Ahad, 14 Oktober 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG round kampung lagi!

Posted: 14 Oct 2012 07:07 AM PDT

Ahad
 14/10/12

ADUN SELAT KLANG, YB Dr Hjh Halimah Ali meneruskan jelajah kampung lagi! Beliau dan rombongan cawangan PAS DELEK BARU ziarah orang sakit, warga emas, bakal haji sambil menguar-uarkan keberangkalian banjir besar di Klang supaya penduduk lebih berhati hati dan mempastikan tiada barang berharga dibiarkan di atas lantai. Belia menasihatkan agar karpet , barang elektrik dan segala yang cepat terkesan bila berendam dalam air di angkat dan diletak ke paras lebih tinggi.

YB yang juga merupakan EXCO Kerajaan Selangor mengagihkan barang dapur bagi keluarga yang susah. Beliau sempat menjengah seorang ibu tunggal 9 orang anak yang berjaya menjadi katerer dan amat popular di kalangan masyarakat setempat. Puan Hasnah mewarisi bakat ibunya yang terkenal dengan servis SALEHA CATERING.

Kemudian, rombongan pimpinan PAS setempat melawat warga emas lelaki kematian suami yang jelas rindu kepada sang isteri. Anak-anak perempuan beliau menzahirkan betapa rindunya beliau dengan anaknya yang tinggal di SHAH ALAM yang sudah lama tidak balik.
 Kemudian menziarah sepasang suami isteri yang bisu tetapi bertuah kerana rumah mereka dikelilingi oleh rumah anak mereka.

Seterusnya, orang biru pekat pun diziarahi kerana YB menganggap mereka perlu juga disantuni dan berhak dibantu.


Tiada ulasan:

Nuffnang