN Cenderawasih Cador di Pengkalan Berangan, Marang kerana terlibat dalam satu pergaduhan, petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang di kem itu dipercayai akibat salah faham antara dua kumpulan pelatih membabitkan dakwaan mencuri barang. "Satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain memecah lokar dan mencuri barang sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan. "Kumpulan berkenaan dianggotai seramai 27 orang kemudian bertindak menyerang kumpulan satu lagi, yang terdiri daripada sembilan orang, dan ada daripadanya bersenjatakan kayu," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata akibat pergaduhan itu, sembilan pelatih cedera dan lebam di badan dan satu laporan dibuat sebelum polis bertindak menahan 27 pelatih terbabit untuk siasatan lanjut. Katanya, mereka yang terlibat ditahan reman empat hari mulai semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. - Bernama |
SEPANDUK PAKATAN RAKYAT N9 DIBAKAR ! Posted: 07 Oct 2012 03:20 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan