N45 Dr Halimah Ali |
Kekanda Mahathir Adinda Yahudi Posted: 26 Oct 2012 03:21 AM PDT Surat adinda kepada kakanda Tun Dr Mahathir MuhamadThe Perdana Foundation 4372 - Presint 5 Putrajaya Kehadapan kakandaku yang amat-amat dimuliakan. Segala limpah kurnia sekalian alam ini hendaknya adalah milik kakandaku seorang. Segala kuasa dalam alam ini terpusatlah hendaknya kepada kakandaku. Segala gegak gempita seru sekalian alam ini hanyalah untuk kakandaku seorang. Segala cakerawala di alam semesta ini hendaknya akan tunduk kepada kakandaku. Amin. Adalah adinda harap-harapkan surat ini akan menemui kakandaku sekeluarga dalam keadaan sihat walafiat. Adinda anak beranak juga dalam keadaan sihat walafiat. Inginlah adinda memaklumkan di sini bahawa keluarga adinda akan mengadakan kenduri Bar Mitzvah untuk cucunda adinda yang kelapan. Amatlah berbesar hati kami sekeluarga jika sekiranya kakanda dan isteri kakanda dapat bersama menyerikan kenduri yang tidak seberapa ini. Janganlah kakandaku risau tentang cuaca di New York. Pada tahun ini cuaca tidaklah seganas seperti ketika kakanda melawat George Bush dahulu. Janganlah risau tentang keadaan angin seperti yang berlaku dahulu. Ini janji seorang Yahudi. Kakandaku yang adinda sayangi, Dalam surat ini adinda ingin menjelaskan beberapa perkara yang akan dapat membantu kepentingan kita bersama. Adinda amat-amat faham kenapa kakanda selalu mengutuk Yahudi. Adinda teringat lagi bagaimana kakanda telah menibai Yahudi di Persidangan Negara Islam di mana kakanda sendiri yang menjadi tuan rumah. Adinda faham ketika itu kakanda sedang meminta duit dari Saudi dan Kuwait. Dalam hal kelentong mengelentong ini adinda cukup hormat kepada kakanda. 'Tabik spring' untuk kakandaku tercinta. Kakandaku cukup pandai memilih masa, tempat dan pendengar untuk berkelentong. Malah pada hemat adinda dalam politik dunia hari ini tidak ada sesiapa pemimpin dunia yang memiliki keupayaan dalam hal kelentong mengelentong. Sebagai seorang Yahudi yang amat arif dalam hal kelentong mengelentong ini adinda terpaksa mengakui bahawa kakandaku tidak ada tolok bandingan dengan Yahudi-Yahudi di serata dunia ini. Kakanda yang amat dimuliakan, Ingin adinda memberitahu bahawa serangan kakanda terhadap Yahudi ini cukup menyerlah. Adinda diberitahu oleh agen-agen NGO yang adinda pasang dalam negara kakanda bagaimana orang Melayu telah berjaya dikelentong sehinggakan mereka terlupa bahawa selain Nabi Muhammad dan Nabi Saleh, 23 daripada 25 nabi-nabi yang wajib mereka ketahui menggunakan nama kaum Yahudi. Syabas kakandaku! Hanya satu perkara yang merisaukan hati adinda apabila kakandaku menibai Yahudi. Perkara ini ialah tentang Palestin. Adinda dari awal lagi memang tidak menyokong apa yang dipanggil negara Israel. Biarlah adinda terangkan di sini walaupun adinda ini seorang Yahudi tetapi adinda ialah warga Amerika. Adinda tidak pernah membantu Israel. Malah ketika George Bush ingin bertanding adinda telah memberi 100 juta dolar kepada gerakan anti parti George Bush. Adinda di sini amat berbangga untuk memberitahu kakandaku bahwa banyak hospital, NGO di Gaza dan di Tebing Barat yang mendapat bantuan dana Georgge Soros. Adinda lakukan ini dengan senyap-senyap kerana Yahudi yang baik ialah Yahudi yang senyap. Bukan seperti mereka yang jahat dan suka bising seperti kekanda. Dalam hal Yahudi dan Palestin adinda faham akan latar belakang kenapa kakandaku semakin lantang menyerang George Soros. Adinda yakin bahawa kakanda sedar dan tahu bahawa ramai Yahudi seperti George Soros yang tidak menyokong Israel. Mustahil kakanda tidak membaca risalah dan buku-buku tentang "Jews against Zionism". Tetapi adinda faham. Kakandaku buat hingar bingar tentang George Soros dan Yahudi ini agar orang Melayu yang telah kakanda bangangkan itu akan terus bangang. Mereka tidak ternampak bahawa anak kakanda sendiri sudah berjaya menjadi pemilik kilang arak yang terbesar di Asia. Kakanda kutuk Yahudi untuk tutup cerita kilang arak. Syabas, kakandaku. Kakandaku yang bijak berkelentong, Ingin adinda terangkan di sini bahawa adinda memberi duit kepada pelbagai NGO di Malaysia bukan satu yang rahsia. Satu dunia tahu George Soros memberi dana kepada pelbagai NGO di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Adinda telah membuat dasar agar dana George Soros diberi kepada semua NGO yang diyakini akan dapat membantu kewujudan demokrasi dalam dunia ini. Wakil adinda Puan Margaret di Hong Kong sering memberi tahu adinda bahawa Open Society Initiatives (OSI) tidak pernah berlaku tidak adil dalam mengagihkan dana kepada NGO di Malaysia. Kakandaku mamak Mahathir, Sila tanya sendiri kepada Datin Paduka Marina, apakah OSI tidak pernah memberikan dana kepada Majlis Aids Malaysia? Berapa kali ganda dana telah OSI mencurah masuk kepada Majlis Aids berbanding dengan yang diagihkan kepada SUARAM? Dalam hal ini adinda kelihatan tidak berapa telus dan jujur apabila membuat kenyataan bahawa hanya SUARAM dan Malaysiakini sahaja yang mendapat duit dari Soros. Nampaknya persoalan yang adinda timbulkan ini amat bodoh kerana kakanda memang suka mengelentong dan memiliki tabiat membuat bohong. Adinda pernah diberitahu oleh Tun Musa Hitam dan Dr Zahid Hamidi bagaimana kakanda sering membuat muka dek dan terus berbohong ketika kabinet bermesyuarat. Mengikut Tun Musa inilah kekuatan budaya seseorang yang tidak pernah diketahui asal usul keluarganya. Malah adinda difahamkan Tun Musa sendiri nyaris akan dituduh merogol budak bawah umur jika Tun Musa tidak mengundur diri. Sahih kakandaku bijak menipu. Memanda Kaki Kelentong, Di sini adinda ingin berterus terang memandangkan perhubungan kita telah lama terjalin. Adinda sedar bahawa kakanda pernah menuduh si Yahudi George Soros sebagai penyangak mata wang. Tuduhan ini timbul kerana kakanda ingin menutup cerita bahawa kakanda sendiri pernah terbakar tangan ketika cuba menjadi peniaga mata wang pada tahun 1992. Kakanda bernasib baik kerana Bani Melayu bebal dan bodoh. Mereka tidak sedar bahawa 10 bilion ringgit duit Bank Negara telah hangus apabila Mahathir Muhamad cuba bermain mata wang di pasaran dunia untuk melawan George Soros. Kakanda Kaki Kelentong, Adinda amat-amat sedar bahawa pada ketika ini kakanda dalam keadaan yang merungsingkan. Dari laporan media dan dari laporan CIA yang sampai ke tangan adinda telah jelas bahawa pada ketika ini parti yang kakandaku tubuhkan itu akan mati tegak. Di sini ingin adinda bocorkan satu berita kepada kakandaku. Minggu lalu dalam satu soiree di New York secara tidak sengaja adinda telah terserempak dengan David Petraeus. Sekarang ini si David ini telah menjadi pengarah CIA. Adinda cukup kenal dengan keluarga budak ini. Ayah budak ini datang dari Belanda, satu kapal dengan adinda dahulu ketika kami mendarat di New York. Tetapi keluarga Petraeus ini bukan dari keluarga Yahudi seperti keluarga adinda. Mengikut labon si Petraeus, agen-agen CIA telah banyak masuk ke Malaysia. Ada yang menyamar sebagai guru, ada yang menyamar sebagai ahli perniagaan, ada yang menyamar sebagai agamawan - semua datang untuk mengumpul maklumat. Apabila mendengar labon si Petraeus ini adinda hanya tersenyum. Adinda sedar bahawa CIA juga menaburkan dana kepada pelbagai jenis NGO di Malaysia melalui National Endowment for Democracy (NED) dan International Republican Institute (IRI). Tetapi dua-dua agensi ini hanya 'mengabihkan boreh' berbanding dengan laporan yang diterima oleh George Soros. Biar adinda berterus terang kepada kakanda di sini bahawa CIA juga terpaksa datang berkali-kali ke pejabat George Soros untuk meminta laporan-laporan NGO ini. Ejen-jen CIA perlu membuat perbandingan dan meneliti laporan NGO yang diterima oleh pejabat George Soros. Laporan-laporan terkini dari NGO Malaysia yang mendapat dana dari George Soros menunjukkan bahawa jika pilihan raya diadakan secara telus dan adil maka United Malays National Organisation Baru akan kalah teruk. Dari laporan CIA juga adinda difahamkan bahawa parti United Malays National Organisation sedang merancanag untuk menipu pada pilihan raya yang akan datang. Wahai Mahathir Muhamad, Sedarlah bahawa CIA dan George Soros tahu rancangan penipuan yang sedang diatur. CIA tahu semua rancangan ini untuk memastikan parti kakanda terus berkuasa. Tetapi sedarlah bahawa CIA dan George Soros juga sedang merancang untuk memastikan pilihan raya yang akan datang ini bersih dan adil. Jika parti kakanda menang dengan cara penipuan maka kakanda akan lihat sendiri akibatnya. Ini bukan amaran. Ini satu janji dari seorang Yahudi. Wassalam. P/s: George Soros telah mengarah Puan Margaret agen OSI di Hong Kong untuk mengeluarkan dana kepada Majlis Aids Malaysia. George Soros minta maaf tahun ini dana tidak dapat diberikan kepada Perdana Foundation yang telah melamar. |
MCA's attack on hudud MAKES CHINESE ANGRY(MCA) . Posted: 26 Oct 2012 03:04 AM PDT MCA in denial, PAS gets my vote I think every kampong or neighbourhood has this one person whom you see at the warung or food-stall during mealtimes. He kind of holds court, speaks rather loud and in a condescending tone.If you stay long enough, you will also notice that he never pays for his food. It's as if he needs to speak the way he does to earn his keep. I think you call that "freeloading"? All these "hate" speeches lately by the MCA against PAS, "hudud", and about my favourite Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat, instigating rape of non-Muslim women, borders on being just that - "freeloading". Rehashing news from 2008 just goes to show how bankrupt MCA has become. To go back in time when you should move forward - to create, innovate, progress, anything but backslide and with such malice, too. It beggars belief! Instead of suggesting something constructive, the MCA, in election gear, decides to embark on a fear-mongering campaign. Goodness, a dearth of brains in the MCA-ah? Are the people in MCA even serious about wanting to represent our interests in Parliament? Aiyoh, how-lah? How can we trust such bird-brains to fight for us? Sure lose, hands-down! Despite what a fumbling imbecile of a minister may say, Karpal Singh, another towering Malaysian, has reminded us not too long ago that in 1988, former lord president of the Federal (later, Supreme) Court of Malaysia ruled that the country was governed by secular law which meant Malaysia was a secular state. Is that not clear enough? Come on MCA, we are not morons. We know you for what you are. Among the featherbrained schemes, initially the 1Care and now, the latest being the AES, you are in cahoots with the plunderers to rob us Malaysians blind! How lofty can you people in the MCA get? Are you not touching base with the ordinary rakyat? How on earth can we afford to enrich you and your cronies any further? To feed your avaricious appetite for money and power? Have you not seen how the poor are getting poorer and the ordinary Malaysian is finding it hard to get by? And you people still think that it is only a perception that the crime rate has skyrocketed? Are you people in the MCA living in denial or what? By the time you wake up, the rest of us Malaysians have crossed over to the other shore while you stay behind, stranded! Worse still, you'll be drowned! PAS president Abdul Hadi Awang himself had reiterated last year that the Quran did not provide for an Islamic state but a welfare state. That's not a bad thing. Shouldn't that be every leader's responsibility, to see to the welfare of the state? What do we have in the MCA? Now and then, fighting for scraps that fall off the banquet table? Even Lazarus had better! Are you anyone's equal, MCA? 1Malaysia, what's that? A miserable handful of scholarships for some students and that too, debatable about whom they go to. I've heard stories about how some people obtained their scholarships. You are a farce, MCA, you really are! We have real problems here, in Malaysia. For instance, we need to do something real quick about our mounting debts. It's definitely not a perception that we live in fear. My daughter was almost "mishandled" by someone in a car park in one of the shopping centres in KL recently. Thank God she had a friend with her and a gentleman who parked his car on the same level. I cannot wait to pack her off to where she can be safer. Our education system is in shambles. My nephew who has been placed first in class since he started Year One told my sister that he needed Physics tuition because his teacher has not taught since the beginning of this year. All she does is to ask the students to refer to some bright sparks in class. I don't want to foam at the mouth, as RPK would say. But honestly, MCA, are you aware of the problems we, the people whom you profess to represent, have? Doubt fear-mongering, using PAS as your punching bag, is the quick-fix we need. Get real, MCA or ship out! To me, the MCA has apparently isolated itself from the misfortunes of the ordinary rakyat, and day after day, wastes the opportunity to help them. Yes, it's an opportunity to be of service to others, for the last shall be first and the first, last. I don't see any effort coming from the people in MCA that promote human dignity nor do I see any of them participating actively in the building of the future of this nation. But I do see how hastily these same people wanted to implement the AES. I see a loathing self-interest to enrich their own coffers and a lack of courage in standing up to their "sleeping partners". Or is it a case of "you scratch my back, I scratch yours"; acting like opportunists whose deeds do not match the responsibilities that they are entrusted with. Coming from the Malacca hometown of Tan Siew Sin, I shudder to think that the MCA of today has all but lost its original identity and mission. I see a leadership whose intuition is bogged down by corruption, cronyism and cowardice. And for that, the MCA is already deemed irrelevant and will have no further impact on our Malaysian history. I believe many past and present leaders of the MCA, realise that they are no longer respected by the majority of Malaysians, not even those they "sleep" with. Yet, MCA, you are not purging yourselves to merit this respect. Sad, no? Aren't you made of sterner stuff? Your forefathers crossed oceans, with nothing more than the shirts on their backs, to seek a fortune for themselves. Even the cousins they left behind in Thong San are doing really well. As national leaders, those of you in the MCA should open your eyes to the evils that afflict the nation. You should know by now that injustices will be paid for dearly or are you still fooling yourselves that you can get away with it? We need progressive leaders who can champion unity, not those who still engage in the stone-aged tactics of divide-and-rule. That's not Malaysian. We have to discover a new meaning in the Malaysian way of living. For that, we have to leave behind an existence where we live alienated lives from one another. That's no more Malaysian. We need each other to mature as a true, progressive people. Things will work out better for us if we share our responsibilities. That's Malaysian. Having a stranglehold on the economy and perhaps, leaving entire classes of people in poverty is no more acceptable. It shall not be Malaysian. The devil is not out there, MCA. It's not PAS and it's not the DAP. It's within you. Be afraid, MCA, be very afraid. I'm not alone here when I, a Catholic and a Chinese woman say, "PAS gets my vote, any day!" God bless, especially Mursyidul Am Nik Aziz, and please forgive MCA's insolence. Thank you. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan