Ahad, 14 Oktober 2012

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Taujihad PRU 13 oleh YB Ustaz Mohd Nor

Posted: 13 Oct 2012 06:12 PM PDT


Assalamualaikum. Untuk tontonan semua, taujihad YB Ustaz Mohd Nor pada 12hb Oktober 2012 kepada petugas-petugas PAS di Kemasik. Semoga mendapat manafaat kepada yang ingin mencari kekuatan menghadapi PRU 13 ini insyaAllah.
 
 
 
 

Desak SPRM siasat Umno Sabah

Posted: 13 Oct 2012 10:06 AM PDT

Marang : Dewan Pemuda PAS Terengganu hari ini mendesak SPRM menyiasat secara terperinci dan menyeluruh berkenaan dana yang dikatakan diperolehi Umno Sabah sebanyak RM40 juta baru-baru ini.
Ketuanya Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata perkara ini bukan perkara kecil kerana ianya sendiri diakui oleh menteri Umno.
Beliau kemudiannya menyatakan bahawa inilah caranya Umno terus kekal berkuasa iaitu dengan mendapat dana asing.
"Mereka berhelah dengan mengatakan bahawa PR mendapat dana asing sedangkan kes ini membuktikan sebaliknya.
Kita mendesak SPRM agar menyiasat perkara ini, kerana berkemungkinan dana itu datang dari mereka yang berkepentingan," ujarnya.
Ustaz Mohd Nor melahirkan kebimbangan berkenaan penglibatan pihak asing ini dengan monopoli dan penguasaan kuasa asing terhadap kepimpinan negara dan menjejaskan hala tuju kehidupan rakyat.
Menurut beliau lagi, tindakan Umno ini bercanggah dengan aspirasi rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih.
Malah hal ini katanya menunjukkan perbezaan yang jelas antara PAS dan Umno.
"Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am sanggup disiasat oleh SPRM bagi membuktikan kerajaan mereka bersih dari penyelewengan.

Sedangkan Najib, dia tak mahu mendedahkan siapa penyumbang wang kepada Umno Sabah dan menganggap perkara itu biasa dalam politik," tambah beliau lagi.
Dalam laporan beberapa buah portal berita, seorang usahawan berbangsa cina yang dikenali sebagai Micheal Chia telah ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong.
Beliau didapati membawa sejumlah wang sebanyak RM40 juta dalam bentuk matawang Singapura dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menuju ke Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain mengenai laporan pertemuan antara PM dan George Soros, beliau menegaskan inilah rupa sebenar Umno.
"Dulu PM kata sebuah NGO mendapat dana dari Soros, bekas PM pula kata satu undi kepada pembangkang, bermakna satu undi kepada Soros.
Tapi bila ada laporan yang mengatakan bahawa PM juga ada bertemu dengan Soros, dia kata tak ada apa-apa.
Mungkin kita boleh kata satu undi kepada BN bermakna satu undi untuk Soros?," tanya beliau sinis.
Beberapa hari lalu dalam laporan berita, dinyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ada bertemu dengan George Soros, namun Perdana Menteri kemudiannya menyatakan pertemuan itu adalah atas permintaan Soros.
Oleh itu beliau mengajak rakyat untuk melakukan perubahan dan memilih PR dalam PRU akan datang agar PR dapat mendirikan kerajaan yang bersih dan telus.

Janji ditepati : Pergi hajipun kena tipu?

Posted: 13 Oct 2012 09:45 AM PDT

Kemasik : Rakyat Terengganu diminta memikirkan adakah benar BN yang mengaku membuat janji dan menepatinya atau sekadar gimik bagi menipu rakyat.
Gesaan ini dibuat oleh Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika menyampaikan ceramah ringkas dalam majlis Hi Tea bersama pengundi-pengundi di UPU Air Jernih, Kemasik baru-baru ini.
Ini menurut beliau terbukti apabila jemaah haji yang satu masa dahulu dijanjikan 12 penerbangan terus pada tahun ini hanya mendapat dua penerbangan terus sahaja dari Terengganu ke Madinah dan Jeddah.
"Orang nak pergi hajipun kena tipu. Dulu kata nak bagi 12 penerbangan (terus) tahun ni, tapi hanya dua saja penerbangan terus saja.
Satu penerbangan pada 29hb September dan satu lagi pada 9hb Oktober kalu saya tak silap," kata beliau.
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said dilaporkan berkata ketika dalam satu majlis menandatangani MoU dengan Saudi Airlines pada 14 April lalu, untuk mendapatkan 12 penerbangan terus dari Terengganu ke Madinah dan Jeddah.
Tahun lalu sebanyak lapan penerbangan terus telah dilakukan dan kesemua penerbangan itu akan menggunakan pesawat Airbus 350.
Seterusnya Ustaz Mohd Nor mengingatkan pengundi-pengundi tentang duit royalti petroleum yang dijanjikan akan dibayar kembali pada kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu oleh BN dahulu, sehingga sekarang masih belum diperolehi.
Malah menurut beliau lagi, kerajaan negeri dibawah pimpinan Dato Seri Ahmad Said juga telah menggugurkan saman terhadap Petronas dan menyelesaikan di luar mahkamah serta menolak untuk dibincangkan di dalam sidang DUN.
"Jadi tuan-tuan fikir sendirilah,adakah janji ini ditepati atau apa," tanya beliau.
 
Program Hi Tea yang dianjurkan oleh UPU Air Jernih itu juga turut dihadiri oleh beberapa wakil masyarakat cina disebalik tohmahan yang dibuat oleh BN dengan menakut-nakutkan bukan Islam dengan isu hudud.

Tiada ulasan:

Nuffnang