Anwar Ibrahim |
PERUTUSAN KHAS OLEH YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2012 Posted: 14 Sep 2012 08:53 PM PDT PERUTUSAN KHAS OLEH YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2012 16 September 1963 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan Sabah dan Sarawak beserta Persekutuan Tanah Melayu — yang merdeka sebelumnya pada 31 Ogos 1957 — membentuk sebuah negara bernama Malaysia. Bertitiktolak dari situ, semangat Federalisme yang dipersetujui bersama sewajarnya menjadi semakin utuh, kuat dan terus dihormati. Ini juga kesempatan untuk kita menyingkap lembaran sejarah, melakar dengan tinta emas pengorbanan para pejuang terdahulu sehingga pembentukan Malaysia. Kita bersyukur kerana berjaya mengekalkan keamanan dan bermulanya asas pembangunan negara. Namun yang dimusykilkan adalah bentuk kecuaian malah penyelewengan dari semangat kelahiran negara yang menjanjikan kesaksamaan dan keadilan. Masih ramai rakyat di Sabah dan Sarawak terpinggir daripada arus pembangunan negara. Rakyat Sabah, misalnya, dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastruktur asas walaupun hampir setengah abad mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963. Justeru, KEADILAN dan Pakatan Rakyat tuntas untuk memastikan keadilan dilaksanakan di setiap negeri dan sejajar dengan semangat Federalisme akan menjamin agihan ekonomi yang lebih adil dan seimbang. Kini sudah tiba masanya untuk seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah untuk bangkit dan melakukan perubahan. Bersama kita jayakan hasrat murni untuk melahirkan sebuah kerajaan yang adil dan saksama demi kebaikan rakyat seluruhnya. Selamat Hari Malaysia! ANWAR IBRAHIM |
Cat Merah,Batu Dan Paku : Cubaan Sabotaj Jelajah #Merdekarakyat Johor Posted: 14 Sep 2012 11:23 AM PDT Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall. “Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki. “Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami. “Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, “katanya. Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah “Kami dapati jalan penuh paku,” kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan. “Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini,” katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum. Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya. Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan