Jumaat, 19 Oktober 2012

.

.


MANTAP tuntut penjelasan syarikat kontoversi Taiwan dibenar melabur di Pengerang

Posted: 18 Oct 2012 03:51 PM PDT



Salahuddin Ayub berkata syarikat CPC Corporation tidak harus diberikan kebenaran melabur dalam projek RAPID di Pengerang. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Badan NGO yang memperjuangkan tanah penduduk Pengerang (Mantap) hari ini menuntut penjelasan kerajaan sama ada syarikat kontroversi dari Taiwan, CPC Corporation diberi kebenaran melabur dalam projek mega pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.
Pengerusi Mantap, Salahuddin Ayub menegaskan, dengan reputasi buruk syarikat itu di negaranya sendiri, mengapa Malaysia memberikan kebenaran kepada syarikat tersebut.
"Walaupun pelaburan mereka besar di Pengerang, berjumlah RM35 bilion, tapi kami membantah syarikat itu melbaur bukan sahaja di Pengerang, tapi di mana-mana tempat di negara ini.
"Kita tidak berkompromi kerana Taiwan sendiri tidak terima (CPC Corp) kerana mereka benar-benar mengakibatkan kesan alam sekitar kepada rakyat Taiwan," kata Naib Presdien PAS itu.
Jelas Salahuddin, walaupun pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) telah sepakat untuk menerima pembangunan, kehadiran syarikat itu bakal memberikan kesan serius terhadap alam sekitar.
"Kita bersetuju tidak tolak pembangunan, tapi jika isu alam sekitar ini tidak diberi keutamaan, kami tidak akan berkompromi," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.
Jelas Salahuddin, tiga faktor yang dipandang serius Mantap dalam isu di Pengerang adalah; tidak menghalau tujuh kampung tradisi; memindahkan perkuburan Melayu dan Cina; dan tidak melanggari aspek alam sekitar dalan menentukan keselamatan penduduk.
"Jika ketiga-tiga faktor ini diambil perhatian, kami terima pembangunan projek (RAPID," ujarnya lagi.
Projek CPC Corp sebelum ini dilaporkan telah ditolak oleh Presiden Taiwan Ma Ying-Jeou pada April lalu, selepas penduduk tempatan dan pasukan penilai alam sekitar menyatakan kebimbangan bahawa kompleks tersebut akan menggunakan terlalu banyak air dan menghasilkan pencemaran yang tinggi.

Tiada ulasan:

Nuffnang