Nuffnang

Suara Sri Andalas

Posted by Tanpa Nama | Posted on 3:14 PTG

Suara Sri Andalas


Perutusan YB Dr Xavier Jayakumar Sempena Hari Malaysia

Posted: 15 Sep 2012 05:45 AM PDT

Salam sejahtera,

Empat puluh sembilan tahun yang lepas, Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Sabah dan Sarawak demi mencapai sebuah impian yang sama demi berkongsi kejayaan dari segi pengagihan hak sama rata kepada semua rakyatnya yang berada samada di semenanjung ataupun di Sabah dan Sarawak.

Pada hari ini kita dapat lihat, impian dan harapan empat puluh sembilan tahun yang lepas masih belum dicapai. Diskriminasi dan pemusatan kuasa yang tidak adil hasil daripada politik sempit terus berlaku. Rakyat Malaysia walaupun telah bebas daripada penjajahan kuasa luar namun masih belum bebas sepenuhnya daripada penjajahan minda. Rakyat terutamanya di Sabah yang kaya dengan hasil semula jadinya masih lagi tidak mencapai taraf hidup yang sepatutnya.

Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, saya mengajak rakyat Malaysia tidak kira samada yang berada di semenanjung ataupun Sabah dan Sarawak supaya beriltizam dan bertekad untuk membawa perubahan kepada negara yang kita cintai ini. Marilah kita menghidupkan kembali impian empat puluh sembilan tahun yang lepas dengan menjadikan negara ini bebas daripada diskriminasi, dapat menikmati sumber kekayaan serta kuasa di negara sendiri secara pengagihan yang lebih adil  dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Perubahan terletak pada tangan anda, ayuh rakyat Malaysia kita jadikan Malaysia ini sebuah negara yang lebih baik.

Selamat menyambut Hari Malaysia. 



YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
ADUN Seri Andalas

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP