:: cina islam | 2011 :: |
- Henti tindakan zalim kepada warga pendidik
- Qatar umum pelan pembinaan semula Gaza
- Kedudukan Kewangan Selangor Diiktiraf Antara Terbaik
- Pelajar Saudi di AS lancar kempen Nabi Muhammad
- Pastikan RM250 juta NFC Dikembalikan, KEADILAN Cadangkan Kenakan "Jaminan Peribadi"
- AES: Pemuda PAS Sabah puji P Pinang dan Kelantan
- AES: Kereta lembu pun lebih laju dari itu
- Mursyidul Am: Umno macam musang jaga reban ayam
- Budak koma jatuh tingkat 4
- Buah labu terbesar dunia milik Wallace
- Siasat wang seludup RM40 juta Umno Sabah
- Audit 2011 bercanggah dengan prinsip wasatiyyah
- Rumah: Umno, Utusan terperangkap fitnah jahat
- Tangguh AES: Pusat wajar contohi P Pinang, Kelantan
- Saya akan tanggungjawab serangan Benghazi - Clinton
- “HALANGAN KECEMERLANGAN UMAT ISLAM”
- Umno: Kerajaan Pulau Pinang aniaya Bumiputera
- Orang Asli demo lagi, serah MB Pahang memo
- Dipukau wanita berjubah hitam
- Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu
- Bayi didera mati di pangkuan ibu
- Tergamam lihat gajah besar
- Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera
- Akhirnya Pensyarah Hina Rakyat Kelantan Mohon Maaf Secara Terbuka
- Dua Buah Ferrari Berkecai di Lebuh Raya
| Henti tindakan zalim kepada warga pendidik Posted: 18 Oct 2012 01:35 AM PDT 2 Zulhijjah 1433H. [MOD] - |
Presiden Pendidik Normala Sudirman berkata, wujud penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya di peringkat Jabatan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pentadbir sekolah iaitu pengetua dan guru besar.
Malah katanya, Kementerian Pelajaran seolah-olah gagal mengawal pegawai-pegawai tertinggi dari segi penurunan kuasa, pelaksanaan peraturan dan prosedur dalam melaksanakan tindakan.
Menurut Normala, beberapa kes telah dikenal pasti, antaranya seorang guru Omar Bakar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Perah, Parit Perak telah dibuang kerja hanya kerana tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Pelajaran Perak menukarkannya ke SK Sungai Samak Hutan Melintang.
"Beliau tidak setuju kerana tidak tahan menurut arahan bertukar sebelum ini sebanyak lima kali. Beliau diarahkan bertukar pada 16 Jun 2006 namun beliau telah dibuang kerja ketika kesnya masih dalam proses rayuan supaya tidak dipindahkan," katanya.
Kes kedua katanya, melibatkan suami isteri yang meraikan rakannya yang merupakan ahli keluarga Adun Paroi (PAS) datang menziarahi dan minum petang dirumahnya.
"Kedua-dua mereka Abdul Latif Aminon dipindahkan dari SMK Felcra Bukit Kepong Muar ke SMK Kota Masai Pasir Gudang dan isterinya Hasmah Mohamad Jaiz dari sekolah sama ke SMK Kota Masai 2 pada Febuari 2011," katanya ketika dalam sidang media di lobi Parlimen.
Malah katanya, ada kes yang cukup memalukan apabila seorang guru ditumbuk dan diterajang pada Hari Guru 16 Mei 2012 di hadapan pelajar sekolah.
Guru terbabit, Azman Mohamad Nadzir, katanya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri, lebam di bahagian badan serta anak matanya akibat diserang oleh seorang guru yang merupakan penyokong Umno di sekolah yang sama.
Jelas Normala, wujud sikap 'double standard' dalam pelaksanaan tindakan terhadap guru-guru yang menyokong parti pembangkang tetapi di satu pihak yang lain, penglibatan guru-guru dalam politik dan memegang jawatan tidak pula dikenakan sebarang tindakan bahkan terus dipertahankan.
Sehubungan itu, Pendidik meminta kerajaan mengambil tindkan tegas terhadap pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PPD dan sekolah yang bertindak tidak profesional tidak mengikut prosedur dan mengikut telunjuk orang politik Umno BN yang ada agenda tertentu.
Pendidik juga mencadangkan agar kementerian membentuk satu jawatankuasa bebas di bawah Parlimen bagi menangani dan mengendalikan kes-kes penganiayaan yang melibatkan guru.
Ekoran itu, Pendidik turut menyerahkan memorandum 'Desakan Menghentikan Tindakan Tidak Profesional ke atas Warga Pendidik' kepada wakil Ahli Parlimen Kota Raja dan Sik, Dr Siti Mariah Mahmud dan Che Uda Che Nik.
Qatar umum pelan pembinaan semula Gaza
Posted: 18 Oct 2012 01:33 AM PDT
Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Qatar akan memulihkan semula infrastruktur di Gaza.
Projek yang diumumkan oleh Duta Qatar, Mohammed Al-Amadi akan dimulakan dalam tempoh tiga bulan dan ia memerlukan kerjasama dari Israel serta Mesir bagi membenarkan jentera berat dan bahan binaan dihantar ke Gaza.
Al-Amadi berkata, segala rancangan telah diatur dengan teliti dan ia akan dimulakan dengan projek pembinaan lebuh raya di sepanjang pesisir pantai Mediterranean.
"Mengikut dasar kami, selepas kesemua projek pemulihan infrastruktur ini selesai, ia akan diserahkan kepada kementerian berkaitan. Dasar ini telah diguna pakai sebelum ini dan Gaza tidak terkecuali.
Keputusan kami untuk memberikan bantuan dana kepada Gaza juga bukan atas pengaruh politik kerana projek itu sebenarnya lebih memberi manfaat kepada penduduk," jelasnya.
Di bawah projek pemodenan Gaza tersebut, sebanyak tiga jalan utama akan dipulihkan, sebuah bandar baru akan diwujudkan termasuk hospital dan kediaman selesa untuk penduduk.
Kedudukan Kewangan Selangor Diiktiraf Antara Terbaik
Posted: 18 Oct 2012 01:11 AM PDT

Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi negeri Selangor seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Kerajaan Selangor telah mencapai beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek antaranya;
1. Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan
2. Sembilan daripada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung
3. Peningkatan wang pelaburan pada 2011 sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM 928.61 juta. Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun ke lima berturut-turut
4. Peningkatan hasil sebanyak RM62.50 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011
5. Kumpulan Wang Disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada tahun 2010
6. Pembayaran hutang awam sangat baik
7. Projek pembangunan sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus.
Mengenai Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), kita faham dengan kerisauan Barisan Nasional (BN) terutama bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang telah melalui pengalaman buruk apabila Amanah Saham Selangor (ASAS) terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian teruk sehinggakan kerajaan Selangor ketika itu memperuntukkan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham.
Kita menggunakan kepakaran bagi menyelesaikan kerisauan yang ditunjukkan oleh pemimpin Barisan Nasional ini. Kita telah membuat kajian keberkesanan TAWAS dan menubuhkan tabung dana untuk menguruskannya. Kita hanya membayar RM70 setahun untuk seorang peserta dan mereka ini akan mendapat RM1,500 selepas berumur 18 tahun.
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang menguruskan Skim TAWAS ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan. Justeru, dakwaan Khir Toyo bahawa skim ini akan lingkup adalah tidak berasas kerana YAWAS mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk perbelanjaan operasi.
Bagaimanapun, YAWAS mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang. Dari 2008 hingga 2011, YAWAS telah menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini telah meringankan kos operasi.
Mengenai dakwaan bahawa skim ini tidak menarik minat kerana hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar adalah tidak tidak berasas. YAWAS tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan memberikan statistik kelahiran yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor kepada YAWAS.
Jumlah 313,706 kelahiran pada 2011 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warga negara atau bukan warga Selangor. YAWAS mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar Skim ini. YAWAS menjangkakan pencapaian pendaftaran ialah 33.5% dan bukan 19.4%.
Mengenai Sijil Simpanan Tetap lewat dikeluarkan adalah kerana pihak bank menghadapi kekangan dari segi pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah. Pihak bank telah meminta YAWAS menghentikan penghantaran sehingga mereka selesai memproses Sijil Simpanan Tetap yang tertunggak.
Sehingga Mei 2012, jumlah pembayaran kepada bank telah meningkat kepada RM4,159, 700 yang melibatkan 41,597 ahli. Seramai 24,473 telah menerima Sijil Simpanan Tetap, 16,748 masih dalam proses dan terdapat 30,000 permohonan yang menunggu giliran untuk dihantar kepada bank.
Pihak bank telah memaklumkan kes tertunggak hampir disiapkan dan bank bersedia untuk menerima penghantaran baharu untuk diproses. Perkara-perkara ini telah dimaklumkan kepada juruaudit ketika proses pengauditan dijalankan di pejabat YAWAS.
Kerajaan Selangor menerima baik teguran ini dan akan terus memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban di samping memastikan dana awam diguna dengan sebaiknya untuk kebajikan rakyat.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Pelajar Saudi di AS lancar kempen Nabi Muhammad
Posted: 18 Oct 2012 01:03 AM PDT
RIYADH: Sebagai reaksi kepada filem yang menyinggung umat Islam Julai lalu, enam pelajar Arab Saudi di Amerika Syarikat telah memulakan inisiatif untuk membiasakan orang ramai dengan watak sebenar Nabi Muhammad SAW, dengan cara yang bertamadun dan tidak konvensional.Pelajar di University of Dayton, Ohio, telah melancarkan satu projek dengan cara yang mereka gambarkan sebagai "inovatif dan bertamadun, untuk memberi gambaran sebenar Nabi, tidak seperti yang digambarkan oleh orang-orang yang bertujuan untuk menghina baginda," ujar Abdul Muhsin Abdul Kareem, antara pelajar yang melancarkan inisiatif tersebut.
Dalam temu bual telefon dengan Asharq al-Awsat, Abdul Kareem berkata: "Kami menyediakan mawar yang berlabel 'Who is Muhammed', dan di sisi lain label terdapat biografi ringkas Nabi SAW, dan pautan ke sebuah laman web yang mengandungi maklumat yang lebih luas dan terperinci".
Pelajar-pelajar tersebut meletakkan lebih daripada 200 kad di tengah-tengah satu kalungan bunga ros, dan mengedarkannya di seluruh universiti dengan bantuan Kelab Arab Universiti Dayton. Kumpulan ini meluangkan beberapa hari sebagai persediaan projek tersebut, dan membeli bunga ros dengan jumlah yang besar.
Abdul Kareem menjelaskan bahawa "Kami berusaha untuk memberi gambaran positif pelajar Saudi yang belajar di luar negara, dan pada masa yang sama kami mahu secara praktikal menyokong Nabi SAW dan umat Islam".
Ahmed al-Safran, yang turut mengambil bahagian dalam projek itu berkata: "Kami mengambil pendekatan yang menarik untuk membiasakan orang ramai dengan Nabi SAW, dengan menyampaikan bunga dan hadiah. Ini membuatkan mereka tersenyum, budaya Amerika sangat menerima pendekatan seperti ini ".
Inisiatif itu disertakan dengan gambar-gambar yang dihantar di di rangkaian sosial, dan ia telah menarik minat pelbagai pihak. Ahli pasukan yang lain; Mohammed al-Manea, Adib Luhaidan, Yusuf al-Rumaih dan Abdullah al-Shammari, berjaya untuk mendapatkan pelajar-pelajar lain untuk mengambil bahagian di negeri dan bandar lain, dalam usaha untuk menyebarkan inisiatif tersebut dan menerapkan idea yang sama di universiti mereka sendiri.
Filem yang menghina Nabi Muhammad mencetuskan kemarahan di seluruh dunia Islam yang menyebabkan berlakunya protes di Libya, Mesir, Pakistan dan lain-lain negara Islam.
Pada masa yang sama, belia dari negara Arab, Islam dan Barat menghasilkan siri klip video untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai watak Nabi Mohammed SAW yang sebenar dan sifat sebenar Islam.
Mereka menyiarkan klip-klip tersebut di YouTube dan lain-lain laman web rangkaian sosial, menggunakan kaedah sama yang digunakan oleh penerbit filem hina Nabi. (Asharq Al-Awsat)
harakah/-
Pastikan RM250 juta NFC Dikembalikan, KEADILAN Cadangkan Kenakan "Jaminan Peribadi"
Posted: 18 Oct 2012 01:00 AM PDT
Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:
1. Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;
2. Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;
3. Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;
4. NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi.
Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.
Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan "jaminan peribadi" ("personal guarantee") terhadap Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan dan disita.
Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh dipadamkan).
KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
16 Oktober 2012
AES: Pemuda PAS Sabah puji P Pinang dan Kelantan
Posted: 18 Oct 2012 12:43 AM PDT
KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini memuji langkah Pulau Pinang dan Kelantan yang menangguhkan pemasangan dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik. Apa yang dilaksanakan oleh kedua-dua buah negeri ini merupakan adaptasi atau contoh kepada apa yang diperkatakan iaitu negeri 'berkebajikan dan utamakan rakyat dalam setiap agenda', kata ketuanya, Lahirul Latigu.
Selain itu, pihak DPPNS turut mempertikai tindakan Kementerian Pengangkutan yang mempertahankan pemasangan sistem tersebut biarpun mendapat tentangan dan kritikan sama ada di kalangan pemimpin UMNO/ Barisan Nasional mahupun pihak Pakatan Rakyat.
Ini jelas bahawa, kementerian tersebut tidak mengendahkan suara pemimpin yang dilantik rakyat sekaligus merendah-rendahkan martabat Dewan Parlimen selaku penguasa penuh dalam setiap keputusan terhadap rakyat, katanya.
AES di Sabah
Sementara itu, Sabah turut menjadi lokasi pemasangan sistem berkenaan di mana 21 kawasan seluruh Sabah yang menjadi lokasi strategik bagi pemasangan sistem berkenaan. DPPNS berpandangan bahawa, pemasangan sistem di negeri ini adalah satu tindakan yang tidak membawa apa-apa kesan terhadap pembangunan prasarana di negeri ini.
Rakyat Sabah, jelasnya, sudah terlalu kerap dijanjikan imbuhan serta pembangunan, tetapi adakah semua rakyat Sabah mengecapi kemakmuran berkenaan.
"Buat apa dipasang sistem AES, sedangkan jalan-jalan raya di Sabah boleh disifatkan terlalu teruk dan mundur ke belakang.
"Apakah kiranya, rakyat Sabah diminta bersabar lagi seperti mana suruhan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang meminta rakyat Sabah bersabar?" soalnya.
Bagi beliau, Kementerian Pengangkutan sebenarnya boleh memahami situasi berkenaan dan tidak hanya menjadikan wang dan kuasa sebagai tonggak segala-galanya.
"Kementerian Pengangkutan boleh sahaja datang untuk melihat sendiri keadaan jalan di Sabah lantas mengeluarkan perbelanjaan untuk menaik taraf sistem pengangkutan di Sabah ini.
"Sudahlah untuk menipu rakyat Sabah dengan laungan 'rakyat didahulukan' sedangkan pencapaian untuk rakyat tidak diendahkan," tambah beliau.
Oleh yang demikian, pihak DPPNS menggesa Kementerian Pengangkutan untuk menangguhkan dahulu pemasangan dan penguatkuasaan sistem ini sementara menunggu titik persetujuan diantara semua pihak – rakyat, kementerian dan pihak terbabit.
DPPNS turut menggambarkan akan menangguh serta memansuhkan penggunaan AES ini di Sabah sekiranya berjaya memerintah negeri ini.
Apa yang penting ialah, hak dan keadilan rakyat menjadi keutamaan di samping keselesaan serta kemakmuran yang perlu dikecapi rakyat Sabah.
AES: Kereta lembu pun lebih laju dari itu
Posted: 18 Oct 2012 12:12 AM PDT
KUALA LUMPUR: Rakyat khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun ianya ditentang oleh pengguna jalanraya.Justeru, PAS mengingatkan betapa slogan "Rakyat Didahulukan" hanyalah slogan kosong tanpa makna.
"Kalau Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ini, katanya kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km sejam dan ianya sangat tidak masuk akal.
"Kereta lembu pun lebih laju dari itu," ujarnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya PAS meminta rakyat yang tidak berpuas hati menjadikan peti undi bagi mengajar kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.
Menurutnya, lebih lama masa diberi kepada BN memerintah, lebih banyak tekanan kepada rakyat terbanyak.
Bayangkan, ujar beliau kalau hanya dalam masa 8 hari, 63,558 saman dikeluarkan walaupun kamera baru dipasang di beberapa lokasi sahaja.
"Kalaulah ia dipasang di seluruh negara, ia akan menjadi sumber pendapatan utama negara, mengatasi minyak dan gas, bezanya ia datang daripada poket rakyat sendiri.
"Kalau budaya kerajaan berniaga dengan rakyat ini tidak dibendung, sudah pasti ekonomi rakyat akan terjejas, dan ini akan mengundang pelbagai gejala negatif yang lainnya," katanya.
PAS, ujarnya mengingatkan bahawa bagi mengatasi kemalangan jalanraya, bukan hanya faktor kelajuan mesti difokus, sebaliknya keadaan jalan, perjalanan jarak jauh yang banyak, kurangnya kemudahan rehat dan rawat, kekurangan pengangkutan awam yang efisyen yang menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya, sikap pemandu serta tanda jalan yang tidak mengikut peraturan turut menyumbang peningkatan kemalangan.
"PR telah tegaskan sistem ini akan disemak semula andainya kami diberi mandat menerajui kerajaan selepas PRU akan datang. Bahkan terdapat pelbagai lagi peraturan yang tidak munasabah, zalim, dan menindas rakyat akan diteliti semula.
"Beri kami satu peluang untuk buktikan," ujarnya.
harakah/-
Mursyidul Am: Umno macam musang jaga reban ayam
Posted: 18 Oct 2012 12:04 AM PDT
KUALA LUMPUR: Permintaan Umno supaya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur sama seperti musang meminta menjaga reban ayam.Demikian kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad ekoran tiba-tiba pemimpin Umno, Utusan Malaysia, bekas pemimpin PAS yang kena pecat Datuk Dr Hassan Ali, Datuk Nakhaei Ahmad yang keluar daripada PAS menyuruh Tuan Guru Nik Aziz berundur daripada jawatan Mursyidul Am PAS.
Katanya, tidak pernah berlaku di dalam mana-mana organisasi mereka yang bukan ahli hendak menentukan kepimpinan di dalam sebuah organisasi.
Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang matang sesuai dengan usianya sudah menjangkau 61 tahun tentu tahu apa yang PAS putuskan.
"Tiba-tiba musuh PAS sedih kerana Tuan Guru Nik Aziz mencemar perjuangan Islam PAS.
"Sejak bila pula Umno dan media Umno iktiraf PAS sebagai parti Islam? Bukankah selama ini Umno mengatakan PAS bukan parti Islam," kata beliau dalam satu kenyataan.
Pujian itu, ujarnya seperti kata-kata Saidina ALi Karramallahuwajhah "Kalimah itu betul, maksud yang dikehendaki batil", ertinya puji ada makna yang tersirat.
Justeru, ujarnya tidak perlulah Umno cuba hendak melaga-lagakan pemimpin PAS kerana semua keputusan PAS bukan diputuskan oleh seorang, sebaliknya dimesyuarat terlebih dahulu.
Beliau menambah, agenda peribadi tidak akan diterima di dalam PAS.
"Tuan Guru Nik Aziz masih diperlukan di dalam barisan pimpinan PAS. Beliau tetap menjadi ikon, segala buah fikirannya tetap segar yang boleh menggoncang kuasa kerajaan BN.
"Beliau telah berjaya menunjukkan kepada masyarakat PAS bukan semacam Umno, meletakkan orang agama hanya untuk membaca doa tahlil dan marhaban sahaja," katanya lagi.
Menurutnya, mulut penuh dengan "sagon" yang tidak mampu untuk menegur kemungkaran dan penyelewengan oleh kerajaan sedangkan Tuan Guru Nik Aziz telah memimpin perubahan di dalam pentadbiran negeri kemudian idea itu ditiru oleh kerajaan BN.
Beliau berkata, antaranya ialah cuti dua hari, rumah 3 bilik, pinjaman tanpa faedah, pajak gadai Islam, penggunaan dinar.
"Jika pemimpin Umno dan media Umno kononnya hendak membela PAS dengan meminta supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur kerana beliau telah terkeluar daripada dasar PAS.
"Permintaan Umno ini sama seperti musang meminta supaya menjaga reban ayam," ujarnya sinis.
Posted: 17 Oct 2012 11:59 PM PDT

Buah labu terbesar dunia milik Wallace
Posted: 17 Oct 2012 11:55 PM PDT

Siasat wang seludup RM40 juta Umno Sabah
Posted: 17 Oct 2012 11:53 PM PDT
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berkata, walaupun Perdana Menteri sendiri merestui pemberian wang tersebut sebagai sumbangan politik tetapi keraguan di kalangan rakyat menyatakan wang itu milik Ketua Menteri Sabah.
"Sudah terbongkar penyeludupan wang itu, terus dikatakan ia sumbangan untuk parti, kalau tidak diketahui umum adakah ia dikatakan milik parti atau hak sendiri," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Apa yang diragukan, katanya, SPRM masih belum menyiasat perkara ini sebaik sahaja Perdana Menteri memberi perlindungan kepada Ketua Menteri Sabah.
Beliau berkata demikian selepas tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam sesi soal jawab berhubung perkara itu.
Tan Kok Wai turut menjelaskan kos pembinaan bangunan DAP di Pulau Pinang tidak ada kaitan dengan wang dari pihak berkepentingan melainkan ianya adalah sumbangan orang ramai.
"Bangunan kita kira-kira RM3 juta adalah melalui akaun tabung yang telus dan terbuka.
"Wang yang diperolehi melalui kegiatan dan kempen kutipan derma secara terbuka," katanya.
Malah katanya, DAP bersedia memaklumkan secara terbuka akaun mereka termasuklah akaun pembinaan bangunan tersebut.
"Kita cabar parti komponen BN untuk berbuat sedemikian," katanya.
Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua sebelum ini, Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.
Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.
Audit 2011 bercanggah dengan prinsip wasatiyyah
Posted: 17 Oct 2012 10:17 PM PDT
Rumah: Umno, Utusan terperangkap fitnah jahat
Posted: 17 Oct 2012 10:16 PM PDT
UMNO dan Utusan Malaysia terperangkap dengan fitnah jahat dan permainan perkauman bila mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera sebanyak RM33.6 juta untuk membina 10,000 rumah kos rendah dan mampu milik. Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa Akaun Amanah tersebut naik 58% kepada RM33.6 juta.Sebelum ini kerajaan negeri PR dituduh bahawa tidak menubuhkan akaun amanah sedemikian untuk membantu membina rumah untuk orang Melayu/bumi. Sekarang bila fitnah ini dibuktikan, tidak pula minta maaf sebaliknya pusing mendakwa Kerajaan negeri Pulau Pinang menganiayai orang Bumi dan Melayu dengan tidak menggunakan wang tersebut untuk membina rumah mampu milik. Fitnah jahat ini mempermainkan ideologi perkauman untuk menanam kebencian di kalangan rakyat dan mengancan pemimpin kerajaan negeri, khususnya saya sebagai Ketua Menteri.
Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau. Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu 4 tahun untuk mencapainya. RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang.
Sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah berjaya membina 4,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 unit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 unit. Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi.
Maka untuk mengelakkan tuduhan sedemikian, wang kerajaan negeri digunakan dahulu. Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 yunit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta.
Fitnah jahat Utusan dan UMNO terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi PERDA Datuk Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik. Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM3,360 untuk membina sebuah yunit! Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seunit –mustahil dilakukan.
Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik. Ia akan dibukti dengan rumah pangsa dan bukan dengan kata. Kerajaan negeri akan menepati janji bukan macam BN yang masih belum menepati janji yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) di Bertam, Kepala Batas.
330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM7,000 sebulan. Saya difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM5,148,000 ataupun harga RM15,600 seekar.
Selepas proses pengambilan tanah siap, geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23.2 1984. Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah. Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.
Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013. Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?
harakah/-
Tangguh AES: Pusat wajar contohi P Pinang, Kelantan
Posted: 17 Oct 2012 10:14 PM PDT
Saya akan tanggungjawab serangan Benghazi - Clinton
Posted: 17 Oct 2012 10:00 PM PDT
(Duta Amerika selepas diserang di Benghazi, Libya)
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton memberitahu CNN Isnin lalu bahawa dia bertanggungjawab untuk serangan ke atas misi diplomatik Amerika Syarikat bulan lepas di Benghazi, Libya.
"Saya akan bertanggungjawab untuk apa yang berlaku pada 11 September," ujar Clinton dalam satu temu bual semasa lawatan ke Lima, Peru. Beliau menegaskan Presiden Barack Obama dan Naib Presiden Joe Biden tidak terlibat dalam keputusan keselamatan yang berkaitan dengan konsulat.
Serangan ke atas misi Benghazi, dan respons pentadbiran Obama untuk keganasan, telah menjadi satu isu pilihan raya dan komen Clinton muncul sehari sebelum debat kedua antara Presiden Obama dan lawannya, Mitt Romney.Romney berkata kematian Christopher Stevens, duta Amerika Syarikat ke Libya, dan tiga rakyat Amerika lain yang terbunuh di konsulat mendedahkan kelemahan dalam dasar luar Obama. Romney telah menuduh pentadbiran tidak menyediakan keselamatan yang mencukupi untuk diplomat Amerika dan menyalahtafsirkan sifat serangan tersebut.
Dasar luar dianggap sebagai kekuatan Obama, yang dipuji kerana membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dan pengunduran tentera dari perang di Iraq dan Afghanistan.
Kongres telah menambhkan tekanan ke atas Jabatan Negara untuk memberi lebih maklumat mengenai serangan tersebut. Obama dan Clinton telah berikrar untuk melakukan siasatan penuh.
Clinton juga menafikan bahawa pihaknya pada awalnya mengaitkan keganasan tersebut dengan protes filem hina Nabi.
Sentiasa ada "kekeliruan" selepas serangan, ujar Clinton tentang hal tersebut.
harakah/-
“HALANGAN KECEMERLANGAN UMAT ISLAM”
Posted: 17 Oct 2012 09:16 PM PDT
Sidang jumaat yang dikasihi sekalian
1. Jauh Dari Ilmu dan Ajaran Islam Yang Sebenar
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
Umno: Kerajaan Pulau Pinang aniaya Bumiputera
Posted: 17 Oct 2012 09:04 PM PDT
Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tindakan itu juga ternyata menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mempedulikan nasib Bumiputera terutama golongan miskin dan tidak mempunyai rumah.
"Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah mengapa wang itu diperam (disimpan) sahaja tanpa digunakan untuk yang sepatutnya iaitu bina rumah mampu milik dan kos rendah kepada Bumiputera di Pulau Pinang.
"Saya kesal dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri (Lim) yang mengabaikan dan tidak mempedulikan nasib Bumiputera terutama orang Melayu di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda)di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media yang memetik Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd Nor Suhaili Jamali sebagai berkata Guan Eng perlu memberi penjelasan mengenai tindakannya tidak membelanjakan wang Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta bagi membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat.
Mohd Nor dilaporkan berkata wang itu sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat untuk dibina rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi golongan Bumiputera.
Azhar berkata, kerajaan negeri boleh membina lebih 10,000 rumah mampu milik dan kos rendah dengan wang yang terdapat dalam akaun berkenaan tetapi tidak melakukannya.
Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang ditubuhkan pada September 2009 bertujuan mengakaunkan sumbangan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain.
Ia bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah, ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat penduduk Bumiputera. -
Orang Asli demo lagi, serah MB Pahang memo
Posted: 17 Oct 2012 08:49 PM PDT
Wakil JKOASM, Yusri Ahon, 49, berkata, memorandum berkenaan adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf.
Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut.
"Perkara ini membuatkan kami merasakan perlunya kerajaan negeri Pahang dan kerajaan Malaysia membuat sesuatu bagi mengatasi permasalahan ini.
"Masyarakat kami terlebih dahulu wujud di bumi Malaysia sebelum undang-undang digubal tetapi dimanakah hak kami sebagai rakyat.
"Tanah yang kami duduki dan diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat kami dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain," katanya kepada
pemberita ketika ditemui pada perhimpunan itu.
Katanya, melalui memorandum berkenaan pihaknya menggariskan lapan tuntutan yang diharapkan mendapat perhatian kerajaan negeri.
"Antara yang kami mahukan ialah segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat Orang Asli dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami.
"Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat Orang Asli bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat Orang Asli mengikut peta komuniti kami.
"Kami juga meminta pemansuhan dasar pemberi pemilikan tanah Orang Asli yang tidak membawa apa-apa manfaat kepada kami dan dua lagi tuntutan harus diberi perhatian serius," katanya.
Yusri berkata, memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan Orang Asli mewakili kaum mereka di seluruh Pahang.
"Kedatangan kami atas kerelaan sendiri dan tiada hasutan atau kena mengena dengan pihak lain termasuk pembangkang.
"Kami mahu MB sendiri menerima dan meneliti memorandum serta tuntutan yang dibuat demi kebaikan kaum Orang Asli," katanya.
Sementara itu, menerusi perbincangan antara MB dengan wakil Orang Asli berkenaan yang berlangsung selama kira-kira 1 jam itu memberi khabar gembira kepada mereka.
Semua tuntutan yang dibuat diteliti oleh MB dan diperjelas secara terperinci bagi mengelak salah faham berlaku.
Secara rumusannya, ada perkara yang dituntut adalah di bawah pantauan Kerajaan Negeri manakala sebahagiannya pula di bawah Kerajaan Persekutuan.
Antara tuntutan berkenaan juga sudah diberi perhatian dan dibawa ke mesyuarat Exco serta perkara yang di bawah Kerajaan Persekutuan akan dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka turut dijanjikan minit mesyuarat yang telah dibuat melibatkan kes atau kaitan dengan tanah atau wilayah adat Orang Asli akan ditunjukkan kepada mereka sebagai bukti ia sudah diberi perhatian sewajarnya.
Posted: 17 Oct 2012 08:41 PM PDT

Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu
Posted: 17 Oct 2012 08:34 PM PDT
KKerajaan Pusat pimpinan Umno-BN patut merasa malu apabila rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai.
Sikap Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berdolak dalik berkenaan isu lebuh raya itu menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Pusat kerana menafikan hak rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat yang kononnya bermaruah seharusnya berasa malu dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina lebuh raya itu menggunakan derma dan waqaf rakyat.
"Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf untuk memenuhi hak keperluan rakyat membina lebuh raya itu," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Sebelum itu, dalam perbahasan rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembinaan lebuh raya itu.
Bagaimanapun Shaziman berkata, beliau hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang Exco Negeri Kelantan mengenai majlis pecah tanah untuk projek itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan menutup janji Kerajaan Pusat untuk projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-8(RMK-8).
"Kami tidak berpuas hati dengan jawapan menteri itu, dulu Kerajaan Pusat pernah janji pada tahun 1996.
"Oleh kerana kami sedar, jadi PAS Kelantan mengambil inisiatif itu," katanya.
Beliau menambah setakat ini Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengutip RM4juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya itu.
Bayi didera mati di pangkuan ibu
Posted: 17 Oct 2012 08:23 PM PDT

Posted: 17 Oct 2012 08:20 PM PDT
Selamah menunjukkan keadaan pokok kelapa yang ditumbangkan oleh gajah di halaman rumahnya di sini.
Katanya, sebelum ini dia ada menerima amaran daripada rakan-rakan agar berhati-hati kerana kemungkinan besar rumahnya akan didatangi haiwan tersebut kerana ada yang terlihat kelibat gajah ini berhampiran rumahnya di Kampung Kuala Kenau di sini.
Menurut Zulfahmi, dia tidak menyangka amaran itu menjadi kenyataan apabila terlihat dua gajah liar menceroboh kawasan rumahnya sebelum memusnahkan tanaman pisang, kelapa, kekacang dan sebagainya kira-kira jam 2 pagi kelmarin.
"Ketika itu saya dan isteri sedang tidur dan terdengar bunyi bising di luar rumah. Saya cuba memberanikan diri untuk mengintai dan alangkah terkejutnya saya apabila terlihat perut gajah tersebut dari celah dinding rumah.
"Saya dan isteri kecut perut. Ketika itu, kami hanya mampu berdoa agar gajah tersebut tidak naik minyak kerana bila-bila masa sahaja ia boleh meranapkan rumah kami ini," katanya.
Katanya, setiap kali gajah tersebut berjalan dan bergesel di dinding, mereka dapat merasai gegaran rumah tersebut dan jika geseran itu kuat, rumah mereka boleh runtuh sekelip mata sahaja.
"Nak lari pun susah juga kerana salah seekor gajah tersebut berada di depan rumah yang menempatkan motosikal saya. Tambahan pula, hanya jalan itu sahaja yang boleh kami gunakan untuk lari.
"Saya dan isteri hanya boleh bertawakal sahaja agar gajah tersebut merempuh rumah,"katanya.
Bimbang rumah roboh
Isteri Mohd Zulfahmi, Normaizura, Aida Othman, 24, yang sedang sarat mengandung tujuh bulan berharap agar kejadian malam kelmarin tidak berulang lagi.
"Ini pengalaman pertama saya berdepan dengan situasi yang mendebarkan ini. Ketika itu saya hanya mampu berdoa agar Allah panjangkan umur saya dan suami serta selamatkan anak dalam kandungan saya ini.
"Setiap kali terasa rumah bergegar akibat bergesel dengan gajah tersebut, saya rasa cemas kerana ia mungkin boleh merobohkan rumah ini dengan hentaman beberapa kali," katanya.
Sementara itu, nenek mereka, Selamah Long, 72 berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan bersyukur apabila kedua-dua cucunya ini selamat.
"Dahulu memang selalu dengar mengenai gajah di Sungai Lembing ini, namun tidak menyangka haiwan liar itu akan datang ke rumah dan memusnahkan tanaman kami," katanya.
Bagi Ketua Kampung Kuala Kenau, Niyamil Hasaan berkata, sudah banyak kejadian gajah masuk kampung dan meranapkan tanaman penduduk serta berharap agar pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.
"Setahu saya, sejak dahulu lagi ada tiga kumpulan gajah di Sungai Lembing ini iaitu di Sempadan Pahang-Terengganu di Ulu Reman, Gunung Tapis dan Ulu Rengit yang berlegar-legar di sini.
"Saya harap agar pihak Perhilitan dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana ia menimbulkan ketakutan kepada penduduk di sini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan,Khairiah Mohd Shariff berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini dan pemantauan secara berkala telah dilaksanakan di kawasan tersebut bagi menghalang gajah-gajah ini menceroboh di kebun dan juga petempatan penduduk.
Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera
Posted: 17 Oct 2012 08:18 PM PDT
Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.
Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya.
"Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa.
"Tidak lama kemudian saya mendengar riuh rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal tersangkut di atap garaj rumah saya," katanya.
Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit.
"Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya," katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya.
Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian atap garaj rumahnya rosak.
"Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya ini.
"Sebahagian dinding batu roboh, namun bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah garaj tersebut," katanya.
Penunggang motosikal terbabit, Muhammad Fikri Saridan, 16, yang patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikal tersebut sebelum tercampak ke atas atap.
Sinar Harian dimaklumkan, dua rakan sebaya Muhammad Fikri yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap.
Salah seorangnya patah tangan dan masih di rawat di Hospital Jengka manakala seorang lagi cedera ringan.
Akhirnya Pensyarah Hina Rakyat Kelantan Mohon Maaf Secara Terbuka
Posted: 17 Oct 2012 08:07 PM PDT
Benarlah kata orang tua, hati-hati bermain api kelak merana diri. Inilah yang dihadapi Shafiei Rosli. Semalam ( kmarin bagi ore Kelate ) ada menghubungi pihak I ♥ KELANTAN untuk membantunya untuk menyiarkan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Kelantan di mana jua berada.
Hasil konsultasi dengan beberapa admin lain, pihak I ♥ KELANTAN menggariskan prosuder permohonan maaf yang mana mestilah mengeluarkan satu kenyataan rasmi ( bertaip dan bertandatangan beliau sendiri ) untuk dipaparkan disini.
Alhamduillah, beliau mengaku akan kesilapannnya dan tidak akan mengulangi kenyataan berbaur 'hasutan dan anti-Kelantan' di laman FB , ditambah pula atas kapasiti beliau seorang warga akademik Tutor Sambilan di UTM Skudai.
Jika permohonan itu adalah langkah selamat untuk beliau mahu 'menyelamatkan' kerjaya beliau di UTM, sememangnya kami warga Kelantan amat mengecam sekeras-kerasnya. Namun melalui tulisannya, ada menyebut nama Allah pihak kami juga berharap benar-benar beliau meminta maaf atas kapasiti seorang Islam.
Walaubagaimanapun, isu ini sudah sampai kepada orang no 1 UTM, Skudai iaitu Naib Canselor UTM, Prof Zaini Ujang.
Ternyata, ini mempalit seribu kekesalan oleh warga akademik dari seluruh Malaysia terutama warga UTM sendiri atas keceluparan beliau menulis tanpa akal. Pihak I ♥ KELANTAN bukanlah mahu menjadi batu api ataupun membesarkan isu ini. Tetapi, bagi kami isu 'anti-Kelantan' wajar ditentang dan dihapuskan setelah hampir 22 tahun media perdana tempatan menghebohkan hanya keburukan warga Kelantan.
Di Kelantan, kami dididik oleh orang tua kami untuk tidak berdendam walau sejahat mana pun kejahatan yang dibuat kepada kami. Kami perlu bangkit menentang sesiapa saja yang menyiarkan apa-apa artikel ataupun pandangan 'anti-Kelantan' kerana ia ibarat menghina ibu kami, menghina bapa kami, menghina menteri besar kami, dan menghina Sultan Kami.
Ia sebagai pengajaran mana-mana pihak yang masih lagi memainkan isu 'anti-Kelantan' di masa akan datang. Kepada mereka diluar sana yang masih memainkan isu anti-Kelantan jangan biarkan kami rakyat Kelantan mengesan anda. Ingat, inilah padahnya bermain api.
Berikut merupakan kenyataan rasmi Rosli Shafiei, dari Johor berhubung kenyataan anti-Kelantan nya .
Dua Buah Ferrari Berkecai di Lebuh Raya
Posted: 17 Oct 2012 08:02 PM PDT





| You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan