Jumaat, 26 Oktober 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Orang Ramai Dijemput Ke Ekspo Kesihatan Dan Kecantikan Selangor Bulan Depan

Posted: 25 Oct 2012 04:00 AM PDT

SHAH ALAM, 25 OKT : Sebanyak 132 gerai daripada 80 syarikat dalam dan luar negara akan terlibat dalam Ekspo Kesihatan Dan Kecantikan 2012 pada 9 – 11 November ini yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini.

Ekspo itu dianjurkan oleh Multi Mutual Resources dengan sokongan penuh daripada Selangor State Investment Center (SSIC) dan Selangor Times.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, ekspo diharap dapat merancakkan industri kecantikan dan kesihatan dan meningkatkan pelaburan dalam negara.

"Semasa saya dan pihak SSIC mengadakan lawatan ke Australia, ramai pelabur khususnya industri bio-farmasutikal yang menyatakan hasrat untuk datang melabur ke Selangor," kata Teresa semasa sidang media di SACC di sini.

Katanya, permintaan terhadap produk-produk farmasautikal dan kesihatan semakin meningkat daripada pengguna yang pastinya mampu merancakkan lagi industri itu.

"Kerajaan Negeri dan SSIC mengalu-alukan pelaburan ke Selangor untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan potensi perniagaan kepada penduduk dan graduan yang mencari pekerjaan," katanya.

Pameran amalan dan gaya hidup sihat turut diadakan bagi orang awam.

Antara acara yang akan diadakan adalah peperiksaan jantung dan mata secara percuma, kempen menderma darah, ceramah kesihatan dari doktor terkenal, demo kecantikan dan pertandingan mewarna.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadualkan akan merasmikan ekspo itu pada 10 November.

Orang ramai dijemput untuk hadir dan masuk adalah percuma dengan setiap 500 pelawat akan diberikan bag cenderhati setiap hari.

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman sesawang www.mmr.my atau hubungi 03-89577533.

Sumber: Selangorku

Masih Terdapat Penduduk Yang Dicaj Bil Air Tahap Komersial

Posted: 25 Oct 2012 03:45 AM PDT

CHERAS, 25 OKT : Penduduk Selangor yang masih dikenakan harga air pada tahap komersial oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) disarankan supaya merujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing untuk tindakan lanjut.

Ia bagi membolehkan penduduk menikmati pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan Kerajaan Selangor dan mengelakkan mereka daripada dikenakan kadar caj perniagaan yang jauh lebih tinggi berbanding caj kediaman.

Terbaru, 23 kediaman di kawasan Pandan Perdana mengadu yang mereka dikenakan caj perniagaan oleh Syabas bermula bulan ini walaupun mereka telah menikmati air percuma pada kadar kediaman dari 2008.

Kes tersebut didedahkan Adun Teratai, Jenice Lee kepada pemberita dalam satu sidang media di sini pagi tadi.

"Penghuni yang mengalami masalah ini dinasihatkan supaya merujuk terus kepada majlis perbandaran di kawasan masing-masing bagi membolehkan PBT mengeluarkan surat rasmi yang mengesahkan premis perniagaan telah dijadikan sebagai kediaman.

"Kita tidak mahu penduduk setempat terus berhadapan masalah sama kerana ia akan membebankan mereka apabila terpaksa membayar kadar tarif air yang tinggi," katanya.

Dalam kes hari ini, 23 unit kediaman itu dikenakan caj perniagaan sejak Oktober tahun lalu akibat salah tafsir Syabas terhadap premis yang didiami penduduk.

Ekoran itu, penduduk terpaksa membayar antara RM36 hingga RM60 sebulan untuk bil air.

Bagaimanapun, setelah merujuk kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengenai perkara tersebut, Syabas akhirnya bersetuju membatalkan caj air perniagaan yang dikenakan dan mengembalikannya kepada caj air kediaman.

Jenice berkata, masih banyak lagi kediaman di kawasan Pandan Jaya dan Pandan Indah yang mengalami nasib sama.

"Justeru, penduduk perlu segera merujuk kepada MPAJ untuk tindakan lanjut. Jangan hanya berdiam diri kerana ia akan membebankan penduduk sendiri. Air percuma adalah hak rakyat Selangor," katanya lagi.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim: Rekod Kerja dan Kewangan - Menteri Besar Selangor

Posted: 25 Oct 2012 03:30 AM PDT


Tiada ulasan:

Nuffnang