Ahad, 23 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.

Posted: 22 Sep 2012 08:11 PM PDT

Jika kita sayangkan Rasulullah saw dan tidak suka Baginda saw dihina banyakkanlah hadir majlis ilmu, memuliakan majlis ilmu dan menghormati para ulama

DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.

Oleh : al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Ulama dari Syria)
Daurah pembacaan /periwayatan kitab hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi

Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012
Tempat : Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau dan Pondok Tampin

OBJEKTIF DAURAH

Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:
•Menghidupkan tradisi berhimpun bersama ulama' bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu'tabarah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
•Menambah keperihatinan di kalangan penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan penuntut ilmu di negara ini masa kini.
•Meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama'i yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan ijazah, wijadah dan sebagainya.
•Menghasilkan sanad periwayatan hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan menghasilkan sanad yang tinggi (sanad 'aliy) yang dianggap suatu ibadah di kalangan muhaddithin.
•Memberi peluang silaturrahmi di kalangan para penuntut ilmu dan ulama' khususnya ulama' dari luar negara.
JANGKAMASA MAJLIS

Kaedah periwayatan secara mutlak (mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri'nya melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang panjang lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan suatu kitab tersebut dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari hingga ke malam.
SASARAN PESERTA
Oeh kerana syarat periwayatan adalah dalam bahasa Arab, maka penyertaan adalah terhad kepada mereka yang berkebolehan memahami teks Arab. Adalah dicadangkan penyertaan dibuka secara utamanya kepada golongan penuntut ilmu di kalangan pelajar universiti dan madrasah tradisional (pondok), ustaz-ustazah sekolah, guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok.
Tentatif program daurah hadis 2012 ( tertakluk kepada pindaan)

SESI PERTAMA.
KITAB : SAHIH MUSLIM.
TEMPAT: MADRASAH ISLAMIAH (PONDOK TUAN GURU HAJI IBRAHIM BONGEK).
Sabtu 10/11/2012 malam
1.Perasmian
2.Pertandingan Nasyid
3.Ceramah

Ahad 11/11/2012
Pengajian bermula
10 pagi - 1 petang
4.30 ptg – 6.30 ptg
8.30 mlm – 10.30 mlm

Isnin 12/10/2012
6.30 pg – 8.30 pg
11.30 pg – 1 ptg
4.30 ptg – 6.30 ptg
8 mlm – 10.30 mlm

dan seterusnya

TAMAT SAHIH MUSLIM PADA 19 /11/2012

Yuran Pendaftaran : RM200
Penginapan : Asrama disediakan
(bagi yang mementingkan keselesaan, dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan).

Makanan: Disediakan oleh penganjur.
SESI KEDUA
KITAB: TARMIZI.
TEMPAT: PONDOK TAMPIN.
TARIKH : 20/11/2012.
TARIKH TAMAT: 30/11/2012
Yuran penyertaan:
Penginapan : TIDAK disediakan
(bagi yang mementingkan keselesaan, dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan).
Makanan: TIDAK Disediakan oleh penganjur / atau disediakn mengikut keadaan ala kadar termampu.
Syarat-syarat .
1. Berumur 17 tahun keatas.
2. Boleh menguasai bahasa arab atau nahu sharaf.
3. Mempunyai asas-asas pengajian Ilmu-ilmu Agama Islam.
4. Tiada masalah penyakit kronik atau penyakit sosial.
5. Jumlah perserta adalah terhad.

Sebarang masalah sila hubungi urusetia.


Mana utama, turun bendera PR atau selesai masalah rakyat?

Posted: 22 Sep 2012 08:08 PM PDT

Mana lebih patut didahulukan oleh Majlis Perbandaran Seremban serta Majlis Perbandaran Nilai, selesaikan banyak masalah penduduk seperti di bawah ini atau menurunkan bendera-bendera PAS, PKR dan DAP sekitar Seremban, Senawang, Rasah serta Nilai?

Penduduk berang air kumbahan melimpah dalam rumah
22 Sep 2012

Penduduk mendakwa masalah ini sudah berlarutan sejak setahun yang lalu dan sejak enam bulan lepas keadaan semakin tidak terkawal.

SENAWANG: Lapan keluarga dari Taman Tuanku Najihah di sini berang apabila air kumbahan dari lubang tandas di rumah mereka sering kali melimpah dan memenuhi kediaman mereka.
Penduduk mendakwa masalah ini sudah berlarutan sejak setahun yang lalu dan sejak enam bulan lepas keadaan semakin tidak terkawal.
N Sarojah, 58, seorang surirumah berkata walaupun aduan pernah dibuat dengan Indah Water Konsortium Sdn Bhd beberapa kali, tetapi masalah tersebut masih berlarutan.
"Memang ada pekerja dari Indah Water datang dan menjalankan kerja berkaitan di saluran najis utama di luar kawasan rumah, tetapi masalah limpahan air kumbahan dari lubang tandas hanya selesai untuk seminggu dua sahaja, selepas itu air kumbahan tetap melimpah dan membanjiri dapur saya. Keadaan menjadi lebih teruk kalau hari hujan, kerana lagi cepat air kumbahan ini akan melimpah.
"Bayangkan keadaan dapur rumah sudah dipenuhi air najis. Bagaimana hendak bersihkan? Kerana tidak tahan dengan masalah ini saya telah membelanjakan RM2,000 untuk meninggikan paras lantai tandas rumah saya, untuk mengelakkan air ini melimpah masuk ke dalam kawasan dapur,", kata Saroja.
Tiong Fook Moi, 74, pula mengadu salah satu saluran najis utama di taman perumahan itu yang hanya terketak lebih kurang dua meter daripada rumah beliau sering melimpah.
"Ini membuatkan kami hidup dengan keadaan yang tidak selesa kerana terpaksa menghidu bau busuk.
"Tidak kira hari hujan atau tidak, air kumbahan dari saluran bawah tanah ini sering kali melimpah dan mengeluarkan bau yang amat busuk," ujar beliau.
Sementara itu Soo Tian Loo, 70, pula mengadu masalah tembok longkang di hadapan rumah beliau yang runtuh dan longkang tersebut menjadi sarang sampah sarap.
"Tembok ini sudah runtuh sejak enam bulan yang lalu. Maka longkang ini turut tersumbat. Sampah sarap yang dibawa di dalam longkang ini kini tersangkut di bahagian runtuh ini dan menjadi sarang sampah sarap pula.
Ahli Dewan Undangan Negeri DAP-Senawang, P Gunasekaran yang membawa rombongan wartawan meninjau permasalahan dan mengatur pertemuan dengan penduduk setempat berkata, beliau telah mengutarakan masalah yang dihadapi oleh penduduk kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Indah Water.
"Saya sudah lama menulis surat kepada MPN dan Indah Water. Walaupun Indah Water ada menghantar pekerja untuk membuat kerja penyelengaraan tetapi ia tetap tidak menyelesaikan masalah air kumbahan melimpah.
"Saya meminta pihak Indah Water menghantar pegawai mereka dan datang berjumpa dengan penduduk untuk benar-benar memastikan apakah masalah di sini. Indah Water perlu membuat sesuatu agar masalah limpahan air kumbahan ini tidak membelenggu penduduk di sini.
"Sementara MPN pula harus menjalankan kerja-kerja membaiki longkang dengan segera kerana masalah longkang tersumbat ini boleh mengundang masalah pembiakan nyamuk Aedes pula. Saya kesal MPN masih tidak mengambil serius masalah longkang sumbat ini" katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang