Isnin, 24 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kes samun, pecah rumah berleluasa di Lenggeng?

Posted: 24 Sep 2012 12:54 AM PDT


Ada pengunjung blog saya meninggalkan komen yang amat risau keselamatan dia sekeluarga di mana kes samun dan pecah rumah semakin berleluasa di Lenggeng, N.Sembilan. Mungkin pihak berkaitan dapat menyiasat komen tersebut. Saya sebelum ini juga ada mendapat perkhabaran serupa, bahkan diberitakan Masjid Kg Daching yang baru mendapat peruntukan Menteri Besar N.Sembilan sebanyak RM20,000 katanya untuk tukar sistem PA baru telah dicuri sistem PA tersebut tidak lama selepas itu. Jika benar , kita harapkan pihak polis dapat mempertingkatkan rondaan di kawasan tersebut.

Komen pengunjung tersebut seperti di bawah ini :

sy dr kg sesapan batu minangkabau beranang sebelah dari kg daching mengalami mslh yg serupa pd bln puasa yg lalu.pencuri cuba masuk ke rumah pd waktu sahur.kebetulan suami belum tidor lg.

dia sempat ikot jejak pencuri keliling rumah cubaan utk umpil tingkap.

kebetulan bapa saya hj zamzuri merangkap ketua kg dan imam kg serta amil meninggal dunia sebelum bulan puasa.mungkin perompak berkenaan sudah tahu mengenai kematian ayah sy.

alhamdulilah perompak tu tak sempat masuk ke dlm rumah sbb polis beranang smp.perompak tu tinggalkan kayu panjang dan sebatang test pen tersangkut pd frame tingkap.sehingg kini tiada tangkapan dibuat.
   
ape yg merisaukan sy ialah baru2 nih kejadian merompak sgt berleluasa di kawasan beranang hingga ke lenggeng.kali ni perompak dlm bentuk berkumpulan 8 org ramainya.

dgr cerita ade mngsa dibunuh dan dirogol.keadaan ni buat sy sekeluarga ssh nak tido lena.suami pula keje kilang.kalau dia shift mlm tinggallah sy, mak sy serta anak2 dan juga atok dirumah.
   
minta sgt jasa baik pihak berwajib bertindak sesuatu sebelum nyawa org kg melayang lagi..

yang sgt trauma...sarah

MIC NS tuduh kerajaan rampas Tanah SJK Tamil Ladang Senawang?

Posted: 24 Sep 2012 12:36 AM PDT


Air mayat dalam bekalan air paip

Posted: 24 Sep 2012 12:36 AM PDT


Cuba bayangkan jika perkara ini berlaku di Selangor di mana air paip yang dibekalkan bukannya berlumpur tetapi adalah air mayat.

337 penghuni "minum air mayat" tuntut RM100 juta

TAWAU 20 Sept. 2012 - Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Perhatian kepada anggota Jabatan Amal N.Sembilan

Posted: 23 Sep 2012 05:08 PM PDT


JAMBORI AMAL MALAYSIA KE-16

Jambori AMAL Malaysia ke-16 peringkat kebangsaan akan diadakan pada :
Tarikh : 5 ke 7 Oktober 2012 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Pantai Balok, Pahang

Penyertaan : Anggota Unit Amal berumur 18 tahun ke atas.
Setiap anggota ke jambori sila pastikan kelengkapan & persiapan barang cukup dan selamat untuk digunakan.

Untuk pendaftaran nama dan keterangan lanjut sila hubungi Pengarah Amal N.Sembilan Sdr. Izamri di 013-2124086 @ 010-8097879

Patut buat operasi banteras judi siber, bukan turun bendera

Posted: 23 Sep 2012 01:16 AM PDT

Sepatutnya MPS, MPN, PBT dan pemimpin Umno buat operasi banteras judi siber, bukan buat operasi turun bendera PAS, PKR dan DAP

AMK persoal lambakan judi siber
23 September 2012

SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri mempertikai kredibiliti dan tanggungjawab polis dalam usaha menangani masalah lambakan judi siber di negeri ini.

Ketuanya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, pihaknya mempunyai maklumat terdapat banyak premis judi haram masih beroperasi dan ada yang bakal dibuka dalam tempoh masa terdekat.

"Berdasarkan pemerhatian dan aduan diterima, kita mendapati sebanyak 20 pusat judi siber haram beroperasi di Seremban Jaya, di sini.

"Bagitu juga di Simpang Pertang, Jelebu terdapat sembilan premis dan kita turut menerima maklumat bahawa terdapat 12 premis akan dibuka dalam tempoh terdekat.

"Kawasan Bahau juga dijangka akan berlaku penambahan premis judi haram yang mana sekarang sudah ada empat premis beroperasi," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco AMK Pusat, Ramlan Roes dan Exco AMK negeri, Sanjeevan.

Mohd Nazree berkata, lambakan premis judi haram tersebut dikhuatiri akan merosakkan akhlak generasi muda kini.

"Kita ingin persoalkan tanggungjawab polis dalam menangani masalah ini kerana masih terdapat banyak premis judi haram beroperasi.

"Saya percaya mungkin berlaku kebocoran maklumat di peringkat bawahan sehingga polis gagal menangani masalah ini. Namun, usaha giat perlu dilakukan segera agar ia tidak menjadi barah,"katanya.

Sehubungan itu juga, katanya, AMK sedia menjalin kerjasama dengan polis dalam menangani masalah lambakan premis judi haram di negeri ini.

"Kita bersedia berkongsi maklumat dengan polis. Kita sedang mengatur pertemuan dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh pada Oktober ini, dengan niat untuk membanteras masalah judi haram dan menyuarakan kebimbangan rakyat terhadap gejala ini," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang