:: cina islam | 2011 :: |
- 8 maut, 13 cedera letupan bom berdekatan Damascus
- PGU5.0 Di Jabi Umpama Suasana Ambang Kemenangan 1999
- Mursi kekalkan jawatan ketua Pendakwa raya
- Anak bekas Presiden Kyrgyzstan ditahan tuduhan penipuan
8 maut, 13 cedera letupan bom berdekatan Damascus Posted: 13 Oct 2012 05:36 PM PDT 28 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BEIRUT: Letupan bom kereta berdekatan ibu negara Syria, semalam mengakibatkan lapan terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dan dua wanita, demikian menurut kumpulan pemerhati di sini, hari ini. "Lapan orang awam termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan dua wanita antara yang terbunuh, manakala 13 yang lain cedera parah susulan daripada letupan bom membabit sebuah kereta di Al-Nabak, iaitu jalan yang menghubungkan Damascus ke Homs," kata Pengarah Kumpulan Pemantauan Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman. Beliau berkata, letupan itu disasarkan kepada kumpulan penunjuk perasaan anti-rejim Syria. - AFP |
PGU5.0 Di Jabi Umpama Suasana Ambang Kemenangan 1999 Posted: 13 Oct 2012 05:28 PM PDT 28 Zulkaedah 1433H. [MOD] - http://buletinonline.net SETIU - Kejayaan penganjuran program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) di pekan Jabi pada 5 dan 6 Oktober lalu, mengundang banyak kesan positif terutamanya kepada para petugas PAS di DUN Jabi. Pengerusi Majlis Tindakan DUN tersebut, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau sendiri tidak yakin dapat menganjurkan program sebesar itu apabila DUN Jabi diamanahkan sebagai tuan rumah bagi PGU5.0. "kita rasa kita tidak ada keupayaan, dengan nipisnya kewangan dalam poket kita, kita berasa kita tak mampu nak menganjurkan program sebesar ini, "ditambah dengan keadaan geografi kawasan Setiu yang luas (bermakna) 99% (tenaga kerja) DUN Jabi terpaksa turun, namun keazaman kita, kita cuba tampilkan penganjuran PGU yang terbaik,"ujarnya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Ceramah Kesyukuran PGU5.0 yang diadakan di Dataran PGU, pada Jumaat 12 Oktober. Menurutnya, kejayaan PGU5.0 adalah hasil pengorbanan para petugas yang bertungkus lumus siang dan malam, bahkan ada petugas keselamatan yang tidak balik tidur di rumah sejak 28 September lagi. Beliau yang juga meruapakan Pengarah Persiapan PGU5.0 berkata, kesan yang paling ketara, hasil penganjuran program besar PGU itu adalah dapat menggerakkan tenaga petugas DUN Jabi. Katanya beliau telah diberitahu oleh seorang petugas 'orang lama' DUN Jabi bahawa suasana para petugas keluar untuk membantu kerja-kerja persiapan umpama sewaktu di ambang kemenangan PAS pada pilihanraya umum tahun 1999. "Ada seorang tua datang berjumpa..... dia berkata.... dia tengok suasana orang (para petugaas) keluar (membantu) kerja, serupa dengan (suasana) masa kita (PAS) nak menang pada tahun 1999,"katanya. Beliau berkata, kesepakatan tenaga petugas DUN Jabi bagi menjayakan program PGU5.0 turut menerima respon dari musuh PAS, Umno, kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan bagi memastikan PGU5.0 berjaya dianjurkan. Turut berucap dalam majlis tersebut adalah timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Abdul rashid dan ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim. |
Mursi kekalkan jawatan ketua Pendakwa raya Posted: 13 Oct 2012 05:25 PM PDT 28 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KAHERAH 14 Okt. - Presiden Mesir, Mohammed Mursi semalam bersetuju untuk mengekalkan kedudukan Abdel Meguid Mahmud sebagai Ketua Pendakwa raya negara ini selepas memecatnya Khamis lalu. Persetujuan itu sekali gus menamatkan konflik antara mereka yang membangkitkan kemarahan ramai hakim. Mursi sebelum ini membuat keputusan melantik Abdel Meguid sebagai duta Mesir ke Vatican dan ia ditentang Mahmud yang berkeras untuk tidak mengosongkan jawatannya. Timbalan Pendakwa raya Mesir, Adel Said menyifatkan kejadian itu adalah disebabkan salah faham ekoran pelantikan Abdel Meguid sebagai duta Mesir di Vatican. - DPA/AFP |
Anak bekas Presiden Kyrgyzstan ditahan tuduhan penipuan Posted: 13 Oct 2012 05:18 PM PDT 28 Zulkaedah 1433H. [MOD] - LONDON 14 Okt. - Anak kepada bekas Presiden Kyrgyzstan telah ditahan di Britain atas satu tuduhan penipuan di Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa di sini, semalam. Maksim Bakiyev, 34, ditahan oleh pegawai Scotland Yard, kelmarin ekoran satu permintaan ekstradisi oleh AS. Menurut polis, Bakiyev secara sukarela menyerah diri di sebuah balai polis di London setelah didakwa terbabit dalam satu skim haram bagi menjual minyak kepada pangkalan udara AS di Kyrgyzstan. - DPA |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan