:: cina islam | 2011 :: |
- Guna satu tangan usahakan nanas madu
- 51 pemilik kenderaan guna cermin gelap disaman
- Suaram, Scorpene, Altantuya dan dana asing
- Sanggup cederakan diri, hantar gambar bogel
- Rusuk tembus kena tanduk lembu
- Iran tuduh Siemens sabotaj program nuklear
- Parlimen: Lajim tidak kekok sebagai ahli Bebas
- Kedah selesai bahagi kerusi, PAS yakin kekal
- Tolak pencabulan demokrasi kampus
- DAP: BN tandus idea, sebar mitos burukkan PR
- SPR Yang Penipu Dituduhnya Pihak Lain
- PAS sokong Himpunan Hijau Lestari Pengerang
- Pertandingan misai, janggut di timur Peranc
- Pimpinan UMNO-BN Bila Pula Nak Mohon Maaf?
- Calon: PAS Pusat yakin budi bicara negeri
- Mogok di Bangladesh kerana filem hina nabi
- Pertemuan muhibbah PAS P Pinang dan gereja
- 'PR angkat bendera putih'
- Laporan Ketua Audit 2012 dikeluar selepas Bajet
- [Jenayah Menurun] Warga emas mati dibunuh di Pekan Pahang
- Gempa bumi sederhana landa selatan Kepulauan Mariana
- Cuba hasilkan salad terbesar di dunia
- Kali ini sangkut
- DBKL Roboh 418 Bilik Jalankan Aktiviti Pelacuran
- Kerjasama Pakatan Rakyat untuk padam ‘mitos’ BN
Guna satu tangan usahakan nanas madu Posted: 23 Sep 2012 10:51 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - MUAR – "Sebelas tahun lalu, saya pernah kecewa kerana tidak boleh terima kenyataan terpaksa kehilangan tangan kanan. "Namun akhirnya, saya dapat menerima kekurangan ini dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai takdir. Ini berkat doa kedua ibu bapa dan keluarga yang tidak henti-henti mendoakan saya sepanjang tiga bulan dirawat di hospital," demikian luahan Abd Razak Aris, 35. Abd Razak kehilangan tangan kanan akibat terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika sedang bertugas sebagai subkontraktor membaik pulih menara pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Rawang, Selangor. Lebih malang lagi, dalam peristiwa hitam itu, Abd Razak turut melecur 70 peratus di bahagian badan dan kesan tersebut kekal sehingga hari ini. Jelasnya, selepas tiga hari dirawat di HKL, doktor pakar memaklumkan tangan kanannya perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman. "Saya menangis kerana terlalu sedih tetapi terpaksa akur dengan hakikat kerana tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri ini," katanya. Katanya lagi, selepas itu dia mengambil keputusan pulang dan menetap terus di kampung halaman di Lorong Kasdon, Batu 16 1/2, Air Hitam, dekat sini. Keseronokan berada di kampung bersama keluarga dan rakan-rakan berjaya melenyapkan kekecewaannya itu. Abd Razak bangkit dengan semangat baru untuk mengusahakan tanaman nanas madu di kampung berkenaan. Kata Abd Razak lagi, bermula dengan tanaman seluas 0.8 hektar, dia tersenyum bangga apabila tanaman yang diusahakannya itu semakin berjaya dengan keluasan kini mencecah hampir tiga hektar. Menurutnya, setiap lot daripada enam lot nanas yang diusahakannya mampu menghasilkan sebanyak 4,000 biji nanas yang dijual tiga pusingan setahun. Menurutnya, meskipun memiliki satu tangan, ia bukan penghalang kepada dirinya untuk mengusahakan tanaman tersebut yang merupakan sumber utama pendapatannya. "Selagi berdaya saya akan terus berdikari tanpa mengharapkan belas ihsan dan simpati daripada orang ramai. "Kepada OKU di luar sana, saya ingin berpesan supaya menggunakan kebolehan dimiliki untuk berdikari serta membina kehidupan yang lebih berjaya," katanya. sinar harian/- | |
51 pemilik kenderaan guna cermin gelap disaman Posted: 23 Sep 2012 10:49 PM PDT JITRA — Penggunaan cermin gelap antara kesalahan paling banyak dilakukan pemilik kenderaan yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dalam Ops Padu 2012 di Plaza Tol Jitra di sini, malam tadi. Operasi bermula pukul 8 malam dan berakhir pukul 12 tengah malam tadi mencatatkan 77 saman dikeluarkan dan 51 daripadanya terhadap pemilik kereta kerana menggunakan cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan manakala sembilan kereta dan sebuah motosikal disita. Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, penggunaan cermin gelap oleh pemilik kereta menjadi ikutan ramai sekarang. "Mereka yang ingin memasang cermin gelap walaupun atas faktor keselamatan atau masalah kesihatan harus merujuk kepada JPJ terlebih dahulu," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. Mengenai operasi malam tadi, beliau berkata antara kesalahan lain yang dikesan ialah tidak memiliki lesen memandu (16 saman) dan cukai jalan tamat tempoh (12 kes).— BERNAMA | |
Suaram, Scorpene, Altantuya dan dana asing Posted: 23 Sep 2012 10:25 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Isu Suaram dengan tuduhan terhadapnya mendapat bantuan dana asing hebat dimainkan oleh pihak BN. Selepas ini tidak tahu apa pula yang akan dihadapi oleh Suaram dan NGO-NGO yang lain yang tidak sebulu dengan pihak yang berkuasa. Najib berkata biarkan pihak yang berkuasa melakukan penyiasatan. Katanya, lagi kurang kita bercakap lagi baik. Tindakan berkuasa terhadap Suaram bukanlah satu isu mengejutkan kerana Suaram membuatkan ada pihak yang 'mandi tak basah dan tidur tidak lena' dibuatnya. Suaram ada isu yang besar yang diketengahkannya dan ia melibatkan pemimpin-pemimpin dan kroninya dalam isu komisyen pembelian Scorpene yang besar itu. Isu komisyen itu menghasilkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, seorang wanita jelita yang dikatakan berkaitan dengan pemimpin besar negara kita. Isu Altantuya tidak dapat tidak terpaksa dibongkar. Isu pembayaran komisyen Scorpene dan Altantuya itu kait mengait dan kedua-dua isu itu tidak dapat dipisahkan jika kita mahu menyiasat salah satu darinya. Siasat satu akan melibatkan lagi satu isu dan kedua-dua isu itu merupakan isu yang akan membabitkan tindakan jenayah pihak-pihak tertentu yang berada di atas persada kuasa negara kita. Jika isu penyaluran dana asing itu benar-benar salah ia mestilah ada peruntukan yang menunjukkan yang penerimaan itu salah mengikut undang-undang kita. Saya bukan seorang peguam dan saya tidak tahu untuk membuat komen terhadap isu penyaluran dana asing itu. Tetapi Suaram mesti teruskan meneliti tentang penyaluran wang rakyat terhadap penerima rasuah dan kroni kepimpinan yang terlibat seperti yang disebut-sebut bukan sahaja oleh kita tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. Isu Scorpene dan Altantuya ini juga satu penyaluran dana dari kantung rakyat kepada kumpulan yang tamak haloba yang sanggup menjahanamkan wang rakyat yang bersusah-payah membayar cukai kepada perbendaharaan negara. Jika Suaram menghadapi isu ini, ia adalah disebabkan tindakannya untuk membongkar penyelewengan dan jenayah negara. Malahan isu yang dibawa oleh Suaram sehingga ke negara Perancis, negara yang membekalkan kapal selam Scorpene itu adalah lebih penting, apatah lagi jika ia membabitkan isu kehilangan nyawa seorang wanita yang berkait dengan pembelian kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat menyelam itu. Orang ramai merasakan oleh kerana ketelusan pentadbiran kerajaan Perancis itu maka tidak ada apa-apa yang akan dilindungi dan ia akan membolehkan kita menyelami segala isu-isu yang berbangkit tentang jenayah yang berlaku dalam skandal besar ini. Rakyat jangan terbawa-bawa dengan tindakan pihak berkuasa di sini kerana tindakan terhadap Suaram itu tidak lain dari isu hendak memalingkan pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu yang sangat sensitif ini. Kita dapati Suaram mendapat sokongan moral dari banyak NGO-NGO tanahair kerana Suaram begitu berani untuk membongkar isu Scorpene ini hingga ke akar umbinya. Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang menyebabkan isu ini timbul dan kenapa sampai ada nyawa yang melayang kerananya. Pembunuh kepada Altantuya telah pun mendapat keputusannya iaitu, mereka dijatuhkan hukuman mati, tetapi apa yang tidak langsung disebut dalam perbicaraan itu ialah 'motive' pembunuhan itu. Kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | |
Sanggup cederakan diri, hantar gambar bogel Posted: 23 Sep 2012 10:19 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUANTAN – Seorang gadis sanggup mencederakan diri serta menghantar gambar bogelnya melalui Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) kononnya untuk mengubati teman lelaki yang diserang penyakit jantung. Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Caroline, 16, berkata, dia mengenali lelaki itu sejak Februari tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan sekolahnya. Namun, sepanjang tempoh perkenalan dengan lelaki itu, mereka tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berhubung melalui telefon. "Lebih setahun saya berkenalan dengan lelaki itu tetapi belum pernah berjumpa. Saya hanya mengenalinya melalui gambar yang dihantarnya melalui MMS. Dalam tempoh perkenalan kami, dia memang seorang lelaki yang baik dan romantik," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, semalam. Katanya, sebelum ini teman lelakinya pernah meminta dia menghantar gambar bogel dan akur terhadap permintaan itu kerana rasa sayang. "Tanpa berfikir panjang, saya memberi gambar yang diminta kerana percaya permintaan itu sekadar suka-suka, tiada niat lain," katanya. Caroline berkata, peristiwa hitam hidupnya bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara teman lelakinya bahawa kekasihnya itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. "Ketika itu, pakcik teman lelaki saya yang turut bergelar 'Datuk' meminta supaya saya MMS gambar bogel bagi mengubati teman lelaki saya. "Selain itu, dia turut memberikan syarat lain iaitu tidak boleh tidur selama enam hari kerana jika saya tidur, teman lelaki saya itu akan mati," katanya. Lebih berani, bapa saudara teman lelakinya itu turut menyuruh Caroline mencederakan diri kerana boleh memberikan alasan didera oleh ibu bapa jika dia keluar dari rumah nanti. "Dia (pakcik) kata, ada makhluk halus yang memerhatikan saya setiap masa, jadi saya kena ikut segala kemahuannya jika mahu teman lelaki selamat. Dia juga ada menghantar MMS gambar lucah teman lelaki saya selepas saya menghantar gambar saya," katanya. Tingkah laku pelik Caroline bagaimanapun dapat dikesan oleh ibunnya yang menyedari dia tidak tidur pada waktu malam. Menurut ibunya yang dikenali sebagai Mei Ling, 35, dia mendapati anaknya tidak tidur dan duduk di biliknya sambil menangis ketakutan. "Ketika ditanya, anak saya menunjukkan telefonnya dan menceritakan apa yang berlaku. "Bimbang dengan keselamatan anak, saya membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan iaitu pada 18 September dan 20 September," katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang berkata, mana-mana remaja yang mengalami masalah yang sama diminta tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. sinar harian/- | |
Rusuk tembus kena tanduk lembu Posted: 23 Sep 2012 10:18 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - MARANG – Gara-gara ternakan berkeliaran, seorang pemuda menjadi mangsa apabila menemui ajal dalam keadaan tragis, selepas terlanggar seekor lembu di Jalan Pengkalan Berangan ke Pulau Kerengga, di Kampung Alur Wan Syed malam kelmarin. Dalam kejadian itu, seorang remaja perempuan yang juga adik angkat mangsa, turut cedera. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa, Tuan Mohd Hazrie Tuan Ismail, 21, menunggang motosikal bersama adik angkatnya untuk keluar makan bersama. Bagaimanapun, mangsa dan adik angkatnya yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai tidak sempat mengelak daripada melanggar lembu yang berada di tengah jalan. Akibatnya, mereka tercampak namun hanya mangsa cedera teruk. "Sejurus kemalangan, mangsa dan adik angkatnya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan oleh ahli keluarga mangsa yang tinggal berdekatan dengan lokasi kejadian," kata anak saudara mangsa yang maut, Mohd Fazli Jaafar, 24. Rusuk kiri mangsa tembus selepas terkena tanduk haiwan itu, manakala pembonceng pula tercampak ke atas jalan dan cedera bahu kanan sebelum mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan. Bagaimanapun, akibat kecederaan parah, anak kelima daripada lapan beradik yang bekerja sendiri dan beralamat dari Kampung Alur Wan Syed itu dipercayai menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan di sini. "Mangsa juga tidak sempat menerima rawatan lanjut manakala adik angkatnya dikejarkan ke hospital besar menggunakan ambulan Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan," katanya. Trauma kes panah petir belum hilang BAGI ibu saudara mangsa, Noor Hayati Mohd Noor, 37, dugaan yang dihadapi sungguh berat untuk ditanggung keluarga. Sebelum ini dia sudah kehilangan seorang anak dan seorang anak saudara akibat dipanah petir di Kampung Felda Cador. Dalam kejadian 14 Ogos lalu itu, anaknya, Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan anak saudaranya, Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, maut disambar petir ketika menemani suaminya mencari lembu hilang di ladang ternakan Kampung Felda Cador. "Hari ini (semalam) saya dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang lagi anak saudara akibat nahas jalan raya. Sedih rasanya sebab belum cukup 40 hari, kami terpaksa hadapi sebuah lagi kematian berlaku dalam keluarga ini," katanya. Ibu bapa mangsa, Tuan Ismail Tuan Senik, 52, dan isterinya, Rohani Wahab, 49, redha dengan ketentuan ILAHI walaupun berat hati mereka untuk menerima kenyataan anak kelima mereka telah pergi buat selama-lamanya. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Berangan kira-kira jam 11 pagi, semalam. Turut hadir, Timbalan Pengarah MTD Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong. Waspada di kawasan gelap SEMENTARA itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dipercayai mati di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan. Beliau mengingatkan penternak tidak melepaskan haiwan peliharaan terutama lembu dan kerbau tanpa pengawasan kerana ia menyumbang kepada kemalangan apabila haiwan berkeliaran di jalan raya. "Pengguna jalan raya juga perlu sentiasa berhati-hati ketika melalui jalan gelap dan dekat kawasan kampung. "Selain haiwan ternakan, binatang liar seperti babi hutan juga biasanya melintas pada waktu malam," katanya. sinar harian/- | |
Iran tuduh Siemens sabotaj program nuklear Posted: 23 Sep 2012 10:16 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - TEHERAN - Iran, kelmarin menuduh Syarikat Siemens di Jerman mengimplan bahan letupan kecil di dalam peralatan yang dibeli oleh negara itu untuk program pengayaan uranium mereka. Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan, Alaeddin Boroujerdi menyatakan pakar keselamatan Iran berjaya menemui bahan letupan tersebut sebelum ia meletup. "Ia sepatutnya meletup selepas dipasang pada sistem dan sememangnya bertujuan untuk memusnahkan program kami, namun kebijaksanaan pakar kami berjaya menggagalkan konspirasi pihak musuh," katanya. Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Siemens berkeras menafikan tuduhan itu. Jurucakap syarikat berpusat di Munich, Alexander Machowetz berkata, Siemens tidak pernah menjalinkan urusan perniagaan bersama Teheran termasuk yang berkaitan dengan program nuklear Iran sejak 1979. -AP | |
Parlimen: Lajim tidak kekok sebagai ahli Bebas Posted: 23 Sep 2012 10:08 PM PDT KUALA LUMPUR: Menghadiri persidangan parlimen bagi sesi ini sebagai ahli Bebas, tidak memberikan sebarang rasa kekok kepada bekas ahli kabinet BN, Datuk Seri Lajim Ukin. Beliau masih meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat biarpun kini sudah tidak berada dalam barisan kerajaan. Bagaimanapun, beliau melahirkan kekecewaan apabila terdapat ahli bebas yang tidak berdisiplin ketika mengikuti persidangan. "Saya kecewa apabila ada ahli parlimen Bebas yang tidak berdisiplin apabila mengganggu ucapan ahli parlimen lain. Sewajarnya, sebagai ahli parlimen bebas, perlu dengar penghujahan dari pihak kerajaan ataupun pembangkang. "Kena ada disiplinlah, kalau kerajaan cakap yang baik, kita sokong. Begitu juga kalau pembangkang hujah yang baik, kita juga sokong," kata beliau merujuk sikap ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan. Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kajian Tempatan itu berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily, di perkarangan parlimen, hari ini. Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana ahli dewan mengamalkan disiplin ketika bersidang bagi memastikan isu-isu penting negara dapat dibincangkan dengan lebih baik. harakahdaily/- | |
Kedah selesai bahagi kerusi, PAS yakin kekal Posted: 23 Sep 2012 10:01 PM PDT ALOR SETAR: "Insya-Allah, saya yakin PAS akan memerintah," kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (gambar) ketika ditanya wartawan berhubung penilaian politik di negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.Beliau juga menjelaskan bahawa tidak ada sebarang masalah dalam pembahagian kerusi di Kedah dan PAS negeri ini telah selesai serta menghantar lebih awal senarai calon kepada PAS Pusat. Namun begitu, Ustaz Azizan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat untuk memuktamadkan calon PAS Kedah yang layak bertanding. "Tidak sesuai saya ulas berkaitan calon PAS Kedah, yang paling layak ialah pemimpin PAS Pusat," katanya ringkas ketika dihubungi semalam. "Saya lebih suka berdiam diri sehingga keputusan rasmi dikeluarkan oleh PAS Pusat. "Saya tidak mahu dilabel 'campur tangan' dalam isu Pusat. Biarlah Majlis Syura selesaikan. Lebih elok saya tumpu pada urusan pentadbiran negeri," katanya. Ditanya sama ada 'pemain import' akan bertanding di negeri ini, Ustaz Azizan secara berseloroh menjawab, bahawa pihak media begitu pandai untuk mengusik, mencungkil dan 'melaga-lagakan' beliau. "Secara asasnya yang menang, kita kekalkan dan lazimnya keutamaan kita beri kepada anak tempatan walaupun kita tidak terhadkan kepada yang lain. "Namun kadang-kadang minit akhir, ada nama yang disenaraikan terpaksa diketepikan disebabkan pelbagai faktor, ada yang tarik diri sebab, ada yang tidak mampu dah dan macam-macam faktor. "Itu semua terserah PAS pusat sebab yang kita mahu ialah kemenangan," katanya. Ditanya sama ada beliau akan bertanding untuk PRU-13 akan datang, jawapan yang sama tetap diberikan kepada media bahawa keputusan itu terletak di tangan PAS Pusat. "Saya sudah pertahankan kerusi di kawasan saya (DUN Sala dan DUN Sg Limau) sejak 1995 sehingga kini, bertanding atau tidak terserahlah kepada PAS Pusat," katanya. Turut ditanya sama ada perbezaan pendapat yang berlaku dalam PAS boleh menjejaskan kemenangan dalam PRU-13 akan datang, beliau memberitahu bahawa PAS sentiasa terbuka dalam hal tersebut tetapi bersatu apabila berdepan dengan lawan yang satu. "Politik ini memang sukar tetapi sampai masanya kita akan bersatu. Memang ada perbezaan tetapi kita beza bukan mengenai masalah pokok. "Parti lain lagi teruk, beza pendapat sampai tukar orang macam MCA dan Gerakan. "Apa yang boleh kita buat ialah tingkatkan prestasi. Saya tidak terlibat rasuah, semua orang suka...kita buat yang terbaik dan yang akan nilai rakyat sendiri," katanya yang mempengerusikan mesyuarat tersebut selama empat jam. harakahdaily/- | |
Tolak pencabulan demokrasi kampus Posted: 23 Sep 2012 09:59 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Kami dengan ini menyatakan sokongan terhadap pendirian dan tindakan para mahasiswa di seluruh Malaysia yang menuntut proses pemilihan perwakilan pelajar atau Pilihan Raya Kampus (PRK) yang telus dan bersih sempena PRK yang bakal berlangsung di kebanyakan universiti di seluruh Malaysia pada 25 September ini. PRK adalah merupakan suatu wahana kemasyarakatan dalam konteks alam kampus yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan berperanan sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab dengan menunaikan amanah melantik kepimpinan melalui proses demokrasi. Justeru, kami menolak segala bentuk perancangan, tindakan dan percubaan oleh sama ada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahupun pihak universiti dalam usaha memenangkan calon pilihan universiti atau 'Pro-Universiti'. Perbuatan ini seumpama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya bersikap adil dalam mengendalikan pilihanraya dan memberi kebebasan hak kepada pengundi untuk menentukan pilihan mereka, TETAPI mereka telah merancang suatu usaha untuk memenangkan calon tertentu. Sekiranya pihak berkenaan telah merancang untuk memenangkan calon tajaan pilihan pihak-pihak tertentu dengan pelbagai bantuan dan pendanaan (sponsorship), maka apalah ertinya dan perlunya sebuah pilihanraya diadakan? Campurtangan seperti ini adalah merupakan suatu perbuatan yang biadap dan terkutuk. Segala tindakan songsang yang mencabuli prinsip-prinsip asas demokrasi dalam PRK adalah pencabulan terhadap hak mahasiswa dan penghinaan terhadap universiti. Malah, kami berpendapat, 'pencabul' itu juga merupakan penderhaka terhadap negara dan bangsa yang kita cintai dan adalah wajar mereka segera bertaubat dan berundur daripada terus memegang posisi penting dalam kementerian atau universiti. Oleh yang demikian, kami menyeru kepada para mahasiswa untuk memilih calon-calon yang berkelayakan untuk dijadikan pemimpin di kampus masing-masing. Pemimpin mahasiswa adalah individu-individu yang mampu berdikari, berpegang kepada prinsip, jujur, amanah dan berpekerti mulia. Calon-calon yang mesti dipilih adalah calon-calon yang bukan sahaja mempunyai kemampuan untuk menunaikan manifesto yang diumumkan, tetapi juga mestilah yang mampu menjadi uswah dan qudwah kepada warga universiti. Kami juga ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak pernah atau akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang mengkhianati prinsip-prinsip asas demokrasi dalam PRK kali ini. Kami juga tidak bersubahat dengan sebarang perbuatan fitnah, kata-kata kesat, adu domba, ugut atau memangsakan lawan politik mana-mana pihak yang boleh menjejaskan keharmonian hidup berkomuniti dalam kampus. Justeru, kami menyeru dan menyarankan supaya kesedaran tentang kepentingan berlaku jujur dan berprinsip terus disuburkan dalam arena politik. Pendidikan dan pembudayaan politik yang sihat adalah sangat penting demi memastikan para mahasiswa lebih matang dan dapat memimpin negara pada masa hadapan secara berprinsip dan berintegriti. Sekian. Terima kasih. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) Ma'ruf Club UIAM (MC) We Unite For Islam (WUFI) | |
DAP: BN tandus idea, sebar mitos burukkan PR Posted: 23 Sep 2012 09:56 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - IPOH – DAP menganggap 'mitos' dibawa Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) jika memerintah negara didorong oleh ketandusan idea di pihak perikatan tersebut. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, mitos yang dibawa pimpinan BN hanya menggambarkan ia sudah ketandusan idea dalam memikat hati rakyat, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Mereka (BN) banyak menyebutkan mitos mengenai kita (PR). Antaranya, jika kita berjaya memerintah kelak, negara akan bankrap kerana kita mahu hapuskan tol, selain bakal berlaku rusuhan seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 lalu. "Ingin saya tegaskan jika kita hapuskan tol sekali pun, negara tidak akan bankrap kecualilah kroni-kroni yang mungkin bankrap. "Selama kita memerintah empat negeri, apakah semua negeri ini bankrap? Terbukti tidak, malah pendapatan semakin meningkat," katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Perak ke-17 di sini, hari ini. Hadir sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sehingga hari ini, mitos yang dibawa BN kerap diperkatakan dan dimainkan media terutama media arus perdana. Katanya, kenyataan kononnya Malaysia menjadi negara Kristian mula dimainkan beberapa parti kompenan BN untuk memberi gambaran negatif rakyat kepada PR. "Ada mengatakan jika PR menang, Malaysia akan menjadi negara Islam, ada juga yang sebut jika PR menang, Malaysia akan jadi negara Kristian, ini semua mitos. "Kita harap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan mitos yang dibawa oleh mereka ini," katanya. sinar harian/- | |
SPR Yang Penipu Dituduhnya Pihak Lain Posted: 23 Sep 2012 09:54 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempertahan laporan audit KEADILAN berhubung daftar pengundi di Selangor yang didakwa sebagai penipuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Memetik laman The Malaysian Insider, Saifuddin berkata, beliau berdiri teguh dengan audit tersebut dan ia bukan sekadar untuk menafikan laporan SPR. Sebaliknya, beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai 'penipu besar' kerana memberi fakta salah berhubung daftar pengundi negeri itu. Dalam sidang media semalam, Abdul Aziz menuduh kononnya ada unsur penipuan dalam audit daftar pemilih yang dijalankan KEADILAN di Selangor. Abdul Aziz juga mendakwa pondok yang dijadikan alamat kepada 13 pengundi seperti yang dinyatakan laporan audit itu adalah tempat letak motosikal penduduk berhampiran. Saifuddin turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan gambar yang ditunjukkan Abdul Aziz bukan diambil daripada beliau, sebaliknya dari iPad Abdul Aziz sendiri. "Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar. "Saya akan pastikan bahawa alamat itu adalah pondok dan bukan tempat letak motosikal," katanya lagi seperti dipetik. Menurut laman berita itu, statistik terbaru SPR menunjukkan jumlah pengundi berdaftar seramai 13,052,374 orang, dan 274,247 daripadanya adalah pengundi tidak hadir iaitu tentera, polis dan pengundi luar negara. Menurutnya lagi, Selangor mempunyai pengundi luar negeri tertinggi iaitu 597 orang dan Kuala Lumpur pula mempunyai jumlah pengundi tidak hadir tertinggi iaitu 40,543 orang. kelab greenboc/- | |
PAS sokong Himpunan Hijau Lestari Pengerang Posted: 23 Sep 2012 09:53 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU: PAS Johor menegaskan tidak terlibat dengan penganjuran Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang akan diadakan pada 30 September ini sebaliknya ia digerakkan sepenuhnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang membantah projek Lynas tempoh hari. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Muhammad, berkata pimpinan parti-parti politik khususnya PAS tidak akan terlibat secara langsung dengan himpunan tersebut yang akan diadakan di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hujung bulan ini. Bagaimana pun menurut beliau pada sidang media kelmarin (gambar), PAS dan Pakatan Rakyat memberi sokongan padu di atas usaha tersebut kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat untuk jangka panjang. Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini akan ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara. Menurut Dr Mahfodz, himpunan itu memang wajar diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang. "Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang," katanya. Kata beliau, sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan. Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya. "Apa yang menimbulkan persoalan serta bantahan penduduk sekarang ini adalah isu membabitkan masa depan rakyat yang masih tidak jelas, rakyat pada hakikatnya tidak menolak pembangunan ini tetapi biarlah pembangunan yang hendak dilaksanakan ini seimbang serta mengambilkira pandangan serta kepentingan nasib dan juga masa depan rakyat bukan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan mudah dengan memangsakan rakyat dengan sewenang-wenangnya," tegas beliau. harakahdaily/- | |
Pertandingan misai, janggut di timur Peranc Posted: 23 Sep 2012 09:25 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - MULHOUSE - Lebih 100 orang menyertai pertandingan misai dan janggut peringkat Eropah di sini, timur Perancis kelmarin. Pertandingan peringkat Eropah itu diadakan buat kali pertama. Panel juri akan menilai dan memilih pemenang pertandingan tersebut. - Agensi | |
Pimpinan UMNO-BN Bila Pula Nak Mohon Maaf? Posted: 23 Sep 2012 09:24 PM PDT DAP kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang mempersoalkan kejujuran permohonan maaf pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan Twitter beliau yang diputarbelitkan sebagai menghina Islam. Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya mempersoalkan bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin BN yang tidak mahu memohon maaf diatas kenyataan kesat dan berbaur perkauman terhadap orang Islam dan bukan Melayu. "Apapun telahan perdana Menteri atas kejujuran Datuk Ngeh memohon maaf, ia membuktikan pimpinan Paktan Rakyat lebih terbuka dan mempunyai ketelusan hati untuk menerima sebarang kesilapan." "Ia jauh bezanya dengan sikap pimpinan BN yang langsung tidak pernah memohon maaf walaupun terang-terang membuat tuduhan melampau dan pembohongan yang tidak berasas." ujarnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata antara perkara yang dimaksudkan termasuklah apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri telah menfitnah bahawa anak lelakinya yang di bawah umur telah mencabul rakan sedarjahnya sedangkan murid perempuan tersebut tidak ada. "Kita juga pernah mendengar bagaimana Datuk Seri Zahid Hamidi menyalahkan kaum bukan Melayu tidak patriotik kerana kurang menyertai pasukan keselamatan. "Bukan sekadar itu, beliau juga berkata kekurangan mereka dalam pasukan unit beruniform adalah disebabkan kerana "takut terhadap disiplin yang ketat". Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyelar kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek yang menyerang calon PAS di Tenang, Normala Sudirman dengan mendakwa bahawa calon wanita tersebut anti Cina apabila beliau tidak bersalaman dengan lelaki. Kata Guan Eng, "Itu adalah pilihan peribadi beliau untuk tidak bersalaman samada dengan lelaki Islam maupun lelaki bukan Islam." Justeru, dengan tidak memohon maaf terhadap kesemua perkara yang disebutkan dan banyak lagi, Guan Eng berkata ia jelas menunjukkan bahawa BN mengamalkan sikap pilih kasih. "Sekurang-kurangnya apabila ada pimpinan PR melakukan kesalahan, kami akan memohon maaf dan akan memperbaiki keadaan." Guan Eng dalam kenyataannya turut mengecam penganjuran demonstrasi ganas dan rasis oleh UMNO terhadap Ngeh dihadapan ibupejabat DAP Melaka walaupun beliau sudah memohon maaf. "Sudah jelas, UMNO berniat untuk memainkan isu berbahaya dan melakukan pembohongan tidak berasas dengan mengeksploitasi sentimen perkauman bagi memenangi pilihan raya umum akan datang." katanya. – Roketkini | |
Calon: PAS Pusat yakin budi bicara negeri Posted: 23 Sep 2012 09:06 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - POKOK SENA: PAS Pusat menyerahkan kepada budi bicara PAS negeri-negeri untuk menapis senarai calon layak bertanding untuk Pilihan Raya Umum yang ke- 13 (PRU-13) akan datang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata setelah senarai yang dihantar mendapat persetujuan Pusat, negeri akan menilai semula calon berkenaan sebelum memuktamadkan keputusan. "Calon import atau tempatan, tunggu sahaja nama calon itu diumumkan kelak,"katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas Majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), disini baru-baru ini. Turut hadir sama di sidang media itu ialah Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Speaker DUN Datuk Dr Isa dan Bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Kadir Syeikh Fadhil. Ustaz Hadi berkata, senarai akhir menjelang PRU-13 kelak akan diputuskan atas pertimbangan PAS negeri. "Sebelum ini PAS Kedah sudah hantar beberapa nama untuk satu-satu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Majlis Syura sudah luluskan. "Ada tiga empat nama bagi setiap Dun, kita serah pada budi bicara PAS Kedah, mereka hantar ke pusat dan pusat buat pertimbangan... seterusnya senarai itu kembali ke negeri dan terserah pada kebijaksanaan negeri masing-masing," katanya. Sebelum ini, Ustaz Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, keutamaan tetap diberikan kepada calon tempatan, memandangkan parti itu mempunyai ramai calon berpotensi. Namun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon luar Kedah dan mendapat persetujuan pusat, kerana keutamaan ialah untuk mendapat kemenangan bagi PAS dalam PRU-13 itu. harakahdaily/- | |
Mogok di Bangladesh kerana filem hina nabi Posted: 23 Sep 2012 08:47 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - DHAKA - Kebanyakan sekolah, kedai dan pejabat ditutup di Bangladesh semalam kerana membantah filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims. Ribuan polis mengawal bandar raya Dhaka yang merupakan ibu kota negara ini. Pada kebiasaannya, Dhaka akan kelihatan sibuk dengan urusan seharian. Negara ini mempunyai 153 juta penduduk Muslim. Kira-kira 40 aktivis Muslim ditahan bagi tempoh yang singkat selepas mereka cuba untuk membuat sekatan di sebatang jalan raya dan membaling batu ke arah anggota polis. Di Chittagong, bandar kedua terbesar di negara ini, polis berkata, para penunjuk perasaan membakar sebuah bas dan merosakkan sebuah van polis. Menurut polis, seramai tiga orang telah ditangkap yang merupakan pelajar. Beberapa parti politik Islam mendesak mogok itu dilakukan bagi membantah filem tersebut yang memperlekehkan Nabi Muhammad SAW. Mogok itu juga diadakan bagi membantah karikatur Nabi Muhammad yang disiarkan di sebuah majalah Perancis. Polis berkata, kira-kira 10,000 anggota polis dan pasukan elit Batalion Tindakan Khas ditempatkan di Dhaka termasuk di kawasan diplomatik. Kelmarin, ratusan penduduk bertempur dengan polis semasa mereka berarak untuk membantah larangan tunjuk perasaan. Polis turut melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan. Menurut media, lebih 50 orang cedera. Pemerintah Bangladesh mengutuk filem tersebut yang sedutannya turut disiarkan di internet. Pada Jumaat lalu, kira-kira 10,000 penduduk Bangladesh berarak di jalan raya di luar sebuah masjid. - AFP | |
Pertemuan muhibbah PAS P Pinang dan gereja Posted: 23 Sep 2012 08:44 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - (Mujahid menyerahkan al-Quran, kek dan kain berlogo PAS kepada Bishop Sebastian Francis) PULAU PINANG: Ketika umat Islam berkeluh kesah dengan filem pendek yang menghina pemimpinnya, Muhamad saw, PAS Pulau Pinang membuat pertemuan muhibbah dengan pemimpin gereja Kartolik. Bishop Cethedral Of The Holy Sprit, Sebastian Francis yang baru dilantik menjagai hal ehwal Kristian Kortolik melibatkan lima buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak menyambut kedatangan rombongan PAS yang diketuai oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan penuh rasa harmoni, hormat menghormati dan kasih sayang sesama manusia. Gereja yang terletak di Jalan Besi, Gelugor itu dimasuki tepat pukul 5.45 petang semalam setelah berkumpul di Masjid Negeri untuk bersolat asar serta mendapatkan penerangan tujuan kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri, Haji Abdul Rahman Kasim yang bertindak sebagai orang tengah pertemuan bersejarah itu. (Mujahid dan rombongan disambut oleh Sebastian Francis) Rombongan yang turut disertai oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Negeri, Bukhori Ghazali, Peguam Rosidi Husain, Setiausaha PAS Jelutong, Saudara Nasir serta beberapaa orang rakan lain mendapat penjelasan terbuka dari hati ke hati seorang Bishop yang bertanggungjawab terhadap agama Kristian yang selama ini dihalangi oleh jambatan perkauman. Beliau yang fasih berbahasa Melayu dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bangga sebab dikunjungi oleh sebuah parti politik Islam yang kuat di Malaysia. Ini membuktikan kaum bukan penghalang untuk menjalinkan persabahatan dan persaudaraan atas nama sejagat, katanya. Sesuai dengan kedudukan Malaysia yang berbagai kaum tambahnya, apa salahnya semuanya hidup dalam keadaan aman, sentosa dan sejahtera. "Jika kita mengutamakan perpaduan, Malaysia akan terus aman. PAS adalah parti yang baik dan berjaya mendepani apa jua masalah tanpa melihat kaum mana yang terlibat. Ia adalah satu usaha yang murni demi kebaikan umat manusia," terangnya yang telah 35 tahun berkhidmat sebagai Bishop di beberapa buah negeri. Baginya, kunjungan berkenaan boleh memberikan gambaran bahawa Islam dan kristian selari menolak budaya yang jahat, samseng dan tidak tamadun sebagaimana yang buat menerusi filem 'Innocence Of Muslims' yang hangat di tentang oleh ramai masyarakat Islam di dunia. (Mujahid, Ustaz Soid dan Rosidi berbincang dengan Sebastian Francis di pejabatnya) Dr Mujahid Yusuf Rawa memberitahu, kunjungan hormat itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara kaum dan agama sesuai dengan kedudukan PAS sekarang untuk mendaki Putrajaya bersama Pakatan Rakyat. Lagipun PAS akan meneruskan semua dialog dengan masyarakat bukan Islam termasuk Kristian sebagai mana yang digerakan sebelum ini. "Lajnah akan terus bekerjasama dengan PAS negeri untuk menganjurkan dialog dengan semua kaum di Malaysia termasuk Kristian. Hasil dialog yng dilaksanakan dahulu meninggalkan infak yang positif termasuk penerangan Hudud yang dipertikaikan ramai pihak, " katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak. Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd Amin menyifatkan pertemuan tersebut membuka ruang untuk memahami sesama sendiri lebih- lebih lagi jika ada isu yang mencetuskan konflik. Beliau yang pertama kali menyertai pertemuan seumpama itu merasa bangga kerana mengetahui Kristian juga memahami kehendak Islam dan sudi bertemu mencari jalan kebaikan. "Pertama kali saya sertai pertemuan ini sudah cukup memberikan info bahawa tiada permasalahan sesama umat sekiranya wujud sikap tolak ansur, " ujarnya. Diakhir pertemuan Bishop Sebastian Francis dihadiahkan sebuah Al Quran terjemahan, kek dan kain yang tertera lambang dan tulisan Parti Islam Se Malaysia (PAS). harakahdaily/- | |
Posted: 23 Sep 2012 08:39 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - SHAH ALAM – Cabaran PKR meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah bakal mengangkat 'bendera putih' daripada negeri itu kelak. Ketua Puteri Umno Negeri, Suhaila M Zin berkata, ini kerana, tindakan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin membuat cabaran itu jelas menunjukkan 'tanda-tanda' itu kerana beliau mempersoalkan siapa calon Menteri Besar Selangor daripada BN sendiri. "Saya cukup tertarik dengan kenyataan YB (Yang Berhormat) Zuraida yang minta TPM (Timbalan Perdana Menteri) mendedahkan calon Menteri Besar daripada BN. Mereka (PR) sudah kalah ke? Kenapa persoalkan MB dari kalangan pemimpin BN? "Pada pendapat saya, PKR akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti sebab mereka sendiri yang minta (persoalkan) siapa MB Selangor daripada BN," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cabaran dibuat Zuraidah kepada Muhyiddin supaya mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor kerana dakwaan Menteri Pelajaran itu sendiri yang sebelum ini mendakwa Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Suhaila mendakwa, dalam Mesyuarat Umno atau BN di peringkat Bahagian mahupun Negeri, soal siapa calon Menteri Besar tidak pernah dibincangkan, malah mereka lebih menumpukan perhatian kepada strategi memenangi PRU13, sekali gus merampas Selangor daripada PR. "Kita tidak pernah bincang perkara ini (soal bakal Menteri Besar). Kita hendak kemenangan dulu baru bincang perkara ini. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang akan menilai siapa calon yang layak dilantik menjadi MB. "Sesiapa pun (pemimpin BN) boleh menerajui negeri (Selangor) jika kita (BN) menang PRU13 nanti," katanya. Menurutnya, sepanjang dua tahun ini, Puteri Umno banyak menjalankan aktiviti turun padang mendekati golongan wanita berusia di bawah 40 tahun dan pada masa sama golongan mahasiswi juga tidak ketinggalan walaupun mereka belum cukup umur untuk mengundi. "Kita hendak beritahu mesej kita dan buktikan bahawa Kerajaan BN mampu memerintah," katanya. sinar harian/- | |
Laporan Ketua Audit 2012 dikeluar selepas Bajet Posted: 23 Sep 2012 08:36 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Laporan Audit Negara 2012 hanya akan dikeluarkan seminggu selepas pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan pada 28 Sept ini. Ia bagi memberi peluang kepada ahli-ahli dewan membincangkan secara lebih fokus tentang bajet, tanpa mencampur-adukkan dengan laporan audit. Demikian dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada wartawan, di lobi parlimen, hari ini. Tahun lalu, laporan audit juga dikeluarkan selepas pembentangan Bajet 2012 yang membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat. Sebelum itu, Nazri melawat ruang media yang dinaiktarafkan dengan menambah bilangan kerusi, selain menambah soket tambahan. Penambahbaikan itu dilakukan selepas pihak media mengadu menghadapi kesesakan yang menyebabkan kesukaran pihak media untuk membuat liputan pada sesi lepas. harakahdaily/- | |
[Jenayah Menurun] Warga emas mati dibunuh di Pekan Pahang Posted: 23 Sep 2012 08:30 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Pekan - Polis mengesahkan tengkorak dan beberapa bahagian anggota badan yang ditemui di kawasan belukar berhampiran Sungai Miang, petang kelmarin dan semalam, milik warga emas, Sh Othman Sh Bakar, 72, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Pengesahan dibuat berdasarkan barang-barang yang turut dijumpai di lokasi seperti Mykad, gigi palsu, kopiah dan cermin mata milik mangsa yang dipercayai dibunuh pada hari dia dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, operasi mencari semalam turut menemui sebahagian lagi anggota badan mangsa di sekitar kawasan tempat kejadian. Menurutnya, anggota badan mangsa yang ditemui terpisah mungkin akibat dimakan binatang liar yang banyak terdapat dalam kawasan belukar berkenaan. Katanya, operasi mencari dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung. "Hasil maklumat yang diperoleh daripada dua suspek berumur 26 dan 35 tahun, kita berjaya mengesan tempat mangsa dibunuh sebelum ditinggalkan iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat warga emas itu bekerja iaitu di Peramu Jaya 1. "Pemeriksaan yang dilakukan hasil petunjuk yang diterima berjaya menemukan satu tengkorak manusia di tepi tali air dan badan termasuk beberapa bahagian anggota lain," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah, semalam. Yahaya berkata, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan masih melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan tengkorak, badan dan beberapa anggota lain yang dipercayai milik mangsa. Beliau berkata, salah seorang suspek adalah rakan mangsa yang bekerja sebagai penjaga sangkar ikan di daerah Pekan dan dia mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun pada 2004. "Kes ini diklasifikasikan sebagai kes samun. Suspek yang berasal dari Johor kini direman selama dua minggu dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. "Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi maklumat hingga tertangkapnya suspek kerana tanpa bantuan mereka sukar untuk kita mengesan mereka yang terlibat serta mayat mangsa. "Dengan kejayaan ini kita menganggap kes ini telah selesai dan tindakan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Forensik HTAA untuk melakukan ujian DNA ke atas tengkorak dan semua anggota badan yang ditemui," katanya. Sementara itu Sinar Harian cuba menghubungi anggota keluarga mangsa bagi mendapatkan maklum balas, namun mereka enggan mengulas dan berharap semua pihak dapat memahami situasi mereka. Keluarga mangsa reda dengan tragedi yang berlaku dan berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menyelesaikan kes berkenaan. Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kehilangan Sh Othman selepas menemui dua lelaki yang kononnya ingin berbincang mengenai proses menyewa lot kedai bahagian atas bangunan sebuah premis menjual alat binaan di Peramu Jaya kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu lalu. -SH | |
Gempa bumi sederhana landa selatan Kepulauan Mariana Posted: 23 Sep 2012 08:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda selatan kepulauan Mariana pada jam 7.42 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa itu berpusat di dalam laut pada kedudukan 1,624km timur laut Jayapura, Indonesia dan 2,880km timur laut Kinabatangan, Sabah. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini. - Bernama | |
Cuba hasilkan salad terbesar di dunia Posted: 23 Sep 2012 08:28 PM PDT 8 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BUCHAREST, Romania - Sekumpulan sukarelawan berusaha untuk menghasilkan salad terbesar di dunia di Pantelimon dekat sini semalam. Antara sayur-sayuran yang digunakan untuk membuat salad itu ialah 20 tan tomato, timun, bawang dan lobak. - Agensi | |
Posted: 23 Sep 2012 08:19 PM PDT KAPAR: Berang dengan seorang wanita yang berkhalwat dengan seorang lelaki warga Pakistan, seorang penduduk bertindak menumbuk muka wanita terbabit selepas mencekup pasangan itu di sebuah rumah di Taman Sri Kerayong, tengah malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, penduduk terbabit dipercayai geram dengan wanita berusia 30-an itu yang sebelum ini beberapa kali berjaya meloloskan diri. Difahamkan, wanita yang juga isteri orang itu sanggup memandu dari rumahnya di Sungai Besar semata-mata untuk memadu kasih bersama kekasih gelapnya itu. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, wanita itu dilihat beberapa kali melakukan maksiat di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu. metro/- | |
DBKL Roboh 418 Bilik Jalankan Aktiviti Pelacuran Posted: 23 Sep 2012 08:18 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar Petaling Street, Jalan Brickfields dan Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini, dirobohkan pada Ahad. Operasi bersepadu itu dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor melibatkan 140 anggota dan pegawai. Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah berkata, kesemua premis yang mempunyai 418 bilik itu, dirobohkan dalam operasi bermula 12tengah hari. "Kami juga menemui kondom dan tilam dalam beberapa premis itu, yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu," katanya pada sidang media di sini. Katanya, DBKL turut mengambil tindakan terhadap pemilik premis berkenaan. - BERNAMA | |
Kerjasama Pakatan Rakyat untuk padam ‘mitos’ BN Posted: 23 Sep 2012 08:03 PM PDT IPOH: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan ada tiga 'mitos' yang cuba dibawa oleh kerajaan Umno BN dalam usahanya untuk memburukkan pemerintahan. Pakatan Rakyat jika kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang menyebelahi Pakatan Rakyat. Dalam ucapannya di Konvesyen DAP Perak semalam, beliau menyeru agar semua ahli parti Pakatan Rakyat agar sentiasa bekerjasama dan memastikan kemenangan di Perak tetapi juga berjaya menawan Putrajaya. Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Umno BN akan lakukan apa sahaja cara untuk memenangi piliharaya yang akan datang. "Mereka tahu jika mereka hilang kuasa mereka juga tidak boleh hidup, tetapi tidak untuk Pakatan Rakyat kerana kita berjuang untuk rakyat. Kita lihat banyak maslah yang timbul anataranya skandal korupsi Malaysia yang dahulu ditangga ke-37 pada tahun 2003 dan jatuh terus ke tangga 60 tahun ini," kata beliau. Ahli Parlimen Bagan ini semasa dalam ucapan ada menyebut tiga 'mitos' yang digunakan untuk menipu rakyat. "Pertama, Malaysia akan bankrap jika diperintah oleh Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang ditunjukan oleh empat negeri dibawah Pakatan Rakyat yang ditadbir dengan telus dan ikhlas membuktikan negeri tersebut mampu mengumpulkan jumlah lebihan yang banyak," katanya lagi. Guan Eng juga menyatakan 'mitos' kedua penipuan kerajaan Umno BN ialah, MCA cuba menakut-nakutkan pengundi Tionghua bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Malaysia akan menjadi negara Islam. Umno pula cuba menakut-nakutkan pengundi bahawa jika Pakatan memerintah Malaysia kana menjadi negera Kristian. "Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Umno BN jelas menunjukkan mereka berbohong, dan mereka juga mempunyai percanggahan pendapat di dalam Umno dan parti komponen," kata Guan Eng. "'Mitos' terakhir kerajaan Umno BN adalah, perkara 13 Mei akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya yang akan datang." Jelas Guan Eng, 'mitos' ini ditujukan kepada orang bukan Melayu walaupun hakikatnya undian orang Melayu yang akan menentukan nasib Malaysia selepas ini. Pilihanraya 2008, membuktikan pengundi sudah matang dan perbezaaan kaum yang cuba dimainkan oleh kerajaan Umno BN tidak berjaya, apabila Pakatan Rakyat telah memenangi lima negeri sewaktu itu. "Pehimpunan Bersih membuktikan orang Melayu menunjukkan keinginan untuk pilihanraya yang bersih dan adil kerana itu mereka boleh sama-sama turun berkumpul untuk perhimpunan aman tersebut," katanya lagi. Kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, kerajaan Umno BN menyebut dalam 'mitos'nya kerajaan akan bankrap jika Pakatan Rakyat hapuskan tol. "Kerajaan tidak akan bankrap jika kita hapuskan tol, kecuali kroni-kroni yang mungkin akan bankrap," ujar beliau. harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan