Isnin, 17 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


SIDANG AKHBAR ISU TURUN BENDERA PAKATAN RAKYAT

Posted: 16 Sep 2012 08:28 PM PDT

Susulan tindakan tidak adil dan berat sebelah oleh para penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban yang menurunkan bendera PAS dan PKR di kebanyakan tempat.

Tarikh sidang akhbar : 18 Sept 2012, Selasa
Masa : 11 pagi
Tempat : Pejabat PAS N.Sembilan, Betaria Business Park, Seremban
Bersama : Khairul Anuar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan dan Dr Mohd Rafie, Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban

Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Faiz 016-2325689

Tembakan pistol oleh ADUN di N.Sembilan

Posted: 16 Sep 2012 04:30 PM PDT

ADUN mana yang berjawatan EXCO N.Sembilan yang melepaskan tembakan ini? Ianya mengingatkan kita kepada apa yang berlaku di Gemencheh pada ketika kehangatan Pilihanraya Umum 1982 yang melibatkan Speaker DUN N.Sembilan dan Menteri Kabinet juga dari N.Sembilan

Polis siasat ADUN lepaskan tembakan

17 September 2012 - Seremban: Polis sedang menyiasat aduan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang didakwa melepaskan tembakan di kawasan rumahnya di Rasah Kemayan di sini, malam Jumaat lalu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 8 malam selepas beliau bertengkar dengan seorang lelaki yang berada di kawasan rumahnya. Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu.

Semalam, Pengerusi DAP negeri ini, Anthony Loke Siew Fook, mengeluarkan kenyataan beliau mendapat maklumat ada tembakan dilepaskan di rumah ADUN berkenaan beberapa hari lalu.

SEREMBAN 16 Sept. - Polis sedang menyiasat dakwaan seorang ahli politik yang melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki di Rasah Kemayan di sini kelmarin.
Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman ahli politik berkenaan kira-kira pukul 8 malam.
Difahamkan ahli politik berkenaan melepaskan tembakan dari sepucuk pistol jenis Revolver miliknya selepas dia menemui seorang lelaki berada di rumahnya.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku apabila ahli politik bergelar datuk itu baru pulang ke rumahnya dan terkejut apabila melihat seorang lelaki berada di rumahnya.


Negeri Umno exco in gun shot scandal
September 17, 2012

SEREMBAN: A Negeri Sembilan state exco member is under police investigation for allegedly firing his pistol at his home in Seremban on Thursday night.
It could not be ascertained if anyone was injured as a result of his action but FMT learnt that the Umno politician fired his weapon following a personal problem involving a close relative.
The matter was revealed to the media today (Sunday) by DAP's MP for Rasah Anthony Loke who questioned the delay of police action against the Umno exco man.
"I got to know that the exco member fired a shot at his home. The police took swift action when Opposition Leader Anwar Ibrahim's bodyguard aimed his gun at individuals who provoked by trying to stop the latter's car in Jasin last week.

Siapa dia yang sertai Umno untuk dapatkan projek?

Posted: 16 Sep 2012 04:29 PM PDT

16 Sept. 2012 - Dua jenis individu ini tidak diperlukan dalam parti UMNO, sebaliknya jika ada, mereka perlu disingkirkan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, individu yang dimaksudkan ialah mereka yang mengkhianati parti dan menyertai UMNO semata-mata mahukan projek untuk kepentingan peribadi.

Waspada taktik toreh beg

Posted: 16 Sep 2012 04:28 PM PDT

KUALA LUMPUR 16 Sept. 2012 - Seorang perunding wanita sebuah syarikat perhubungan awam terkejut apabila mendapati beg tangan miliknya telah ditoreh ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara petang semalam.

Kejadian itu hanya disedari mangsa, Tham Wei Mei, 46, ketika dia hendak membuat bayaran di kaunter sebuah pusat jualan pakaian pada pukul 4.30 petang.

Menurutnya, dia mengunjungi pusat beli-belah terkenal itu seorang diri kira-kira pukul 4 petang untuk membeli-belah.

"Saya tidak menyedari beg saya ditoreh. Namun, ketika hendak mengambil wang untuk membuat bayaran, saya terkejut apabila mendapati dompet saya sudah tiada dan terdapat kesan toreh di belakang beg itu," katanya.

Menurutnya, dalam dompetnya itu mengandungi wang tunai RM600, beberapa keping kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kad kredit, kad pengenalan diri serta lesen memandu.

Tiada ulasan:

Nuffnang