Ahad, 23 September 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADUN Selat Klang menerobosi kehidupan golongan marhaen

Posted: 23 Sep 2012 08:43 AM PDT

AHAD
23/9/12
DUN SELAT KLANG

ADUN Selat Klang meneruskan ziarah ke rumah golongan marhaen, yang sakit, warga emas dan mantan pimpinan masyarakat.
YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Ketua Kampung Delek, Nazir masjid Nurul Amin serta pimpinan PAS menziarahi insan bertuah yang terkejut gembira menerima kedatangan rombongan YB.

Alhamdulillah, daripada tinjauan rakyatnya, YB Dr Halimah  teruja bertemu dengan pakar dodol yang baru masak dodol malam sebelumnya. Hajat  bertemu dengan yang sakit belakang kronik.Mana tahu rezeki sempat makan dodol 30biji kelapa diparut sendiri! Ooops kolesterol macam mana?!

Bertemu mantan siak yang menebas rumput. Isterinya sakit anaemia dan baru baik lymphoma(kanser )

Bertemu pula sepasang suami isteri warga emas yang dua-dua uzur namun pakar 'tepung bubur cha cha'.
 Seterusnya menyantuni seorang wanita beberapa anak kecil yang tinggal bersama ibu mertuanya yang tua. Ini keras sikit. Kami tidak bertemu dengan ibu mertuanya kerana beliau dikatakan pergi rumah anaknya.Beras dan barang dapur tetap diberikan kepada ibunya melaluinya. Mudah-mudahan terbuka pintu hatinya menerima nur ILAHI .amin

Alhamdulillah. dengan terjun terus ke medan lapangan banyak informasi yang boleh diperolehi sebagai ADUN. Tawa tangis rakyat lebih mudah dikesan. Kesunyian hidup pasangan warga emas yang ditinggal anak cucu diselami. Raut muka insan yang kekurangan zat ROHANI juga mengusik jiwa ADUN SELAT KLANG.
 Budaya kerja jentera juga lebih mudah dikenali bila sama-sama menyantuni rakyat.

Mantan imam, bilal, siak,guru, tukang masak dan sebagainya dihiburkan dan dibangkit kenangan manis khidmat bakti mereka. Senyum terukir dibibir.Pasti keceriaan juga menguntum di hati mereka.
Satu penghargaan apabila rombongan wakil rakyat mereka menjenguk tanpa notis. Mereka tidak sempat bersiap hidangan istimewa.Bahkan kole air pun ada yang tidak larat untuk diangkat. YB Dr Halimah bukan lapar. Dahaga kerana panas terik mungkin. Namun tujuan melawat bukan untuk dilayan seperti orang besar biasa.

Kedatangannya untuk meninjau kualiti hidup.Senang susah, sedu sendawa rakyat.....Agar boleh membantu beliau merancang apa lagi usaha yang diperlukan untuk membantu hamba Allah di bumi ciptaanNya ini.Moga diredhai oleh Yang Maha Berkuasa

Tiada ulasan:

Nuffnang